Tuesday, June 23, 2009

Macam macam ada..

Hehe.. Macam macam ada... Entry Linda kali ni ada macam2 cerita. Beberapa hari ni , ramai yang komplen kenapa Linda lambat update blog.

Jawapannya...Linda sibuk laaa.. sibuk sangat. Setiap hari jadual Linda padat. Berkejar kesana kesini... Nak pergi ke spa untuk mandi susu ke, urut ke, lulur ke..semua terabai sebab sibuk. Orang kata 'busy is good'. :-) Yeahhhh ! Soooo good...

Antara yang Linda lakukan minggu lepas ialah ...photoshoot untuk Sinar fm.





Beberapa hari sebelum tu , photoshoot dengan Kak Engku dan Abby Fana untuk Berita Harian .... Dah keluar dah kat BH.

And then ...Linda buat rakaman TV untuk rancangan memasak bersama Chef Liza dalam rancangan Kulinari chef di RTM . Akan ditayangkan pada bulan puasa nanti... tungguuu...
Bawah: Tengah tolong tuang gula hangus (caramel)...


Chef ajar Linda buat kek apam gula hangus / kek sarang semut.. Sedap giler kek chef Liza buat. Lembut , moist dan eh sedaplah sangat !



Bawah ni pulak , Linda masak daging...


Rupa2nya , Chef Liza ni adalah bekas guru bahasa Inggeris. Oooo I like. U all tau tak? Dalam setiap resipi yang disediakan oleh Chef Liza , dia akan buat kajian demi kajian sebelum confirmkan satu-satu resipi tu... Sebab tu lah sedappp..



Chef Liza janji nak ajar Linda buat Kek Pandan Sponge eh... Hope jumpa chef lepas ni untuk berguru... Linda ni taklah suka sangat makan kek tapi Linda sangat2 suka kek pandan sponge dan kek coklat moist.
Beberapa hari sebelum rancangan masak memasak tu , Linda ke Glenmarie untuk rakaman rancangan REMAJA di TV3 . Topiknya ialah " Belajar atau Bercinta?" .
Well adik-adik...kalau nak tau apa jawapan Kak Linda , tunggu rancangan Remaja ni kat TV ok?

Bergambar kenangan bersama hos dan tetamu...


Sewaktu rakaman...



Peace yoooo...



OK.. photoshoot lagi...
Linda telah dilantik sebagai duta produk NUTRI PEARL.. Produk ni bagus untuk membina semula sel-sel dalam badan wanita serta baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan wanita. Harganya pun berpatutan dan hasilnya memuaskan Linda...

Bawah : Tengah photoshoot...

Baju lain pulak...
Seperti biasa ... make up artis Linda - Nazri..

Minggu lepas juga Linda jadi pengacara untuk acara yg dianjurkan oleh Nespray.. Seronok acara ni, anak-anak dan ibu-ibu mereka yang memenangi peraduan di Sinar fm dapat bermesra dengan Dato' Sheila Majid (jurucakap Nespray) ...
Bawah : Bergambar dengan Dato dan anaknya Khalefa..


Comel bebudak ni..
Linda pun join sekali ...


OK.. itu saja.. sebenarnya banyak lagi aktiviti Linda selain dari di atas... tapi aduuuhh... tak terlarat nak muatkan kat blog ni.. See ya !

Monday, June 22, 2009

Me and My Dream Car...

Orang kata , kalau belum mampu , sentiasa bayangkan,idamkan,inginkan,dambakan...sesuatu perkara atau benda yang kita inginkan... Omputeh kata "visualized".

Linda nak beli Ferrari ? Haha.. Belum mampu. Tapi tak salahkan kalau Linda terus idamkan kereta ni dan bekerja keras untuk dapatkan kereta ni... Chewah selera besau... Manalah nak korek duit juta2..

Linda pernah dengar cerita tentang seorang pemandu teksi yang hidupnya susah , sekarang ni , rumahnya banglo sebesar-besar alam... Linda pernah dengar cerita mengenai seorang penjual goreng pisang, sekarang ni seorang jutawan. Linda pernah dengar cerita seorang lelaki yang bekerja mengangkat ayam di pasar untuk taukenya tapi sekarang , pendapatannya lebih 6 angka sebulan.

Dari teladan cerita2 di atas , walau apa jua pekerjaan u all sekarang... ALWAYS THINK BIG ! U might not get it now... but if u work hard for it , U will get it...

Minggu lepas , Linda dijemput ke Naza Italia untuk pelancaran kereta Mercedes , Harley Davidson dan Ferrari . Linda sempat bergambar dengan kereta idaman Linda Ferrari F430 Spider.

Tengah syok syok bergambar , jurugambar dari Berita Harian ambil beberapa gambar untuk ruangan Berita Harian Auto . Kita tunggu je gambar kat Berita Harian nanti ye..



Bahagian belakang kereta ni ..



Duduk je ... kalau start engine kang kemana plak Linda bawak lari kereta ni...



Pose ... ada gaya macam kereta milikku sendiri tak ? hehe..



Sempat bergambar dengan Angkasawan pertama negara Dato' Sheikh Muszaphar . Handsome..




Bergambar kenangan di butik Harley Davidson..



Diharap gambar2 Linda dengan Ferrari di atas jangan di salah anggap (atau disalah guna). Ia hanya salah satu cara Linda memotivasikan diri untuk memajukan diri... Manalah tau..dari angan2 jadi cita2 lepas tu jadi usaha seterusnya jadi nyata. Kelepuk sebiji Ferrari depan mata. Hehe..

Kekadang heran gak mcmana ada org leh kaya sgt. Tapi..Kalau penjual goreng pisang , pemandu teksi dan tukang angkat ayam di pasar boleh jadi jutawan , kita juga boleh... !! InshaAllah... Usaha tangga kejayaan. ;-) Ciao !

Jom ke Bandung dgn Linda !

Halllooooo... Kalau u all dengar SINAR fm , sure u all tahu yang sekarang ni tengah ada peraduan bercuti bersama Linda ke Bandung , Indonesia.

Nama peraduan ni ialah CUTI CUTI SAKINAH TRAVEL BERSAMA LINDA ONN .

Linda pernah ke Bandung beberapa tahun lepas, ikut company trip. OKlah...kat sana...ada banyak gudang2 pakaian berjenama. Makanan not bad. Harga not bad. Hmm..cuaca pun ok jugak.. Cuma kat dalam hotel , takde petunjuk kiblat. Yang penting , kat sana ,kita jadi jutawan..hehe...sebab bila kita convert duit , kita ada berjuta-juta rupiah !!

So,kalau u guys nak join bercuti dengan Linda ke Bandung , cepat2 hantar sms. Perlu diingatkan ye, bahawa yang membuat pemilihan bukan Linda tetapi pihak SINAR fm.

Peraduan ni tamat pada 18 JULAI 2009 .

Caranya :
Taip CCLO dan hantar sms ke 32660 . Jawab soalan yang diberikan.

Kalau u all menang , kita rounnnnnnnddddd satu Bandung , OK?!!

Permisi pakkkkk...

Monday, June 15, 2009

My trip..

Terlalu busy... itulah Linda sejak balik dari bercuti di Europe ... Busy busy pun sempat keluar dating tau.. hehe.. tengah solo ... orang ajak dating pergi je lerrr.. ye tak? kekeke..

OK... Seperti yang u all tau, pertengahan Mei , Linda ke 4 negara dalam satu percutian . Linda mulakan dengan London kemudian Paris , Italy dan Spain.

Sebelum ni , kalau Linda bercuti ke Europe , Linda tak dapat nak kongsi banyak gambar dgn u all tapi kali ni , mentang-mentanglah dah ada blog , Linda letak gambar2 ni , untuk tatapan peminat2 ku ye...

Biasanya orang akan menunjukkan gambar dari permulaan perjalanan tapi Linda akan mulakan dengan gambar di destinasi terakhir percutian , iaitu Barcelona , Spain...

BARCELONA , SPAIN

Ke negara mana saja Linda pergi , Linda akan singgah Hard Rock Cafe untuk beli barangan HRC . Kali ni , Linda banyak beli drum stick untuk drum set Linda. Oh ye..Linda belum cerita kat u all lagi yang Linda baru beli set drum ek? Nanti Linda share kat next blog k...

Bawah : Di luar Hard Rock Cafe , Barcelona



Di dalam Hard Rock Cafe ... tengah mamam...



Kalau ke Spain , jangan lepaskan peluang menonton persembahan Flamenco. Tarian Flamenco ni boleh buat orang ternganga kejap. Mengasyikkan dan memukau mata. Gerakan kaki penari pantas dan mengikut irama.. I like !!

Bawah : Penari-penari Flamenco di Tarantos





Pastu ada persembahan nyanyian dan muzik Sepanyol... Teringat lagu Spanish Guitar oleh Toni Braxton... hehe..

Ni diorang tengah layannnnn....



Keluar je dari show ni , abang-abang polis pandang-pandang jeling-jeling Linda... hehe.. Linda pun sempatlah jeling2 jugak. Bukan apa...abang2 polis kat Spain ni, badan-badannya gagah perkasa , besar , berketul2... Linda memang suka lelaki yang gagah2 macam ni . So , Linda pun amik kesempatan... Bukan kesempatan apa pun... cuma amik gambar je... hehe..

Gracias yo Mr Polizia !



Trip Linda kali ni memang dipenuhi dengan jadual makan...makan...makan.. Linda naik 5 kilo dalam masa 3 hari.



Disebabkan trip ni , Linda kena diet semula.

Ada orang kata Linda gila sebab nak diet lagi. Ehh..badan Linda..taulah Linda mana yang lebih,mana yang kurang. Lepas trip , semua seluar ketat, muka pun dah tembam ..Mana taknya , kat sana dok balun pizza, kebab, spaghetti, french fries setiap hari.

Balik je ke KL,terus ada photoshoot. Linda kena 'sound' dengan client waktu photoshoot jadi model produk ,katanya muka nampak tembam,tak runcing...Adusss...sebab tu lah kena diet. Bukan mudah jadi model,makan kena jaga.. Camera always adds 10 pounds! Ergghh!!!

Linda ni..kalau makan banyak,hanya muka dan punggung saja yang naik. Badan tetap maintain. Amik gambar pun kena pandai sembunyi2 bahagian tertentu. Haa..tulah yang u all tak perasan kalau Linda tergemuk sikit. Trick baik punyaaa.. hehe..

OKlah , seperti di blog sebelum ni , Linda dah ceritakan pengalaman Linda tengok bull fighting. Tapi Linda belum tunjuk gambar ni.. Aaaa...nilah tempat lembu sondol waktu matador sembunyi.. nampak tak bekas sondol tu ?



Macam ni dia sondol ..




ROME , ITALY
Sebelum Linda ke Barcelona , Linda singgah di Rome .... jom tengok gambar..

Di luar Coliseum dengan mamat yang berangan jadi gladiator .. Nyampah betul dengan dia ni..



Di Trevi Fountain ...



Di Via Condotti tempat butik2 ternama.... Di belakang tu pulak , Spanish Steps.



Di luar Hard Rock Cafe , Rome ...



PARIS , FRANCE

Sebelum terbang ke Rome , Linda singgah di Paris untuk beberapa hari... Payah jugak nak berkomunikasi dengan orang2 kat Paris ni. Tak pandai cakap English. Ke buat-buat tak pandai?

Kat Eiffel Tower...


Di Notre Dame...



Di luar butik Louis Vuitton, Champs Elysees. Paris adalah tempat asal bagi jenama LV, so, Linda tak lepaskan peluang jenguk2 butik ni..



Makan lagi...

Di luar restoran Makcik Tina.. hehe..


Haaaa..part ni yang paling best! Linda terjumpa Dato' Shake di Paris !
Waktu tu , Linda tengah nak naik train (Metro) , tetiba je terserampak dengan Dato' Shake. Tak sangka Linda...di Malaysia tak pernah kita bersua muka. Tapi di Paris pulak dapat berjumpa dengan penyanyi tersohor ni. Dato' Shake sempat menanya khabar industri hiburan Malaysia.. Prihatin jugak ye...

Lepas tu,adalah jugak Linda berdoa terserempak dengan Angelina Jolie ke,Jennifer Lopez ke..Christiano Ronaldo ke.. tapi hampeh. Linda dah balik ke KL , baru Ronaldo datang Rome.. You're late,honey..
LONDON , UK
Sebelum Linda terbang ke Paris , Linda sempat habiskan masa beberapa hari di London.
Bawah : Di Marble Arch..

Bersiar-siar di Oxford Street ..
Di luar Madame Tussaud..



Tah dah berapa kali dah Linda sampai ke sini...tapi tetap nak singgah setiap kali ke London.. Trafalgar Square..
Mamat bawah ni .. buatlah apa pun , dia tetap tak gerak. Macam patung..
Berlatar belakangkan Big Ben...
Bawah: Seronok naik tube (underground).



Kat belakang tu ialah London Eye..
Tengah tunggu tube..
Bawah : Yang Linda pelik , kenapa gambar dalam kamera Angie tu takde muka Linda? Sampai hati u , Brad... :-p
Shopping kat Harrods..

Di Tower Bridge
Bawah : Dalam kapal terbang dari Malaysia - Abu Dhabi - London

Aaaa...kalau nak ikuti perjalanan yang sebenar (dari Malaysia-Eropah) , u all kena baca blog dari bawah ke atas... baru betul.. hehe.. Ciao !