Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya !!

Salam..

Setelah sebulan kita berpuasa.. Syawal datang menjelma.. Alhamdulillah kita bertemu lagi di Syawal ini.. Harap kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan di tahun hadapan.. Ameen.

Hmmm..Hari raya tahun ni agak 'relax' bagi Linda.. Relax sebab Linda stay beberapa hari di rumah Along di JB. Rasanya kalau kat rumah sendiri di KL , haru biru jugak lah eh.. maklumlah rumah sendiri..ada aje nak mengemas itulah..alih meja tu lah..alih kerusi ni lah..

Cuma bulan puasa je kelam kabut sikit..sebab Linda sibuk nak penuhkan ruang2 kosong di teratak baru Linda. Sebenarnya azam Linda adalah utk beraya di rumah baru tahun ni. Alhamdulillah.. cita-citaku tercapai.. walaupun barang dalam rumah tak begitu lengkap tapi sekurang2nya dah selesa utk beraya..

Jom ! Linda bawak u all round kehidupan Linda sekitar hujung Ramadhan dan awal Syawal...

Bawah : Haaa.. jangan ingat Linda Onn main campak je duit upah orang pasang langsir eh.. kita pasang sendiri tau... Langsir di bilik tamu..



Tapi kat bawah ni memang kena upah orang laaaa...



Hehe.. mana kuat nak angkat frame tu sendiri.. Itu merupakan ayat Kursi di ruang tamu Linda yang dipasang 2 hari sebelum Syawal..

Senyum sikit Wan.. :-)



Wan (kiri) adalah bos di syarikat menjual frame ayat2 suci.. Cantik-cantik semua.. Linda 'berjumpa' dengan Wan melalui Facebook.. Hmm...berguna jugak eh ada FB ni.. Thanks Wan!

Nak raya.. macam2 nak buat.. macam2 jugak nak beli.. tapi kalau nak jamu tetamu dgn minuman , mestilah ada gelas..kan ? hehe.. nama pun rumah baru.. gelas pun takde !!



Bawah: Disebabkan pihak management di rumah baru Linda ni 'bijak' sangat berjanji begitu lama utk meninggikan tembok antara rumah Linda dan hutan belukar di belakang tetapi tidak ditunaikan janjinya, maka Linda terpaksa gunakan duit sendiri utk meninggikan tembok ni. Hmm..biasalah.. janji-janji pemaju rumah..

Linda sangat pentingkan keselamatan . Takut jugak kalau ada orang masuk rumah. Tau-tau esok TV hilang,radio hilang... Tu kalau barang hilang, kalau orang hilang? Camne ? Naya! Sebelum ni, orang boleh melangkah dengan begitu mudah saja utk masuk rumah Linda.. Sekurang2nya kalau tembok dah tinggi, payah sikitlah orang nak melangkah masuk..

Ni keadaan belakang rumah Linda 2 hari sebelum raya..



InshaAllah sebelum Linda buat open house, tembok ni siap.. :-)

Jom raya !

Seperti biasa.. di pagi Syawal, semua adik beradik dan keluarga masing2 berkumpul di rumah.. Waktu ni lah Linda rasa hidup Linda 'lengkap'.. semua orang yg Linda sayang, ada.



Cuma bila tengok gambar famili, baru Linda perasan.. Eh! tak lengkap lagi lah.. Pasangan Linda tak ada! Hmm... Mana you ni.. Ahauwww... hehe..

Bergambar kenangan Aidilfitri bersama adik beradik dan ibu ayah..



Tak lupa utk bersalam dengan ibu.. minta maaf zahir dan batin.. kalau ada perbuatan anakmu ini samada yang disedari atau tidak yang telah mengguris hati dan perasaan ibu.. Mohon direstui perjalanan hidup ini dan mohon hidup ini diiringi doamu , ibu...



Ampun maaf dipinta dari ayahandaku yang tercinta.. Walaupun ayah Linda ni nampak ganas tapi dia seorang yang lembut hati dan pemaaf. Ayah sangat mengambil berat hal Linda terutama bila Linda berduka.. dialah pengubat hati. Kasihmu ayah kubawa di hati...



Adik beradik Linda.. Along , Udali dan Kak Intan... Love u guys!



Then... acara yang ditunggu-tunggu oleh anak buah Linda.. setiap tahun pasti ada penambahan! Anak buah ada 13 orang tahun ni! Seronok bila tengok diorang kira duit raya..

Biasanya , Linda siapkan satu sampul yang ada extra duit. Kalau salah seorang anak sedara Linda memilih sampul duit bertuah , dia akan dapat duit raya double !

Pemenangnya... si comel ni... (gambar tengah) Fifiq !


Bawah : OK ..kita tak menang..nak buat macamana... Buekkkkkk!!

Hehe.. anak buah Linda yang paling kecik...
Bawah : Raya kedua. Famili Linda suka bergambar.. Sampaikan program Pelangi Kasih yang Linda hoskan keluar kat TV pun diorang nak amik gambar.. hehe.. seronok gaks..


Sah... kitorang adik beradik dapat darah 'photographer' dari ayah... Dulu ayah CID Police photographer kat Singapore.. So,sekarang anak2 semua suka fotografi..
OK... that's it ! Sedikit sebanyak kisah Syawal Linda.. Linda harap u all pun bergembira di hari mulia ini. Ingatlah mereka yang kekurangan..
Oh ya! Satu lagi ! Linda akan adakan open house pada 17 Oktober nanti. Di Sinar fm ada kuiz sms ke rumah terbuka Linda dari 24 Sept - 14 Oct.
Hantar sms ;
Type VIP ...slogan 'sebab nak beraya bersama LO..' dan hantar ke 32660
5 pemenang bersama pasangan akan dijemput ke rumah terbuka Linda.. Kita makan kambing golek k ! :-)
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari Linda kepada semua!!! Muahhhhhhh !!

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa LO

Alhamdulillah.. Linda panjatkan kesyukuran di atas kurnianNYA kepada Linda selama ini.. Biar pun dugaan demi dugaan melanda samada dari sudut peribadi mahupun kerja tetapi rezeki juga tak henti-henti mendatang.. Dengan sedikit rezeki yang Linda terima , Linda berkongsi bersama mereka yang memerlukan..

Jumaat lepas , Linda mengadakan majlis berbuka puasa bersama 40 anak yatim & 40 fakir miskin di My Asam Pedas Shop - Citarasa Linda Onn...

Berkat di bulan Ramadhan cuba Linda ambil dgn meraikan dan membuat anak-anak kecil ini gembira... Kalau tahun2 sebelum ni, Linda menjemput 40 orang...tapi sejak tahun lepas,memang Linda berniat menjemput lebih ramai. Alhamdulillah, tuhan makbulkan niat Linda..

Jom! Kita tengok gambar & cuba rasakan kemeriahan majlis tempohari ...

Bawah : Hmmm...sebelum bermula.. sain autograf dulu eh.. :-)



Sebelum azan , Ustaz Fauzi sempat menyampaikan tazkirah ...



OK...dah azan dah.... Makan time !



Bawah: Sibuknyaaaa Kak Amyza Aznan kita melayan anak-anak ni... Baik sungguh hatimu..



Posing kejap akakkkk... ahauwww...



Makan ye dik... makan...





Bersama dengan Elly dari MURAI.COM



Selesai makan.. selesai solat... Tetiba je...di satu sudut, ada seorang lelaki dikerumuni oleh adik2 ni.. Linda pun heran gak.. Apa yang popular sangat abang ni ?



Rupa-rupanya... abang ni tolong kopek durian daaaa...



Happy betul adik2 ni macam ada pesta durian !



Bawah: Amacam? Ada gaya tak? Inilah gaya orang yang tak makan durian memegang durian!



Inilah waktunya Linda paling 'dekat' dengan durian... biasanya kalau ada durian,Linda lari jauh2..



Bawah : Baby ni baru lepas hari (kalau tak silap).. Baby ni adalah yang terkecil di rumah anak yatim ni. Sedih Linda dengar kisah tentang baby ni dari penjaganya..



Acara tarian sufi dari rumah anak yatim diselitkan sebagai hiburan.. Tengok tarian pun boleh buat Linda rasa sebak..



Then... nyanyian nasyid dari bebudak lelaki pulak...



Beginilah suasana di luar restoran... nampak macam tenang je.. tapi kat dalam..punyalah happening!!



Kehadiran Ning membuatkan adik2 ni begitu teruja... Ning sempat menyampaikan sepatah dua kata...



Haaa... Kak Ning bawak ang pau!! Duit Raya !! Cepat! Cepat! Salam Kak Ning! Yeayyy!!



"Terima kasih Kak Ning!! We love you Kak Ning!!!" ... hehe... jerit budak2 ni ....



Thank u Ning kerana sudi meluangkan masa emas mu utk adik2 kita... Ning buat mereka happy!



Lepas tu , giliran Linda , ibu, kakak dan Amyza pulak untuk kasi duit raya.. Bila Linda tanya "Siapa nak duit raya?" ...tengok gambar bawah ni...adik ni tengah amik makanan pun boleh angkat tangan...jawab "Sayaaaaaa!!!"... so cute..



Hari raya adalah hari yang paling gembira buat kanak2 .. terutama bila dapat duit raya..


Tengah seronok kasi duit raya , tiba2 Amyza menangis.. Linda ingatkan dia nangis olok2.. (sbb Amyza ni mmg suka bergurau)...rupa-rupanya dia menangis betul2. Tak dapat menahan sebak..
Terima kasih Amyza Aznan.... Rindu nak tengok Amyza joget ala afrika... I like !
Sementara menunggu bas tiba , adik2 ni layan karaoke.. hehe.. so cute.. Bawah ni Linda berduet dengan kumpulan 'The Boyfriends'... lagu Seloka Hari Raya.. Jadikkkk lerrrr...

Sehatiiiiiii Berdansaaaaa... Ada bakat menari rupa-rupanya adik2 ni....
Tengok Pak Aji comel ni... menjadi-jadi... hehe...
Sesi foto...




Syukur! Majlis berjalan dengan lancar... Linda ucapkan terima kasih kepada guru2 atas kerjasama.. kepada penderma2 dan semua yang sudi membantu...
Diharap adik2 dari Rumah Anak Yatim Siraman Kasih,Rawang dan dari Sek Keb Alam Damai, Cheras gembira malam tu..dan dapat jadikan malam tu sebagai kenangan terindah mereka.. Kalau ada kekurangan harap maafkan.. Kalau ada yang terlebih , harap doakan..
Moga kegembiraan mereka di hari ini menjadi doa untuk kebahagiaan kita di hari esok.. Ameen..
Salam lebaran dan selamat menyambut Aidilfitri.. A'kum.