Sabtu lepas , Linda dikejutkan dengan pemergian editor Media Hiburan - Aniff Ghani. Waktu Linda terima kiriman sms tu , Linda sedang berada di rumah . Aniff meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar , Seremban .
Walaupun Aniff tidaklah terlalu rapat dengan Linda tetapi Linda rasa seperti dah lama mengenali Aniff. Sejak Linda sampai ke KL , kira2 11 tahun lalu , nama Aniff memang tak asing lagi. Dialah wartawan yang pernah menemubual Linda dan dialah juga editor popular majalah Media Hiburan .
Linda akan sentiasa ingat acara sukaneka di tepi pantai bersama dengan team ERA dulu di Port Dickson yg disertai Aniff... Bagi Linda , Aniff ni sebenarnya seorang yang pendiam... tapi dalam diam , Aniff suka menyanyi. Baru-baru ni , Aniff turut bertanding karaoke di majlis Media Hepi2 Nite di restoran MY ASAM PEDAS SHOP Linda... (tengok blog terdahulu) ...
Linda dan Abg Saleh Yakob sempat berjenaka dengan Aniff... "Aniff nyanyi ke marah?"...sebab Aniff nyanyi lagu Rem waktu tu... Rem kan suka meneran waktu menyanyi , so , Aniff ikut style Rem... Which was fun ! Aniff senyum je ...Aniff menceriakan suasana ...
Hmm... Selepas terima berita tu , Linda terus ke hospital Seremban untuk melawat Aniff buat kali terakhir... Jenazah baru lepas dimandikan...dan akan dikebumikan di Melaka...
Melihat wajah Aniff yang telah dikafankan persis orang yang sedang tidur dan seolah-olah ada hajat tertentu yang mahu diluahkan tidak kesampaian , Linda jadi sebak... Namun Al-Fateha sahaja yang dapat Linda sedekahkan... mengiringi pemergian Aniff.. He will be missed....
Tuhan lebih menyayanginya...
Aniff , moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...
Peminat majalah Media Hiburan pasti akan merindui tulisanmu...
Kami juga akan merindui gelak tawamu...
R.I.P.... Al-Fateha...
p/s : Takziah kepada keluarga Aniff...
Al fatihah untuk allahyarham...moga rohnya dicucuri rahmat...amin
ReplyDeleteal fatihah..
ReplyDeletetakziah utk keluarga arwah.
Takziah utk keluarga arwah
ReplyDeletesemoga roh nya di tempat kan di kalangan orang yg beriman...amin..
Takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeletetakziah .. :(
ReplyDeletedia ni muda lagikkan... dia yg kadang2 belakon drama jadi wartawan kan? Al Fatihah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletetakziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah buat arwah Haniff
ReplyDeletesalam takziah....sakit ape allahyarham anif ni???
ReplyDeletesalam takziah..semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat..
ReplyDeleteKatanya terkena buatan orang. Sampai ke ajalnya,doktor tak dapat tau sakitnya. Misteri.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah..........
ReplyDeletetakziah buat keluarga arwah. al fatihah.. moga dicucri rahmat ke atas rohnya...
ReplyDeletehi linda.. suka tgok @ baca blog nie! seronok tengok kesungguhan, kejayaan & kemewahan kehidupan linda skarang... semakin maju!! btw, dah tengok movie "kawin contrak" tak? Best tau! alangkah bagus nyer sekiranya linda & hariss tu kembali @ mencipta mahligai indah bersama!... sampai kita termimpi at both of u...! semoga diberkati!!! Amen!!!
ReplyDeleteHi Anonymous..
ReplyDeleteKontrak Cinta tu filem baru ke? Drama ? Sorry dah lama tak sempat tengok TV...rindu kat TV..hehe...
BTW , mana u tau nama Islam James tu Haris eh?
ahaaaa hi Linda, betul lah tu Cerekarama TV3 "Kontrak Cinta".... pandaiii nyerr... hehe, sry tersilap title plak. Nama Islam dia pun kite tau ahaaaa..."Biarlah Rahsia"... Apa2 pun memang kite gembira sesangat sekiranya jodoh Linda dgn insan @ jejaka bernama Haris (tak kisah lah nama betul @ dlm lakonan ke..hehe) the great couple!! Amen!! I wish pas nie i'll be dream of ur wedding day plak..Amen!!
ReplyDeletewow!!! best giler! sebab?? hari nie kita dah tgk Melodi tau.... salute ngan Linda mngaku secara jujur & tutur bahasa yg cukup sempurna!! Duit, Harta, Pangkat & Rupa (tuntutan yg paling last...) bukanlah ukuran yg penting menerima, menyayangi & mencitai Linda seadanya!!...Semoga dipertemukan Jodoh mu ASAP! Amen!!!!!
ReplyDeleteteringat kat arwah yang banyak berbudi kepada kami..semasa kami di kuala lumpur... tak sangka perjumpaan kami di kemaman 3 bulan lepas merupakan perjumpaan terakhir kami....
ReplyDeleteAl-fatihah untuk Aniff
semoga rohnya dicucuri rahmat
salam ukhuwah k.linda...bleh k.linda ke fb k.linda i had sent u a msg over there..bkn fan page ye..tp ur fb...anyway i'm so proud of u..thx k.linda u motivate me..
ReplyDelete