Monday, April 12, 2010

LOOK Prihatin...

Tua mengejar kita...
Mungkin hari ini kita tergolong dalam orang2 yang berjaya dalam hidup..tetapi tahukah dimana tempat kita bila kita meniti hari tua kelak?
Siapa kita nanti bila kita dah tak mampu bekerja seaktif sekarang, tak mampu berjalan sekuat sekarang, tak lagi mempunya tenaga seperti waktu muda?
Linda pasti semua membayangkan kehidupan yg indah di hari mendatang..
bersama yg tersayang, keluarga, anak-anak, cucu-cucu...
Itulah juga impian mereka.. tetapi apakan daya.. takdir dan nasib mengubah segalanya..

Sabtu, 10 April 2010, satu lagi hari Linda telah terisi dengan aktiviti yang cukup bermakna bagi Linda dan LOOKers (ahli Linda Onn's Orange Klub).

Kami mengadakan lawatan amal ke Rumah Sri Kenangan, Seremban iaitu rumah yang menempatkan warga tua yang tidak berkeupayaan.

Setibanya kami, mereka telah pun menunggu di dalam dewan...



Linda sempat berbual mesra bersama penghuni2 rumah ini.. Bawah ni Pakcik Idris..



Antara penghuni Rumah Sri Kenangan...



...sedikit ucapan daripada Linda untuk pakcik2 dan makcik2..


(thank u Mr Red for the picture!)

Melihat keadaan penghuni RSK yang kebanyakannya uzur, bukan saja AJK tetapi LOOKers begitu ringan tulang menyediakan makanan untuk mereka.



Acara kemudian diteruskan dengan hiburan... Linda diberitahu bahawa mereka disini biasanya kesunyian. Menurut kata pengusahanya, kehadiran pelawat seperti kami sedikit sebanyak menghiburkan mereka.

Bawah: Dua generasi... Anak2 kecil ni terhibur dengan nyanyian nenek...



Rupanya ramai penghuni RSK ini mempunyai bakat terpendam.. Demi untuk memeriahkan suasana, pakcik2 dan makcik2 ini menyanyi walaupun tanpa iringan muzik...





Bawah: Haaaa....Nyanyian makcik ni betul2 buat penonton terhibur... Ayat2 power dalam lirik lagu makcik ni memang mengancam naluriku !!

Linda bergurau dengan makcik...



Maaf makcik ye... Linda bergurau... :-)



Rumah Sri Kenangan ni tak kira bangsa dan agama... Di bawah ni, warga emas berbangsa cina sedang menyanyikan lagu perayaan cina... Thank u uncle !!



Tak sangka.. mereka begitu sporting utk naik ke pentas utk sama-sama berhibur..
Bawah: LOOKers pun tak lepas peluang untuk menghiburkan warga RSK...


Bawah: Bergambar kenangan...


Sebelum Linda dan LOOK ke sini, kami terlebih dahulu mengumpul sumbangan daripada orang perseorangan dan kelab2 untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan berbentuk keperluan kepada penghuni2 Rumah Sri Kenangan ni... Terima kasih kepada semua yang sudi memberi sumbangan (u know who u r..) Moga tuhan membalas jasa baikmu.. Ameen.

Bawah: Antara sumbangan yang diterima...


Linda harap.. dengan terukirnya senyuman di wajah mereka, dapat memberi kegembiraan walaupun seketika dan dapat mengisi kekosongan serta kesunyian hati mereka..
Linda sempat berbual dengan beberapa kakitangan RSK.. Sedih bila mengenangkan nasib mereka begini. Ada yang waktu mudanya bekerja sebagai pensyarah, businessman/woman, jururawat, sales rep, askar dan macam2 lagi...
....bagaimana mereka akhirnya berada di sini? Ada yang dijumpai mengemis, ada yang dihantar oleh ANAK mereka sendiri ke sini, ada yang merajuk dan dengan sendirinya mahu ke sini, ada yang tiada berkeluarga dan macam2 lagi...
Namun, yang paling menyayat hati Linda ialah bila mendengar ibu kepada 5 anak2 yang berjaya yang tiada satu pun mahu manjaga ibunya. Kononnya leceh, susah nak jaga...dah tua..nyanyok, kencing bersepah, tak cukup masa sbb kerja dan mcm2 lagi alasan lain. Hairan Linda.. Kalau dulu, ibu boleh bertarung nyawa mahu mengeluarkan kita dari perut,bersengkang mata menjaga kita sampai ke dewasa kita berjaya....leceh juga....susah juga...kencing anak2 bersepah juga... tapi kenapa ibu boleh? Anak tak boleh? Hmmm.... Ini hanya pandangan Linda. Mungkin Linda tak tahu masalah2 mereka yg lain.
Selepas melawat Rumah Sri Kenangan ni.. Linda bertambah sayang pada ibu dan ayah Linda... dan Linda juga berharap anak-anak Linda sayangkan Linda sepertimana Linda sayangkan atok dan nenek mereka...


LOOKers bergambar kenangan sebelum berangkat pulang...



Selamat tinggal wahai warga emas... Diharap kami sampai lagi ke sini utk melawat...



Sebenarnya, ini bukan kali pertama Linda melawat Rumah Sri Kenangan. Dulu, pernah Linda ke RSK di Johor Bahru. Ingat lagi.. waktu tu hari raya.. Entah kenapa, lepas Linda tengok TV yang memaparkan kisah penghuni di RSK, Linda terus ke sana utk melawat. Sedih sangat melihat keadaan mereka.. bertambah sedih bila ada keluarga sendiri membuang mereka (sebahagian kes) ..
Bawah: On the way back to KL ! Dalam bas, macam2 aktiviti diadakan.. sesi kenal mesra, kotak beracun.. dan karaoke...


OK... Bawah ni pulak, merupakan gambar2 yang disumbangkan oleh MSGREEN PHOTOGRAPHY. Thank u Norule! Cantekkkk gambar.. I like!






THE END...
Moral of the story... sayangi diri anda utk hari tua...dan sayangi ibu bapa anda yg sudah tua...
Kepada AJK LOOK, good job, guys!
Kepada LOOKers, jangan serik eh..dan nantikan aktiviti kita seterusnya. Love u guys!! Muahh!
Kepada Pengusaha Rumah Sri Kenangan, terima kasih atas layanan mesra.
Kepada haters, i'm not your enemy, i'm your hero...(bak kata Kimora Lee) hehe..

30 comments:

  1. Semestinyer..banyak dah kes macam ni, yang penting kita kena ingat siapa diri kita.
    tq kak linda for sharing ur activity untuk tatapan dan pengajaran umum, Am nyer.

    ReplyDelete
  2. Kak Linda...mcm mana nak join LOOkers?? best la aktiviti LOOKers nie..

    ReplyDelete
  3. best2x... xsbr nk join activity LOOK yg lain... best and happening... lawatan ke Rumah Sri Kenangan lak padat dengan pengalaman2 yang confirm xdpt dilupekan.... :D

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha murni mu LO semoga usaha ni di berkatiNya Insyaallah..sy bangga krn tak ramai anak seni yg prihatin spt LO..tahniah!

    ReplyDelete
  5. tak ramai anak seni yg berbakti mcm LO buat ni..teruskan usaha murnimu..semoga diberkatiNYa...insyaallah!

    ReplyDelete
  6. teringin nk join aktiviti mcm ni kak linda... kalau ada bt ke mana2 lg inform la ye.. nk join.. =)

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa...! nk join.. tp blm ade kesempatan.. next time kot..! :D

    ReplyDelete
  8. syabas linda!! sejuk mata memandang linda begitu perihatin ngan warga2 tua nie... semoga Tuhan memberi & memberkati lebih kemajuan kpd Linda dlm perniagaan yg diceburi, berjaya dlm karya & dipercepatkan Jodoh!! Amen!!

    ReplyDelete
  9. bagus lookers ni...teruskan buat aktiviti begini ya kak linda

    ReplyDelete
  10. mmang best sangat2...di harap aktvt seperti ini dapat di teruskan lagi di rumah kebajikan yg lain pula,,,

    ReplyDelete
  11. hiii linda...cmne cara nak jd ahli LOOK?tq....

    ReplyDelete
  12. tahniah coz terlibat lg dgn kerja amal mcm ni, akak proud dgn u all. hopely next program LOOK akak nak join.Insyaallah. Mmg sendu dan syahdu bila kita tgk TERGAMAK anak2 membuang ibubapa yg tlh korbankan segalanya demi memastikan yg terbaik wat anak2nya.Tp ketahuilah, akak percaya jika kita sanggup wat demikian , tidak mustahil anak2 kita kan berani melakukannya pla pd kita. Sayangi mereka ketika ada kerana jgn habiskan sisa hidup kita untuk bersedih dgn bayangan sesalan masa lampau.Dh terlewat..

    ReplyDelete
  13. Bestttttttttttttttnya...rugi tak dpt join.. :-(

    ReplyDelete
  14. hii linda...cmne nak jd ahli LOOK?

    ReplyDelete
  15. apa2 pun trip ke rumah sri kenangan ari sabtu yg lepas memang best.... Ia dapat memberi kita kesedaran tentang tanggungjawab kita pada ibubapa...

    ReplyDelete
  16. Salam!! Bagus Linda masih ingat orang2 yang perlukan bantuan.. semoga kamu semakin murah rezeki dan dipanjangkan usia untuk meneruskan perjuangan. Amin.

    ReplyDelete
  17. erm sgt2 bersimpati..apa2 yg terjadi ak cik dan mak cik kat sana mesti teruskan hidup....semoga sesuatu yang terindah akan kembbali mendampingi mereka sebelum menutup mata...

    ReplyDelete
  18. Salam..lau nak join LOOK call shaza 0123078475 atau sue 0196405966...tqqq

    ReplyDelete
  19. Salam Linda,

    Dah selalu Auntie masuk sini cuma tak tinggal komen.Suka tengok aktiviti Linda. Nampak sangat hidup Linda ni sentiasa dipenuhi dengan berbagai aktiviti..eloklah direbut peluang dimasa masih muda dan ada daya.Alhamdulillah, banyak bakti Linda pada masyarakat. Insyaallah, tuhan saja yang akan membalasnya Amin.

    ReplyDelete
  20. apa-apa pun trip ke rumah sri kenang ari sabtu yg lepas memang best sgt... 1 pengalaman yg sukar dilupakan... trip ni jugak dapat memberi sy 1 kesedaran tentang tanggungjawab kita pada ibubapa....

    ReplyDelete
  21. sedihkn bila tgk ada anak yg sanggup buang mak ayah diorg... mereka2 tue kena tgk proses melahirkan. baru diorg ble rasa betapa sakitnya ibu yg melahirkan...

    ReplyDelete
  22. syabas linda!nk jg join lookers xp mcmna ye?

    ReplyDelete
  23. salam..akak linda join la dlm blod saya sekali..azuedeen.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. salam..akak linda,join dalam dalam blog saya sama..azuedeen.blogspot.com

    ReplyDelete

  25. Click my name ;)
    Salam Kak Linda On..


    Kak Linda is a good role model for Malaysian artist. Hehehe.. bila dah senang tak mudah lupa dapa yang tak berupaya. Alangkah bagusnya kalau semua macam Kak Linda, gerenti aman dunia.

    ReplyDelete
  26. bertuah linda berbakat, cantik & bijak mewarnai hidup sendiri. Alangkah gembiranya alam maya ini sekiranya linda dijodohkan dgn fahrin ahmad!! Anda berdua begitu sepadan tetapi mempunyai keegoan tersendiri - dgn apa yg terjadi mungkin ada hikmak disebaliknya & anda berdua tidak Dijodohkan bersama oleh Nya! Semoga dipercepatkan jodoh kalian berdua!! Amen!!

    ReplyDelete
  27. hyee kak linda..kak linda tetap artis yang sportng la..ada jew aktivity yang kak linda wat....trosskan aww...huhuhu...sy skong kak linda..join la blog sy..on9boyz.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. hii.. kak linda..bertuahnya jd spt akak yg byk aktiviti riadah dan juga kemasyarakatan..apa pun kita bertuah dgn kehidupan ini..

    ReplyDelete
  29. glad to b able to join this event... hospitality pihak pengurusan rumah kebajikan t'sebut mmg kelas... 1 yg sgt manis semasa event nih apbl linda + lookers b'gotong royong secara ad-hoc utk mengedarkan makanan kpd po'chik mo'chik yg diraikan... baguih no geng lookers nih sbb msg2 sgt ringan tulang... pantang linda sebut, dan2 tuh cuba direalisasikan... eden rasa ler, masa kenduri kahwin linda nanti, blh engage lookers jer sbg penanggah... x payah nak penat2 hire penanggah profesional... amacam linda? aci x? hehehehehe :-P

    pepon, hopefully event sebegini dpt ditruskan krn selain menguatkan lg ikatan silaturrahim antara linda & lookers, ia juga sbg memenuhi our social obligation kpd msykt malaysia yg memerlukan :-)

    ReplyDelete