Monday, April 27, 2009

Video Linda Menyanyi di Sehati Berdansa

Hai ! Atas permintaan ramai , Linda masukkan video ni untuk tatapan u all !

Lagu ini adalah lagu saduran dari lagu tema ciptaan Linda utk rancangan 'Urban di Era' dulu. Khas untuk Sehati Berdansa , Linda nyanyikan dan rap serta diberi 'mixing' baru. Liriknya ditukar untuk pembukaan Malam Sehati Berdansa minggu Hip Hop / Street Dance musim kedua.

Linda suka pakaian begini, muzik begini , rap begini , gaya begini dan persembahan begini... tapi sesekali je dapat buat begini.. :-p

This is sooooooo me ! Enjoy guys!!


Saturday, April 25, 2009

Makan Malam Dgn LO..

Sementara Linda kumpulkan bahan untuk update blog baru,Linda nak beritau kat u all yang acara Santai Bersama Penyampai kali ni adalah giliran Linda.. Linda pun teringin nak bersua muka dengan u all..

So,kalau u all nak makan malam ngan Linda , u all kena hantar sms ke Sinar fm. Kiriman sms terbanyak dgn slogan yg baik akan dipilih oleh pengurusan untuk makan malam...k ?

Type SBPLINDA slogan .....dan hantar ke 32660

Slogannya ialah - 'Kenapa eh nak makan malam dgn Linda ?' ...

Tarikh tutup ialah 30 April 2009.

So,see u guys bulan May nanti untuk makan malam .. Kita borak-borak makan-makan sampai penat k... !!! :-)

Wednesday, April 22, 2009

LO's weekend..

Salam ! Hujung minggu lepas , Linda dan team Sinar fm ke Port Dickson untuk memeriahkan sambutan hari keluarga di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti , (PDK) Cahaya Murni Pasir Panjang .

Pusat ni merupakan pusat kebajikan bagi kanak2 istimewa / OKU (Orang Kurang Upaya).

Sebelum acara padang dimulakan , Linda , Pak Tam dan Abang Salleh Yacob diminta untuk menjadi juri pertandingan masakan. Haaa... ni kita tengah buat 'food tasting'...Masalahnya... rendang ni semuanya sedap !! Susah nak buat decision..



Aaaa.. pastu kita jadi juri kuih muih laks. Bab ni , Linda lepas tangan sebab Linda tak suka makan kuih muih. So, Pak Tam sorang jadi juri..

Bawah : Kita gelak bukan apa.. Pak Tam makan bukan 'food tasting' lagi.. tapi dah melantak banyak ! Sambil diperhatikan Datin Rohani..


'
Pastu , adik2 ni sertai acara di padang... Ni Linda tengah bagi sokongan moral kat adik cute ni..



Diorang tengah lumba masukkan tali dalam manik ni.. Siapa cepat dia menang ! Chaiyok! Chaiyok !



Bawah ni pulak , adik2 ni kena tiup belon sampai meletup. Siapa punya belon meletup dulu , dia menang !

Percaya tak percaya lah eh..? Bebudak ni tengah tiup belon.. tapi cuba perhatikan gambar yang Linda dah bulatkan ni.. kedua-dua lelaki 'macho' Sinar fm tutup telinga... Aiiii? Takkan takut bunyi belon meletup Pak Tam ? Najman ?



So, Linda pun cabar team Sinar ... rupa-rupanya Abang Saleh ni fobia kat belon.. cuba tengok belon abang Saleh ... tak besar-besar !! Ke tak tiup langsung bang.. ?



Ni Linda sempat bergambar dengan adik cilik dari pusat OKU ni..

...mula-mula adik ni OK untuk bergambar..



Pastu dia macam malu-malu...



Pastu ... alahai manjanya sayang...



Antara gambar2 Linda dan adik2 ni..



Linda di luar pusat komuniti ni..



Bergambar kenangan beramai-ramai dengan adik2 OKU dan team Sinar fm..



"Kita yang sempurna ni harus bersyukur dengan pemberian tuhan dan jangan pula kita merendahkan martabat mereka yang tidak sesempurna kita.." ... Mereka tidak minta dilahirkan ke dunia cacat begini... Sedih Linda bila adik2 ni menyanyi lagu 'Namun Ku Punya Hati" sebelum acara bermula ..

Terima kasih Linda ucapkan kepada Pusat ni atas jemputan dan diharap kehadiran kami dalam masa yg singkat ni dapat menggembirakan adik2 dan ahli keluarga yang hadir.. InshaAllah lain kali kami kesana lagi ye.. Kami pun enjoy gaks !!

OK.. lepas habis je acara dengan adik2 ni.. Seperti biasa.. Kalau dah dekat dengan laut.. mesti kena singgah kejap.. walaupun hanya beberapa minit.

Nak lepas rindu pada laut... keindahan semulajadi ciptaan tuhan... Nyaman... Kat Teluk Kemang.





Hmm... apa lagi eh Linda buat hujung minggu lepas..

Oh ya... Linda banyak habiskan masa dengan famili kat teratak baru Linda.. ni namanya makan berdamai... hehe..



Waktu nak balik , Linda mintak anak buah kesayangan Linda , Fifiq pakaikan stokin... punyalah baik hati dia..nak jugak dia pakaikan stokin untuk mummy dia ni...



.....sampai tertonggeng-tonggeng !!



Hehe... comel...

OK guys ! Kalau ada story lagi , nanti Linda update blog k...

Tuesday, April 14, 2009

Anugerah Bintang Popular BH - 2008

Ahad lepas ,Linda 'panjat' bukit keriangan milik Goh Tong iaitu Genting Highlands untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang bersiaran langsung di TV3.

Linda hadir untuk memeriahkan majlis atas jemputan Berita Harian dan sebagai calon bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular Wanita...

Pertama sekali,Linda ucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat yang sudi mengundi Linda untuk ke Top 5. Kedua , Linda ucap terima kasih atas sokongan yang tak henti-henti daripada peminat ..di saat Linda rebah ke bumi , peminatlah yang mengangkat Linda untuk mengembalikan semangat yang telah hilang. Ketiga,menang atau kalau,itu adat bertanding,tercalon di top 5 pun Linda bersyukur..

Linda akur dengan kemenangan Fara Fauzana. U deserve it dik.. Fara is talented and a very very lucky girl. She's got the best support from Media Prima and Hot fm. Alangkah seronoknya kalau Linda mendapat sokongan seumpama itu.. :-)
InshaAllah , Linda akan kerja kuat lagi utk meningkatkan mutu sebagai penyampai radio dan harap2 Linda dapat hos rancangan TV (mingguan) Linda sendiri.

Ni gambar Linda dengan Fara.. Naughty tau dia ni..asyik menyakat je.. Çongrats girl!



Jom , ikut Linda bersiap dan terus ke Arena Of Stars...

Nazri mekap.... Linda tidur...



Then .. jalan kat red carpet..



...ada 'pit stop' kejap.. pose for the cameras...



Ni lah dia.. antara finalis...penyampai Hot fm dan radio terdahulu Linda..



Cantik kan baju ni ? Baju ni direka oleh Nazreen Idris.



Ok,mari Linda kenalkan u all dengan Nazreen Idris.

Seorang pereka muda yang sangat komited dengan kerja. Ni kali pertama Linda menggayakan rekaan Nazreen Idris. Seronok dapat sentuhan pereka fesyen seperti Nazreen. Dia mudah dibawa berbincang dan tahu apa yang Linda suka...

Thank you Naz ! I love the outfit ! You are a fantastic fashion designer !

Bawah : Linda dan Nazreen Idris ...



OK... Acara ABP pun selesai.. dan sekarang... makan time !! Kat post party ABP..


Duduk semeja dengan Mummy Khaty (Ibu Zizie Ezette)..Hensem kan abang Zizie? Samzy..



Sempat bergambar dengan Dato'Siti Nurhaliza... Cantik..



....dan M Nasir... Macho..



Malam tu ada post party ...Linda enjoy sangat. Almaklumlah Linda ni bukan kaki 'happening'...So, sesekali dapat dengar muzik yang kuat... Linda pun layannn... Yelah...kat Sinar asyik pekena lagu retro,sesekali pekena AKON , Rihanna , Justin T,Beyonce... Oraitttt aperrrr... hehe..

Sempat bergambar dengan anak Datuk Yusof Haslam . Bro Shamsul...


OK.. Sekian saja cerita kat ABP,Genting . Kepada pemenang , tahniah ! Kepada yang tidak , kita berusaha lebih lagi ye.. Apa-apa pun , thank you Berita Harian ! ...and Nabil... Congrats bro!

Bawah ni , khas untuk pembaca blog Linda .. dan pengundi Linda....

Gracias Berita Harian !

Sebenarnya.. tak mudah untuk mengadakan photoshoot. Bunyinya macam senang tapi setiap photoshoot memerlukan beberapa perkara penting. Antaranya ialah kesesuaian masa Linda dan jurumekap , pakaian , studio atau sesi fotografi di luar , jurufoto professional , lighting kena betul...dan yang paling penting bagi Linda ialah 'mood' sewaktu penggambaran..

Kali ni ,Linda nak share dengan u all 'kerja' Linda ni.. Ini bukan lagi hal 'glamour' untuk Linda , ini dah dianggap kerja ...

Baru-baru ni , Berita Harian telah menyiarkan 2 gambar Linda. Satu dengan Abang Rosyam Nor, satu lagi dengan Khairil (penyampai Sinar fm). Terima kasih BH ! :-)

Jom,ikut Linda pi photoshoot..! Ermmm... maybe dalam 4-5 jam.. Campur perjalanan..

Sekarang ni , make up artist favourite Linda ialah Nazri. Dia adalah make up artist untuk Sehati Berdansa lepas . So,kedua-dua photoshoot ni,Nazri yang mekap.. Serasiiii gitu... auwww..



Kalau shooting filem atau drama , babak yang dilakonkan selama sehari suntuk , kekadang tayangan kat drama atau filem tu selama 5 minit saja... Bayangkan.. bukan mudah jadi artis tau..

Sama gak macam photoshoot... posing punyalah banyak.. mekap punyalah berjam-jam.. hanya gambar yang terpilih saja akan disiarkan satu artikel...

Jom join Linda dan Khairil mendalami 'mood' photoshoot...



Elakkan dari bertentang mata dengan lelaki.. bahaya...




So, dah habis photoshoot , kami berdua di ínterview' oleh wartawan Berita Harian... Haa.. ni sesi perah otak plak. Bukan boleh main jawab sesuka hati je.. Takut di salah tafsir..



Inilah hasilnya...



Now , photoshoot dengan Abang Rosyam Nor plaks...
Abang Rosyam senang laaa.. datang2 je , terus boleh photoshoot sebab dia lelaki.. takyah nak mekap sangat .. rambut pun simple je..
Ni tengah mekap... while abang Rosyam lepak menunggu ku... :-)



Ready to go ?
Macam2 posing dilakukan untuk menampakkan keserasian.. Almaklumlah.. I ni pemalu orangnya.. ahauuu...

Eh .. Eh.. Eh... belum ready lah kak... Mata tertutup tu...
OK tak kak ? Haaa... nilah photographer nya...
Hasilnya...
Tapi ni gambar cover je.. Ada lagi story kat dalam.. dengan posing yang pelbagai.. hehe..

OK guys ! Tu je yang Linda nak share dgn u all..
Bila cerita , berita dan gambar telah terpampang di akhbar atau majalah , pelbagai pula reaksi daripada pembaca... baik yang negatif atau positif... Tapi selalu Linda mengharapkan yang positif.. Always think positive k! :-)
Pendek kata , bukan mudah untuk menghasilkan satu sesi fotografi buat tatapan pembaca...
CIAO !

Monday, April 6, 2009

Linda suka Anggun...

Salam..

Linda suka sangat dengan penyanyi dari Indonesia , Anggun Cipta Sasmi. Sebelum Linda cerita tentang Anggun , Linda nak share dengan u all aktiviti Linda hujung minggu lepas..

Errrr.....jap..jap...sebelum tu,Linda nak ucap terima kasih dulu kepada Media Hiburan yang sudi promosi blogspot Linda di ruangan Selebriti Online.. Kalau u all terlepas edisi MH yang lepas , bawah ni adalah keratan dari Media Hiburan.. MH ROCKS !



Kalau sebelum ni,Linda ke Astaka , PJ untuk bermain Paintball , kali ni Linda tukar lokasi peperangan ... Chewahhh...

Linda ke Xtion Paintball , Bukit Jalil . Memang mencabar tempat ni. Penghadang2nya terdiri daripada lapisan2 zink , tong-tong , batang2 pokok dan bukit bukau...



OK..close up sikit..



Sengal2 dan penat satu badan Linda.. kurang warm up. Tapi memang syok. Macam real je 'berperang' kat tempat macam ni.

Seluar pun habis kena lumpur...kasut pun koyak... Ganassss....



Ni dia Marco my friend.. Bijak dia main Paintball.. Payah nak shoot dia.. Eiiii GERAMMMM....



Yang bestnya bila ibu dan ayah datang support.. Aaa...nilah permainan budak2 zaman sekarang bu...ayah... Tapi ayah Linda dulu pakai pistol betul. Almaklumlah bekas polis C.I.D..



OK..tadi acara pecah lemak.. sekarang ni acara makan nasi lemak.. Dengan anak2 buah..



Lepas penat lelah main tembak2.. malam,kita makan berdamai sefamili... Kat Chilli's KLCC...


Sekali makan Nachos ni...hilang diet Linda seminggu..



Tengah jalan2 kat Bukit Bintang , terjumpa 'tarikan pelancong' kat tengah2 kotaraya ni.
Lelaki ni akan berdiri setempat dan tidak bergerak.. Bagi Linda kerja begini lebih mulia dari meminta sedekah tanpa berbuat apa2. Bukan senang nak cat seluruh badan dan berdiri berjam-jam lamanya...semata-mata untuk mencari sesuap makan.
Bila Linda amati 'patung' ni, Linda nampak raut wajah seorang lelaki yang tua disebalik cat tu. Timbul rasa kasihan pulak. Yang lain hanya menonton. Linda hulur sedikit duit dan bergambar dgn dia..


OK,now,Linda nak cerita pasal Anggun. Baru-baru ni ,Anggun datang ke Malaysia utk mempromosikan albumnya.
Sebenarnya dulu,sewaktu Linda bekerja di radio lama,Linda telah memujuk2 Kudsia untuk memainkan lagu Anggun. Waktu tu,radio tu tak pernah kenal siapa Anggun. Disebabkan Linda dapat CD Anggun 'fresh' dari Indonesia,Linda nakkkk sangat mainkan lagu dia.
Bila bos setuju,lagu Anggun pun dimainkan dan nama Anggun terus terkenal di Malaysia sampai sekarang. Anggun bukan setakat popular kat Malaysia je.. Eropah pun ditakluki Anggun. Terkejut gaks Linda bila Linda bercuti kat Paris dulu,lagu Anggun dimerata tempat. Bangga tengok orang Asia kita berjaya disana..
Minggu lepas,Linda dan teman2 ke Istana Hotel utk menyaksikan showcase Anggun..

This is Anggun... She's so cheeky,naughty on stage... penggoda dan pandai tackle crowd.. Vokalnya fantastik ! Tapi nyanyi 5 lagu je.. sikit sangat :-( But Anggun,u're the best!
Linda pakai simple je kat showcase tu...


Tapi sayang , lagu baru Anggun tak dimainkan di radio Linda sekarang... tunggu lagu tu jadi retro lah eh..
Lagu Anggun kegemaran Linda sekarang ni ialah Crazy dan Berganti Hati... Lirik Berganti Hati menyayat hati sangat ..
OK guys... ciao !!