Thursday, May 28, 2009

Barca! Barca! Barca!

Hola ! Hehe.. semenjak baru balik dari Barcelona ni, dah tak cakap 'helo' lagi dah..

Sebenarnya , Linda ni bukanlah peminat mana-mana pasukan bola. Tengok perlawanan bola kat TV pun sesekali je...tu pun sebab temankan kawan. Tapi Linda tau jugaklah selok belok tentang perlawanan bola sebab Linda main game PS 2 , layan Pro Evolution Soccer (PES) dan Winning Eleven.

Kebetulan , bila Linda main game , Linda akan guna pasukan Barcelona . Pendek kata Barca ni adalah 'my heart and my soul' lah setiap kali main game. So,Linda kenallah dengan semua pemain Barca... Eto'o , Messi , Puyol , Henry , Valdes , Iniesta dll...

Semalam , kecoh studio Sinar fm bila peminat Man U dan peminat Barca berperang dalam slot Linda. Linda pun layannnnkan je lah.. hehe.. Syok! Linda sokong Barca..walaupun kekasih hatiku Ronaldo bermain utk Man U pagi tadi.

Ada pendengar cakap , Linda u r making a big mistake by supporting Barcelona..U akan menyesal Linda.. menyesal..

Tapi, well...ternyata menyokong Barca adalah pilihan yang tepat krn Barca berjaya tundukkan MU ( 2-0 ) dalam liga juara-juara... I love Eto'o & Messi !!! Linda tengok game ni sampai pukul 5.30 pagi tadi. Masih jet lag, so tak rasa ngantuk sangat..hehe..

...dan Linda kotakan janji kepada pendengar... Datang ke studio memakai jersey Barca yang Linda beli di Barcelona...



Nak tau mana Linda dapat T-shirt ni ? Jom ikut Linda ke Barcelona...



Minggu lepas , sewaktu Linda bersiar-siar di Barcelona , Linda sempat singgah butik FCB (Barca FC)... Kat sini lah Linda beli jersey ni..

Bawah ni pulak , nama Linda sedang di print di atas T Shirt



Inilah hasilnya...



Besarkan gambar Puyol ?



Kat Barcelona , memang menggila-gila diorang support team diorang sendiri..

Pada satu malam yg indah di tengah kotaraya Barcelona, Rambla de Catalunya, diorang berparti sakan sebab Barca menduduki ranking teratas Spanish League. Sana sini jalan jam ! Teksi penuh. Metro penuh. Sana sini orang menjerit dan menyanyikan lagu semangat Barca FC ! Hampir semua orang pakai jersey Barca malam tu. Rasa takut pun ada gaks...tapi enjoy tengok semangat fans Barca!

Hmm..tu lah pengalaman menarik Linda kat Barcelona. Selama ni ,Linda cuma tau kalau diorang menang...so,they won, what's the big deal ? Tapi rupa-rupanya - Hey, it's the biggest deal for the fans and supporters !!! U rock BARCA !!

Meh , kita round lagi. Ke butik utama FCB yg terletak di sebelah stadium Barcelona...



...dengan staf La Botiga FCB ...



Gambar bawah: ..nampak terangkan ? Tapi sebenarnya dah pukul 8.30 malam & stadium pun dah tutup. So,Linda tak dapat nak tour dalam stadium Barcelona ni... Dapat amik gambar depan stadium pun jadilah..




Ni dia...antara pemain favourite Linda dalam PS2... Marquez..




Posing !



Walaupun Linda 'secara tak langsung' menyokong Barcelona tapi di hati tetap sayangkan pemain kita.. Cuma Linda bayangkan.. Alangkah indahnya kalau pasukan Malaysia jadi sehebat Barcelona ni.. Ada butik Malaysia FC di merata tempat.. Pelancong datang beli jersey kita.. Ada pensil , pen , pemadam , beg dll dengan label MFC.. Chewahh..

OK, nak tido sambil senyum kejap... sebab Barca menang... Jangan marah aaa fans MU ...

Wednesday, May 27, 2009

Terima kasih semua !

Sinar fm bersinar-sinar... bling-bling !!

Sewaktu Linda di Barcelona, Spain , Linda dapat kiriman sms daripada peminat yang mengucapkan tahniah kepada Sinar fm atas kejayaan yang membanggakan dalam senarai stesen radio pilihan rakyat Malaysia berdasarkan keputusan rasmi kajian Ukuran Pendengar Radio, Liputan 1, 2009.

Secara keseluruhan , Sinar fm menduduki tangga kedua, naik dari tangga ketiga dalam 'survey' sebelum ni.

Sila lihat bawah ni..
-------------------------------
Survey sebelum ni
ERA - 4,519
SINAR - 3,339
HOT - 4,314

Survey terbaru
ERA - 3,985
SINAR - 3,823
HOT - 3,776
-------------------------------
Linda ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendengar setia SINAR FM .

Dari tempat yang ketiga , kami naik ke tempat kedua. Dengan sokongan ini , Sinar fm adalah stesen retro nombor satu di Malaysia. Terima kasih...terima kasih...terima kasih.... I love u'all !

Linda juga ucapkan terima kasih kepada pendengar setia Linda yang janji akan ikut Linda kemana jua Linda pergi. Jangan mungkir janji tau..ahauuww...Sokongan anda buat Linda kuat.

Bak kata Saleh Yacob , " I Followwww.."

So, follow kami di Sinar fm ok ...?

KL - 96.7 fm
JB - 87.8 fm
IPOH - 96.9 fm
KOTA BAHRU - 93.8 fm
KUCHING - 102.1 fm
ALOR SETAR & PENANG - 97.1 fm
MELAKA - 96.0 fm
KOTA KINABALU - 104.9 fm
SEREMBAN - 96.9 fm
KUALA TERENGGANU - 97.5 fm
KUANTAN - 97.2 fm

Nanti Linda update cerita percutian Linda di London , Paris , Rome dan Barcelona ok ?

CIAO !

Tuesday, May 12, 2009

Linda Cuti..

Hi Linda bercuti panjang kat Paris ni . Lepas ni nak ke Italy dan Spain. So , Linda tak update blog ye. Take care guys !!

Wednesday, May 6, 2009

Interview..Interview...Interview..

Sorrylah .. Linda lambat update blog. Sepanjang minggu lepas Linda terlalu busy dengan rakaman TV , photoshoot , acara di luar dan interview...

Sebenarnya , minggu lepas , Linda jalani beberapa temubual bersama dengan TV 9 untuk tiga rancangan iaitu Apa Ke Halnya , Galaksi dan Filem di 9.

Rancangan Apa Ke Halnya dihoskan oleh Mr. Os dan Shamsul Ghau Ghau.. Topiknya ialah mengenai hari pekerja sempena 1 Mei. Rancangan ni sudah ditayangkan pada 1 Mei lepas.

Jom tengok gambar...
Aaa...buat air sendiri tau.. Siapa kata Linda ni diva ..? Sentiasa dapat layanan kelas A? Hellooo...I'm just a radio announcer and TV host k... Bukan star! Sementara menunggu masa utk rakaman , Linda buat air ginseng dan makan nasi lemak bungkus tu...
Maklumlah tengah takde TV show , semua Linda telan ! takde diet-diet.. hehe..
Sekitar rakaman APa Ke Halnya...
peace yo !

Bergambar kenangan dengan Mr Os dan Shamsul Ghau Ghau ..


Lepas tu , rakaman Galaksi dan Filem di 9.
Untuk Galaksi... rakaman ni sudah dikeudarakan minggu lepas..


DI bawah ni pulak , untuk rancangan Filem di 9. Rancangan ni akan keudara pada 9 Mei , Sabtu jam 12 tengahari . Mengenai Linda dan restoran Linda...
Sempat merakam aksi Linda ambil order.. :-) ...errr....order apa bang? Mom's Original ?

Pastu siapkan makanan...


Pastu sambung interview...


So, jangan lupa eh.. Tengok TV 9 ..hari Sabtu ni , 12 tengahari dalam rancangan Filem di 9.
Sebenarnya waktu Linda di interview , Linda terfikir .. Hmmm...Linda asyik kena interview je ni.. bila masa pulak Linda nak meng'interview' orang ni..? Bukankah Linda ni pengacara ? Hmm....konpius..konpius... Linda lebih suka menemubual orang dari ditemubual.. Almaklumlah darah yg mengalir sebagai seorang pengacara ni tak boleh nak dielak...
Inilah yang dinamakan rezeki .. bisikan Linda jadi kenyataan. Linda dipilih menjadi pengacara untuk rancangan masakan dan kesihatan di TV 1 . Dan satu lagi , rancangan untuk anak2 yatim . Semuanya akan ditayangkan pada bulan Syawal nanti , InshaALLAH. Nanti Linda masukkan gambar2 sepanjang rakaman kedua-dua rancangan ni ok ?
CIAO !