Monday, April 6, 2009

Linda suka Anggun...

Salam..

Linda suka sangat dengan penyanyi dari Indonesia , Anggun Cipta Sasmi. Sebelum Linda cerita tentang Anggun , Linda nak share dengan u all aktiviti Linda hujung minggu lepas..

Errrr.....jap..jap...sebelum tu,Linda nak ucap terima kasih dulu kepada Media Hiburan yang sudi promosi blogspot Linda di ruangan Selebriti Online.. Kalau u all terlepas edisi MH yang lepas , bawah ni adalah keratan dari Media Hiburan.. MH ROCKS !



Kalau sebelum ni,Linda ke Astaka , PJ untuk bermain Paintball , kali ni Linda tukar lokasi peperangan ... Chewahhh...

Linda ke Xtion Paintball , Bukit Jalil . Memang mencabar tempat ni. Penghadang2nya terdiri daripada lapisan2 zink , tong-tong , batang2 pokok dan bukit bukau...



OK..close up sikit..



Sengal2 dan penat satu badan Linda.. kurang warm up. Tapi memang syok. Macam real je 'berperang' kat tempat macam ni.

Seluar pun habis kena lumpur...kasut pun koyak... Ganassss....



Ni dia Marco my friend.. Bijak dia main Paintball.. Payah nak shoot dia.. Eiiii GERAMMMM....



Yang bestnya bila ibu dan ayah datang support.. Aaa...nilah permainan budak2 zaman sekarang bu...ayah... Tapi ayah Linda dulu pakai pistol betul. Almaklumlah bekas polis C.I.D..



OK..tadi acara pecah lemak.. sekarang ni acara makan nasi lemak.. Dengan anak2 buah..



Lepas penat lelah main tembak2.. malam,kita makan berdamai sefamili... Kat Chilli's KLCC...


Sekali makan Nachos ni...hilang diet Linda seminggu..



Tengah jalan2 kat Bukit Bintang , terjumpa 'tarikan pelancong' kat tengah2 kotaraya ni.
Lelaki ni akan berdiri setempat dan tidak bergerak.. Bagi Linda kerja begini lebih mulia dari meminta sedekah tanpa berbuat apa2. Bukan senang nak cat seluruh badan dan berdiri berjam-jam lamanya...semata-mata untuk mencari sesuap makan.
Bila Linda amati 'patung' ni, Linda nampak raut wajah seorang lelaki yang tua disebalik cat tu. Timbul rasa kasihan pulak. Yang lain hanya menonton. Linda hulur sedikit duit dan bergambar dgn dia..


OK,now,Linda nak cerita pasal Anggun. Baru-baru ni ,Anggun datang ke Malaysia utk mempromosikan albumnya.
Sebenarnya dulu,sewaktu Linda bekerja di radio lama,Linda telah memujuk2 Kudsia untuk memainkan lagu Anggun. Waktu tu,radio tu tak pernah kenal siapa Anggun. Disebabkan Linda dapat CD Anggun 'fresh' dari Indonesia,Linda nakkkk sangat mainkan lagu dia.
Bila bos setuju,lagu Anggun pun dimainkan dan nama Anggun terus terkenal di Malaysia sampai sekarang. Anggun bukan setakat popular kat Malaysia je.. Eropah pun ditakluki Anggun. Terkejut gaks Linda bila Linda bercuti kat Paris dulu,lagu Anggun dimerata tempat. Bangga tengok orang Asia kita berjaya disana..
Minggu lepas,Linda dan teman2 ke Istana Hotel utk menyaksikan showcase Anggun..

This is Anggun... She's so cheeky,naughty on stage... penggoda dan pandai tackle crowd.. Vokalnya fantastik ! Tapi nyanyi 5 lagu je.. sikit sangat :-( But Anggun,u're the best!
Linda pakai simple je kat showcase tu...


Tapi sayang , lagu baru Anggun tak dimainkan di radio Linda sekarang... tunggu lagu tu jadi retro lah eh..
Lagu Anggun kegemaran Linda sekarang ni ialah Crazy dan Berganti Hati... Lirik Berganti Hati menyayat hati sangat ..
OK guys... ciao !!

23 comments:

  1. oooooooo banyaknya aktiviti..syokla kan.

    ReplyDelete
  2. wahhhh g2....dlm MH ad blog sy la...kihkihkih tq2 MH....ermmm mula2 tngk cam penah tngk jek...gmbr yg brtdung ijau..bila tngk btol2....sah mmng btol la gmbr sy huhuhuhu.....cayok lah linda....sy suka baca blog linda.....

    ReplyDelete
  3. teringin nak main paintball dgn akak linda. saya hantu paintball sket.hehe

    layan juga lagu anggun, suara dia sexy.

    ReplyDelete
  4. salam linda..best ngn linda ni..untung saper yg dapat u...ok linda..u know what?kalau satu hr tk dgr sore u mcm tk sudah setiap ptg..resah gelisah tiap weekend day..tp ape nk buat..u diciptakan utk hak milik org ramai..itulah linda onn kan....

    ReplyDelete
  5. tak suka anggun tapi suka linda...today is my bday..terasa smkin tua..linda kawin cepat ckit

    ReplyDelete
  6. kiter suka gakkss kat anggun tuh... baru nih tgk dia nyanyi kat tv... bestt !!

    ReplyDelete
  7. linda... alamak glamer kejap mak... malu nih ngan orang kampung. huhuhu... kena beli MH nih... anyway... u r the best, jgn putus asa, jgn dengar cakap orang. tahun 2009, tahun untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  8. Salam sis rajin2 la update yea~
    Suke bace kisah sis rasa seronok jer tau~.
    =) tak pernah lagi nk merasa chicken rice sis kat ampg tu... teringin gak nak mkn.. ada tak menu chicken butter ek? hehe sekadar bertaya~.

    All the best!~

    ReplyDelete
  9. saja nak nyibuk kat sini ngee~

    love u linda :))

    ReplyDelete
  10. rindu gak nak makan nasi ayam goreng Mak Yam kat Taman Kemas tu tapi dah x de lagi.

    ReplyDelete
  11. i love you linda onn!! =)=)=)

    ReplyDelete
  12. Hi Linda Onn,
    We guessed u'v visited our little blog. And we hope u don't judge us too quickly. Yup, we might have tickled u a bit with our posts, but that's the concept. ;) We know u understand that. And we really hope that u also had spend some time reading several more related articles about u. Pls, pls do read this post. We are not always mean (",).. Linda Onn I'll Survive After Oops

    ReplyDelete
  13. salam kak....comei la akak ni...follow la sayer...plzzzzzzzzz....

    ReplyDelete
  14. as'kum kak linda,
    apa kata try main paintball kat Kuang, Selangor? Tmpt tu ada 2 side - 1 urban, 1 lg jungle.
    so far, tmpt tu mmg best tp i xmain coz tgh pregnant xdigalakkn..tgk my hubby & his friends main je.
    xsabar nk try lps hbs pantang nnt..huhu

    ReplyDelete
  15. ala x pecaye r ade komen sy kat MH tu..
    mule2 tgk terkezut r..
    mcm penah tgk je kn..
    zoom in tgk mke sye..haha :)
    malu2..

    ReplyDelete
  16. samekum. Walaupun linda masih single tp linda miliki ramai org yg tak berbelah bagi menyayangi linda tanpa minta apa2 balasan. Kami bahagia dgn linda. 2 hari lg ABPBH berlangsung,akak mewakili semua fans linda, mendoakan linda menang nanti. Dan untuk apa jua linda lakukan, lakukan yg terbaik dan akak sentiasa bersama linda. good luck, linda.

    ReplyDelete
  17. gud aktiviti arr kak...kekeke
    neway take care n ol da best tonite....huhuhuhuhuhu

    luv u sis...!

    ReplyDelete
  18. Hi kak linda.... ermm... saya ni jarang nak minat org terutama yang bergelar artis... tak kisahlah penyanyi ke atau pelakon ataupun apa pun yang bergelar popular... tapi bila tengok kak linda... baca blog akak... dengar sore akak tetiap ari... kadang-kadang naik jelas sebab kak linda asyik dengan abang2 lori tu jer... tetiba minat sangat... tambahan plak tengok gambar kak linda... cantik sangat... kalaulah saya dapat bertemu 4 mata dengan akak.. tak tahu lah apa nak cakapkan.. selalu gak di MmCR kat Ampang... tapi tak pernah nampak Kak linda.. teringin nak makan sesama....

    ReplyDelete
  19. Hi ayang's... nanti kalau terjumpa kak linda kat restoran ,tegur k.. kak linda akan duduk sama kat meja ayang's... kita makan sama2.. orait ?

    Kak Radin , terima kasih atas sokongan.. Linda tak menang..mungkin bukan rezeki Linda.. apa pun Linda ucap terima kasih kepada semua yang tak henti menyokong.. Shukran..

    ReplyDelete
  20. leh join main paintball sekali ke?

    ReplyDelete
  21. hi linda... try le main paintball kt tmpt sy lak.

    ReplyDelete