Setelah sebulan kita berpuasa.. Syawal datang menjelma.. Alhamdulillah kita bertemu lagi di Syawal ini.. Harap kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan di tahun hadapan.. Ameen.
Hmmm..Hari raya tahun ni agak 'relax' bagi Linda.. Relax sebab Linda stay beberapa hari di rumah Along di JB. Rasanya kalau kat rumah sendiri di KL , haru biru jugak lah eh.. maklumlah rumah sendiri..ada aje nak mengemas itulah..alih meja tu lah..alih kerusi ni lah..
Cuma bulan puasa je kelam kabut sikit..sebab Linda sibuk nak penuhkan ruang2 kosong di teratak baru Linda. Sebenarnya azam Linda adalah utk beraya di rumah baru tahun ni. Alhamdulillah.. cita-citaku tercapai.. walaupun barang dalam rumah tak begitu lengkap tapi sekurang2nya dah selesa utk beraya..
Jom ! Linda bawak u all round kehidupan Linda sekitar hujung Ramadhan dan awal Syawal...
Bawah : Haaa.. jangan ingat Linda Onn main campak je duit upah orang pasang langsir eh.. kita pasang sendiri tau... Langsir di bilik tamu..
Tapi kat bawah ni memang kena upah orang laaaa...
Hehe.. mana kuat nak angkat frame tu sendiri.. Itu merupakan ayat Kursi di ruang tamu Linda yang dipasang 2 hari sebelum Syawal..
Senyum sikit Wan.. :-)
Wan (kiri) adalah bos di syarikat menjual frame ayat2 suci.. Cantik-cantik semua.. Linda 'berjumpa' dengan Wan melalui Facebook.. Hmm...berguna jugak eh ada FB ni.. Thanks Wan!
Nak raya.. macam2 nak buat.. macam2 jugak nak beli.. tapi kalau nak jamu tetamu dgn minuman , mestilah ada gelas..kan ? hehe.. nama pun rumah baru.. gelas pun takde !!
Bawah: Disebabkan pihak management di rumah baru Linda ni 'bijak' sangat berjanji begitu lama utk meninggikan tembok antara rumah Linda dan hutan belukar di belakang tetapi tidak ditunaikan janjinya, maka Linda terpaksa gunakan duit sendiri utk meninggikan tembok ni. Hmm..biasalah.. janji-janji pemaju rumah..
Linda sangat pentingkan keselamatan . Takut jugak kalau ada orang masuk rumah. Tau-tau esok TV hilang,radio hilang... Tu kalau barang hilang, kalau orang hilang? Camne ? Naya! Sebelum ni, orang boleh melangkah dengan begitu mudah saja utk masuk rumah Linda.. Sekurang2nya kalau tembok dah tinggi, payah sikitlah orang nak melangkah masuk..
Ni keadaan belakang rumah Linda 2 hari sebelum raya..
InshaAllah sebelum Linda buat open house, tembok ni siap.. :-)
Jom raya !
Seperti biasa.. di pagi Syawal, semua adik beradik dan keluarga masing2 berkumpul di rumah.. Waktu ni lah Linda rasa hidup Linda 'lengkap'.. semua orang yg Linda sayang, ada.
Cuma bila tengok gambar famili, baru Linda perasan.. Eh! tak lengkap lagi lah.. Pasangan Linda tak ada! Hmm... Mana you ni.. Ahauwww... hehe..
Bergambar kenangan Aidilfitri bersama adik beradik dan ibu ayah..
Tak lupa utk bersalam dengan ibu.. minta maaf zahir dan batin.. kalau ada perbuatan anakmu ini samada yang disedari atau tidak yang telah mengguris hati dan perasaan ibu.. Mohon direstui perjalanan hidup ini dan mohon hidup ini diiringi doamu , ibu...
Ampun maaf dipinta dari ayahandaku yang tercinta.. Walaupun ayah Linda ni nampak ganas tapi dia seorang yang lembut hati dan pemaaf. Ayah sangat mengambil berat hal Linda terutama bila Linda berduka.. dialah pengubat hati. Kasihmu ayah kubawa di hati...
Adik beradik Linda.. Along , Udali dan Kak Intan... Love u guys!
Then... acara yang ditunggu-tunggu oleh anak buah Linda.. setiap tahun pasti ada penambahan! Anak buah ada 13 orang tahun ni! Seronok bila tengok diorang kira duit raya..
Biasanya , Linda siapkan satu sampul yang ada extra duit. Kalau salah seorang anak sedara Linda memilih sampul duit bertuah , dia akan dapat duit raya double !
Pemenangnya... si comel ni... (gambar tengah) Fifiq !
Hehe.. anak buah Linda yang paling kecik...
Bawah : Raya kedua. Famili Linda suka bergambar.. Sampaikan program Pelangi Kasih yang Linda hoskan keluar kat TV pun diorang nak amik gambar.. hehe.. seronok gaks..
Sah... kitorang adik beradik dapat darah 'photographer' dari ayah... Dulu ayah CID Police photographer kat Singapore.. So,sekarang anak2 semua suka fotografi..
OK... that's it ! Sedikit sebanyak kisah Syawal Linda.. Linda harap u all pun bergembira di hari mulia ini. Ingatlah mereka yang kekurangan..
Oh ya! Satu lagi ! Linda akan adakan open house pada 17 Oktober nanti. Di Sinar fm ada kuiz sms ke rumah terbuka Linda dari 24 Sept - 14 Oct.
Hantar sms ;
Type VIP ...slogan 'sebab nak beraya bersama LO..' dan hantar ke 32660
5 pemenang bersama pasangan akan dijemput ke rumah terbuka Linda.. Kita makan kambing golek k ! :-)
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari Linda kepada semua!!! Muahhhhhhh !!
Selamat hari raya linda, maaf zahir batin...best nya raya umah baru...moga-moga bahagia selalu
ReplyDeletebest nyer dpt duit raya...4 k.linda & family slmat ari raya maaf zahir batin yer...
ReplyDeletesalam syawal linda...!!!
ReplyDeleteaslm kak linda selamat hari raya maaf zahir dan batin..
ReplyDeletesalam kak linda.
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. meriah keluarga kak linda ni. satu pic yg ada baju tengkorak tu mencuit hati pun ye
selamat hari raya kak..
ReplyDeleteselamat pgntin baru yep
on the way r kan :p
Selamat Hari Raya Linda Onn..
ReplyDeleteBestnya dpat beraya d rumah baru msti seronokk kan..
Ri tu saya jmpa Linda d Watson Angsana JB.1st time jmpa face to face..Senyum lagii..thanks..
Luv u laa from JB wth Luv
Selamat hari raya Linda....maaf zahir batin..
ReplyDeleteAla...nak la datang beraya rumah baru Linda..Mesti best sangat kannn.Tak yah la nak jawab kuiz2 bagai..huhuhuhuh
bile nak tengok beraya kat uma mak mertua?? heee
ReplyDeleteakum..akak,selamat ari raya..semoga akak diberkati d dunia n d akhirat.amin...sayang akak...(cute_orkid@yahoo.com)
ReplyDeleteWah Kak linda,seronoknyer beraya di rumah baru tahun ni..sesungguhnya,the best is still having your beloved family by your side..smoga kak linda happy selalu..insyaallah..slmt hari raya..how i wished i can come on your open house..hehehe..
ReplyDeleteZuliana Singapore
slmt hariraya, linda. Maaf zahir dan batin. alhamdulillah kita semua dpt beraya bersama org2 tersayang. Akak doakan linda dpt beraya bersama insan istimewa tahun dpn iaitu suami.
ReplyDeleteai kak linda..
ReplyDeleteari ni beday kiter..
hehe..
nk gak duet rye...
yg slogan tu nk yg plg kreatif kan???
email me at stylish_girlz92@hotmail.com
stylo
selamat hari raya kak linda......
ReplyDeleteSalam... linda and selamat hari raya jugak walau pun bahang raya dan makin surut... maklumlah dan kena start keje... hahaha
ReplyDeleteYe... la.... perasan...pasangan Linda yang tak de...bila agaknya...Si Dia nak beraya ngan ayah n mak mertua yee.....sian dia......jangan marah.. LINDA....semoga taun depan....cukup kot.....ahli keluarga tu....
ReplyDeleteassalamualaikum ,,bestnye beraya rumah baru...
ReplyDeletemane gambar dengan baju raya...
oklah sweet miss linda
selamat hari raya miss Linda..
taqabballahu minna wa minkum solehal a'mal..
nak dtg beraya kat rumah nak buat appointment tak?
ReplyDelete________________
View Profile: Rantong™
huhuhu kak linda pemenang je ker dapat pegi open house umah kak linda...cedihnye...kitorang yang lain tk jemput ke....huhuh sob sob sob sedih ni...pegi my asam pedas jela mcm ni...
ReplyDeleteCanteknya gambar terbaru Linda(yg kat atas skali..)....tak puas tengok...sbb cantek sangat...
ReplyDeletelinda, knp linda buat dagu?
ReplyDeletesedih laa tgk pic dulu dan skrg..
hi linda..
ReplyDeleteselamat hari raya dr saya sekeluarga ye...
tasya nie kak linda.. - wah.. besarnya umahhh... cantik!
ReplyDeletekuikuikui kak linda bila nak berpasangan tu... cepat2 la... huhuhuhu
ReplyDeleteThank u guys..
ReplyDeleteASTAGHFIRULLAH.. Wahai Anonymous.. Bila masa pulak Linda BUAT DAGU ? Ishhh..selisih! Wajah manusia kan berubah-ubah.. terpulang macamana jagaannya. Kalau muka kita sering diurut ke bawah,muka kita jatuh..begitu juga sebaliknya. Cara senyum juga boleh buat raut wajah berubah.
Linda pun heran macamana boleh ada satu forum yang memfitnah Linda buat dagu.. Bila kurus,dagu kita meruncing.. bila Linda tembam sikit,dagu tak lagi runcing..
So,jangan percaya pada fitnah. Ni dagu original. Orang yg buat fitnah tu,Linda lepas tangan..itu antara dia dan Allah. :-)
k.linda..kalau saya nak gi open house umah k.linda tanpa masuk kuiz tuh leh tak...saya pergi pun bukan nak makan.. asal dapat jupe akak pun jadi lah.. kalau akak ok.. camneer yer nak communicate... maybe akak leh bagitau thru email... mariezq@yahoo.com. kalau boleh lah... kalau takleh takper...
ReplyDeletemariezq
Selamat Hari Raya.... Maaf Zahir Batin....
ReplyDeleteNak duit raya....
Linda..wow..meriah nya mek ngk hari raya linda kali ni...
ReplyDeleteem em emmm,,,mana pasangan linda nii..dia gi outstation kew?..tahun mesti dia ada kan?..emmmm x sabar nak ngkkkk..ahakssssss
hai kak linda.. nak tanya sikit berkenaan cerita drama rendang tok wan tu.. kat sinarfm.com xde la episod akhir.. leh tak cakap kat sesiapa terlibat upload kan.. tak sempat dengar la kak..
ReplyDeleteselamat hari raya kak linda..sebelum ni nurul just pembaca silent dekat blog akak..1st impression nurul ingat akak ni jenis sombong tapi bila dah selalu mengikuti akak dalam blog ni ternyata impression nurul meleset dan akhirnya nurul keluar dari kepompong silent reader...akhir sekali selamat hari raya dan maaf zahir batin..
ReplyDeleteSalam;
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Buat Kak Linda Sekeluarga:)
kak linda..cant i get the contact of wan yang buat frame ayat2 suci tuh. ape fb dia ke..website ke..tq.
ReplyDelete