Thursday, October 22, 2009

Open-House-Warming Linda..

17 Oktober 2009 - Tarikh yang cukup bermakna dalam hidup Linda. Itu adalah tarikh 'house warming' teratak baru Linda. Itu juga adalah tarikh rumah terbuka Aidilfitri Linda.

Hari tu, Masya Allah ! Ramai betul tetamu datang ke rumah Linda. Dah tak macam open house..macam kenduri kahwin kata kakak Linda! Cuma pengantin lelaki & tok kadi je Linda lupa nak jemput. hehe.. (ada ke pengantin lelaki tu?)

Tetamu yang pertama sekali datang menjenguk rumah Linda ni ialah.. AZWAN ALI ! Baru pulang dari umrah,Alhamdulillah. Berseri wajah Azwan. Amboi Amboi Amboi.. Ahauw !


Mawi & Ekin adalah tetamu kedua hadir selepas Azwan. Sedondon... :-)



Mawi ni sempoi gak orangnya ek.. Dia lepak kat rumah Linda siap main playstation dgn anak buah Linda. Pa'kal lah Linda berkebaya sopan hari tu, kalau tak , maunya Linda join lawan game bola dengan Mawi.. Takpe Mawi.. Next time lepak kat rumah Linda lagi eh..Lawan bola :-)


Bawah : Noniswara dan suami... Thank u for coming. Appreciate it.


Bawah : Penyampai Sinar fm. Abbynovfanaskova.. Hehe.. Nama saintifik tu. Kak Abby Fana lah.. dengan Abang Najman & Shida..

Bawah : Antara wartawan yang hadir.. dari Berita Harian , Utusan M'sia dan Kosmo.. :-)

Bill Bora datang dengan kek untuk Linda yang sangat special ! Love u too !

Bawah : Kuanggap seperti kakak-kakak ku.. Habsah Hassan & Rubiah Suparman..

cutttttttt !!! Hehe.. mentang-mentanglah Habsah Hassan penerbit filem...main cut cut plak..

CUT ! Sebelum Linda sambung cerita tentang kehadiran tetamu2.. Jom ! Tengok keadaan di sekitar 'house warming' ni..

Bawah: Ni khemah sebelah kiri rumah.. sebelah kanan ada lagi.. kat belakang pun ada lagi.. Tak sempat nak snap photo..

Ibu & ayah yang kepenatan tetapi masih ceria melayan tetamu...

DJ corner.. kat sinilah tetamu mengasah bakat menyanyi.. tapi ramai yang 'pitching lari' hehe..



Tuan rumah sibuk layan tetamu. Anak-anak buah Linda cari 'pot' masing2 malam tu.. tak terlayan!

Macam-macam makanan adaaaaa....

Bawah : Tetamu yang tak henti-henti datang sehingga jam 12 malam.. Shukran..shukran..

Bawah : Eh eh ? Ada Awal ? Dia duta otak-otak gombak ke ? hehe.. Bila pengacara 'hot' ni datang ke rumah Linda , abang otak-otak ni tak lepaskan peluang bergambar laaa.. Senyum Awal.. I like your lesung pipit !


Tuan tanah pun nak bergambar gaks.. Alaaa tomel tomel tomel...


Linda ucapkan jutaan terima kasih kepada OTAK OTAK GOMBAK , Chef Joe... Otak-otak dia memang kaw-kaw.. sedap sangat ! Sampaikan Awal sanggup menunggu diorang bakar otak2 baru takut kena kebas dek orang lain.. Ermm..satu lagi! Otak-otak Ayam Pandan dia pun sedap.. trust me! Lidah I cerewet tauuu...

Bawah : Tuan tanah... dengan Chef Joe..


Linda juga ucapkan terima kasih kepada Chef Zaida, Chef Zam , Chef Liza yang sudi datang ke rumah Linda.. Wow ! Semua chef hebat Malaysia !

Haaaa... bawah ni Chef Ray... Hehe.. Chef Suhari lah.. Abang Ipar Linda.. Dialah yang bertanggung jawab sebagai chef di semua rangkaian restoran Linda.. dan dialah yang menyediakan semua makanan pada malam open house tu..


Alhamdulillah tetamu sukakan Spaghetti Seafood Chef Suhari.. dan yang paling 'tak boleh tahannnn'... ialah menu Nasi Dalam Kambing !! Huhhhhhh! Terangkat !!

Sabar eh.. tengok gambar ni dulu...


lepas tu..


Staf Linda betul-betul 'kerjakan' kambing ni...


Memang best ! 2 ekor kambing disediakan utk majlis yang berlangsung dari 3ptg - 12 mlm ni..

Bergambar dengan kawan-kawan Linda .. Harry & Aman...


Yok ! Sambung tengok tetamu yang hadir...

Jovian Mandagie (pereka fesyen baju L.A Linda yang 'dikontroversikan') bersama ibunya Ibu Silvana.. Krim gue bawak ngga' bu ?



Mama Juwie..


Walaupun Datuk Maznah Hamid kurang sihat malam tu tapi Datuk sudi meluangkan masa ke teratak Linda.. Terima kasih Datuk. Kehadiran Datuk Maznah (wanita besi) buat Linda rasa lebih kuat dan ingin maju sepertinya..


Datuk Maznah & family yang sangat baik budi..


Aaa... yang kat bawah ni pulak.. entah siapa yang ajar dia.. dia suruh kita panggil dia Tengku Tuan Abang Shahril Fifiq.. Amboi ! Baik tuan ! Fifiq- Anak buah Linda yang paling ligat malam tu... Lepas mandi kat pool, dah kering , mandi balik, dah kering, mandi lagi ! Ishh budak ni.. Ni gambar tengah kering..kalau tengah basah,Mummy taknak dokong !! hehe..


Bersama Edd (Air Asia) dan Editor Murai.com.my - Roslen..


Bawah : Pengacara dari Astro Oasis - Akhtar Ashaari bersama isteri...


Rasanya , baru je semalam Linda tengok ulangan filem Nasib Si Labu Labi.. lakonan seniwati Mariani.. Thank u mummy sebab sudi datang .. :-)

Bawah : Nila (penyampai Sinar fm) bersama suami... Anak dia tengah belek pipi Linda tu... kurang merah lah pipi ni auntie ! hehe..


Bersama dengan Michael Shu (tengah) pereka fesyen dan teman-temanku yang lain.. :-)


Saudara mara dari jauh...



Rakan taulan..

Bawah: Pemenang2 dari kuiz sms Sinar fm yang terpilih untuk ke open house Linda.. Tahniah ! ...dan terima kasih kerana sudi sertai kuiz...dan yang paling penting, terima kasih kerana dengar SINAR fm ! I follow !!


Akhir sekali... a pose for you at my giant grandfather's chair ! Thank u all for coming ! Maaf kalau ada yang terkurang...


Sungguh 'warm' rasa rumahku dengan kehadiran u all semua.. Alhamdulillah.. Linda tenang di rumah baru.. InshaAllah.. tahun depan , kalau ada rezeki , kita jumpa lagi...
Linda juga nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi menjemput Linda ke rumah terbuka Aidilfitri iaitu Dato' Farid Ridzuan dari MEDIA PRIMA , Datuk Maznah Hamid, NSTP, Restoran Puteri (Habsah Hassan & Rubiah Suparman) dan Azwan Ali..

Wednesday, October 21, 2009

Linda diberi Anugerah lagi..

Alhamdulillah..

Linda bersyukur kerana menerima anugerah lagi..

Kali ni bukan kategori dalam dunia hiburan tetapi anugerah untuk perniagaan MY ASAM PEDAS SHOP - Citarasa Linda Onn yang beroperasi di sebelah Tesco Ampang MRR2 highway.

Anugerah ini adalah pemberian Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi kategori "PREMIS PERNIAGAAN MAKANAN BERSIH".

Restoran MAPS adalah salah satu restoran terbersih yang terpilih. Anugerah ini disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua MPAJ iaitu Yang Bhg Dato' Mohammad Bin Yacob di Auditorium MPAJ pada 9 Okotober 2009.



...dan sijilnya...



Inilah anugerah dan sijil dalam genggaman Linda di depan restoran My Asam Pedas Shop..




Syukur pada tuhan di atas segala-galanya...

Terima kasih kepada pekerja2 yang bertungkus lumus memajukan MAPS.

Setinggi-tinggi penghargaan Linda ucapkan kpd MPAJ atas pemberian anugerah ini.

MY ASAM PEDAS SHOP - Citarasa Linda Onn kini dibuka di food court di dalam
TESCO Extra, Cheras dan TESCO, Shah Alam.

Wednesday, October 14, 2009

Macam-macam ada...

Sori sangat2..sebab lambat update blog.

Linda tersangat2 busy.. Almaklumlah,bila dah nak habis Syawal,sana sini open house.. Dalam masa yang sama pulak , Linda dok sibuk dgn macam2 program termasuklah rakaman tv,jemputan ke majlis dll..

Pada 3 Oktober,Linda ada 3 acara ! Dari pagi sampai malam. Pagi , SINAR fm buat rumah terbuka dan menjemput pemenang bersama meraikan. Petang, acara amal di Great Eastern Mall. Malam , Linda ke DFP utk tengok orkestra dan adik Tengku Irfan berumur 11 tahun bermain piano.

Hmm..bila dah pentas dikongsi sama dgn Abg Saleh Yacob,Krill,Abby,Najman,Zaidi,Jamal dan Linda.. kecoh suasana ! Very raya!!!



Kitorang ni,nama je satu stesen tapi jarang2 berjumpa... shif lain2... Kalau berjumpa pun,kat meeting room je.. So,di kesempatan Aidilfitri ni,penyampai2 Sinar fm dapatlah berkumpul sama mengeratkan silaturrahim..



Habis je acara open house Sinar fm , Linda terus berdesup bawak kereta ke Great Eastern Mall utk acara menjual kek bagi mengisi tabung kebajikan anak2..

Linda digandingkan bersama Lisa Surihani utk jadi wakil hotel Holiday Inn Glenmarie.



So,bila dah diamanahkan menjadi jurujual, apalagi... Linda pun jadilah sebaik-baik sales girl... penat jugak mulut nak meyakinkan orang supaya beli kek ni.. tapi penat berbaloi bila mengenangkan duit ni akan disalurkan ke tabung amal..



Tengah syok-syok jual kek... di satu sudut, Linda terlihat seorang jejaka mat saleh yang... Ya Rabbi... hensemnyaaaa.. Linda pun apa lagi... pi ngorat lah.. hehe..



Hehe.. gurau je lah.. Ini Gavin.. boyfriend Sharifah Amani.. Linda pergi ke meja kek diorang ni saja-saja je nak mengusik... Hmm...kenapalah Gavin ni comel sangat.. U got brother or not? Huhuhu!.... :-p

Bawah ni , salah seorang pembeli kek.. Thanks dear.. God bless u ..



Terima kasih kepada Bill Bora yang sudi menjemput Linda utk acara amal macam ni.. Linda enjoy sangat..

Selesai sudah 2 acara , Linda pun bergegas untuk ke Dewan Philharmonik Petronas untuk menyaksikan orkestra yang mana pemain pianonya ialah seorang adik kecil berusia 11 tahun .. Huh! Terpegun penonton satu dewan bila tengok jari jemari kecil adik Irfan mengalunkan lagu karya Beethoven... Fantastic !

Lepas habis persembahan , Linda berkesempatan berjumpa dgn Adik Irfan..



Nak sainnnnn....



Thanks dear...



Beberapa hari selepas tu , Linda dijemput oleh Datuk Maznah Hamid (Malaysia's Iron lady) utk ke rumah terbuka Aidilfitri..

Bangga betul Linda tengok kegigihan Datuk Maznah. Kalau tak silap , dulu Datuk bermula dari bawah... sekarang, dia seorang wanita yang sangat berjaya. Ada berpuluh company di serata dunia. Linda jadikan Datuk sebagai contoh utk berjaya. She's a very strong lady..You're my inspiration. Satu hari nanti , Linda ingin jadi sepertinya..



OK.. sekian saja story Linda kali ni.. nanti Linda update lagi ye.. Ada banyak story menyusul.. Rakaman program TV baru, pasal restoran dan open house di rumah Linda... Tungguuuu!

Wednesday, October 7, 2009

Kisah di cyber cafe..

Hi semua !

Nak dengar cerita tak? Hmmm.. baca eh.

Al-kisahnya, semalam Linda ke cyber cafe,teman kawan Linda nak print kertas kerja dia. So,Linda pun masuk ke cyber cafe tu dengan muka selamba jer.. takde orang perasan Linda masuk sebab masing2 tengah sibuk mengadap komputer. Ada yang main game,ada yang chatting,ada yang layan facebook dan ada yang tengah bergosip di forum artis !

Hmmm.. nak dijadikan cerita,Linda duduk sebelah seorang budak perempuan ni. Linda duduk agak belakang sikit dari dia. So,dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN. Jadi, Linda pun sempat 'skodeng' apa yang dia gosipkan..di ruangan forum artis . Huh! Kalau artis baca, boleh berdarah jugak lah tengok apa yang dia type ! Lepas satu topik,satu lagi topik dia bukak.. dah tu..dia hentam artis baeeeeekkkkk punya ! Macam takde perasaan.

Tiba satu part ni,dok hentam tentang muka artis... antara yang dia taip ialah "eleh..takat muka jawa lubang hidung besar...nak jadi artis? hampeh! Monyet tengok pun belum tentu nak jadikan couple! Sah tak laku!"...

OK ni lagi satu.. Linda tak ingat satu persatu apa yang dia taip, tapi Linda ingat isinya.. "Paha besar macam *&^%$# . Takat muka macam dia ni,nak jadi gf mamat tu? telinga capang. Aku lagi layak lah.. Minah tu dah lah hidung macam serombong kapal! "

Lepas tu..dia boleh pulak sama-sama join 'memfitnah' dalam forum yang tajuknya 'Dagu Linda Onn runcing'. Dia taip gini -> "....cantik sangatlah tu dagu di injek..botox! Tak guna dapat duit banyak tapi semua ke dagu. Patutlah kena tinggal balak dia dulu sbb dagu tak cukup panjang! choyyy!".

Linda pun sabar je ... Rasa macam nak cekik je budak tu dari belakang. Dia tak perasan yang Linda Onn yang dia fitnah tu ada kat belakang dia. Pelik Linda tengok. Walhal dia pakai tudung. Dari sudut aurat,dia perfect sebagai seorang muslim sejati! Tapi dari sudut hati,perangai,pemikiran...dia kotor! Jijik! Jadi tudungnya itu untuk menutup jijiknya ke? Ya Allah,itu kan semua ciptaan tuhan..kenapa dia sebagai hambaNYA mengeji ciptaanNYA?

Nak dijadikan cerita,dia bangun sebab dah penat buat dosa agaknya. Dia toleh ke arah Linda dan terkejut badak!! Linda pun cuma senyum... dan sempat cakap

"..dik.. Kak Linda Onn tak buat dagu..tak percaya? peganglah dagu ni? "

Minah ni punyalah malu,dia tak terkata apa. Cuma sempat cakap "eh..hi..kak..". Lepas tu terus keluar dari cyber cafe tu. Linda dah tak nampak sangat muka dia.. yang Linda nampak cuma seorang perempuan yang rendah nilai dirinya..

DAGU LINDA ? Buat apalah nak buat dagu? Linda sendiri tak faham kenapa orang kena cucuk muka? Nampak bengkak tau tak.. But who knows..mungkin mereka ada sebab lain utk inject. BTW,my dearest blog readers...sayangku,manjaku,cintaku...dengarlah cakap Linda ni...Dagu Linda ni,dah berpuluh kali Linda katakan..nampak runcing bila kurus,cara mekap & cara senyum yang buat dagu nampak panjang. Linda tak pernah inject dagu ni.. Lillahi.. Ishhhh ..selisih!

Terus terang lah Linda cakap,budak perempuan bertudung yang dok mengata , menghina dan memfitnah artis kat laman forum gosip tu .. Linda tak berniat utk kutuk dia cuma heran,Linda expect orang yang mengutuk muka orang lain,mukanya sendiri sangat cantik bak bidadari,sangat perfect takde cacat cela tapi ..hmm. Maaf ye Linda cakap,(ni Linda nak jadi forumer punya perangai jap..hehe), wajah budak perempuan tu tak cantik ! Agaknya apa perasaan dia jika ada orang sesuka hati cakap dia punya lubang hidung besarlah..telinga capanglah,muka jawa dan segala bagai kutukan yang lain? :-)

Yang pelik,dalam forum tu,dia siap boleh suruh artis tu cermin diri... Agaknya dia sendiri lupa nak cermin diri sebelum ke cyber cafe kot. hmm...

Linda pun berlalu keluar dari cyber cafe dengan senyuman.. dan terdetik dalam hati "Orang yang mengata orang pun , dirinya sendiri tak sempurna . Tapi dia boleh mengeji ciptaan tuhan. Mungkin jugak kerana dia 'tidak sempurna' maka dia tidak puas hati dengan kesempurnaan orang lain"

So,kalau ada rakan artis yang terbaca blog Linda ni. Don't worry about what u read or what u hear from people ya ! Jangan terasa terhina atau kecik hati dgn forum2 yang tak berfaedah yang dicipta oleh manusia yang mencari kesempurnaan dari kekurangan pada diri sendiri.

...dan kepada yang suka bergosip,fitnah,ngumpat... Astaghfirullah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Bertaubatlah...

Thursday, October 1, 2009

Tahniah & Terima kasih..

29 . 09 . 09 merupakan tarikh yang paling bermakna buat kawanku Umie Aida.. Senang hati Linda tengok bila Umie gembira.. Acara pertunangan yang diadakan di Mont Kiara malam tu memang meriah dan ringkas.. Sejurus selepas bakal ibu mertua menyarungkan cincin di jari manis Umie, dia kini bergelar tunangan kepada Abang K.. Ahauwww.. I like !

Tahniah Umie.. !



Bergambar kenangan dengan Chef Wan , Noniswara , Rebecca dan Nora Danish..


Moga selamat nanti diijabkabulkan dan kekal sampai ke akhir hayat.. Ameen...
TERIMA KASIH
Terima kasih kepada BERITA HARIAN untuk artikel di bawah ni. Terungkai segala persoalan.. :-)



....dan terima kasih kepada HARIAN METRO untuk artikel di bawah ni..





Kepada peminat Linda yang sentiasa memberikan sokongan.. Linda hargai semuanya.. :-)