Wednesday, October 14, 2009

Macam-macam ada...

Sori sangat2..sebab lambat update blog.

Linda tersangat2 busy.. Almaklumlah,bila dah nak habis Syawal,sana sini open house.. Dalam masa yang sama pulak , Linda dok sibuk dgn macam2 program termasuklah rakaman tv,jemputan ke majlis dll..

Pada 3 Oktober,Linda ada 3 acara ! Dari pagi sampai malam. Pagi , SINAR fm buat rumah terbuka dan menjemput pemenang bersama meraikan. Petang, acara amal di Great Eastern Mall. Malam , Linda ke DFP utk tengok orkestra dan adik Tengku Irfan berumur 11 tahun bermain piano.

Hmm..bila dah pentas dikongsi sama dgn Abg Saleh Yacob,Krill,Abby,Najman,Zaidi,Jamal dan Linda.. kecoh suasana ! Very raya!!!



Kitorang ni,nama je satu stesen tapi jarang2 berjumpa... shif lain2... Kalau berjumpa pun,kat meeting room je.. So,di kesempatan Aidilfitri ni,penyampai2 Sinar fm dapatlah berkumpul sama mengeratkan silaturrahim..



Habis je acara open house Sinar fm , Linda terus berdesup bawak kereta ke Great Eastern Mall utk acara menjual kek bagi mengisi tabung kebajikan anak2..

Linda digandingkan bersama Lisa Surihani utk jadi wakil hotel Holiday Inn Glenmarie.



So,bila dah diamanahkan menjadi jurujual, apalagi... Linda pun jadilah sebaik-baik sales girl... penat jugak mulut nak meyakinkan orang supaya beli kek ni.. tapi penat berbaloi bila mengenangkan duit ni akan disalurkan ke tabung amal..



Tengah syok-syok jual kek... di satu sudut, Linda terlihat seorang jejaka mat saleh yang... Ya Rabbi... hensemnyaaaa.. Linda pun apa lagi... pi ngorat lah.. hehe..



Hehe.. gurau je lah.. Ini Gavin.. boyfriend Sharifah Amani.. Linda pergi ke meja kek diorang ni saja-saja je nak mengusik... Hmm...kenapalah Gavin ni comel sangat.. U got brother or not? Huhuhu!.... :-p

Bawah ni , salah seorang pembeli kek.. Thanks dear.. God bless u ..



Terima kasih kepada Bill Bora yang sudi menjemput Linda utk acara amal macam ni.. Linda enjoy sangat..

Selesai sudah 2 acara , Linda pun bergegas untuk ke Dewan Philharmonik Petronas untuk menyaksikan orkestra yang mana pemain pianonya ialah seorang adik kecil berusia 11 tahun .. Huh! Terpegun penonton satu dewan bila tengok jari jemari kecil adik Irfan mengalunkan lagu karya Beethoven... Fantastic !

Lepas habis persembahan , Linda berkesempatan berjumpa dgn Adik Irfan..



Nak sainnnnn....



Thanks dear...



Beberapa hari selepas tu , Linda dijemput oleh Datuk Maznah Hamid (Malaysia's Iron lady) utk ke rumah terbuka Aidilfitri..

Bangga betul Linda tengok kegigihan Datuk Maznah. Kalau tak silap , dulu Datuk bermula dari bawah... sekarang, dia seorang wanita yang sangat berjaya. Ada berpuluh company di serata dunia. Linda jadikan Datuk sebagai contoh utk berjaya. She's a very strong lady..You're my inspiration. Satu hari nanti , Linda ingin jadi sepertinya..



OK.. sekian saja story Linda kali ni.. nanti Linda update lagi ye.. Ada banyak story menyusul.. Rakaman program TV baru, pasal restoran dan open house di rumah Linda... Tungguuuu!

13 comments:

  1. tak sabar nak tunggu entri open house umah linda!!

    ReplyDelete
  2. wah...syoknyer baca citer linda...;p a very busy women...apa2 pun janji linda happy ekk !!

    ReplyDelete
  3. entri utk open house umah linda nnt msokkn gmbr byk2 tau....

    ReplyDelete
  4. A'kum kak linda..tahniah atas kejayaan akak dan rezeki semakin mencurah2 sekarang..nak tanya, kak linda pakai produk apa ek jaga muka?kulit nampak cantik dan bersih sangat..kongsilah jugak rahsia kecantikan akak...:D

    ReplyDelete
  5. padatnya jadual linda onn. org yg membaca pn terasa penatnya. huhuhu

    ReplyDelete
  6. AYOYOOOOO!!!

    Macam ku kenal je pembeli kek itew..kahhhhhhhhhhhhhhhhhh..glems kau susu!!

    ReplyDelete
  7. betul la linda jenuh tggu ni. nanti ceta open house msti ltk gmbr bnyk2 tau. x leh pi tgk gmbr pun ok la.

    ReplyDelete
  8. hai, linda. Sebok tu sebahagian dr hidup linda. Yalah masa masih solo, kudrat kuat, rezeki ada serta ramai peminat, eloklah penuhi waktu dgn perkara berfaedah. Akak pun mmg kagum dgn kejayaan Dato Maznah tu dan akak doakan linda beroleh sedemikian rupa akan dtg. Akak ttp menyokong linda biarpun dr jauh.

    ReplyDelete
  9. busy nyer linda onn......
    pe2 pun...yg penting.....
    happy.....:p

    ReplyDelete
  10. kak linda alhamdulilah..rezeki bertambah2...;)

    ReplyDelete
  11. chantek umah kak linda...i like! if kak linda free jenguk2 la blog saya: http://missdealova.blogspot.com.

    ReplyDelete