Friday, November 13, 2009

B.U.S.Y L.I.N.D.A

Maaf..maaf...maaf.. kepada semua yang menantikan Linda update blog. Maaf sebab Linda lambat update blog. Ada seorang pembaca siap hantar sms ke Sinar menyoal kenapa Linda tak update blog...kat FB pun sama gaks.. :-) Jadual Linda terlalu padat dan Linda terlalu busy sejak kebelakangan ni. Ada saja jemputan tak henti2 untuk Linda. Alhamdulillah shukur pada Allah. Hilang satu punca rezeki , muncul punca rezeki yang lain...

Baiklah.. Kalau u all dengar Sinar fm , pasti u all ada terdengar tentang penyampai Sinar fm 'serang' sebuah kampung di Panchor, Muar baru-baru ni sempena program ASTRO KASIH. Seronok rasanya bila dapat rasa suasana kampung. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah sukan rakyat.

Yang takkan dapat Linda lupakan ialah bila Linda, Kak Engku dan Shida berlumba untuk acara 'selipar gergasi'. Tengok video bawah ni .. Nampak macam relax je Linda jatuh , kan ? Tapi tau tak ? Lutut Linda jatuh betul-betul di atas sebiji batu. Luka makan dalam bebbb... Lepas tu , sembahyang pun kena sembahyang duduk sebab lutut sakit teramat sangat !!



Rasa macam nak meraung je menangis depan orang... tapi disebabkan semangat kesukanan yang menebal, Linda teruskan juga permainan sampai tamat... Dah tu , balik rumah nangis aaaa... aaaaaaaaaaaaaa!!!

Acara ni diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Muhyiddin Yasin.




Linda tak dapat bertemu dengan TPM di acara ni tetapi berkesempatan bertemu dengan beliau di acara yang berlainan di KL baru-baru ni. Linda sempat menyatakan hasrat Linda mengagumi Tan Sri sebagai seorang pemimpin.. Dapat berbual dengan Tan Sri buat Linda cukup gembira :-) Hidup Johor !!

Bawah : Sebelum acara Astro Kasih , penyampai2 Sinar fm makan kat tepi sungai Panchor.. Sedap !



Dari Muar , mari ke KL ! Baru-baru ni , Linda dijemput untuk ke acara memperkenalkan rangkaian baru pakaian berjenama dunia oleh majalah yang serba glamour iaitu GLAM .

Bukan sekadar tetamu biasa , Linda diminta untuk melakukan 'catwalk' bersama selebriti wanita lain di pembukaan majlis. Huh! Linda punya nervous..kategori ketaq lutut.. hehe..
Kalau kasi mic utk bercakap atas pentas , ok lah.. Ni nak kena buat catwalk! Aduhh...antara cita-cita Linda waktu remaja dulu!! Hehe...

Lepas habis catwalk... Rasa macam syok pulak. Bestnya kalau dapat jadi catwalk model ! Tapi lepas tengok beberapa model antarabangsa yang buat catwalk malam tu , tenggelam cita-cita Linda.. Tingginyaaaaa diorang ni. Makan apa agaknya ? So, I'm not tall enough! I'll just stick to my day job ... :-p

Gambar kenangan di acara GLAM ..

(gambar kecik sikit sebab dapat dari Facebook)




Bawah : Bersama Kem Salleh (pereka fesyen) , Camelia dan Wirda (Editor GLAM)



Sesudah acara yang penuh 'glamour' , Linda turun padang untuk Liga Paintball di Padang Astaka , PJ pada hari Ahad lepas.

Seronok main paintball ni... Rasa macam srikandi ..hehe..

Bawah : Bersama dengan penyampai2 Sinar ..



Bawah ni pulak , gambar Linda bersama team Linda.. Linda kira 'captain' laa... hehe.. Huh.. syok oooo bila perempuan dapat jadi kapten.. Rasa macam queen control sesangat ! :-)



Dalam team Linda , ada pelakon yang semakin meningkat naik namanya.. Remy Ishak. Linda respek dengan Remy. Pelbagai watak berjaya dihayati... Linda percaya Remy akan jadi pelakon lelaki terbaik satu hari nanti. Cuma...



Nape kita kalah Remy ? hehehe...

Kalah pun kalah laaa.. yang penting penyampai2 Sinar dapat bermesra dengan pendengar2 di acara paintball ni...

Tepat jam 12 tgh hari , Linda bergegas ke Melaka untuk acara Perfect Living Fair di TESCO Melaka... Banner yang digantung di luar TESCO ni dikirim kepada Linda oleh seorang kawan ... Gracias !




Dapat juga Linda beramah mesra dengan orang2 Melaka.. :-)



Terima kasih orang-orang di TESCO Melaka.. U guys rock !!
Oh ya... beberapa hari lepas , Linda di jemput untuk ditemubual dalam rancangan TEMUJANJI di Astro Awani. Macam-macam soalan diajukan kepada Linda.. Tentang kerjaya , perniagaan dan tidak banyak soalan peribadi atau gosip.. I like !
So , jangan lupa tengok TEMUJANJI di Astro Awani ye.. Bawah ni , gambar kenangan bersama pengacaranya. Kualiti gambar agak kabur...


OK.. Sekian saja ceritaku... Lain kali kusambung lagi... :-)
p/s : Terima kasih kepada majalah MALAYSIA TATLER yang menyelitkan gambar Linda di Konsert DFP .

15 comments:

  1. alhamdulillah...
    update gak blog nie..
    hehe...
    lame xdnga cte since house warming..
    btl ke??
    hehe
    shukur tu salah eje..
    syukur..

    stylo...

    ReplyDelete
  2. yes im first!!!wow linda ur schedule very pack:)

    ReplyDelete
  3. boleh nmpk akk pegg lutu mse last vid tu...
    mesti saket an...
    xpe2...
    demi sinar fm...
    demi peminat...

    stylo

    ReplyDelete
  4. samekum. Linda,saban hari ntah brpa kali tgk blog, linda tak update. Rinduuuuu. Tp akak tau linda pasti sebok sesangat. Tp kalo blh next time jgn wat lg lmbt update ye. Tertunggu2 cite linda. Sepi sgt rasanya. Ciaannn linda terjatuh. Tp bukan ke itu satu cabaran. He he. Apa pun akak ttp syg linda.......... jaga diri hiasi peribadi.

    ReplyDelete
  5. wah....owg 1st nih yg komen!! huhuhuhuh..

    ha'ah lah linda dah lama awk x update. tapi x pe, rindu kat linda terubat bila dgr suara linda dlm radio. i like!!

    ReplyDelete
  6. Pheeeeeeeeww... penat nyer membayangkan L.O. berlari ke sana ke sini. Banyak nyer kerja. Mau semput akak kalau kat tempat L.O.

    ReplyDelete
  7. Rindu sgt dgn linda coz lama tak update blog. tp taklah sampai kecil hati hgga nak tgglkan linda. Hrp lain kali kalo linda sbok sgt, luangkan sikit masa ye utk update blog. Always beside u, linda.

    ReplyDelete
  8. Salam kak Linda. Seronok jd akak nih...bz jek! Moga akak bertambah success ek pasni. Lutut dah OK ke?

    ReplyDelete
  9. mana pic linda pegi rumah mawi..lama dah tunggu linda upload ni

    ReplyDelete
  10. salam kak linda.

    kak linda jarang update pun, tp sekali update best gile. byk gambar dan panjang...hehe

    isk2, kesian kak linda, tp tetap strong gitu

    ReplyDelete
  11. hi linda.
    busy nye u this week smp ttggu2 u update blog u..anyways, i peminat yg bangga dgn kejayaan u..tgk kpd kehidupan u we all tau u bkerja keras dgn adanya restaurant...sy ni nak tnye mcm mn u memulakan perniagaan restaurant tu? nak buka restaurant tp pengalaman x de lg...so sy nak dgr pengalaman linda sendiri di sini..
    tq linda..till then...

    ReplyDelete
  12. Hai Linda...
    Seronok tengok video selipar gergasi tu.. kelakar betul...
    Tak sangka sms n suara saya keudara kat Sinar aritu.. hehehe..
    Lepas ni kena tunggu sebulan lagi ker baru nak update blog.. hehehe.. jangan marah.. mmmmuahhh.. sayang Linda... GANDA 23..

    ReplyDelete
  13. kak linda, panchor tu kampung atok & nenek sy.. thanks sbb sudi dtg kg sy.. hehe

    ReplyDelete