Monday, August 31, 2009

Derma sempena Ramadhan..

Hi!

Kalau u all nak menderma apa-apa utk anak2 yatim yg memerlukan.. eg: Baju kanak2,kasut,selimut atau wang ringgit, sila tinggalkan di mana2 cawangan MMCR atau MAPS sebelum 8 Sept '09. Alamat restoran ada di sebelah kanan blog ni ------>

Sila jumpa 'captain' restoran & isi borang. Barang2 derma anda tu akan Linda salurkan pada anak2 yatim pada majlis berbuka puasa nanti,InshaAllah..

Anything,call Yati 014- 9333306. Semoga niat ikhlas anda diberkati Allah.. Terima kasih.

Salam, Linda .

Gambar,gambar,gambar....

Hellooooooo!! Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 Malaysia ! Walaupun tahun ni tidak ada acara sambutan kemerdekaan di sana sini kerana menghormati Ramadhan, tapi sebagai anak Malaysia , hari merdeka tetap dirasai. Kita kena teruskan semangat 1 Malaysia !! Melayu...jangan layuuuuu....

OK,pertama sekali,Linda nak ucapkan terima kasih kpd u all kerana tinggalkan soalan di dalam ruangan 'comment' dalam entri blog yg sebelum ni "TANYA LINDA". Harap berpuas hati dengan semua jawapan Linda.. :-)

Kali ni, Linda nak share dengan u all aktiviti Linda minggu lepas.. Linda dijemput dalam rancangan AC? musim baru. Tetamu undangan yang lain ialah Hafiz dan Diana Danielle...



Mulut AC ni memang macam bertih jagung... pot pet pot pet.. Tapi syok..enjoy.. Tak kering gusi kita dibuatnya..



Then Linda dijemput untuk menjadi pengacara bagi forum Nespray One Plus di Carcosa Sri Negara..

Bawah ni , Linda tengah discuss dengan Datuk Sheila Majid sebelum forum bermula..



Sewaktu forum sedang berlangsung...



Linda bergambar kenangan dengan ahli panel forum setelah selesai acara..



Selain aktiviti2 di atas, Linda jalani beberapa photoshoot utk akhbar ..Tunggu ye paper mana yg akan keluar story :-) Sorry takde amik gambar waktu photoshoot...so,takleh nak share ngan u all..

Hmmm...sebut2 tentang gambar , waktu Linda godeh2 laptop ni, ada beberapa gambar yang Linda nak kongsi ceritanya dengan pembaca blog Linda ni...

Tengok gambar bawah...

Gambar ni dirakam waktu Linda ke Muar utk majlis persandingan sedara Linda. Anak sedara Linda (Fifiq) punyalah romantis...dia kiss seorang budak perempuan kat pelamin.. Baby girl tu kira sedara jauh Linda lah.. So cute :-)



Eh... ke budak perempuan ni yang kiss Fifiq ? Who kissed who????



Comel betul melihat gelagat bebudak ni.. Sayang menyayang...

Bawah ni pulak , Linda bergambar dengan pengantin ...Baby tu pun kira anak buah juga lah..



Then...Dah alang2 kat Muar.. kawasan kampung.. Kita pun ke kebun 'grape' pakcik Linda.. Hehe.. Rambutan daaaa....

Fifiq , si budak comel dari bandar kaku KL ni agak terpegun bila dapat petik sendiri rambutan dari pokok.. Sekurang2nya dia dapat merasa suasana hidup di kampung.. best!


OK... gambar apa lagi ek Linda nak share ngan u all..?
Oh ye.. Linda dah beritau sebelum ni kan yang Linda ada beli drum set ? Hmm..drum ni Linda ketuk untuk release tension.. Kalau ada kesempatan , Linda nak masuk kelas drum.. Best tau main drum... kedua-dua tangan dan kaki bergerak dalam satu masa yg sama.. Otak kena balance..
Seperti biasa.. akan ada makhluk halus yang akan cuba membinasakan harta bendaku... hehehe... can u see him ?



More pictures ? Adaaaaa....
Tengok apa yang dapat Linda rakamkan di Johor baru-baru ni.. Dengan begitu lena , abang misai ni tidur di tepi tayar tanpa menghiraukan sesiapa...

AMARAN : Perbuatan ini adalah merbahaya. Jangan amalkan ini di rumah..

Zoom out !



Hehehe.. nyenyak betul kucing ni tidur.. Paparazzi amik gambar pun dia tak sadar.. :-) Don't worry,lepas amik gambar , Linda dah kejutkan dia dan Linda suruh dia tidur kat tempat lain.. Dia kata "Ngeowwww"... Maknanya "Thank U"...
OK guys ! Selamat berpuasa dan Salam Merdeka dari Linda... Nak gi sahur ni.. Kawan dah tunggu.. :-p
Chalo babuji..

Wednesday, August 26, 2009

Tanya Linda..

Hehe.. Tanya Linda - Macam tajuk rancangan yang Linda kendalikan di Astro Ria dulu.. I miss that show! Syiok tengok tetamu bertegang urat!

OK.. apa sebenarnya Tanya Linda ni?

Untuk entry blog kali ni, Linda beri peluang kepada semua untuk menanyakan apa-apa soalan kepada Linda. Idea ni Linda dapat dari seorang peminat blog Linda.. Katanya,mintak Linda beri ruang dalam salah satu entry blog Linda untuk peminat ajukan soalan...dan Linda JAWAB !! Hehe..

InshaAllah.. :-p

So, just klik dan tinggalkan soalan u all kat ruangan 'comment' di bawah ni ye..

p/s : ...tanyalah apa yang terbuku di hati...

Monday, August 24, 2009

Ramadhan dan Restoran..

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan ya karim... Alhamdulillah , kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan tahun ini.. Mungkin juga ini Ramadhan yg terakhir buat kita...Mungkin juga kita takkan bertemu dengan Ramadhan akan datang... Kerna itu,kita harus bersyukur kerana dapat beribadah lagi di Ramadhan ini..

Chewahhh.. bila ustazah Linda dah mula berbicara.. rasa macam rancangan Al-Kuliyah plaks.. hehe.. Linda mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat (ada ke?) , semua pendengar Sinar fm dan semua pelanggan restoran2 Linda.. serta semua muslimin muslimat seluruh dunia..

Restoran-restoran Linda juga menyambut Ramadhan yg mulia ini dgn pelbagai hidangan utk menjamu pelanggan berbuka puasa dan bersahur ..

1) My Asam Pedas Shop (MAPS)



- Buat pertama kali, MAPS beroperasi dari 6 petang hingga 5.30 pagi untuk berbuka puasa dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan.

- Untuk berbuka puasa, MAPS mengadakan konsep buffet dengan lebih kurang 50 juadah hingga jam 10 malam. Harga bagi dewasa ialah RM38. Kanak-kanak 7-12 thn ialah RM18 dan PERCUMA bagi kanak-kanak 7 tahun ke bawah.

- Untuk bersahur, set sahur juga tersedia.

- Bagi yg suka lepak2, MAPS ada shisha dgn pelbagai perisa antaranya strawberry , grape , apple. Ada big screen TV dan ruang solat tingkat atas.
Seterusnya..
2) My Mom's Chicken Rice (MMCR)



- Hanya pemegang kad LOOK dapat menikmati RM2.99 bagi Nasi Ayam ATAU Mee Rebus ATAU Mihun Soto bersama Teh O Ais dari 2 - 6 Ramadhan. Hanya untuk 'dine-in'.

- Set Ramadhan MMCR istimewa - Antaranya Ayam Percik, Sate Hati & Sate Pedal. PERCUMA untuk tambahan nasi & air untuk set Ramadhan.

Sebarang pertanyaan atau tempahan , sila hubungi 014 - 9333306.
Selamat menjamu selera !!
---------------------------------------------------------------------------------
Tadi Linda berbuka puasa di MAPS.. Huh! Kenyang betul perut dgn macam2 lauk pauk.. Alhamdulillah..



Antara lauk-lauknya ialah..

Dah lepas makan lauk pauk , Linda layannnn rojak !
A'ah ek.. sebut2 perkataan 'layaaannnn' ni.. Mana adikku Fara Fauzana ek? Dulu buka kat MAPS, tahun ni taknak datang ke ? :-p
Bawah : Haaa...kalau nak tengok orang lelaki pakai kain batik di siang hari dan di khalayak ramai.. datanglah ke MAPS... Cantik apron staf ! 1 Malaysia !! Yeah !!



Chalo babuji..

Thursday, August 20, 2009

Konsert R&R MBPJ

15 Ogos (Sabtu) adalah siri konsert R&R (Rock & Retro) yang terakhir Sinar fm..

Kali ni,konsert diadakan di dataran MBPJ depan Amcorp Mall , PJ. Kalau konsert di Penang dihadiri lebih kurang 30,000 penonton, di PJ pulak lebih kurang 20,000 penonton katanya...

Malam tu memang happening.. Persembahan pembukaan adalah Sinar Band .. Kalau u all tengok video dalam entry blog yang sebelum ni kat bawah,sure u all dah tengok performance kitorang (penyampai Sinar). Yang tang Linda main drum sambil berdiri di penghujung video itu adalah kerana dah naik sheikh ye.. hehe..

So, kepada u all yg tak dapat hadir ke konsert ni,jom Linda bawak ke Konsert R&R dgn gambar2 yg sempat Linda rakamkan dari kamera tercintaku...

Bawah : Sebelum konsert bermula jam 9 malam , kitorang adakan sesi latihan dulu... Praktis! Praktis! .. Posing !!



Bawah: Selepas tu... Briefing... Chehhh.. Paktam serius seh..



Bawah : Tak tahu macamana nak gambarkan betapa ramainya pendengar Sinar fm yang hadir..Linda hanya dapat menunjukkan gambar di bawah ni... Ramai..kan?



Sepertimana yg Linda katakan tadi.. Persembahan pembukaan adalah dari penyampai2 Sinar.. Bila dah tengok penonton punya ramai macam ni.. Wa jadi cuak bro.. tangan pun menggeletar nak pegang drum stick .. hehe.. kebas... Ni buat senaman tangan jap sebelum perform.. :-p



Bawah: Nasib baiklah asap kat pentas tu kepul-kepul.. Kabur sikit pandangan Linda pada penonton.. Tak lah gabra sangat..



Antara artis2 yg buat persembahan ialah... MAY !



Huhhh... memang rock habis.. Sampai Khairil pun panjat tepi stage nak rakam video persembahan MAY...



Bawah: Dato' Khatijah Ibrahim sempat mengeluarkan dialog ini sebelum menyanyikan lagu nostalgia Linda..

"....Lagu ini saya tujukan khas utk Linda Onn... Ku Pendam Sebuah Duka..."



Thanks Dato'! U r the best! Lagu ni memang favourite Linda.. Sedih tapi ... hmmm panjang cerita...

Eh melalut pulak... OK , next pic please !

Othman Hamzah... Persembahan memang mantap... Lagu Gadis Melayu - I like !!



Hattan... Memburu Rindu... Huhhh... terangkat ! Eh... terduduk !!




Ni Linda bergambar dengan penonton.. Rockers otai.. Nama abang yg rambut putih ni Awie (katanya..).. Siap buat head banging lagi u allz... Cayalahhh !



Linda pun rasa macam dah jadi rocker lah plak.. Aduhh.. so not my music.. tapi layannnnnnn je lah!

Ramlah Ram... Seperti di Penang, di PJ sekali lagi kejutan.. Rocker-rocker yg datang yg ala-ala ganas semua jadi mat bunga-bunga cinta bila Ramlah Ram buat persembahan.. Semua ikut nyanyi beb... Cair beb kena penangan Ramlah...

Berkerut-kerut muka rocker-rocker semua nyanyi sama lagu Kau Kunci Cintaku... hehe.. Pitching tinggi tuuuu...
Bawah : Jatt Black Dog Bone.. rambut abang... old skool... :-) Klassss....
Belakang pentas... Mus May , Yantzen dan Fareez Melissa...



Dari kiri : Abby Fana , Shida, Linda , Nila dan isteri Khairil Ivy..
Bawah : OK.. cuba teka kepala siapakah ini ?


Peminat2 kat bawah ni suruh Linda amik gambar diorang dan masukkan dalam blog.. Linda kotakan janji... Haaa.. sekali diriku berjanji..akan kutepati...Setia u...


Awie bersama WINGS.. U still rockkkkk bro !



OK.. Semua artis dah buat persembahan... Kitorang pun dah ucap terima kasih kepada semua.. Ni bergambar kenangan bersama penyampai Sinar fm.. I followwwww !

Chalo !

Linda the drummer... :-)

Sebelum Linda update blog mengenai Konsert R&R Sinar , ada 3 perkara yg Linda nak beritau..

Pertama sekali,syukur sebab drum stick tak tercampak (spt yg terjadi di Konsert di Penang) waktu Linda main drum . Hehe...

Kedua,Linda enjoy giler malam tu...persembahan drpd artis semua best2 dan penonton pun sporting!

Ketiga,saksikan dulu rakaman yg Linda ambil dari Youtube ni. Band Sinar fm (yg digelar oleh Saleh Yacob sbg Panca Sinaran) membuat persembahan pembukaan di Konsert R&R (Rock & Retro) Sinar di Dataran MBPJ , Sabtu lepas. Kitorang perform lagu Apa Nak Dikata..

Penyampai Sinar fm yang membuat persembahan ialah ;

Khairil - Lead Guitar

Jamal Jamaluddin - Rhythm Guitar

Paktam - Bass Guitar

Linda Onn - Drum

Zaidi,Najman,Nila,Abby - Penyanyi

Thanks for watching ! :-)

Tuesday, August 18, 2009

Linda rindu atok... :-(

Setiap kali meeting Sinar fm,itulah kata2 yg selalu terpacul di mulut Pak Tam (our boss)... Update blog! Update blog!

OK,nanti Linda update blog tentang Konsert R&R Sinar di PJ ye.. Linda tengah kumpul semua gambar2 dan cerita utk blog ni..

Tapi hari ni,Linda cuma nak kongsi kesedihan... Semalam,Atok kesayangan Linda meninggal dunia di JB..jam 8.30 pagi.

Lepas selesai forum dgn Datuk Sheila Majid di Carcosa Sri Negara,Linda bergegas ke JB... Supaya Linda dapat kiss atok buat kali terakhir sebelum dia dikebumikan.. Alhamdulillah,Linda sempat cium atok beberapa minit sebelum kafannya disempurnakan. Laju sangat Linda bawak kereta dari KL ke JB...semata-mata nak 'jumpa' atok...

Linda tengah sedih sangat sekarang ni.. Lepas ni,dah takde atok lagi yg Linda nak salam pada hari raya.. Tahun lepas,waktu Linda salam atok,atok cakap "..tahun depan kita tak jumpa lagi,Linda.." . Linda cakap "..jangan cakap macam tu,tok.." . Agaknya dia dah dapat rasa pemergiannya... Atok selalu doakan Linda berjaya dalam perniagaan,karier dan kehidupan.. Sayang sekali Linda tak dapat bersama atok di saat2 akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir..

Linda rindu atok... Allahyarhamah seorang yg sangat baik. Moga atok ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan damai di sana.. Ameen. Al Fateha..

Thursday, August 13, 2009

Al-Fateha buat Ustaz Asri (Rabbani)..

Tengahari tadi Linda terima sms kiriman Umie Aida mengatakan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia jam 11 pagi di Hospital Pantai. Menurut sumber lain,Allahyarham pengsan ketika mengendalikan program di RTM dan terus dikejarkan ke hospital.

First of all , Linda ucap terima kasih kepada Umie kerana tak lupa nama Linda dalam senarai pemberitahuannya selama ni. Umie selalu sms utk beritahu berita2 yang penting begini. Thanks again Umie.

Kedua , Linda betul2 terkejut. Innalillah.. Takziah Linda ucapkan kpd famili Ustaz Asri dan moga dia ditempatkan bersama org2 yg beriman, Ameen. Kita kehilangan seorang insan yang mempunyai hati yg mulia,berjasa tinggi,tenang, suka senyum dan rendah diri.

Al- Fateha...




Beliau 'pergi tak kembali'...

Selepas ni,Linda akan merindui suara merdunya ketika melaungkan azan dan takbir Raya. Linda pernah menemubual Ustaz Asri dulu dan Linda pernah menjemput Allahyarham membaca doa sempena pembukaan restoran My Mom's Chicken Rice di Tesco Ampang tapi beliau tak dapat hadir dan digantikan dgn adiknya.

Ini blog Allahyarham yang Linda tahu - http://asrirabbani.blogspot.com/

Selepas seorang...seorang lagi insan yang Linda hormati pergi meninggalkan kita buat selamanya.. Allahyarham Shukri Hashim (pelakon) , Allahyarham Mikail (Michael Jackson) , Allahyarham Aniff Ghani (wartawan Media Hiburan), Allahyarham Yasmin Ahmad (pengarah) ,Allahyarham Khairil Khamis (penyanyi senior) & Allahyarham Asri Ibrahim (Rabbani) ...

Al- Fateha... Moga mereka damai di alam sana dan moga roh mereka dicucuri rahmat... Ameen...

Monday, August 10, 2009

Hi all...

Hi all..

Harap pembaca blog Linda semuanya sihat. Maklumlah cuaca tengah tak elok sekarang ni. Sebab jerebu,Linda juga jadi tak sihat. Sakit tekak & kulit pun tak segar... Kalau u all tak sihat,banyakkan minum air ye..

Linda busy sangat..sampai tak tau nak update apa dlm blog ni. Rasa macam nak cerita semua tapi tak tau nak start dari mana. Sekarang ni,Linda sibuk praktis main drum dgn team Sinar utk Konsert R&R (Rock & Retro) di depan Amcorp Mall , PJ Sabtu 15 Ogos , 8.30 mlm... Datang eh..masuk percuma! Bukan terrer pun main drum..asal ada bunyi cukup lerrr.. :-)

Pastu sibuk pulak dgn photoshoot,meeting sana sini... dan ...

InshaAllah akan ada dua foodcourt cawangan restoran My Asam Pedas Shop akan dibuka di sekitar Shah Alam dan Cheras . Tunggu pengumumannya ok!

Sementara tu,kalau u all nak berbuka puasa di My Asam Pedas Shop bulan Ramadhan ni, cepat2 buat tempahan buffet ye... Ada lebih 50 juadah berbuka disediakan... Di My Mom's Chicken Rice pulak , ada hidangan istimewa Ramadhan. MMCR pun dah mula jual Asam Pedas Kepala Ikan sekarang. So,sudilah kiranya singgah ke restoran Linda Ramadhan nanti ye..InshaAllah Linda akan 'turun padang' nanti... I serve u k.. :-)

Selain tu,Linda pun tengah sibuk nak menyiapkan rumah baru Linda. Mcm2 jugak eh nak buat...dan beli! Hmm..I wonder how my parents did all this before... Tapi Linda buat perlahan-lahan... manman...slow and steady. InshaAllah kalau takde aral melintang,hari raya nanti , dapatlah Linda beraya di rumah baru..

Di rumah , antara ruang yg paling Linda suka ialah 'garden'... Bila garden cantik.hati pun jadi tenang... Bab gardening ni,Linda serahkan bulat2 pada ibu ayah Linda... Diorang professional bab ni..hehe.. Linda cuma boleh susun batu macam kat bawah ni je...


Jadilaaaa...
So guys , nanti Linda update lagi blog ni eh.. Linda juga akan update hari dan masa tayangan rancangan TV yg Linda hoskan di RTM1 bulan Ramadhan nanti... Tajuk rancangan ialah ENAK LAGI SIHAT .
Jaga diri... Ciao ! :-)

Tuesday, August 4, 2009

Konsert R&R Sinar - Pulau Pinang !

Huuuuhhhhh!! Cayalah orang Penang! Cek sayang semua orang Penang nooooo...

Sabtu lepas , Sinar fm mengadakan Konsert R&R (Rock & Retro) di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang.. Huh.. Memang fantastic bombastic sambutan pendengar2 Sinar fm di Penang. Dah lama Linda tak tengok orang ramai macam tu sejak Pesta Bola Era duluuuu...


Walaupun hujan renyai2 pada mulanya tapi penonton sikit pun tak berganjak. Basah lencun pun tetap setia dengan Sinar fm.. Setelah dianggarkan , lebih kurang 30.000 penonton yang datang ke Konsert ni..

Sebelum konsert start , band Sinar praktis dulu...hehe..


Khairil on lead guitar , Pak Tam bassist , Jamal Jamaluddin on rhythm guitar dan Linda.. tukang lepas geram... - drummer.

Abang Saleh Yacob rocks mannnn pada malam konsert tu!! Memang enjoy gilerrrr !!

Bawah : Band Sinar ..



Antara banyak2 persembahan , persembahan papa rock Ramli Sarip antara yang buat Linda tergamam.. He rocks !



Artis yang lain pun hebat tak terkata..

Rusty Blade , Wings , May , Hattan , Ramlah Ram , Dato' Khatijah Ibrahim , Othman Hamzah , Ruhil.. semuanya memang cukup berpengalaman dan dapat 'tawan' konsert R&R dgn hebatnya.

Sepanjang konsert tu , team Sinar fm pun enjoy gilerrr.. Lagu2 yang artis nyanyi semuanya lagu2 hit !

Next , jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert R&R di hadapan Amcorp Mall , Dataran MBPJ , Petaling Jaya , Selangor.. Sabtu (15 Ogos) , 8.30 pm . Jangan lewat..nanti terlepas Sinar fm buat performance.. hehe.. Ahauuww..

C U PJ !! Penang , I love u !!