Wednesday, February 25, 2009

L-O dan Dato' K...

Semalam , Linda makan dengan Dato' K... :-)

Hehe.. Bukan Dato' K 'Siti' daaa... tapi Dato' Khadijah Ibrahim... Dato' K gaks tu...

Dato' Khaty dengan berbesar hati telah menjemput team Sinar fm untuk menjamu selera di restoran miliknya di PJ.

Nama restoran ni ialah KHADIJAH'S KITCHEN ...



Kalau Linda pergi kemana-mana restoran , Linda akan masuk tandasnya dulu...

Kalau tandas tu bersih dan cantik , maknanya restoran tu mengutamakan kebersihan...

'Washroom' di KHADIJAH'S KITCHEN ni terlalu cantik. Rasa macam masuk toilet kat rumah sendiri je. Tenang.. Bersih... Kemas.. Rasa macam nak tido je dalam toilet ni. Hehe.. I like !

Gambar bawah : In the washroom...



Kami dijamu masakan nasi campur . Kuah lemak daging,ayam sambal,asam pedas,sayur dan macam2 lagi...

Rosak dietku... :-p



Look! Sambal belacan dalam batu lesung petit ni..



...and the TEH TARIK is fantastic !



This is the owner.. Dato' Khaty..



Terima kasih Dato' Khaty kerana sudi ajak team Sinar fm menjamu selera di KHADIJAH'S KITCHEN ! ....dan tahniah kerana dikurniakan pangkat Dato' . You are the best !

Linda suka lagu Kak Khaty - 'Ku Pendam Sebuah Duka'.

Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta

Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana

Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan

Seandainya...Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan

Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri

Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...

Uhuk...uhuk... sedih sehhh.... hehehe...

Kalau pi karaoke,tu lagu wajib. Suara sampai ke tak sampai ke ...belakang cerita!

Kat bawah ni... Datin Nila... Hehe.. Dengan Nila Kurnia.. Dah on the way balik ke studio...



CIAO !

Wednesday, February 18, 2009

Linda dan Abang Lori...

Tadi Linda ikut Ejen Sinar Spectra 5 ke lintasan di Desa Petaling..
Sampai2 je,Linda nampak lori.. hehe.. L to da O....to da RI.. LORI !

Begini sebenarnya sejarah abang lori dan Linda di Sinar fm. Waktu Linda baru masuk Sinar fm,ada seorang abang lori hantar sms kpd Linda. Dia beri cadangan supaya Linda buat segmen dengan pemandu Lori kat Sinar. Linda pun baca sms dia kat radio...and Linda cakap...OK,why not?? Dari hari tu sampai laaa ni.. Hari-hari abang lori hantar sms.

Tak kiralah lori apa.. lori gas,minyak,lori sayur,lori ais? Semua hantar sms pd Linda.. Enjoy gaks layan abang2 lori ni.. happening! Yelah,secara tak langsung,Linda dapat layan mereka supaya tak bosan dalam perjalanan yang jauh.. :-)

Sejak dari tu... Linda dah takde perasaan seram sejuk kalau lori lalu sebelah kereta Linda.. malah,Linda nak jenguk pulak siapa pemandunya.. rupa-rupanya.. pemandu lori pun romantik gaks eh... nampak je ganassss....tapi hati lembut... Love u all lah abang lori !!



Lupa laks nak tanya nama abang kat atas ni.. menurut abang ni,ini lah lori 3 tan... ohhh begini rupanya 3 tan... Baru i tau... hehe..

OK, bawah ni , gambar2 sewaktu cross Ejen Sinar...



Bergambar dengan ejen Sinar fm- Iman atau gelaran manjanya... ANJE.. auwww.. manje u...



Kat belakang tu ialah pendengar Sinar fm.. cayalah bro !



Ni Zie tengah tanya soalan ... Kalau nak menang kena jawab soalan k..



Aduh... syahdu syahdan Linda dengar abang ni menyanyi... lagu UKs tu...



Bersama ejen2 ... sempoi...



OK... sekian kisah lintasan ejen Sinar Spectra 5...

Siang tadi , abang lori dan abang westport 'perang mulut' kat radio Sinar ...Linda kira jadi orang tengah lah... bukan gaduh apa... gaduh2 manja je... hehe.. Jangan gaduh2 k... semua orang Linda sayang... yang penting dengar Linda Onn di Sinar fm..

Senyuman di bawah ni untuk semuaaaaa pendengar ! Especially abang lori ! I love u all !!



Ciao ! Salam...

Monday, February 16, 2009

Linda dan Hari Kekasih...

Hmm....jelesnye linda tengok pasangan2 saling berpegangan tangan bersama sekuntum bunga ros dengan penuh romantik pada hari kekasih sabtu lepas. Pada pagi ahad pulak,tajuk Harian Metro,100 pasangan dicekup. Hahahaha!!!

Kenapa Linda tak sambut hari kekasih? Ada dua sebab.

Sebab yang pertama ialah...katanya hari Valentine’s ni ditegah dalam Islam. Linda pun kurang pasti kenapa tapi bila orang dah kecoh2,linda pun ambil langkah selamat dan tidak menyambutnya.

Sebab yang kedua ialah... laaa....camne lah nak sambut...boyfriend pun takde ! hehe...

Bila hari kekasih tiba,Linda mesti teringat satu peristiwa ni. Tiap kali teringat je mesti Linda nak tergelak.

Dulu (waktu ada boyfriend) , Linda teringin nak sambut hari kekasih... kononnya teringin nak beromantik-romantik...tapi ...hehe... baca eh...

Linda : You... malam ni kita tak kemana-mana ? (dgn harapan dpt jawapan yg romantislah)

...jawapan dia ialah.....

Si Dia : (Dengan suara yg berlagak) Kita makanlah. You buatlah booking table ke...apa
ke ..yang patut...takkan semua benda-benda romantik ni nak harapkan lelaki? You tak
boleh buat sendiri ke?

Linda : (tergamam seketika)..(sambil berfikir)...(aku ke ? aku ke ?) ....

Romantiknya diaaa... OK adik2 sekalian...itu petanda awal lelaki dah mula berubah hati pada kita ye.. Kah kah kah ! Tips berguna tu dari kak linda. Betul! 2 bulan selepas kejadian itu,...hmm...lu pikirlah sendiri! :-) Cuma waktu tu,Linda je buta tak nampak...

Itulah kenangan terindah Linda di hari kekasih... :-)

Kepada kaum wanita .... hope Linda dapat share ini dengan u all ye... Bukan senang nak cari lelaki romantik yg IKHLAS....Waktu belum dapat,dia punyalah romantik! Hari-hari adalah ‘hari bunga’,hari-hari candle light dinner. Bila dah confirm kita ni dia punya,hari kekasih pun kena booking table sendiri... :-)

So,i hope there are still romantic guys left for us here !

Well...since that day,Linda dah tak kisah tentang hari kekasih. Hari kekasih can be ANY DAY ! Kalau satu hari nanti Linda ada boyfriend yg penyayang , pengasih dan yg serba memahami,pasti hari-hari adalah hari kekasih buat boyfriend ku... hehe.. Once i’m in love,i will turn his world into heaven ... cehhh...

So,ingat ye semua...hari kekasih bukan jatuh pada 14 Feb sahaja...sambutlah ia selalu bersama yang tersayang...

Walaupun Linda tak sambut hari kekasih tapi Linda dapat bunga...dari peminat. Terima kasih...



Pada 14 Feb,Linda pun sempat mengadakan majlis perkahwinan. Deyyy... bukan Linda Onn daaa... Linda Jasmine!

Sempat snap photo ...tengah on the way ke Bora Ombak .



Majlis perkahwinan Linda dan Que Haidar di Bora Ombak...Linda dan Que pakai serba putih..pelamin putih...nampak suci dan bersih !

Look how beautiful she is... (gambar blur-amik dari jauh)



Kat wedding Linda Jasmine...Linda duk semeja dengan Rosma,Khai bersama koreografer mereka dalam Sehati Berdansa, WHY dan Farhan.....



Ni bergambar dengan penunggu setia yang menjadi saksi percintaan Linda di Bora Ombak.. Tak kisahlah mana-mana Linda...



OK...di atas semua ada cerita fantasi dan realiti alam percintaan dan perkahwinan....

Kat bawah ni pulak , cerita masa depan dan kehidupan....kena balance beb...

Sabtu (14 Feb) dan Ahad (15Feb) . Dua hari tu,Linda pergi ke kursus Francais anjuran MFA , MeCD dan PNS. Dari 9am-5pm,macam2 yang Linda pelajari mengenai dunia francaisi dan francaisor. Speaker2 yang dijemput semuanya bagus dan berpengalaman. InshaAllah Linda akan pergi lagi kursus francais ni untuk lebih mahir dalam bidang francais. Moga negara kita mencapai jumlah yg tinggi dalam perniagaan francais ni seperti yang diingini...



Moga cita-cita Linda untuk memfrancaiskan MY MOM’S CHICKEN RICE ke seluruh dunia (bukan Malaysia saja ye- THINK BIG!) ...tercapai. InshaAllah..Ameen...

OK,ni cerita lain plaks..

Siang tadi Linda cuci kereta..dibantu oleh anak sedara Linda yang paling nakal ... Kita sibuk cuci kereta,mulut dia sibuk "Mummy wash car ! Mummy wash car !"...

So,why don't u help your Mummy,dear ?



Sorry,Linda takleh masukkan gambar Linda sekali... Pakaianku tidak senonoh untuk dipertontonkan kepada umum sewaktu mencuci kereta..



OK Mummy... I m tired !



Love you honey...! Bersih kereta Linda....

CIAO !

Friday, February 13, 2009

Linda dan Hans Tidak Bercinta..

Semalam Linda terbaca artikel ni dalam Harian Metro .

Disebabkan ramai yang bertanya dan hantar sms di studio Sinar fm , Linda mengambil keputusan untuk menjawab gosip ini melalui blog Linda..

Harian Metro - 12 Februari 2009 : Ruangan Soseh-Soseh

"SELEPAS isu tidak puas hati kerana dipindahkan ke stesen radio Sinar FM reda, nama Linda Onn sekali lagi menjadi hangat dalam kalangan teman media.

Kali ini bukan membabitkan hal kerjaya Linda yang juga popular sebagai pengacara menerusi program Sehati Berdansa itu sebaliknya kisah cintanya yang turut menjadi perhatian umum.Ia juga bukan perkara baru kerana kisah cintanya bersama pelakon Fahrin Ahmad sebelum ini juga jadi perhatian walaupun pasangan ini menafikan mereka bercinta sebaliknya lebih kepada teman tapi mesra.

Sejak berpisah dengan Fahrin, Linda juga dikaitkan dengan beberapa lelaki hingga disebut-sebut sebagai pengganti Fahrin. Menurut cerita teman yang terserempak dengan Linda di majlis persandingan Mawi di Palace Of Golden Horses Januari lalu, bekas penyampai radio Era itu kembali menjalin hubungan dengan aktor Hans Isaac.

Mendengarkan cerita teman ini membuatkan SS terkejut 'badak' kerana sebelum ini apa yang SS nampak, kemesraan Linda dan Hans tidak lebih hubungan rakan sesama artis.Bukan itu saja, Linda juga dikatakan mempunyai ramai rakan lelaki yang rapat dengannya sekarang ini. Antara yang pernah dikaitkan termasuk seorang jurutera dan lelaki Inggeris malah gambar mereka pernah disiarkan media.Kata seorang teman, apa yang berlaku antara Linda dan Hans ibarat cinta lama bertaut kembali. Cerita teman itu, sebenarnya sebelum Hans menjalin hubungan dengan Erra Fazira, aktor itu sebenarnya terlebih dulu bercinta dengan Linda.Tapi tidak ramai yang tahu hubungan akrab Linda dan Hans kecuali teman rapat.

Begitupun, SS musykil dengan cerita yang disampaikan ini kerana kalau hendak diikutkan dari sudut kronologi hubungan cinta Linda, bukankah waktu itu dia sudah berkenalan rapat dengan Fahrin?Perkara ini sebenarnya hanya Linda sendiri yang boleh menjawab bagi mengesahkan kedudukan sebenar mengenai hubungannya dengan Hans. Namun, jika benar mereka bercinta, pada SS ia tidak salah kerana masing-masing masih bujang dan sudah tiba masanya untuk memikirkan soal teman hidup."

So,jawapan Linda ialah.....

Tidak. Linda dan Hans Isaac tidak bercinta. Sebelum ni pun kami tidak pernah bercinta.

Hans adalah kawan baik. Tak termasuk kategori kekasih. Sekali-sekala kami berbual bertanya khabar melalui telefon. He’s a good listener. Kalau jumpa pun samada terserempak kat mana-mana majlis. Kalau ada masa lapang,kita jumpa, dok lepak2 dengan kawan2. Tu pun sekali sekala,boleh hitung dengan jari... Takde babitkan feeling2 k..

So,to all the girls..jangan risau ye.. Linda bukan dengan Hans.. :-)

Tak salahkan kalau perempuan berkawan baik dengan lelaki ? Sekadar berkawan... Tak babitkan hati dan perasaan. Sangat berbeza antara kawan baik dan kekasih. Kadang2 Linda heran..kenapa bila seorang perempuan berkawan baik dengan lelaki...ia dianggap bercinta? Berkawan biar beribu..Berkasih biar satu... tetapi kekasihku bukan Hans.. hehe..

Hans pun terkejut dengar berita ni. Siap tanya Linda "Bila masa kita bercinta beb?"... Linda jawab "Entah!".

Linda sebenarnya teringat satu surat yang dihantar peminat ke akhbar harian tahun lepas. Tajuknya ‘Sudah sudahlah Linda’. Kalau u all lupa , u all baca kat blog lama Linda ye. www.lindaonn77.blogspot.com . Kakak tu cakap sudah-sudahlah Linda sebab banyak sangat kisah 'cinta' Linda ditulis di media.. walaupun diluar kemahuan Linda..

Kali ni , Linda yang mintak kepada semua.. sudah sudahlah bercerita tentang hal peribadi Linda ye. Dengan siapa Linda keluar,dgn siapa Linda bercinta,putus ke apa ke...semua tu adalah hal peribadi Linda. Taknak lah nanti orang lain yang kecohkan hal Linda , datang satu lagi surat dari kak Temah tajuknya - ‘Sudah sudahlah Linda oii’... Linda jugak yang kena... :-p

p/s : Cinta adalah yg tersirat di dalam hati kecil kita. Tak perlu diluahkan dengan kata-kata. Satu hari nanti,dua hati pasti bersatu. Yang penting hanya tuhan yang tahu... :-)

PGLM is the best !

Hari Rabu lepas , Linda bersama kakak Linda, ayah dan ibu pergi ke Istana Budaya untuk menyaksikan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 3.

Ini adalah penampilan terakhir Tiara Jacquelina sebagai Gusti Putri , jadi Linda taknak lepaskan peluang untuk menontonnya.. dan sudah tentu...Stephen Rahman sebagai Hang Tuah... I like!

Huh! Tak tau macamana nak beritahu kat u all betapa hebatnya teater ni. Pelakon2 semua professional,sangat berbakat dan jalan cerita serta set pentas yang sangat bagus!

Gambar : The Puteri.... Tiara ..



Gambar : My hero... eh salah... The Hero... Stephen Rahman...



Congratulations Tiara and team! U guys did a fantastic job!

Adlin (Sultan Melaka) - Best giler bila Adlin menari ala-ala gatal sebab tak sabar nak kahwin dengan Puteri... and seram giler bila Adlin tengking Puteri sebab dia tak nak kahwin dengan Adlin. If your father,Arwah AR Tompel is still alive, he must be very glad to see his talented son performing in PGLM. Syabas Adlin!

AC Mizal (Adipati dari Majapahit) - Adlin buat dialek Jawa dengan baik sekali. U r a good actor,bro. AC seorang yang periang dan gila-gila tapi dalam PGLM, watak Adipati buat Linda lupa seketika pada si gila-gila AC Mizal..

Watak Mbok pun best gaks.. dan akhir sekali tahniah Linda ucapkan kepada Zahim AlBakri yang mengarahkan PGLM 3... Sebak dada tengok Puteri menahan Sultan dari membunuh puteranya...hmm...

OK...adik-adik...tahukah anda , di dalam ruang lobi Istana Budaya ada gambar mantan perdana menteri Malaysia dan Perdana menteri sedia ada ? Cehhhh.... tengok bawah ni..



Roger and Out !

Monday, February 9, 2009

LINDA LEPAS GERAM !

Seranggg !!!!!

Huh! Syok betullah! Pukul 9 pagi tadi,Linda dan 11 orang pergi ke Academy Paintball Malaysia , Kompleks Sukan Astaka , Petaling Jaya untuk main Paintball. 11 orang tu terdiri daripada kakak,abang,ipar duai dan kawan2...

Tau tak...memang Linda teringin nak main Paintball dari 2 tahun lepas lagi tapi tak pernah tercapai. Entah macamana,minggu lepas,dapat plak geng-geng yang 'sporting' dan semua memang first timers main paintball ni..

So, kita pun lepaskan geram ....

Lek...Rilek...sebelum lepas geram, sain surat 'berani mati' dulu..



Siap Sedia !!!



Bawah ni, team lawan. TEAM ALPHA ROVERS .
Dari kiri : Sharil, Shazreen, Suhari, Intan, Gee & Nazri.



Bawah ni pulak , team Linda . TEAM BRAVO VIPERS .
Dari kiri: Azry, Aidil, Linda, Yatie, Nazree & Nomma.



Maka peperangan pun bermula...



Punyalah berhati-hati takut kena tembak...



Akhirnya... celepuk! Kena kat muka daaaa... Nasib baik ada mask..



OK...Takpe..takpe.. kita rehat kejap... atur strategi baru... Pantang Tun Teja menyerah...



Aaaa...kat bawah ni dinamakan 'marker' kalau tak silap. Tapi Linda panggil senapang je..



Bawah ni namanya 'palet' kot. Tapi Linda panggil peluru je.. Janji boleh tembak...



OK...Disebabkan baju warna kuning mengundang musibah dan memudahkan pihak lawan nampak Linda , so , ini adalah seragam baru Linda..


Linda tengah atur strategi untuk mengelirukan pihak ALPHA ROVERS...



Jaga-jaga Cik Salmah.. Jaga-jaga...



Siap merangkak tau... ganas tak ganas lah...



Tengoklah team lawan... berkobar-kobar nak tembak kitorang...



Terkena lah plak.... Kat pinggang... Sakit sehhh....



Rasa macam nak black out je... gelap gelita sekejap duniaku...



OK. I'm out! But I will be back!! Minum 100 Plus kejap eh... recharge energy!
Kita minum dulu!!



OK.... Mana mangsa-mangsa hakuuuuuu !!!



Eh...eh....tak sangka pulak kaki Linda boleh jadi sepanjang tu...



Haaa...ni betul-betul punya balas dendam....



Bawah: Sorry kak... Linda terpaksa tembak akak.. but I still love u... semua ni demi perjuangan harmoni...



Akhirnya , Linda dapat 'touch' starter point pihak lawan...



Yang herannya , kat belakang tu , yang bersorak bukan team Linda... tapi referee... Pelik...pelik...



Kesudahannya... lebam ini dikesan di beberapa bahagian tubuh Linda.. Adalah lebih kurang 8 je.. Tapi orang kata 'no pain no gain' ...yeah baby!!



Inilah dia...srikandi-srikandi brutal yang 'berani mati'.... U GO GIRLS !!


Bawah : Haaa...ni memang melampau... Lawan tauke eh...



So, guys , inshaAllah Linda akan adakan Paintball Match untuk ahli-ahli kelab L.O.O.K nanti.

Tapi kasi mummy practise lebih-lebih sikit dulu ye anak-anak...


Rasa macam picnic plak.. Ibu Linda masakkan Nasi Lemak.. Hehe.. Baru hilang lemak,dah tambah lemak baru... :-)

Sukan Paintball ni memang mencabar tahap fizikal dan kekentalan kita. Bagus! Lain kali Linda sure akan main lagi!
Adios !! Team Linda (BRAVO VIPERS) menang 6-2 ! Tak sia-sia badan I lebam u... ahauwww.... :-)