27 March lepas merupakan hari 'Earth Hour' dimana kita digalakkan utk menutup lampu selama satu jam utk mengurangkan pemanasan bumi. So, Suria fm dengan kerjasama My Mom's Chicken Rice (Citarasa Linda Onn) telah mengadakan majlis makan bergelap bersama penyampai Suria dan pendengar bertuah...
Acara 'Earth Hour' diadakan di MMCR cawangan Ampang Point. Jom tengok gambar !
Bawah: Sebelum lampu dipadam... Nampak tak kat belakang tu? Myra dgn Bob tengah beramah mesra dengan pendengar Suria...
Yes! Linda rasa Suria patut buat T-shirt bersaiz kecil untuk kanak-kanak... T-shirt bawah ni adalah T-shirt 'ubah suai'...
...sebab budak kecil berumur 3 tahun ni pun tahu sebut "Suria fm" !
Bawah: Keadaan di dalam restoran sebelum mula makan bergelap...
..5..4..3....2...1 !!! Lights out Malaysia !!!! Maka bergelaplah My Mom's Chicken Rice selama satu jam...
Di dalam restoran... bersama pemenang Suria...
Walaupun bergelap, acara tetap diteruskan... game.. cabutan bertuah... persembahan daripada Mila... dan Ana Raffali... tetap berbaju kurung! Kelazzz...
OK.. Acara hampir selesai... tapi oppp opppp... tunggu kejap! Nak tunjuk ni dulu!! Haaa...inilah dia kenderaan Suria Wheels yang buat lintasan dari satu lokasi ke satu lokasi untuk bertemu pendengar Suria dan beri hadiah percuma... So,kalau u all dengar lintasan Suria Wheels, kejar mereka utk menang k!!
Akhir sekali, penyampai Suria fm bergambar kenangan bersama pemenang2...
Selama bertahun2 Linda berniaga MMCR di Ampang Point ni, inilah kali pertama majlis yang bergitu happening pernah diadakan di tempat ini... riuh rendah dan semua pendengar sangat sporting! Bestttt sangat!! Thank u guys!
Inilah dia... tuan empunya suara di Suria fm. Dari kiri, LO, Bob, Halim, Naim, Tuah, Zizi, Kak V aka Marzuki, Zaff, Lin dan Myra...
Seronok sangat majlis malam tu.. rasa enjoy walaupun dalam gelap..
Terima kasih kepada semua yg menyokong 'Earth Hour' yang sedia menggelapkan lampu selama satu jam. Terima kasih Suria fm kerana sudi bekerjasama dengan My Mom's Chicken Rice. Ini kali pertama radio tempat Linda bernaung bekerjasama dengan restoran Linda setelah bertahun2 beroperasi. Akhir sekali, kepada semua pendengar2 Suria yg makan bergelap di MMCR, thanks sbb dgr Suria fm dan....U GUYS ROCKKKKK!! Muahhhh!
Kepada u all yg belum pernah datang makan di restoran Linda ni, jemput2lah datang ye.. Bukan nasi ayam je yang ada.. ada mee rebus Johor, mee rebus tulang, soto ayam, mee kicap ayam, tahu goreng JB, Mango salad, Glass noodle salad dan banyak lagi !! Macam-macam adaaaa... C u!
Huhu..bestttnya...
ReplyDeletebestlah krg tp akak frust sgt coz tak menang utk turut serta tp apapun akak ttp kan berusaha utk masa kan dtg. moga impian akak tercapai.... insyaallah. Akak sokong atas keperihatinan linda dan team suria wat majlis camni.
ReplyDeleteNice info blog. Dari peminat setia linda onn..Mantap!!!I like to share with bloggers and all of readers
ReplyDeleteKeep in touch
assalamualaikum,
ReplyDeletesetelah skian lama, smalam dpt juga bawak mummy sy makan di MMCR kat tesco ampang.. mmg best.. sdap sgt... kitaorg ambik set utk 4 org tapi yg makannyer 3 org jer... cm ner pn tetap licin.. mmg sdap sgt... mmg puas ati n harga pn reasonable... next time nk rasa asam pedas plak la... (^_^)
sayang sbb i miss this event... patutnya pi tp dah t'beli tiket konsert muzikal amy search & orkestra simfoni kebangsaan... yg tambah geram bila event yg m'bawa i & hubby ke istana budaya mlm tuh x ler sehappening yg disangka... hmmm... next time kalu, i'm gonna b extra careful & x kan mudah t'pedaya dgn promosi yg kdg2 mungkin x m'bawa p'jelasan yg tepat...
ReplyDeletepepon, cool ler suria fm nih... sentiasa b'usaha utk stay relevant dgn keperluan semasa... smoga trus cemerlang :-)
Linda, saya nak request ni. bawaklah air katira yg terkenal kat JB tu kat restoran linda. tak lengkap restoran makanan JB kalau takde air katira :D
ReplyDelete