Wednesday, November 25, 2009

Wuhai Beramboi recording..

Ahad lepas , Linda dijemput untuk menjadi tetamu rancangan yang dihoskan oleh Din Beramboi iaitu WUHAI BERAMBOI. Rancangan ni bakal di keudarakan di Astro WARNA.

Hehe.. memang bengong kejap kepala Linda jadi tetamu Din Beramboi ni... soalan2 yang tah hape-hape...kekadang ok..kekadang mengarut... pastu buat lawak.. pastu ketawa... Pendek kata memang sempoi lah rancangan ni.. sangat santai dan relax...

Linda difahamkan oleh producer bahawa Linda mesti menyanyi atau tunjukkan bakat main alat muzik sebelum ditemubual... Hmm....Nyanyi takde masalah...cuma tak ingat lirik. Main gitar pun boleh gak cuma tak ingat lagu. Akhirnya , Linda pilih untuk main drum. Hehe.. Ketuk-ketuk sikit, jadilah...

So , Din Beramboi goreng gitar . Pakcik (sidekick) layan gitar bass. Linda main drum. Kitorang jam lagu ZOMBIE dari Cranberries dalam program ni.

Bawah : Sewaktu rakaman... tengah layannnnnn....



Syok betul main drum lagu ni. Rasa macam lepas segala tension !

Bawah : Sewaktu ditemubual...



Lepas tu , masuk pulak tetamu satu lagi . Diorang panggil dia Bomoh Hujan. Pak Lah. Dia sebenarnya adalah peramal cuaca bagi acara-acara luar yang dianjurkan oleh syarikat2 besar...



Din siap ada buat kejutan untuk Linda... kira gimik laaa... hehe.. kalau u all nak tau , kena tengok k...

Lepas tamat rakaman , Linda sempat bergambar di set Wuhai Beramboi...



Dengan Din... Cool bro !



Biasa tak dengar nama Pakcik dalam program atau promo radio Linda ? Haaa.. dia ni lah Pakcik.. Dulu Pakcik Tempayan dalam Mulut Laser Era .. pastu Pakcik dalam Kaki Wayang Era... Muda lagi tapi Linda suka panggil dia Pakcik !!



Comelkan adik ni ? Anak Din Beramboi ...



Linda disuruh roll drum untuk promo rancangan ni... Orang kata kalau main drum tutup mata , syiokkkkk... hehe... feeling... yooo lah tu ...



Bergambar kenangan bersama produser , Pakcik dan Din Beramboi...


So , jangan lupa tengok program WUHAI BERAMBOI di ASTRO WARNA ye... enjoy !

Ritma Muzik Aktif

Alhamdulillah.. Linda ditawarkan untuk menjadi hos bagi rancangan berbentuk hiburan yang akan disiarkan di saluran RMA - Ritma Muzik Aktif... ASTRO.

Dari dulu lagi , Linda teringin nak hos rancangan berbentuk informasi hiburan... yang menggunakan green atau blue screen... Ala.. yang macam ala-ala MTV tu.. atau kat Channel V... Rasa macam very happening!

Program yang Linda hoskan ni pun guna blue screen juga tapi program ni lain sikit... Informasi yang diberikan adalah mengenai kegemilangan artis , muzik dan industri hiburan sekitar tahun 60an dan 70an. So, secara tak langsung , dapatlah juga Linda tambah pengetahuan tentang dunia seni era dulu-dulu..

Bawah : Sebelum rakaman... make up.



Kat set pun touch up make up lagi...

Bila Linda tengok semula gambar-gambar kat bawah ni , Linda nampak ada persamaan.. Cuba u all tengok apa persamaan 4 gambar di bawah ni ?

1)


2)

3)
Jawapannya ialah , selagi ada kesempatan , selagi itu baca skrip ! Hehe.. Bila director panggil mekap artis untuk touch up muka , Linda amik kesempatan untuk baca dan hafal skrip.
Linda terima skrip last minute... tu yang kena perah dan kerah otak untuk hafal... supaya rakaman lancar !! Lagipun , dalam satu malam , Linda perlu habiskan rakaman beberapa episod...so macam2 informasi nak kena 'tanam' dalam kepala ni..
Oppssss... errr... lupa nak cakap... Jangan cakap dengan orang lain eh yang Linda tak pakai kasut waktu rakaman ni.. hehe.. Shhh...




Bawah: Hmmm... Bila dah confident... skrip letak tepi bro... :-p keke..


Bila Linda baca skrip..banyak perkara sebenarnya yang Linda tak tau tentang muzik era 60an dan 70an dulu.. Oh..rupanya begitu...rupanya begini... hehe.. Hebat jugak muzik dulu ye.
Rasanya muzik zaman sekarang ni..terutama indie band , macam dah ala-ala kembali ke zaman silam bila dilihat pada gaya mereka..

OK, tu je. Nantikan rancangan Rentak 70 an dan 60an di saluran RMA (Astro) ya !

Badminton Radio Fest !

Badminton ? I like...
Radio ? I like !!

Hehe.. Sabtu lepas , Linda sertai perlawanan badminton sempena Radio Fest 2009.
Linda ni memang minat badminton. Dulu di sekolah , Linda pernah join skuad badminton untuk menjadi pemain professional. Cita-cita dulu , kononnya nak jadi pemain badminton wanita Malaysia.. hehe.. Serius ni! Jangan gelak tau.. !!

So, Linda sempat berlatih beberapa bulan dengan skuad tu...dapatlah juga Linda belajar pukul dengan betul , step yang betul dalam court dll. Coach kata , Linda ada bakat, cuma kena asah.. Tup tup je , ayah dapat tau. Ayah tak kasi teruskan sebab salah satu syarat utk main badminton tu , kena pakai seluar short yang teramatlah short.. hehe... Sebenarnya , ayah tak tau Linda join skuad badminton sebab Linda daftar senyap2.. Lepas habis kelas taekwondo , Linda terus ke kelas badminton... hehe.. Ayah ingat Linda ke kelas taekwondo SAHAJA.. Sorry yah.. Love u.. :-)

OK , balik semula pada cerita Sabtu lepas. Linda berpasangan dengan Adi Fashla dalam acara beregu campuran. Kami wakili team CRM - Commercial Radio Malaysia .

Bawah : Linda , Seelan dan Adi . Kiri : bekas. Tengah : bekas. Kanan : Still there ?


Yang seronoknya , pasukan CRM ni , tak kira kita dari radio mana. Atas semangat kesukanan yang tinggi , kita bergabung tenaga dalam satu pasukan untuk menang. Habis je game , baru kita fight radio plak eh.. hehe..

Aksi Linda dan Adi lawan badminton...


Chewahhh... :-p


Fokus...fokus... kalau menang , RM 10,000 wooooo !! Adi kata boleh beli langsir baru !!


Sorry eh... ter'smash'.. hehe..



Sebenarnya , pada peringkat awal , Linda nak lawan badminton ni suka-suka je.. tapi bila diorang bakar semangat Linda , Linda main berhempas pulas... Juara RM10k , Naib juara RM6k dan tempat ketiga RM 3k. Huhhh....betul2 bakar semangat !

Terus terang Linda kata , Adi is a good player. Tak sangka.. Nampak dia macam relax je.. Tapi terrer wooo... Bila dia dah marah , dia smash , berdesing jugak telinga Linda dengar shuttle cock tu lalu sebelah... Huuuu... respek..respek...

Kami menang semua match ! Alhamdulillah... tak kalah-kalah.. Adi , u r great ! Team CRM yang diwakili oleh beregu lelaki , beregu perempuan dan beregu campuran berjaya ke final tapi kita tak dapat jadi juara... Pasukan lawan telah menewaskan beregu lelaki... terrer seh uncle tu..

Bawah : Sewaktu acara penyampaian hadiah ...


Pastu I dapat medal u... ahauwww... dari Dato Borhan...



Bawah : Bergambar kenangan bersama bos CRM dan pasukan CRM ...



Dengan Adi...



Bersama semua pasukan Media & Creatuve Agencies yang turut serta...



Memang seronok bersukan... bagus untuk kesihatan... Cuma kalau kurang warm up dan dah lama tak exercise , boleh jadi sakit satu badan ! That's me ! Sampai sekarang , Linda jalan terjongket-jongket...hehe.. muscle cramp ! Lepas ni Linda kena selalu bersukan supaya badan fit... Must Do It !! Yeahhhh!
Chalo...

Drama..Drama...

Bercakap pasal drama.. Ibu Linda nombor satu ! Baik drama melayu hinggalah ke sinetron Indonesia.. rasanya banyak program TV yang dia tahu. Linda rasa kebanyakan suri rumahtangga pun begitu jugak ye.. Dah habis buat kerja rumah, dah siap masak... dok depan TV tengok drama... :-) Bestnya...

Macam Linda pulak... lain.. Linda tak sempat nak tengok drama.. Linda terlalu sibuk sampai tak sempat tengok TV! Kekadang rasa rindu kat TV... rasa macam nak peluk-peluk TV tu untuk lepaskan rindu.. hehe... Tapi kalau tengok wayang ? SELALU !!

Tapi sekali sekala , bila sempat , Linda akan cari remote control TV untuk tengok program TV kesukaan Linda. Antaranya program reality MY CELEBRITY HOME (channel 712 Astro), drama bersiri DESPERATE HOUSEWIVES dan sinetron dari Indonesia iaitu SAKARATUL MAUT yang meninggalkan banyak pengajaran dari sudut Islam.

Baru-baru ni , rumah Linda ber'drama'.. hehe.. Kru produksi datang ke rumah Linda untuk shooting drama yang akan disiarkan di TV3 nanti.. Tajuknya ialah ALIFF FIRDAUS... Kisah tentang seorang isteri yang buat hal.. agaknya lah kot.. Linda tak sempat tanya betul2 jalan cerita drama ni.

Bila Linda tanya Maria Farida , katanya dia pegang watak seorang isteri yang kaya dan lebih hebat dari suaminya.. So,disitulah timbul pergolakan... Al kisahnya...

Bawah : Pelakon2 utama ALIFF FIRDAUS .. Maria Farida dan Sharul Nizam ...



Jom kita tengok sikit acara parti hari lahir si isteri ... lights, camera , ACTION !!



Ramai pelakon extra , kan ? Penat woooo....menunggu... itulah ujian menjadi pelakon..tunggu..tunggu...dan tunggu lagi.. Baru shoot!



Happy birthday !! Oh...Thank u ...thank u... keke..



Bawah : Pengarah yang tak asing lagi. Rashid Sibir. Posing bang... Ahauww...



Bawah : Pelakon-pelakon pembantu yang dok melepak je sepanjang shooting.. hehe.. Nak wat camne..Orang shooting , kita takleh buat bising , so berkumpul tengok TV je lah..



Sekitar penggambaran di rumah...



OK, so , jangan lupa untuk menonton drama karya Rashid Sibir , ALIFF FIRDAUS ... akan datang di TV3...

Tuesday, November 17, 2009

Linda dalam AC? - Astro Ria..

Terima kasih kepada penerbit AC? yang menjemput Linda ke rancangan AC? ..Sempoi !! Rancangan ni dah keudara di Astro Ria.. dan dalam minggu ni , rancangan ini sedang diulang..ulang..ulang lagi di Astro RIA.
Kepada anda yang terlepas , saksikan ni.. :-)




dan ini...




dan ini...



Once again , thank u AC and Astro RIA ! I had a lot of fun recording this show ! Ac memang sempoiiiii...

Friday, November 13, 2009

B.U.S.Y L.I.N.D.A

Maaf..maaf...maaf.. kepada semua yang menantikan Linda update blog. Maaf sebab Linda lambat update blog. Ada seorang pembaca siap hantar sms ke Sinar menyoal kenapa Linda tak update blog...kat FB pun sama gaks.. :-) Jadual Linda terlalu padat dan Linda terlalu busy sejak kebelakangan ni. Ada saja jemputan tak henti2 untuk Linda. Alhamdulillah shukur pada Allah. Hilang satu punca rezeki , muncul punca rezeki yang lain...

Baiklah.. Kalau u all dengar Sinar fm , pasti u all ada terdengar tentang penyampai Sinar fm 'serang' sebuah kampung di Panchor, Muar baru-baru ni sempena program ASTRO KASIH. Seronok rasanya bila dapat rasa suasana kampung. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah sukan rakyat.

Yang takkan dapat Linda lupakan ialah bila Linda, Kak Engku dan Shida berlumba untuk acara 'selipar gergasi'. Tengok video bawah ni .. Nampak macam relax je Linda jatuh , kan ? Tapi tau tak ? Lutut Linda jatuh betul-betul di atas sebiji batu. Luka makan dalam bebbb... Lepas tu , sembahyang pun kena sembahyang duduk sebab lutut sakit teramat sangat !!



Rasa macam nak meraung je menangis depan orang... tapi disebabkan semangat kesukanan yang menebal, Linda teruskan juga permainan sampai tamat... Dah tu , balik rumah nangis aaaa... aaaaaaaaaaaaaa!!!

Acara ni diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Datuk Muhyiddin Yasin.




Linda tak dapat bertemu dengan TPM di acara ni tetapi berkesempatan bertemu dengan beliau di acara yang berlainan di KL baru-baru ni. Linda sempat menyatakan hasrat Linda mengagumi Tan Sri sebagai seorang pemimpin.. Dapat berbual dengan Tan Sri buat Linda cukup gembira :-) Hidup Johor !!

Bawah : Sebelum acara Astro Kasih , penyampai2 Sinar fm makan kat tepi sungai Panchor.. Sedap !



Dari Muar , mari ke KL ! Baru-baru ni , Linda dijemput untuk ke acara memperkenalkan rangkaian baru pakaian berjenama dunia oleh majalah yang serba glamour iaitu GLAM .

Bukan sekadar tetamu biasa , Linda diminta untuk melakukan 'catwalk' bersama selebriti wanita lain di pembukaan majlis. Huh! Linda punya nervous..kategori ketaq lutut.. hehe..
Kalau kasi mic utk bercakap atas pentas , ok lah.. Ni nak kena buat catwalk! Aduhh...antara cita-cita Linda waktu remaja dulu!! Hehe...

Lepas habis catwalk... Rasa macam syok pulak. Bestnya kalau dapat jadi catwalk model ! Tapi lepas tengok beberapa model antarabangsa yang buat catwalk malam tu , tenggelam cita-cita Linda.. Tingginyaaaaa diorang ni. Makan apa agaknya ? So, I'm not tall enough! I'll just stick to my day job ... :-p

Gambar kenangan di acara GLAM ..

(gambar kecik sikit sebab dapat dari Facebook)




Bawah : Bersama Kem Salleh (pereka fesyen) , Camelia dan Wirda (Editor GLAM)



Sesudah acara yang penuh 'glamour' , Linda turun padang untuk Liga Paintball di Padang Astaka , PJ pada hari Ahad lepas.

Seronok main paintball ni... Rasa macam srikandi ..hehe..

Bawah : Bersama dengan penyampai2 Sinar ..



Bawah ni pulak , gambar Linda bersama team Linda.. Linda kira 'captain' laa... hehe.. Huh.. syok oooo bila perempuan dapat jadi kapten.. Rasa macam queen control sesangat ! :-)



Dalam team Linda , ada pelakon yang semakin meningkat naik namanya.. Remy Ishak. Linda respek dengan Remy. Pelbagai watak berjaya dihayati... Linda percaya Remy akan jadi pelakon lelaki terbaik satu hari nanti. Cuma...



Nape kita kalah Remy ? hehehe...

Kalah pun kalah laaa.. yang penting penyampai2 Sinar dapat bermesra dengan pendengar2 di acara paintball ni...

Tepat jam 12 tgh hari , Linda bergegas ke Melaka untuk acara Perfect Living Fair di TESCO Melaka... Banner yang digantung di luar TESCO ni dikirim kepada Linda oleh seorang kawan ... Gracias !




Dapat juga Linda beramah mesra dengan orang2 Melaka.. :-)



Terima kasih orang-orang di TESCO Melaka.. U guys rock !!
Oh ya... beberapa hari lepas , Linda di jemput untuk ditemubual dalam rancangan TEMUJANJI di Astro Awani. Macam-macam soalan diajukan kepada Linda.. Tentang kerjaya , perniagaan dan tidak banyak soalan peribadi atau gosip.. I like !
So , jangan lupa tengok TEMUJANJI di Astro Awani ye.. Bawah ni , gambar kenangan bersama pengacaranya. Kualiti gambar agak kabur...


OK.. Sekian saja ceritaku... Lain kali kusambung lagi... :-)
p/s : Terima kasih kepada majalah MALAYSIA TATLER yang menyelitkan gambar Linda di Konsert DFP .