Tuesday, July 20, 2010

Linda jadi 'director' !

OK. Ini 'story'nya..

Pada hari Sabtu 17 Julai, Linda dan kawan2 SuriaFM ke Putrajaya untuk menjalani penggambaran video lakonan penyampai2 Suria sendiri..

'Telemovie' pendek ni akan ditayangkan di acara pembukaan (di waktu malam) Konsert Kemuncak Suria pada hari Sabtu 24 Julai di Dataran Putrajaya dan diikuti dengan persembahan pembukaan penyampai2 Suria. Perghhh....penat kami berlatih menari & menyanyi. So, kalau u all nak tengok lakonan Halim Othman, Zizi, Myra, Bob, Naim, Linda Onn, Tuah dan Lin termasuklah Kak Vee (penerbit Breakfast@Suria), u all kena datang awal, so tak 'miss' video ni ok.

Konsert Kemuncak Suria ni berlangsung dari siang hingga malam. Pukul 3 petang, ada persembahan drpd Vince, Black, Azharina & Jinbara.

Pada pukul 8 malam, ada persembahan drpd Fauziah Latif, Alyah, Dayang Nurfaizah, Hattan, Joey BPR, Mawi, Akim, Aizat, XPDC, Slam, One Nation Emcees, Anuar Zain & Jamal Abdillah. Wooow!! Sure happening pentas pada malam tu!

OK. Sekarang ni, Linda nak kongsi dgn u all gambar2 sekitar penggambaran 'telemovie'.

Disebabkan filem pendek kami ni merupakan 'spoof' dari filem2 terkenal zaman dulu-dulu seperti Azura, Sembilu, Mira Edora & Gila-Gila Remaja, so, kami pun jadi mat-mat motor pada hari tu.

Bawah: Linda bersama dengan group WBS Can Am Spyder..

Bawah: Salah seorang Marshall dari ONE NATION EVENT di sepanjang perjalananan konvoi kami untuk penggambaran...

Sebelum penggambaran bermula... sesi briefing...

OK. Dah nak start dah... Putrajaya! Bersedia utk deruman enjin yo !

Halim Othman & Zizi.. Nampak tak ?

OTW !

Linda merempit dengan Myra...


Faqrul yang bertungkus lumus menjalankan tugas sebagai cameraman... Good job, bro!

...kat traffic light...

Sempat plak Linda bergambar atas permintaan adik ni... say cheese...!!

Ni bukan cheese... Ni cissss... sempat jugaklah Tuah & Myra bergambar bersama.. Jeles mummy!! Uwaaaa...

Idea asal cerita ni adalah drpd geng SuriaFM iaitu Wan, Faqrul & Linda sendiri... So, kami gabungkan semua idea tu utk hasilkan drama pendek ni...

Pada hari tu, Linda secara tak langsung bertindak sebagai Miss Director utk pastikan kami dapat shot-shot yang terbaik walaupun masa penggambaran kami agak terbatas kerana ada komitmen kerja yang lain.

Walaupun Linda jadi 'rentung' bawah panas matahari tapi Linda puas hati kerana Linda memang ada tanam cita-cita teringin nak jadi pengarah drama atau filem. So, Linda memang suka kerja ni. Sekurang2nya, mengarah drama utk Suria ni boleh buat Linda belajar dari sesuatu dari pengalaman.

Jom tengok my first experience as a director!

Standby... Camera roll... Action... Cut!!

Bawah: Cehhh... Apa ni Faqrul? Nape ada kucing melintas dalam gambar ni?

Bawah: Babak Tuah bertemu 'ibu mertuaku'...


Linda tengah beri arahan kepada Tuah.. "Bila I cakap 'action!' , u terus buat macam ni ok"...

Beginilah keadaannya di penggambaran ni..

Cehhhh... ni penyampai2 lelaki dok 'usha' awek...


Aaaaa...ni pulak babak "Armageddon"...



Bila Miss Director jadi pelakon... Cehhh....tak tenteram jiwa..

Aitttt? Bukan ni babak Linda & Halim ke? Camne Kak Vee pulak kat atas motor tu? Oh My God!! Ke Linda dah bertukar wajah??? Ohhh!













Hehe... takde lah... Linda nak tengok 'shot' je kejap... Terima kasih Wan!

Bawah: Cuba teka siapa di balik jaket Linda tu?













OK. Babak Linda & Halim merupakan babak terakhir utk hari tu... Pandai Halim berlakon bab cintan-cintan ni ek.. Terkacau jiwaku.. Ahauwww...

Say the magic words, Linda... Yes! Yes! IT'S A WRAP !!!

Ni camne pulak nak start kan motor ni? Well, ternyata Halim, Zizi & Kak Vee tiada jawapannya..













Posing kejap Lim... Waaa...Linda lagi gagah lah dari Halim... keke...













That's it, guys! Kalau nak tengok video ni, once again, Linda pesan, jangan lupa datang ke Konsert Kemuncak SuriaFM di Dataran Putrajaya, Precint 3, Sabtu 24 Julai. Video ni utk tayangan pembukaan konsert 8 malam.

Sebelum tu, kalau u all nak tengok bloopers (lakonan tak menjadi) video ni, u all boleh ke facebook Linda Onn atau Suria fm dan jugak boleh ke laman web www.suriafm.com.my .

Terima kasih kepada WBC CAN AM SPYDER & ONE NATION EVENT atas kerjasama yang baik yang telah diberikan.. U guys ROCK !!! See u !!

8 comments:

  1. gempak la kak linda kita ni..i suke!!!bl la i dpt join group2 yg cmni kan..hurmmmm aje la..

    ReplyDelete
  2. hahahahaha :-D... chanteekkkk... story x de lg... sebetulnya nona linda seorg yg tepati janji... i looiikkee... justeru, gonna take this opportunity to be a head of u... hehehehehehe... ijinkan gue utk mulain cerita gue ya ;-)

    a brilliant attempt in making sure the konsert kemuncak is a success... siapa nak sangka yg team suria fm nih sgt b'geliga... dah alang2 produce telemovie nih, why not kuarkan dvd which contains the following:

    (a) telemovie + crita blakang tabir;
    (b) konsert + crita blakang pentas; &
    (c) responses of the penyampai & singers beserta reaksi fans/audience + crite mrk mingle2 dgn penyampai & artis.

    apa pon linda, selaku warga tempatan, i tumpang bangga + t'uja bila suria fm pilih putrajaya sbg lokasi konsert kemuncak utk thn nih... dlm i b'hrp u guys bawa rancak tour ke alamanda, alih2 u guys buat more than that, infact dlm skala yg besao thp gaban plak tuh... cayalah!!!

    pastuh kan linda, bila meneliti gambar2 u & geng dok lepak2 & ronda2 kwsn sekitar, buat i btol2 t'kesima for a while... terasa mcm korang b'tandang kat umah i laks... hehehehe ;-)... cuma sayang 'cos i, niya & chacha were not there to witness rombongan spyder merayap di bumi putrajaya... byk buah plak tuh... perrgghh!!! (p/s: i sgt b'kenan dgn spyder rt... klu manyak duit lbh, konfem i tangkap 1)

    wokiedokie linda... sgt penat mengarang crita versi INC nih... terasa otak mcm haus semcm... anyway, garapan nih sbg p'buka langkah utk menunaikan janji ke arah menyelesaikan "utang-piutang" yg b'kenaan... peace u'ols :-)

    ReplyDelete
  3. btw linda, rasa2nya ler kan, it's about time for can-am + welly malaysia to appoint u as the "duta/juru ckp" for spyder... at this point of time, spyder dh mula dikenali di kalangan masyarakat malaysia dek krn u... pilihan mrk yg b'duit bukan lg kpd big bikes of 2 wheels tp option tlh ditambah kpd machine beroda 3 yg kelihatan sgt perkasa... so utk boss can-am + welly malaysia, apa lg? cepat2 ler "tangkap" miss linda onn nih before dia ditangkap pihak len... tp big bosses tuh follow x blog linda nih? hmmm...)

    ReplyDelete
  4. waaa.. tuh motor ke ape kak linda? tp mcm besar sgt jerk nih... hehehe sabar menanti story nyer.... jeng jeng...

    ReplyDelete
  5. kak... cepat la story... x sabar nak bace story akk... akk berlakon kew??

    ReplyDelete
  6. linda bila masa g putrajaya nie...huhu...rugi tak dpt tgk shooting nie...

    ReplyDelete
  7. best2 k.linda....spyder2....t krm slm kat abg 'D' ya...

    ReplyDelete
  8. wah.. abg 'D' tu bf kak linda ye. hehe

    ReplyDelete