Thursday, May 13, 2010

What? What? What?

What's happening? Macam-macam adaaaaa !!

OK... What? yang pertama ialah.... Linda nak ajak u all datang ramai2 untuk memeriahkan Bowling Tournament yang dianjurkan oleh L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) pada Ahad 16 Mei 2010. Bermula dari jam 9.30am sampai ke petang kita akan tengok beberapa pasukan berentap antaranya Saida FC, Amy Mastura FC, Fauziah Laiff FC, Nadia (AF) FC, Syawal (AF) FC, Karangkraf FC, Akma (AF) FC, Eizlan Yusof FC, Zed Zaidi FC dan lain-lain...

Semuanya 38 pasukan yang akan merebut gelaran juara.. LOOK pun main gaks.. hehe.. kita tengok siapa yang menang ok! Jom! Jumpa Linda dan kawan2 di Mid Valley Cosmic Bowl. Temujanji kita hari Ahad ni OK !



What? yang kedua ialah... hahaha... Linda masuk wad! What?? OK..begini ceritanya.. Bahu Linda sakit.. tu je ok. MC utk berehat satu minggu. So, tak on air di SuriaFM lah sekejap ye.. Hmm...macamana nak main bowling nih? Adehhh... jadi tukang tengok je laaa...


What? yang ketiga ialah... Ni saja je nak share dgn u all.. Maklumlah, bercuti MC..dok rumah...takde benda lain nak buat...So, ngadap internet dan membaca.. Inilah majalah2 yang menjadi kegemaran Linda sekarang...

What? yang ke empat ialah... OK.. Yang ni serius ye.. Linda nak ajak peminat2, penggemar2, kawan2 Linda untuk kita sama-sama menunaikan umrah & ziarah bersama Linda..
Dah beberapa kali Linda ke kota suci...dan kali ni, agak berbeza sikit kerana Linda ajak peminat Linda sekali ke Makkah dan Madinah...untuk berziarah dan mengerjakan umrah.
Bawah: Di depan Kaabah dalam Masjidil Haram, Makkah... 4 tahun lepas...


Bawah: Di luar Masjid Nabawi, Madinah...


Jadi, kalau u all sudi untuk kita sama-sama menunaikan umrah, hubungi GEMILANG TRAVEL & TOURS di 03 - 4256 4133 atau Hajjah Affidah di 019 - 348 3900 dan dapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan dan harga pakej. InshaAllah kita akan berangkat pada 15 Jun 2010 dan pulang pada 26 Jun 2010.
Di sana nanti, jemaah akan dibimbing oleh Ustaz Dato' Haji Kamal . So, call sekarang ok! Tempat duduk terhad..
InshaAllah, bolehlah nanti kita melawat sejarah Rasul serta peninggalan Islam di Makkah dan Madinah bersama. Ya Allah! Tak sabarnya Linda nak menikmati air zamzam sepuasnya dan datang hampir dengan kiblat seluruh umat Islam. Moga segala doa dimakbulkan..Ameen..

15 comments:

  1. k.linda..i luv ur new layout..pink!! hihi..

    ReplyDelete
  2. Salam linda..
    Alamak linda sebulan jer lg mana sempat kumpul duit...uwaaa ingin nya ikut linda utk menjejak kembali tapak yg pernah sy tggal kan di sana ..rindu sgt rindu pd harum bau nya tanah suci...
    linda sponser xleh ker??..kuang kuang kuang...


    Sentiasa ikut linda dr dulu kini dan selama nya

    ReplyDelete
  3. Get well soon Kak Linda. hmm...majalah2 tu juga favourite saya..ada banyak di rumah ni

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kerna linda terpanggil lg utk umrah membawa peminat. rezeki yg allah beri lg elok jika kita mensyukurinya serta tidak melupainya. moga linda dpt mengerjakan umrah dgn tenang serta di permudahkan segala urusan dan lps ni akak rasa linda blh buat haji pula. bawalah sekali ibu dan bapa. akak sentiasa bersama linda biarpun dr jauh.....

    ReplyDelete
  5. salam...Cik linda onn...semoga berjaya n hepi selalu....stay cun...huhu

    ReplyDelete
  6. Ala cian nyer Cik Linda kite nie...Mesti peminat2 tertunggu kitak ker udara nak...Kamek di Sarawak sik dapat denga radio Suria.fm la.. huhu.. nasib boleh dengar online walaupon selalu sempot-sempot li nyer.. semoga cepat sihat dan kembali ke udara...

    ReplyDelete
  7. kak linda
    mcm mna nak jadi ahli LOOK?

    ReplyDelete
  8. mungkin lain kali saya akan joined, tapi kali ini saya doakan selamat menunaikan umrah kepada semua yg pergi,,,,semoga ibadah kita diterima oleh allah s.w.t amin,,,,

    ReplyDelete
  9. comel sehh ;) jom jenguk2 blog aku plak k!

    ReplyDelete
  10. WOW PADAT BETUL CERITA LINDA..BEST TAK MEMBORINGKAN ADA AJE PROGREM YG MENARIK..
    SAYA LIHAT LINDA DAH BANYAK KALI BUAT UMRAH..
    DIDALAM GAMBAR TU DAPAT LIHAT ..LINDA BERTUDUNG
    WOW CANTIK SAGAT..BAGAT.. JIKA DITERUSKAN BERTUDUNG WOW LAGI BEST LINDA..
    BILA YA AGAKNYA KAMI SEMUAR NAK MAKAN NASI MINYAK KENDURI KAWIN CIK LINDA LA SIAPA LAGI..
    HE HE HE
    BELUM ADA YG MASUK MINANG KE..JAGAN!!! NANTI SAYA SURUH MAK SAYA MINANG CIK LINDA..BARU MELEPAS NANTI ..BOYFRIEND CIK LINDA TU... HE HE HE.. SEBENAR-BENARNYA SAYA SERIOUS NI!!!

    ReplyDelete
  11. salam Linda,
    ambil lah peluang menjadi tetamu Allah pd kali ini dgn byk membuat muhasabah diri, kenangkan segala dosa2 yg pernah dilakukan dan kenangkan segala suruhanNya yg kita telah engkari...

    semoga mendapat umrah mabrur pada kali ini.
    semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayahNya kpd Linda dan membuka hati Linda untuk menutup aurat secara sempurna dan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran. semoga kemudiannya menjadi ikutan peminat2 Linda untuk menutup aurat. amin.

    siapalah kita utk menidakkan hukum Allah?
    takutlah kerana sesunggunya neraka itu benar.
    bertaubatlah kerana sesungguhnya rahmat Allah itu benar.
    dan sesungguhnya Allah dan janji2Nya itu benar belaka.

    salam sayang,
    Hana Zahra

    ReplyDelete
  12. salam linda...selamat berangkat ke tanah suci..moga2 dimakbulkan Allah segala doa.Doakan juga bagi ketenangan dan kemakmuran sedara2 kita yg dalm kesusahan sekarang ni ye..doa saya buat linda agar selamt pergi dan kembali..dan terus menceriakan ari2 saya dgn keletah linda di konti. Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  13. activity yg tiada henti, baguih no... alhamdulillah, kedua2nya tlh b'langsung dgn lancarnya :-)

    ReplyDelete