Tuesday, July 14, 2009

Jawapannya...

Halllluuuuuuu....

Lately , Linda interview ramai artis dalam show Linda di Sinar fm. Siti Nurhaliza , Ayu OIAM , Faizal Tahir , Aizat , M Nasir & Nubhan...temubual tu semua sempena Anugerah Planet Muzik 2009 dan Sinar fm adalah radio rasmi APM.

Hmmm... tapi tu semua artis sekarang... ni dia story artis2 retro... Almaklumlah,Linda dah masuk radio retro... layannnnn je laaaa... enjoy gaks.. hehe..

Dalam blog sebelum ni , Linda mintak pembaca teka dengan siapa Linda bergambar... Hehe..ada yang teka betul.. ada yang tak tau langsung....dan akhirnya... ada yang teka dengan tepat !

Gambar bawah : Bersama Othman Hamzah dan Endang S Taurina...



Othman Hamzah adalah penyanyi yg mempopularkan lagu Gadis Melayu di Singapura dan Malaysia... yang mana kini lagu Gadis Melayu juga dinyanyikan oleh Mawi dan Jamal Abdillah... Cayalah bang... suara merdu bak bulu perindu...

Endang S Taurina pulak memang popular laaa...Antara lagu2 hitnya ialah Sangkar Emas, Apa yang Ku Cari etc.... Suara Endang mantap beb... persembahan markah penuh!!

Gambar bawah : Bersama Tommy J Pisa dan Ria Resty Fauzy ...



Sebenarnya Linda ni minat sangat dengan Tommy J Pisa. Walaupun pada waktu lagu dia popular pada sekitar tahun 80-an,Linda baru berumur 8-10 tahun. Lagu Suratan dan Biarkan Aku Menangis memang memukau... Linda pun tak tau macamana muka Tommy J Pisa diwaktu zaman kegemilangannya. Tak sangka..hampir 30 tahun kemudian , Linda dapat bertemu dengan dia dan menemubual di radio...


Ria Resty Fauzy ... "jangankan gunung Fujiyama..ke Ethiopia ku ikut kamu..." ... Hehe... Lagu2 Ria memang jadi siulan dulu... Cintaku Sedalam Lautan Atlantik , Sepatu Dari Kulit Rusa dan Cintaku Sampai Ke Ethiopia.... Rasanya time lagu tu popular , Linda masih berulang alik dari Singapore - JB... kecik lagi time tu...

Disebabkan Linda suka dengar radio waktu kecik , jadi sedikit sebanyak , lagu2 mereka terngiang-ngiang di telinga Linda... Lagu zaman kakak Linda...hehe..

Temubual dengan keempat2 artis ni adalah sempena Konsert Xtravaganza Semalam di Malaysia yg berlangsung di Life Centre KL . Interview dgn orang lama memang berbeza. Cara artis lama berkomunikasi memang profesional. Tak lembab,tak leweh...very energetic,jawapan pun bagus.

Show malam tu dihiburkan oleh Ernie Djohan , Vivi Sumanti , Tetty Kadi , Endang S Taurina , Ria Resty Fauzy & Tommy J Pisa (semua artis senior dari Indonesia) . Dari Malaysia plak , Dato' Malek Ridzuan , Othman Hamzah , Zaleha Hamis & Halil Chik.

Habis je konsert , artis2 senior ini telah sain autograf untuk Linda... tengok bawah ni...



Persembahan yang sangat fantastik malam tu... I really enjoyed it...walaupun Nila penat menjawab soalan Linda... "Tu siapa tu Nila..?" "Ni lagu apa ni Nila..?"... Hehe.. terima kasih Nila kerana sudi menjawab soalan2 Linda... almaklumlah... semua lagu retro.,.. bukan semua lagu lama Linda tau...

Ciao !

11 comments:

  1. o itu ke ria resty. masa sekolah rendah selalu dgr lagu2 dia. begitu jugak dgn tommy j pisa, lagu biarkan aku menangis tu mmg boleh ingat lagi sampai sekarang. Endang tak usah cakaplah, lagunya mmg popular dulu2..

    ReplyDelete
  2. Salam Linda;
    Akak mmg suka sgt Linda masuk Sinar.Fm..tapi jgn kondem tau lagu2 Retro..hehe..
    Linda jgn tak tau..ramai budak2 skang suka dgr lagu Retro terutama lagu zaman rock kapak dulu. Bila Linda masuk pulak Sinar.fm..lagi laa menjadi penyumbang belia2 meminati lagu2 retro.
    Linda mmg best!
    Kirim slm kat kak hang si Abby Fana tu ye..heheh..

    ReplyDelete
  3. Linda, kalau sape org JB... Keempat2 artis nih memang lagu2 mereka selalu kita dengar.. Nak nak kalau dengar radio Singapore (Warna atau Ria)... mereka kerap putarkan lagu2 Pop Indonesia nih... Mcm Hetty Keos Endang (Berdiri Bulu Romaku, Kuda Hitam), Jamal Mirdhat (Jamilah), Grace Simon (Bing), Ebbit (Camelia) dan banyak lagi.... I dapat idea aaa, why not Sinar putar jugak retro Pop Indonesia ni dalam satu segmen khas... Dapat juga tarik pendengar Indon yang ada kat Malaysia nih... Bleh naik rating u all tau... I feel Sinar boleh beat radio Singapore...

    ReplyDelete
  4. Kawan org Johor ghak.... Follow my blog gak ekkk...

    ReplyDelete
  5. samekum, linda. Mmg syok layan lagu lama coz cara penyampaian agak beza. Tp lg syok linda dpt jumpa meke. ngapa linda tak masukkan dlm blog gambar linda dgn dato siti masa dia dtg kat sinar baru ni. Please lah.

    ReplyDelete
  6. yahoo...saya betul...

    kak linda kena bg adiah..ahaks

    ReplyDelete
  7. skrg pn saya layan lagu ethiopia tu...hihi

    ReplyDelete
  8. saya memang suka dengar lagu2 lama ni...hehehe lagi2 lagu cintaku sampai ke ethopia nyanyian ria resty fauzi memang best.... kak linda pun suke lagu 2 ke?? kira sme la kita..hehe

    ReplyDelete
  9. aiyak nape hny kenal lagu je huhu..apapun mekaseh sudi kongsi muka artis2 lama..slalu dgn sore je muka harus x taw huuhu...

    ReplyDelete
  10. best dgr mase linda interview ct tu...
    mase ct usik2 linda..
    haha..
    xde gmba dct ngan linda ke?

    ReplyDelete
  11. salam linda....ade lebih kurang 4juta pendengar sinar fm di malaysia...tapi jangan lupa pada pendengar2 sinar fm di luar malaysia ya:)...sinar fm...terbaik!!!

    ReplyDelete