Saturday, January 3, 2009

Linda tersenarai dalam MSTAR Online

Linda ucapkan terima kasih kepada Mstar Online kerana tersenarai dalam 10 personaliti paling menyerlah tahun 2008. Tak sangka Linda , dalam keadaan yg pelbagai dugaan Linda lalui, ada juga sesuatu yang buat Linda tersenyum dan gembira. Terima kasih kepada semua penyokong Linda selama ni. Kepada anda yang nak tengok sendiri laman Mstar ni , sila klik www.mstar.com.my

Antara 10 personaliti ini ialah Mawi,Siti,Nabil,Chef Wan,Pengurus Artis-Vernon,Adlin Aman Ramlie,Ziela Jalil dan Nora Danish

Linda muatkan kisah Pak Nil dan Linda .....

Pilihan mStar: 10 personaliti paling menyerlah 2008
PENCAPAIAN personaliti/selebriti yang disenaraikan di bawah sepanjang tahun 2008 mencatat sejarahnya tersendiri.Pemilihan dibuat bukan atas dasar populariti semata-mata tetapi disebabkan kejayaan karier, bakat dan peribadi yang boleh dijadikan contoh. Juga atas faktor 'news value' yang dibawa oleh personaliti terbabit.Ada antara mereka yang berjaya menukarkan situasi negatif kepada positif. Ada yang berjaya membuktikan tekanan atau desakan tidak menjejaskan karier. Semua yang tersenarai mempunyai semanjat juang yang tinggi.Pilihan mStar dibuat atas kapasiti setiap individu, kredibiliti mereka dalam dunia masing-masing dan sejauh mana impak dan inspirasi yang dibawa oleh personaliti ini.

AZNIL NAWAWI




Pengacara No 1 masih kekal di tangan Aznil Nawawi. Kesederhanaan, kebijaksanaan mengacarakan apa saja bentuk rancangan menjadikan Aznil tetap dekat di hati.

Pengacara nombor satu tanahair ini adalah ikon dan begitu sinonim dengan populariti Akademi Fantasia (AF).Kebolehan Aznil, 46, mengendalikan pelbagai program memberikan kelebihan padanya. Selain AF, Aznil juga popular menerusi program bual bicara Macam-Macam Aznil (MMA).Selepas memenangi anugerah Program TV Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 2004, Aznil ibarat artis contoh yang pentingkan kualiti kerja setiap masa.Tahun depan, dua bengkel jelajah Aznil akan diadakan serentak. Salah satunya adalah anjuran Astro Ceria iaitu Suara Kita Aje dan satu lagi menyaksikan dirinya bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam program yang diberi nama Speak Up!Pelbagai anugerah diperolehinya sepanjang 20 tahun karier seninya memahat nama Aznil sebagai selebriti yang unggul.Pelakon/pengacara terkenal yang kreatif ini berhasrat melakukan 'hijrah' seni tidak lama lagi. Hasrat ini disuarakan selepas beliau kembali dari menyempurnakan Haji baru-baru ini.Aznil kepingin berhijrah ke
satu daerah seni yang lebih sesuai. Mudah-mudahan.

LINDA ONN

Linda Onn bijak mengendalikan masalah peribadi.

Sungguhpun sepanjang tahun 2008, penyampai radio popular, Linda Onn bagai dirundung malang dan diduga dengan pelbagai kontroversi, personaliti ini tidak buntu dan mampu menanggung tekanan dan bebanan yang diterima.Daripada kontroversi tidak muncul di kaca televisyen mengendalikan acara permaidani merah Anugerah Academy ke-79 untuk Star Movies di Los Angeles, California satu ketika dulu, tidak surut dugaan yang menimpa tauke kedai Nasi Ayam ini.Kontroversi hubungan dengan seorang aktor masih belum padam, tambahan dengan episod ditengking di set Sehati Berdansa, timbul pula kisah penukaran Linda ke Sinar FM secara tiba-tiba.Tetapi bekas penyampai radio Era FM ini adalah seorang wanita yang tabah dan bijak menggunakan situasi semasa untuk memihak kepadanya.Sifatnya yang 'cool' membuktikan sememangnya beliau adalah seorang yang profesional.

Once again , thank you Mstar online...

12 comments:

  1. Tahniah,,,,,,,,Linda, moga tahun ni lebih suksess.

    ReplyDelete
  2. bersabarlah syg ku linda onn.. maybe ini semua dugaan drpd Yang Maha Esa.. tuk menguji umatnya..
    TERUSKAN PERJUANGAN MU...

    ReplyDelete
  3. comgras kak linda.
    i know u r enough strong to faced all the probs.
    =)))

    ReplyDelete
  4. tahniah buat Linda. anyways, apa yang terjadi tu mesti ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  5. Kak Linda..
    Tlg la penghijrahan U ke Sinar tu perkara positif..
    Sampai bile U nak di takuk lama bawah Era 24jam..
    Mmg la U serasi dgn Era..
    Tp biasala tu..Kdg2 Era ni perlukan muka2 baru...
    Akak pun sy rasa ok jer kat Sinar..
    Sbb pengikut akak ramai...
    Akak x rugi ape2 kena pindah kat Sinar..
    Yg ruginyer Era...
    Dah tu..Toksah pk lagi..
    Meh sini lawat blog Ferr plak...
    Huhuh...

    ReplyDelete
  6. Congratzz kak linda yg cntik manis nih..
    anyway, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya
    mana tahu, insyaallah lps ni rezeki akk bertmbh
    amin...

    ReplyDelete
  7. Hye Linda,
    cheers up babe! A new life, new soul and new..ehem2 for this new year 2009. Regards from Amy Sensei from Hiroshima with love!!

    ReplyDelete
  8. Congratulations Linda, keep up a good work and positive attitude.

    ReplyDelete
  9. kak linda ni x bagi feedback x syok la..
    x mcm azwan ali..
    skali bg komen 1 ayat..
    trus dibalas berpuluh2 ayat...
    kak linda jadi la mcm abg azwan..baru bleh berintraksi dgn peminat...

    ReplyDelete
  10. huh..kan bagus kak linda bg feedback..
    i mean kak linda ku syg...
    akak bg la respond kat kitorang..
    baru syok nak lawat blog akak n komen2 hehehe
    muah to kak linda
    u still the best dari fafau ahaks

    ReplyDelete
  11. hehehe... ohh cakap lah feedback yang macam ni.. hehehe.. ok

    ReplyDelete