Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad pergi buat selamanya..

Belum habis Linda terkejut dan bersedih tentang pemergian Aniff (editor Media Hiburan) & Khairil Khamis (penyanyi senior) , Linda sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi insan seni tanahair.

Pengarah filem dan iklan , Yasmin Ahmad meninggal dunia pada Sabtu malam. Linda terima berita kematiannya daripada Jaclyn Victor yg juga merupakan pelakon filem Talentime arahan Yasmin...

Sebenarnya,pada hari Khamis lepas , Linda dapat tahu yg Yasmin tiba2 rebah ketika berbincang tentang kerja di depan Datuk Siti dan Datuk K. Linda yg sedang keudara di radio waktu tu terkejut dan terus berhubung dengan kakak Siti , iaitu Rozi untuk dapatkan pengesahan cerita tu.

Waktu tu ,khabar angin kencang mengatakan Yasmin sudah tiada ...tapi setelah beberapa jam kemudian , Linda diberitahu Yasmin dibawa ke hospital utk bantuan seterusnya. Linda baca dalam paper yg Yasmin kena strok dan dibedah di kepalanya akibat pendarahan di bahagian otak.



Linda terus berdoa dan berharap agar dia sembuh seperti sedia kala... tapi..Masanya telah tiba buat Yasmin...Tuhan lebih menyayanginya...

Beliau selamat dikebumikan sebelum Zohor semalam.. (Ahad)...



Linda tak pernah bekerja dengan Yasmin tapi Linda kagum dengan usaha beliau yg sentiasa mempamerkan kepelbagaian kaum di Malaysia dalam hasil karya beliau... Dia berani dan bersifat terbuka.

Linda cuma pernah menemubual Yasmin di radio dulu sempena tayangan filem Sepet. Berkali-kali Linda tengok Sepet... tak pernah jemu.. Yang lebih membanggakan bila panggung wayang bukan saja dipenuhi orang melayu tapi bangsa cina juga ramai yg menonton filem ni..Bukan senang nak tarik crowd bangsa lain utk tengok filem Malaysia kita ni..



Isu pembotakan kepala Sharifah Amani juga menjadi hangat gara-gara menjayakan watak dalam filem arahan Yasmin iaitu Muallaf...



I will definitely go and watch this movie.. Thank you Yasmin...

Yasmin , rest in peace...



Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Ameen..

26 comments:

  1. Sy pun terkejot jgk sys.
    Dpt tahu from one of my blog friends, hours afta the death was confirmed by Bernama (that was at 4-5am, yesterday).
    N i immediately post about it in my blog.
    Another tragic news of all.
    Sudden death, but Allah loves her more.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. salam Linda... al Fatihah buat beliau...semoga rohnya dirahmati Allah..

    ReplyDelete
  3. Alfatihah... sy pun sgt kagum dengan karya2nya..

    ReplyDelete
  4. semoga rohnya dicucuri Rahmat.
    AMIN>>>AMIN>>

    Ingat lagi iklan yg dihasilkan sempena hari raya aidilfitri... HYE RAJOO>>.:-(

    ReplyDelete
  5. huhu. im not her fanz.tp, mmg kene terime yg arwah sangat2 berbakat cume Malaysian nyer perangai mmg dari dulu...selalu beri penghormatan bila that person sudah tiada :(

    come on people...jadikan ini pengajaran...me too

    ReplyDelete
  6. AL-FATIHA UNTUK ARWAH YASMIN AHMAD..SAYA PUN SEDIH SANGAT TENTANG PEMERGIAN DIA ...SAYA SENTIASA AKAN MERINDUI FILEM BELIA YG BEGITU JELAS TENTANG KEHARMONIAN MALAYSIA BEGITU JUGA DENGAN IKLAN 2 YANG DI BUAT..SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATASNYA..AMIN....

    ReplyDelete
  7. Alfatihah to arwah yasmin Ahmad...saya sangat setuju dengan kak linda..saya amat mengkagumi hasil kerja beliau.....to be honest,as for me,it was so hard to accept the fact that She's passed away..tapi itu satu ketentuan illahi..allah lagi menyanyangi beliau....alfatihah..

    ReplyDelete
  8. Ya,Tuhan lebih menyayangi dia...Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  9. Linda..
    setuju dengan cakap linda..
    filem2 arwah semua nyer menunjukkan kepelbagaian kaum di malaysia.
    dan realiti yg kita ada kat malaysia ni.
    walau kena kecam hebat,Yasmin Ahmad tetap Yasmin Ahmad.
    cth nyer adegan berkemban dalam filem sepet tu. its real aper..mmg ada kan org dok kat umah dan berkemban
    apa2 pon, saya mmg suka giler ngan cerita² arwah..iklan² yg arwah buat..
    huh!! hilang dah satu lagi permata dalam industeri seni kita
    Al-fatihah

    ReplyDelete
  10. semoga rohnya d cucri rhmat..
    alfatihah..

    ReplyDelete
  11. Amin. semoga allah merahmati beliau untuk segala usaha terpuji dan di tempatkan di kalangan org yang beriman.......

    ReplyDelete
  12. al fatihah.....
    semoga beliau tenang bersemadi di sana....amin

    ReplyDelete
  13. ish!menakutkan lah kak linda gmbar die terlantar sakit tuh..

    ReplyDelete
  14. semoge akan ade pelapis seperti die..

    ReplyDelete
  15. muallaf dh kene banned la sis... plz suarakan kepada pihak tertentu.. we wana watch muallaf!!

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad. Takziah kepada keluarga arwah. memang satu kehilangan yang besar buat bangsa malaysia.

    ReplyDelete
  17. samekum. Akak pun terkejut atas apa terjadi pd YASMIN AHMAD. Apapun mmg tuhan lebih menyayanginya dan waktu untuknya dah tiba.Alfatihah, moga rohnya bersama org2 beriman. Pd kita semua, bersedialah dgn bekalan sewajarnya. Kta semua kan kembali kepadanya.

    ReplyDelete
  18. al fatihah untuk beliau..
    semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad..I really like citer sepet..bnyk kali i ulang tgk citer tu..two thumbs up for that movie..movie2 dia yg seterusnya pun best..i masih lom berkesempatan tgk talentime..dan i nnti2kan citer muallaf..

    Iklan idea Yasmin mmg best2..boleh bercucuran air mata sometime walaupun jalan cerita iklan tu kita bergelak ketawa...mcm iklan raya seorg ibu dan 7 anak nyer tu...

    apapun..again..Al-fatihah dan semoga dirimu ditempatkan diantara org2 yg solehah....Amin..

    ReplyDelete
  20. One of the lights that was beginning to brighten Malaysian Cinema is now extinguished. Farewell, Yasmin, a higher mission awaits. I woke up this morning, to find a world without Yasmin..silence. Already miss your ads, your films..and your blog! Upon the soul of the fakir called Yasmin Ahmad, let us all bestow the al-Fatehah..

    ReplyDelete
  21. aku ada dgr2 khbar angin yg si yasmin ahmad ni sebenarnya lelaki..pastu dia tukar jantina..sebab 2 kalu korang perasan muka dia cam laki skit..itu khbar angin yg aku dgr dari pihak2 tertentu la..

    ReplyDelete
  22. to acai, allahyarhamah yasmin was said to be a 'khunsa'. Born with 2 sex organs/genitals (male & female). She consulted pejabat agama before deciding to be a female completely.

    ReplyDelete
  23. She's irreplaceable, one in a million!

    ReplyDelete