Monday, April 26, 2010

Anugerah PPMH

Beberapa hari lepas, Linda dijemput menghadiri Anugerah PPMH (Pilihan Pembaca Media Hiburan) di Saloma Bistro. Bukan saja sebagai jemputan tetapi sebagai calon untuk kategori Artis Wanita Bibir Seksi..

Pada mulanya, bila Linda dapat tahu yang Linda tercalon dalam kategori ni, Linda ketawa dan langsung tak percaya! Perkataan 'seksi' dan 'linda' sangat jauh berbeza.. Entah apa yang dilihat seksi pada bibir Linda ni.. hehe.. tapi disebabkan dah tercalon, Linda hargai pencalonan itu. Mungkin ada sesuatu pada bibir ni yang Linda sendiri tak nampak.. (ada ke?)

...dan yang paling memeranjatkan ialah bila Linda tiba di majlis ini dengan sambutan ucapan 'tahniah..tahniah!'. Jawapan Linda agak tergamam - 'What?'. Rupa-rupanya Linda telah dipilih oleh pembaca Media Hiburan sebagai pemenang untuk kategori ni.. Sungguh tak ku sangka! Sebelum Linda ke majlis ni, ada beberapa ucapan yg Linda terima katanya "Harap Linda menang!!" ... dan jawapan Linda "Yelahhh tu!"


Atas: CD keputusan yang dibacakan oleh penyampai anugerah.. :-)

Masin mulut orang yg beri ucapan tu. Oleh kerana ini adalah undian daripada pembaca MH, maka Linda terima dengan rasa gembira dan terharu. Terima kasih pembaca Media Hiburan!



Seksi ke bibir? Adeh deh..seganlah... Sepanjang hari tu,Linda dok muncungkan bibir (gambar atas)..saja je gurau..

Dalam masa yang sama , Media Hiburan menyambut ulang tahun yang ke 25. Wooo...waktu MH mula keluar, umur Linda baru 7 tahun.. Linda pernah beberapa kali jadi cover MH dan banyak kali jadi inside story MH. So far, Alhamdulillah, MH banyak menyokong Linda, tiada artikel yang menyakitkan hati Linda...kalau ada pun kisah panas yang ditulis mengenai Linda, ianya cukup beralas dan tidak mengaibkan..



Terima kasih Media Hiburan.. Semoga terus berjaya dan menjadi majalah terhangat di pasaran dengan kualiti yang tinggi dalam mewarnai dunia hiburan tanahair... Mesti ada klass ,k!


Tema petang itu ialah Giler Glamor VS Glamor Giler.. Hehe.. renung-renungkanlah...



Anugerah PPMH ni lain sikit.. Tak macam anugerah2 biasa.. Anugerah PPMH lebih kepada anggota badan seperti mata menawan, hidung cantik, kulit cantik (kalau tak silap,Dato Siti menang kulit cantik) dan sebagainya.. Unik, kan ?

Anugerah khas pula dimenangi oleh Ramlah Ram !! Always the best RR !



Tahniah kepada semua pemenang..

Khas untuk Media Hiburan...



Chalo !

15 comments:

  1. Tahniah, semoga tabah n kuat mhadapi rintangan dunia glamour..

    ReplyDelete
  2. hehehee..siapa yang make up bibir u jadi macam ni kak linda?huh..lindajolie dah ni..hehehe..but seksi lah gak.chayok!!

    ReplyDelete
  3. Linda menang bibir seksi? Huhu...Chayalah Linda..Tahniah ek..Bibir Linda seksi lah tu, tu sbb dia org pilih Linda..Hehe..bahaya bibir seksi2 ni tau..Auwwwww...hehe..

    ReplyDelete
  4. tahniah, linda. walaupun linda tak sangka keseksian bibir sendiri tp itu menunjukkan apa jua linda miliki ttp di ambil tau oleh peminat. rezeki linda dan teruskan bakti linda pd masyarakat. godluck

    ReplyDelete
  5. tahniah kak linda...saya undi akak, tp mmg tak sangka leh menang. haha

    ReplyDelete
  6. hikz!!~ tak sangka betul akak menang anugerah PPMH (Artis Wanita Bibir Seksi) hahha... papepon, congrats utk akak.. maybe betul bibir akak seksi...lalalala~ fatin xtaw larh... tp kalau bibir akak tak seksi, akak tak menang kategori Artis Wanita Bibir Seksi kan??? lalalalala~ jgn marah ea kak linda..... ;) blog akak memang best utk d layan... ;)

    ReplyDelete
  7. TAHNIH BUAT LINDA :) (bibir artis wanita malaysia paling seksi)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH!!!!LINDA :) (artis wanita bibir paling seksi)

    ReplyDelete
  10. cayala kak linda, bibir kak linda memg seksi

    ReplyDelete
  11. oppss... lupa laks... gara2 bibir yg seksi tuh, buat eden t'pegun jap... heheheheheh :-P... anyway, congrats ek :-)

    ReplyDelete