Monday, May 3, 2010

HO to da LO !!

HOLO !!!!!!

12 tahun yang lalu, Linda datang ke KL untuk uji bakat sebagai penyampai radio. Dari JB, Linda dibawa oleh ayah dan ibu ke Bukit Jalil untuk temuduga. Waktu uji bakat tu, Linda diarahkan berduet bersama Halim (yg sudah jadi penyampai disitu). Katanya, kalau Linda dapat kerja jadi penyampai, kemungkinan Linda keudara bersama Halim utk rancangan pagi.

Semasa uji bakat, Kudsia dan Gerard (sound engineer) duduk di studio sebelah sana melihat gelagat Linda 'berduet' bersama Halim. Linda pun buatlah sebaik mungkin. Ingat lagi..waktu uji bakat tu, Linda memperkenalkan lagu Tamparan Wanita daripada Elite..

Selesai uji bakat, Halim berjumpa dengan Linda dan ibu ayah.. Dia perkenalkan dirinya.. "Hai,saya Halim Othman.. Saya hos rancangan Roda Impian". Ibu, ayah dan Linda terpinga-pinga. Apa tu Roda Impian? Waktu tu Astro belum tersebar seperti sekarang. Rumah Linda pun takde Astro. So,Linda tak tau apa tu Roda Impian !! Haha.. Halim Othman pun, I donno who!

Tak berapa lama selepas uji bakat, Linda diterima kerja dan dari situlah Linda kenal siapa Halim Othman (& Roda Impian) tapi Linda tidak keudara bersama Halim. Dia on-air pagi, Linda on-air tengahari.

10 tahun bekerja di radio yang sama. Dari radio itu tidak dikenali hingga menjadi radio nombor satu Malaysia,kami masih sebumbung. Tahun yang ke-11, Linda berpisah radio dengan Halim. Tahun ke 12, Linda bersatu kembali dengan Halim bekerja di bawah satu bumbung kini...iaitu SURIA fm !!

Walaupun dah 12 tahun kenal Halim tapi kami sebenarnya tak pernah bekerja/keudara bersama untuk satu rancangan di radio. Akhirnya, pada tahun 2010, SURIA fm memecah tembok itu..dan menyatukan kami berdua dalam rancangan Carta Suria 20... Bak kata Halim, inilah penantian 12 tahun kami...SEHOLO !


Suria 20 bersama HO & LO keudara buat pertama kalinya pada hari Sabtu, 1 Mei lepas..jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Suria 20 bukan sekadar carta. Kami memuatkan segmen2 menarik selain mengetahui 20 kedudukan lagu terbaik pilihan pendengar.
Kalau u all terdengar rancangan Suria 20 yang pertama Sabtu lepas, pasti u all tau yang Aliff Aziz merupakan artis undangan dan dia tinggalkan baju (yg dah siap ditandatangani) dan tali pinggang untuk diberikan kepada pemenang soalan terpilih minggu ini. Selain tu, artis pertama yang disambut dalam segmen 'Kek Suria' ialah Rebbeca Nur Al Islam (birthday girl) dan banyak lagi segmen2 menarik dalam Suria 20!
So, jangan ketinggalan untuk bersama HO dan LO dalam Suria 20 setiap Sabtu 10 pagi - 12 tengahari .. OK!!
Pengalaman bekerja dengan HO buat pertama kali untuk sebuah rancangan radio adalah salah satu memori terindah Linda sebagai penyampai radio.
Kepada pendengar setia Linda sejak kali pertama Linda keudara hingga sekarang...dari radio 'terkini' ke 'retro' hingga sekarang yang 'terbaik'... Linda ucapkan terima kasih atas sokongan kalian.. Linda juga berterima kasih kerana sudi mengikuti Linda kemana jua Linda berada. Percayalah...Linda ni jenis yang setia. Terbukti 10 tahunku disana.. Kalau bukan kerana hal-hal tertentu, tidak begitu mudah untuk Linda melompat2 hingga membuat pendengar setia Linda risau... tapi Linda yakin pendengar dan peminat setia Linda mengerti dan tak putus memberi semangat. Tanpa u all... Linda tak mungkin disini sekarang.. Terima kasih sekali lagi.. :-)

21 comments:

  1. cayalah LINDA.. i peminat no.1 u.. selalu i kol petang waktu u on air dalam suria drive.. u mmg terbaik lahhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  2. Suria 20 memang best!~ gandingan kak linda n abg halim adalah gandingan yg hebat n mantap. tak rugi dengar Suria FM n for the 1st time, fatin berjaya pujuk mama n papa dengar Suria sepanjang perjalanan pergi ke Bagan Lalang, Sepang weekend haritu.. wish kak linda n abg halim all the best n gud luck!~

    ReplyDelete
  3. elok sgt la tu korg bdua ni pun mmg secocok dan sepadan sgt..kawen aje lah hehe..

    ReplyDelete
  4. hye kak linda.....yg pastinya sy juga akan sentiasa menyokong kak linda,dan berharap sgt kali ini suriafm adalah tmpt terbaik tuk kak linda...dan menjadikan persaingan dunia penyampai radio sengit semula...dan sy percaya yg terbaik akan tetap jd yg terbaik..cuma munkin mengambil sedikit masa.mmg pengalaman setia selama 10 thn menjadi ukuran di bumbung lama...yg paling penting,pengalaman akan mengatasi segalanya.sy akan nanti kan HO N LO pd setiap minggu..kul 4 isnin-jummat dah jd kewajiban dlm kereta 105.30 hehehehe

    ReplyDelete
  5. Linda : "...Kepada pendengar setia Linda sejak kali pertama Linda keudara hingga sekarang...dari radio 'terkini' ke 'retro' hingga sekarang yang 'terbaik'... Linda ucapkan terima kasih atas sokongan kalian.. Linda juga berterima kasih kerana sudi mengikuti Linda kemana jua Linda berada. Percayalah...Linda ni jenis yang setia. Terbukti 10 tahunku disana.. Kalau bukan kerana hal-hal tertentu, tidak begitu mudah untuk Linda melompat2 hingga membuat pendengar setia Linda risau... tapi Linda yakin pendengar dan peminat setia Linda mengerti dan tak putus memberi semangat. Tanpa u all... Linda tak mungkin disini sekarang.. Terima kasih sekali lagi.. :-)"

    Ima : "sama-sama...(^_^)"

    ReplyDelete
  6. hey sis. senang2 melawat la blog saya na follow pon bole. hahaa :)

    ReplyDelete
  7. salam sayang wat linda. Akak mmg dr dulu kekal tanpa keraguan mengikuti langkah linda ke mana juga. Ttp setia dan tidak pernah letih atau bosan mengikuti perkembangan linda walaupun pelbagai kritikan atau tomahan dr mereka yg berkenaan tidak menyukai linda tertera di lantai penulisan media cetak, tp percayalah akak tidak lgsung tergugat dgn apa jua spekulasi tuk linda. Bagi akak linda punyai sesuatu........ dan tak semua org lain milikinya. Hrp dan doa moga linda terus kukuh di empayar linda tersendiri. Godluck n take care.

    ReplyDelete
  8. kite peminat linda dan halim..sebab tu sekarang dengar suria....go linda go...go halim go....go with suria fm la......

    ReplyDelete
  9. akak peminat lo..cuma satu nak komen..boleh tukar kolor blok ni..kuning tak best le

    ReplyDelete
  10. akak peminat lo n suria fm.
    cuma nak komen sikit..boleh tak lo tukar kalor blok ni..kuning tak best la..

    ReplyDelete
  11. salam linda...
    tak kiralah apa org lain cakap.pada akak your voice is unique..sedap telinga mendengar...
    keep doing what u like..

    baca2 cerita
    cerita nurul

    ReplyDelete
  12. Congratulation to HOLO! sudah pastinya sinar sang Suria (fm...lah) makin bsinar & terpancar indah bila penyampai radio berbakat, popular & glamour HOLO "disatukan" (di pelamin reality... Amen - jgn mareh, kite gurau but serious..hehe)!! mungkin itulah hikmah diatas apa yg terjadi selama ini - kontroversi2 panas, dtukar konti & berhenti kerja, akhirnya HOLO dsatukan kembali bersama & sebumbung! harap dapat merasa nasi minyak & nasi ayam HOLO dlm masa terdekat...!! - Peminat HOLO (SRock)

    ReplyDelete
  13. haah la linda..HOLO sgt secocok dan sepadan..kawen jelah...
    Semoga masin mulut kitaorg ni..Amin....

    ReplyDelete
  14. hahaha kelakar lah baca pengalaman kak linda masa mula2 dulu. saya sangat enjoy dengar HOLO ni..

    ReplyDelete
  15. I tak le fanatik dgn linda tapi boleh la layan hebahan linda gitu-gitu saja. di sepanjang wujudnya stesen radio "terkini", tidak dinafikan Linda dan halim antara tulang belakang radio tu hingga mencapai radio no. 1 ketika itu. Apabila halim dimasukkan ke radio "retro", it is really big mistake to the Management. Dan Linda adalah penyeri sebelum si 'F' join. sape 'F'? Tak silap 'F'tu DJ radio "terkini" dari 12 am - 6 am sebelum dia join radio "hangat" tu kan.. But Linda, jika suara Linda tak ke udara dari corong radio macam satu kehilangan jek. kenapa ek?? Don't worry, sekarang i tune to Suria.FM sebab da biasa dengar celoteh Linda, Halim dan Lin tu. Tak silap Lin tu dari radio RF* menerusi slot Ceritera Cinta, kan.. I really happy bila you all re-unite balik kat Suria FM. Lagu pun best-best (terutama Linda dan Lin dan Halim, itu yang kita cari;) ). Rindu nak dengar "URBAN DI *** BERSAMA LINDA". Ikhlas, Aedy, JB

    ReplyDelete
  16. salam kak linda...
    dulu sy jrg dgr suria...now sbb kak linda n abg halim sy dgr..hehehe..abg halim best la!!! kak linda pn sama...minat 2-2...thanks suria sbb menggabungkan mereka ber2...

    ReplyDelete
  17. http://profnotetree.blogspot.com/

    promote ur blog mASE HARI BELIA NEGARA just register ur blog kt sni

    ReplyDelete
  18. elok sgt la tu, barula meriah, ko guano..

    ReplyDelete
  19. pegikut setia dr kak linda mengacara rancangan sampaikan salam lg yg ke udara kul 1 pg...masa tue umo sy baru 14 tahun ..walaupun bersekolah ke esokkan nya tp still tgu semata-mata nak tgok kak linda berceloteh...

    ReplyDelete
  20. www.zurazali-azura.blogspot.com

    Salam kak linda. tahniah atas kejayaan kak linda dan rakan2 dalam menaikkan stesen radio Suria FM no. 1 di malaysia. Saya adalah di antara ribuan peminat kak linda dan saya sentiasa akan menyokong kak linda dalam apa jua bidang yang kak linda ceburi. tahniah kak linda!!.
    memang Suria FM syok habis!! Hari2 dengan Suria FM memang tidak menjemukan...Tahniah kak linda

    ReplyDelete
  21. bak kata org tua2, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui... i'm really happy for u... smoga trus b'jaya... smoga juga linda x b'henti2 drpd b'usaha... all the best sis :-)

    ReplyDelete