Saturday, January 31, 2009

Linda Jual Barang Untuk GAZA

Linda dijemput oleh Berita Harian untuk jual barangan peribadi Linda sempena
ABP-BH 08 UNTUK GAZA. So,setelah fikir berkali-kali,Linda pun pilih barang kesayangan Linda ni untuk dijual.



Sebenarnya , telekung & sejadah ni ada sentimental value bagi Linda. Ia dibeli di Makkah beberapa tahun dulu. Orang kata ,barang yang kita sayang,kita berikan kepada orang yang kita sayang. So, barang yang Linda sayang ni,Linda jadikan barang lelongan dan hasilnya digunakan untuk mengisi tabung Gaza-Palestin. Begitulah perasaan sayang Linda pada orang2 Palestin .

Telekung ni special sikit.. ada disiapkan beg dan sejadah sekali..





Linda akan buka harga sebanyak RM200 . Pembida dengan harga yang paling tinggi akan bawa pulang barang Linda dan secara tak langsung mengisi Tabung NSTP untuk Gaza.

Linda harap orang dapat beri sokongan untuk beli barang jualan Linda dan artis2 lain. Bukan kerana harganya tetapi nilainya yang begitu besar iaitu untuk membantu saudara kita di Palestin.

Selain tu,Linda juga akan jual jubah yang dibeli di Makkah. Jubah ni sangat bermakna untuk Linda. Cantik. Warnanya menarik. Selesa. Linda pakai jubah ni untuk kenduri & acara tertentu. Ada sentimental value..



Gambar terakhir Linda dan jubah kesayangan..



Selain tu,Linda juga akan lelong jam GUESS yang pertama Linda beli dulu.. My first GUESS watch !



dan beberapa aksesori yang pernah Linda pakai di acara Anugerah *** dulu..



So,jumpa Linda di Amcorp Mall,3.30pm (sabtu 31Jan) utk acara amal ni ye..
Harap u all dapat beri sokongan kepada Linda dan artis2 lain..

Linda ucapkan tahniah kepada Berita Harian kerana begitu prihatin terhadap isu Palestin dan secara tak langsung,BH mengajak artis2 kita untuk beramal...

Friday, January 30, 2009

Linda..Linda..Linda..

Sori lah.. Linda tak update blog beberapa hari ni.

Busy sangat. Dok melayan sedara mara dari JB & Singapore yang datang bertandang ke rumah Linda beberapa hari. Linda pun jadi tourist guide lah. Tapi tourist guide tak boleh harap! Dah duk KL 11 tahun pun Linda masih sesat jalan lagi..hehe. Almaklumlah,tak rajin merayap. Hehe..

So,soalan yang sampai ke telinga Linda dari tourist ialah "Club mana yang best kat KL ni?". Hahaha...gelak guling2 Linda. Manalah Linda tau nama2 club kat KL ni. Yang famous Hard Rock Cafe je. Tu pun sebab popular. Tapi sebab taknak hampakan tetamu.. Linda cari dan bertanya pada kawan2. Oh,at last...dapat..happening gak eh..ermm naughty!

Sekarang,diorang semua dah balik. Linda pun 'back to my normal everyday life'..
I am such a boring girl,u know.. :-)



Dalam boring2 tu , banyak jugaklah acara yang Linda perlu hadiri..

Sabtu ni (31 Jan '09),lebih kurang pukul 3.30 ptg,Linda ada di Amcorp Mall,Petaling Jaya untuk ABP-BH GAZA. Linda akan lelong barang peribadi Linda untuk tabung Gaza yang dianjurkan oleh Berita Harian. So,datang dan beli barang Linda ye.

Ahad & Isnin (1 & 2 Feb '09) ni pulak,Linda ada buka gerai My Mom's Chicken Rice (gerai no. 25) kat Istana Budaya sempena tabung Palestin jugak. Acara ni bermula 10pagi-10mlm. Ada gerai artis,persembahan dan banyak lagi semuanya untuk mengisi tabung Gaza. Solat hajat juga akan diadakan. So,u allz! Datang bawak telekung ye. Kita solat sama-sama untuk saudara kita di Palestin..

Hmm...apa lagi ye.. Oh ya..Linda nak share lagu2 yang Linda tengah dengar dalam kereta sekarang ni..
Beyonce – If I Were A Boy
Fergie – Big Girls Don’t Cry
Rihanna – Unfaithful
Jordin Sparks – Tattoo
Leona Lewis – Bleeding Love
Beyonce – Listen
Kelly Clarkson – Because Of You
Colby Caillat – Realize
Natasha Beddingfield / Sean Kingston – Love Like This
Cranberries – Zombie (LIVE)
Christina Aguilera – Beautiful
Destiny’s Child – Emotion
4 Non Blondes – What’s Up
Dido - Thank you
Katy Perry - Hot & Cold
Duffy - Mercy


Hope we have the same taste of songs... :-)

Saturday, January 24, 2009

Linda & pelajar2 UKM ..

Kali pertama Linda beri ceramah dulu ialah pada tahun 2005. Ceramah untuk para jururawat di klinik di seantero Malaysia tentang imej dan ketrampilan diri.

Jumaat lepas , Linda sekali lagi dijemput untuk bercakap tentang etika penyampaian untuk pelajar2 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Anjuran Biro Perhubungan Awam & Protokol KPZ 2009 .

So,lepas habis kerja jam 6ptg kat Sinar fm,Linda pun terus ke Hotel Seri Costa ,Melaka.

Pengalaman Linda selama 11 tahun dalam bidang penyiaran sedikit sebanyak dapat Linda kongsi dengan pelajar2 tentang etika penyampaian. Supaya adik2 kita ni tak gugup,gagap,gelisah,gigil...dan pelbagai 'G' lagi lah bila mereka diminta untuk membuat ucapan atau 'presentation' apabila dah melangkah ke alam bekerja nanti.

Macam2 yang Linda kongsikan. Seronok jugak dapat bergaul mesra dengan adik2 dari UKM ni.. Sharing is caring... :-)

Jom tengok gambar !



..pelajar2 UKM ni memang 'sporting'lah...




..Sempat jugak Linda 'interview' adik dari UKM ni...


Selepas selelsai , Linda ditemubual oleh crew rancangan REMAJA TV3.


Ini dia ...gambar2 Linda dengan adik2 dari UKM...dan AJK acara ni..




Ada yang malu...ada yang takut. So,Linda nak remaja2 kita ni berani dan buang rasa malu untuk berdepan dengan orang. Semoga terlahirlah remaja2 yang cemerlang...gemilang dan terbilang.. U go guys !! U can do it !
Kepada pelajar2 UKM ... InshaAllah , lain kali kita jumpa lagi k? U guys rock !

Wednesday, January 21, 2009

Linda,PGLM,Rihanna & Gaza..

Life is too short! I really really wanna enjoy it! Lemme tell you how I enjoy my life..

OK,cakap melayu plak...

Linda rasa enjoy sangat kalau dapat tengok Puteri Gunung Ledang the Musical sekali lagi! Dulu dah tengok. Sekarang nak tengok lagi. Trust me...PGLM ni memang best giler. Aura seorang puteri betul2 terasa lepas tengok teater ni. Lakonan Tiara memang fantastik. Stephen pulak,he's a perfect Hang Tuah & gorgeous! Tapi Linda baca paper hari tu. Katanya ini lakonan terakhir Tiara sebagai Puteri. Gosh ! We're gonna miss her...

Tiket mcm dah sold out. Teater ni kat Istana Budaya pada bulan Februari '09. Ni sekarang Linda tengah berusaha nak dapatkan tiket. Nak sangat tengok PGLM 3.

Look at this beautiful Puteri Gunung Ledang...

...dan ini..Hang Tuah...Stephen yang sempat singgah ke restoran Linda di Ampang Point.

Thank you for coming to my restaurant. Terima kasih kerana sudi ke teratak hamba wahai Hang Tuah... hehe... I like ! :-) Nanti patik sediakan Nasi Ayam untuk Tuan Hamba ye..

Now,Linda tengah pening nak pilih seat / standing untuk konsert Rihanna.. 13 Feb '09.
Lagu UMBRELLA..ELLA...ELLA... Betul2 memukau. M never gonna miss it.

This is Rihanna...



Dan... dalam masa yang sama.. Linda turut mengendali Karnival Doa Buatmu Palestin yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 1 & 2 Februari ni.

Linda akan buka gerai makanan MY MOM'S CHICKEN RICE untuk menjual Nasi Ayam dan sebahagian hasil jualan itu akan didermakan ke dana Gaza.

Ini semua adalah hasil usaha keras Erma Fatima, pengasas Yayasan Seni Karya Prihatin dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Istana Budaya (IB). Juga Umie Aida jawatankuasa penganjur yang mengendalikan publisiti dan promosi.


U all boleh baca tentang acara ni . Klik bawah ni..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm

Acara 1 & 2 Februari ni bermula dari pukul 10 pagi hingga 11 malam di perkarangan Istana Budaya. Solat hajat juga akan diadakan untuk kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin.

So, see u guys at ISTANA BUDAYA !! Datang ramai-ramai ye!! Jumpa Linda tegur jangan tak tegur ye.. :-)

Tuesday, January 20, 2009

Linda panel Fenomena Seni RTM...

Ahad lepas , Linda dijemput untuk jadi panel dalam rancangan Fenomena Seni yang dihoskan oleh Rosyam Nor. Panel lain ialah Datok Mustapha Maarof dan Nash.

First , Linda rasa ianya sebagai satu penghargaan sebab dah beberapa kali Linda jadi panel Fenomena Seni. Sekurang-kurangnya,Linda rasa diri Linda ni dapat 'dilihat' dalam lingkungan anak-anak seni yang cuba menyumbang untuk seni negara.
Kedua,Linda tertarik dengan topik yang dibincangkan iaitu 'Suatu Persinggahan'. Topik ni diadakan kerana terlalu banyak kes cerai anak seni Malaysia. Jadi adakah cinta antara artis itu cinta sejati atau ada sebab lain? Hmm..tepuk dada,tanya hati ! Artis tak artis,sama je... nama pun lelaki.. :-) Hehehe... jangan marah..

Ketiga,Linda rasa rancangan ni sedikit sebanyak memuaskan hati anak-anak seni yang nak meluahkan pendapat kerana durasi rancangannya satu jam. So,Linda pun dapat beri sedikit pendapat tentang cinta-putus,kahwin-cerai antara artis.
Beberapa minit sebelum 'live'...
Tengah berbincang dengan Abang Rosyam sebelum mula..
Haaa...Ni Linda tengah cek lighting studio ni,takut screw longgar... Hehehe..
Lepas habis show,sempat bergambar dengan Datok Mustapha Maarof. Seniman yang Linda hormati..
"Tuhan sengaja menduga kita dimana kesabaran manusia.." ...Betul abang Nash..
Pelakon lelaki hebat Malaysia..dan belum ada tandingannya..
Bersama orang belakang tabir Fenomena Seni. Lily dan penerbit Rafidah (White) ...


Kalau u all terlepas rancangan ni , menurut kata mereka, ulangannya ialah pada hari Rabu ni (21 Jan '09) jam 10 pagi di RTM 1.
Thank you RTM !

Monday, January 19, 2009

Linda di Hujung Minggu..

Hujung minggu biasanya kita buat apa ?
Hidup Linda ni tak kira hujung minggu ke tak hujung minggu...sama je.. Bagi Linda tiap-tiap hari Linda kerja. Walaupun hari cuti di radio atau pergi bercuti , otak Linda sentiasa 'bekerja'. Apa taknya,restoran Linda tak ada cuti. So,hari-hari Linda rasa Linda bekerja. Linda Onn is always ON! :-)
Tapi bila ada masa terluang,Linda akan habiskan dengan famili. So,hujung minggu lepas,Linda sempat pergi menonton wayang bersama famili . Linda tengok filem TIREN. Filem seram Indonesia . Tak seram langsung. Kelakar adalaaaa...
Lepas tu Linda tengok filem MAUT.
Masuk tahun 2009 ni , kira banyak betul wayang Linda dah tengok. YES MAN,BEDTIME STORIES,THEY WAIT.... Linda sekarang tengah tunggu filem BRIDE WARS je.. Sure kelakar! Tapi kalau tengok wayang kat KLCC,tak sah kalau tak singgah CHILLI'S. Pekena Salad!
Hmm..apalagi eh Linda buat pada hujung minggu? Karaoke ? Not every week lah... dengan famili.. :-)
Oh ya! Sabtu lepas,Linda,kawan Linda yg dari U.K tu dan famili Linda pergi ke Masjid Tanah, Melaka untuk kenduri tahlil arwah kawan baik kepada famili Linda. Kita berhenti rehat kat R&R.
Tengok bawah ni. Anak-anak saudara Linda. Size L dan size S.
Size S bolehlah pimpin. Size L tu kalau pimpin,daaaa orang takut nak tackle plaks. Hehe..
Ni kat rumah kawan ibu. Lepas majlis kenduri tahlil.
Dihidangkan kami makanan untuk alas perut orang jauh. Kawan Linda tu pun makan gaks.. Pedas pun dia telan gaks.. good..
Sempat Linda beramah dengan kakak2 dari Melaka ni. Terima kasih banyak2 atas sokongan.
Budak kecik ni pun ikut gaks.. Adik kepada Fifiq.
Linda ni pelik sikit. Dalam beberapa bulan,Linda akan rindukan laut. Bau laut,air laut,pemandangan laut. Sebab tu kalau Linda buat company trip dengan staf restoran,Linda lebih suka pergi ke pulau. Entah lah kenapa. Semulajadi...rindu...
Dah alang-alang ada di Melaka,setelah kawan Linda dan famili setuju dengan cadangan Linda,kita pun singgah ke sebuah pantai di sana. Walaupun singgah sekejap tapi rasa nyamannya...tenangnya...amannya..
Waktu tu matahari tengah terbenam. Linda memang suka amik gambar. OK tak gambar bawah ni? Amatur lah katakan..
Aaaa...gambar bawah ni pulak , foto eksperimen Linda. Ni kira Linda jadi jurugambar untuk hal ehwal semasa laaa... hehe..
Gambar bawah :
"Pelakon lelaki ini dengan pantasnya berlari sambil memegang pakaiannya apabila fotonya cuba dirakam oleh jurugambar"...
Whatever it is.. I love u sayang.. :-)

Begitulah hujung minggu Linda...

Tuesday, January 13, 2009

Ya Habibi..Ya Maulana !!

Ya Habibi!! Ya Maulana!! Marhabah! Marhabah! Ya Hajjah..Ya Hajj... :-) Taik unta tompok-tompok lahhh...

Hehehe... Bila diberitahu yang majlis persandingan Mawi-Ekin kat Palace Of The Golden Horses ni temanya ialah Arab, aduhh...Linda dah start pening. Pakaian orang arab ni ada macam2.

Ada Arab yang ala penari Belly Dance yg pakaiannya nampak pusat (ishh..takkanlah Linda nak pakai mcm tu kan?)
Ada yang berlitup semua nampak mata je (kang orang tak kenal Linda plak)
Ada arab yang mcm Genie in the bottle tu...hehe...
Tapi Linda pilih arab Makkah je lah eh. Linda memang kumpul banyak jubah yang Linda beli kat Makkah dan Madinah waktu kerjakan umrah.

Kebetulan kawan-kawan Linda dari U.K datang ke KL untuk bercuti sambil bekerja. So,Linda ajak salah seorang untuk teman Linda malam tu. Masalahnya,dia takde baju ala Arab. So,misi Linda ialah carikan dia baju arab. Petang tu,Linda bawa dia shopping...

Saja je posing..hehe.. Ni otw nak ke Masjid India.. Kan ke best kalau ada Masjid Arab? Senang sikit nak cari baju ala Arab...


OK..Chup! Chup! Sebenarnya,berat betul kaki Linda nak melangkah keluar dari rumah sebab kat rumah,ada si comel ni. Keluaran terbaru abang Linda. Hehe...


Tapi,budak kenit ni jugak yang nak ikut Mummy dia ke hulu ke hilir... Dengan Mat Salleh pun dia cakap bahasa Melayu....Hantam sajalahhh Fifiq....


Gambar bawah : Fifiq tunjukkan protes dengan makan di atas lantai. Hehe.. Takde mood lah tu.


Paling comel bila Fifiq panggil kawan Linda "Uncle! Uncle! Sini lah! Sini!"... Kawan Linda pun buat-buat faham je lah bahasa melayu.. :-)


Baju pun dah dapat dan perut pun dah lapar. Sempat pekena 5 (sahaja) oyster di Carlos,Pavillion pada malam tu. Dengan kakak,abang ipar dan kawan Linda. Mak & Ayah Linda pun join jugak. Lepas tu,kami berenam tengok midnite filem THEY WAIT. Huh! Filem ni memang seram,memang best,memang ngeri! Pergi tengok k...!

Bersama abang ipar,kakak dan kawan Linda. Ibu & ayah ada duduk tepi (tak enter frame).


Harinya pun tiba,Linda pun pergi ke majlis resepsi Mawi-Ekin dengan pakaian hitam emas pilihan.


Linda pilih warna yang lebih kurang sama gaks untuk kawan Linda...


Ini yang sempat Linda rakamkan ... gambar blur sikit..


Sempat bergambar dengan bapak pengantin perempuan dan kembar Ekin - Ain. Rupa-rupanya,ayah Ekin ni ada kembar. Kembarnya ialah auntie di sebelah tu. Peramah betul keluarga Ekin. Baik. Thank you uncle !



Thank you guys for reading! ...dan kepada Mawi-Ekin,thank you for inviting! Syok tengok Mawi-Ekin naik kuda. Tapi kuda tu macam takde mood sangat malam tu. Agaknya dia takut bunyi bunga api tu kot? Anyway,semuanya lancar... and Linda pun kembali ke kehidupan normal Linda.......
CIAO !