Thursday, August 13, 2009

Al-Fateha buat Ustaz Asri (Rabbani)..

Tengahari tadi Linda terima sms kiriman Umie Aida mengatakan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia jam 11 pagi di Hospital Pantai. Menurut sumber lain,Allahyarham pengsan ketika mengendalikan program di RTM dan terus dikejarkan ke hospital.

First of all , Linda ucap terima kasih kepada Umie kerana tak lupa nama Linda dalam senarai pemberitahuannya selama ni. Umie selalu sms utk beritahu berita2 yang penting begini. Thanks again Umie.

Kedua , Linda betul2 terkejut. Innalillah.. Takziah Linda ucapkan kpd famili Ustaz Asri dan moga dia ditempatkan bersama org2 yg beriman, Ameen. Kita kehilangan seorang insan yang mempunyai hati yg mulia,berjasa tinggi,tenang, suka senyum dan rendah diri.

Al- Fateha...




Beliau 'pergi tak kembali'...

Selepas ni,Linda akan merindui suara merdunya ketika melaungkan azan dan takbir Raya. Linda pernah menemubual Ustaz Asri dulu dan Linda pernah menjemput Allahyarham membaca doa sempena pembukaan restoran My Mom's Chicken Rice di Tesco Ampang tapi beliau tak dapat hadir dan digantikan dgn adiknya.

Ini blog Allahyarham yang Linda tahu - http://asrirabbani.blogspot.com/

Selepas seorang...seorang lagi insan yang Linda hormati pergi meninggalkan kita buat selamanya.. Allahyarham Shukri Hashim (pelakon) , Allahyarham Mikail (Michael Jackson) , Allahyarham Aniff Ghani (wartawan Media Hiburan), Allahyarham Yasmin Ahmad (pengarah) ,Allahyarham Khairil Khamis (penyanyi senior) & Allahyarham Asri Ibrahim (Rabbani) ...

Al- Fateha... Moga mereka damai di alam sana dan moga roh mereka dicucuri rahmat... Ameen...

18 comments:

  1. Al-Fatihah untuk arwah semoga roh nya dicucuri rahmat..Aminnn

    ReplyDelete
  2. al-fatehah untuk semua.

    1 persatu nyawa di cabut malaikat.

    kita bila lagi?itu semua rahsia di sisi NYA.

    ReplyDelete
  3. Yelah Kak Linda tiap yang bernyawa mesti akan di ambil kembali oleh penciptaNya...

    Muhasabahlah diri kita kerana kita akan di jemput tanpa kira waktu dan ketika

    ReplyDelete
  4. AL-Fatihah.. semua pergi secara tiba-tiba.. Semoga rohnyar di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang 2 yg beriman. AMIN

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah kepada semuanya yang telah kembali ke rahmatullah... daripadaNya kita datang kepadaNya lah kita kembali.. Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Amen.....

    ReplyDelete
  6. al fatihah..

    terkejot bace berita ni..

    ReplyDelete
  7. innalillah...mmg mengejutkan.1x lg negara kehilangan sebutir bintang.al fatihah..semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 soleh

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah buat ustaz asri

    semoga rohnya dicucuri rahmat

    setiap yg hidup pasti akan merasai mati

    ReplyDelete
  9. Innalillah..terkejut dgn berita pemergian allahyarham..al fatihah..

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah... Moga mereka damai di alam sana dan moga roh mereka dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat. takziah kepada keluarga.

    saya begitu meminati rabbani dan akan rindu suara merdu ustaz asri

    ReplyDelete
  12. samekum. Al fatihah. Moga roh nya di cucuri rahmat. Akak terkejut btul kerna akak minat btul dgn suara arwah. Terasa kehilangannya. Dh 2 org yg terlibat dlm nasyid meninggal secara mengejut, sblum ni Nazri (raihan).Moga keluarga Asri tabah dgn dugaan allah.Kpd kita yg masih hidup, sama2lah kita beribadat sebelum terlambat. Insyaallah

    ReplyDelete
  13. al-fatihah.. die rabah kat angkasapuri smlm.. huhuhu..

    salam singgah dari ku.. ;p

    ReplyDelete
  14. Al-Fatihah....semuga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminn....

    ReplyDelete
  15. al-fatihah...
    semoga roh nya di tempatkan di kalangan insan-insan terpilih oleh nya

    amin..

    ReplyDelete