Monday, August 30, 2010

Siti Jarum - Linda Onn dan Umrah

Salam. Alhamdulillah hari ni dah 19 hari kita berpuasa di bulan yang mulia, Ramadhan al-Mubarak. Semoga segala amalan kita diterima olehNYA.


Tadi, selepas Linda membantu staf Linda yang kesibukan waktu berbuka puasa di restoran Linda - My Asam Pedas Shop, Linda menerima kiriman bbm daripada peminat yang 'minat gila' dengan Linda.


Katanya "Ada wartawan Utusan yang tak suka u ke Linda?".


Lalu Linda pun menjawab "Huh? Kenapa? Setahu Linda,Linda ok je dengan semua wartawan dan terbaru ni pun Linda beri kerjasama dengan salah seorang wartawan Pancaindera bernama Athirah yang mintak gambar2 Linda semasa mengerjakan umrah".


Kata peminat Linda lagi " Bacalah Mingguan Malaysia - Pancaindera hari ni". Linda pun terus cari akhbar tu dan terbaca tajuk "Linda Onn dan Umrah"…



Begini artikelnya;


Kalau artis luar negara, kita selalu baca tentang penglibatan mereka dalam kerja2 sukarela termasuklah yang jadi pejuang hak itu dan ini tapi artis negara kita selalu kita baca kisah mereka pergi umrah. Ada yang kata, baik juga kalau dihebohkan sekurang-kurang menarik rakan2 mereka yang selama ini selalu pergi bercuti di Paris, London, Milan dan sebagainya beralih ke Mekah. Memang positif tambahan pula artis2 kita duit banyak. Kalau jual sebuah beg tangan pun dah boleh pergi umrah. Cuma beberapa teman Siti termasuk yang "minat gila" dengan Linda Onn kata, jangan buat macam Linda Onn yang siap bawak sepanduk memberitahu Linda Onn mengerjakan umrah. Siti teringat sepanduk yang orang guna bila kumpulan pendaki berjaya sampai ke puncak gunung yang didaki. Mereka selalu rentangkan sepanduk sebagai "pengesahan" kejayaan sampai ke puncak. Siti sependapat juga dengan mereka. Siti percaya Linda Onn tak menganggap kejayaan mengerjakan umrah sama macam panjat gunung. Cuma mungkin dia terlupa cara begitu membuatkan orang ada persepsi lain. Siti teringat kisah seorang VIP yang tak menggunakan "haji" pada pangkal namanya. Apabila ditanya, kata VIP itu, yang pentingnya kita pergi kesana. Gelaran tak penting kerana ini bukan boleh dikomersialkan. Siti setuju juga cara dia. Moga artis2 kita belajar daripada pendekatan VIP tadi.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pertama sekali Linda berterima kasih atas tajuk artikel ini yang begitu indah dan terima kasih juga atas kepekaan Siti Jarum. Tajuknya indah tapi isinya seperti menghiris hati ini. Linda agak kecewa kerana dalam bulan yang mulia ini, ada pulak cerita yang kurang enak sampai ke telinga Linda. Selama ni, ada juga beberapa wartawan dan akhbar sering memfitnah & menjatuhkan maruah Linda tetapi Linda diam saja tapi kali ini ia membabitkan soal ibadah dan soal antara Linda dan Allah. Jadi Linda rasa, ada baiknya Linda perbetulkan kenyataan Siti Jarum.


Jika diteliti, Alhamdulillah, sebelum ini sudah beberapa kali Linda menunaikan umrah tapi tak pernah sekalipun ada sepanduk memberitahu "Linda Onn mengerjakan umrah".


Untuk pengetahuan anda, umrah Linda kali ini adalah tajaan Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd. Agensi pelancongan ini memilih SuriaFM sebagai radio rasmi untuk mempromosikan syarikat mereka. Linda adalah penyampai yang dipilih untuk ditaja. Secara kebetulan, memang Linda dan keluarga sedang merancang untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Bukan Linda saja yang pergi malah pendengar SuriaFM yang terpilih sebagai pemenang turut serta menunaikan umrah bersama Linda. Gemilang Travel membuat promosi secara besar-besaran sebelum tarikh berangkat diantaranya iklan di radio SuriaFM, sepanduk, flyers, 'bunting' dan pemberitahuan melalui laman web rasmi SuriaFM bukan sahaja di lembah Klang malah promosi ini pernah Linda lihat sampai ke Melaka.


Bila Linda dipilih, Linda diberi tugasan untuk membuat liputan perjalanan sebelum berangkat, semasa berada di Madinah, Makkah dan sehinggalah perjalanan pulang Linda ke Malaysia. Semua itu adalah di dalam perjanjian antara Gemilang Travel (selaku client) dan SuriaFM. Jadi, Linda sebagai individu yang ditaja oleh Gemilang Travel,melunaskan tanggungjawab yang diberikan utk membuat lintasan secara 'live' di radio sebanyak 2 kali sehari bagi mempromosikan syarikatnya. Disana, Linda bekerja sambil beribadah.


Kalaulah Siti Jarum buat homework tentang umrah Linda kali ini, pasti Siti Jarum tak menulis begitu. Tak perlu jauh buat homework, dalam blog Linda sebelum ni pun, tajuknya ialah "Umrah Bersama Gemilang Travel Part 1,2 & 3". Ada 3 blog!


SOAL SEPANDUK - Sepanduk disediakan dan dibawa oleh Gemilang Travel. Bukan Linda.Tak pernah terniat dalam hati Linda utk pergi beribadah di kota Makkah dan Madinah membawa sepanduk. Buktinya,umrah Linda sebelum ini, tak pernah kelihatan sepanduk,bukan? Sebab sebelum ini, Linda pergi umrah bukan atas dasar kerja. Linda harap semua maklum bahawa tujuan sepanduk dibawa oleh agensi adalah untuk mempromosikan syarikat mereka. Linda sendiri tak tahu sepanduk itu dibawa kesana. Bila diminta bergambar, sebagai 'duta kecil', Linda pun bergambar beramai-ramai bersama jemaah yang lain. Tidak ada terniat langsung di hati Linda sepanduk itu sebagai "pengesahan" kejayaan seolah-olah sampai ke puncak gunung seperti yang dikatakan oleh Siti Jarum. Walaupun hakikatnya, menjejakkan kaki ke tanah suci bagi Linda adalah satu kejayaan yang lebih besar daripada sampai ke puncak gunung. Tiada bandingannya. Linda rasa semua orang sependapat dengan Linda bahawa tidak semua orang berpeluang untuk sampai ke tanah suci kecuali dengan izin Allah swt. Walaupun dengan menjual sebuah beg tangan boleh pergi umrah, kalau Allah belum jemput ke rumahnya, belum tentu kita sampai.


Diharap penjelasan mengenai sepanduk itu cukup jelas dan usahlah pertikaikan ibadah umrah sesama Islam. Tuhan lebih tahu, kita hanya manusia biasa. Ibadah umrah Linda hanya Linda dan Allah saja yang tahu.


Berfikirlah secara positif dan jangan ada persepsi negatif.


Terus terang, Linda tak tahu siapa itu Siti Jarum. Mungkin Tengku Khalidah atau Amirah Zawatil atau Arif Nizam atau Syed Mussaddad atau Siti Athirah. Itulah nama sidang redaksi Pancaindera.


Walau apa pun, Linda doakan wartawan yang menulis artikel "Linda Onn dan Umrah" pada tarikh 29 Ogos 2010 yang menggunakan nama samaran Siti Jarum dari Pancaindera- Mingguan Malaysia satu hari nanti dapat pergi mengerjakan umrah dengan tenang dan diredhai Allah. Semoga jari-jemarimu dapat menyentuh rumah Allah (Baitullah). InshaAllah..


Selamat berpuasa kepada semua. Kurangkan dosa, tingkatkan pahala.. Renung-renungkan dan selamat beramal !


LO: Siti Jarum, nanti kita pergi umrah sama-sama dengan Gemilang Travel eh?

Friday, August 27, 2010

Majlis Berbuka Puasa- SURIAfm

Malam tadi Linda dan kawan2 SURIAfm ke Swiss Garden Hotel untuk majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim dari Rumah Siraman Kasih..

Majlis yang sederhana ini cukup bermakna bagi anak-anak kecil yang kekurangan kasih sayang ibu bapa.. Harapan Linda agar niat suci SURIA mengadakan majlis ini diberkati dan terus dilimpahi rahmat olehNYA.. Ameen...

Jom tengok gambar! (Click kat gambar utk IMAGE yg lebih BESAR ye)

Bawah: Celoteh Lin (Suria Cinta), Kak Vee, LO dan Zizi.. dan persembahan kumpulan ONE NATION EMCEES..

Bawah: Bersama anak2 yatim dan foto sesi bersama 'my boss' Encik Yusry, Naim dan Bob

Comel betul anak2 yatim dari RSK ni... Semoga menjadi anak2 yang baik bila dah besar nanti ye adik-adik.. Terima kasih kepada cikgu2 yang sudi menjaga mereka.. Allah sahaja yang membalas jasamu.. Salam Ramadhan dan Selamat menyambut Aidilfitri...

Wednesday, August 25, 2010

Jus Jumbo Ramadhan - BBU, JB !

Hujung minggu lepas, Linda dan krew SURIAfm ke Johor Bahru untuk promosi jus jumbo di gerai SURIA - Pasar Ramadhan , Bandar Baru UDA.

Sambil menyelam , minum air.. hehe.. Sambil ke JB untuk bekerja, sambil lawat famili dan beli-belah di Angsana Shopping Complex...

Di gerai jus jumbo ni, kami jual pelbagai jenis minuman.. Antaranya Mirinda oren,strawberry,soda...Tropicana Apple & Twister dan minuman isotonic Revive . Percaya atau tidak ? Selama 3 hari kami bertapak di situ, jualan kami habis, tak tinggal sebotol pun utk dibawa balik ke kilang ! Thank u orang JB ! Love u lah !! :-)

Silalah tengok gambar2 yang sempat Linda rakamkan.. CLICK di gambar utk IMAGE yang lebih BESAR ye...

Bawah: Bersama penyampai2 SuriaFM, kawan baik Linda- Mona dan salah seorang peniaga di pasar Ramadhan BBU...


Bawah: Gelagat Linda bersama pelanggan yang datang... Zamani pun turut menghiburkan..


Bawah: Sempat 'shopping' kat situ... Masakan orang JB memang sedap lah !


Bawah: Linda tengah jual air... "ahhh..beli kak...beli bang!!"

Bawah: Sekitar gerai kami..


Sekali lagi, terima kasih daun keladi orang JB, lain kali kami datang lagi...

Tuesday, August 24, 2010

Welcome back o' brave one!

Satu Malaysia sedar akan kekurangan dan kesengsaraan bumi Palestin kini namun tak semua dapat merasakan kehidupan sebenar mereka disana.

Kalau ditanya "Awak nak ke Gaza sekarang?" , pasti ramai yang berfikir berkali-kali samada untuk jawab ya atau tidak. Maklumlah,baru-baru ni, orang Malaysia diserang oleh Israel ketika berada di dalam kapal di sana. Ingat lagi Linda terbaca di akhbar - Senapang tentera Israel berada tepat di kepala orang Melayu kita... Ada berani?

...tapi siapa sangka Fauziah Latiff akan jawab "YA!". Orangnya kecil, jiwanya besar...
Setelah beberapa hari berada di Gaza bersama beberapa orang yang lain dalam Misi Kemanusiaan Gaza, Kak Jee akhirnya pulang ke tanahair. Linda tak dapat sambut di airport tapi Linda dapat juga sambut kepulangan Kak Jee bersama teman2 bikers ONE NATION EVENT di restoran Linda - My Asam Pedas Shop.

Mula-mula kita mamam2 dulu... Pastu, kita bikin surprise k...

...surprise dengan kek yang bertulis "Salute to our heroin! - JEE" & bendera Malaysia yang terpacak di kek...


Welcome back o' brave one! Kak Jee, moga Allah membalas serta memberi rahmat atas keikhlasan dan jasamu kepada umat Islam yang ditindas oleh Yahudi di bumi Palestin... Tahniah dan syabas juga kepada ahli rombongan yang lain..

Secara peribadi, Linda bangga dengan keberanian Kak Jee... Moga keberanianmu menjadi contoh kepada wanita2 lain. Sedih bila mendengar cerita kak Jee tentang penderitaan anak-anak di Palestin.

Semoga Allah melindungi umat Islam disana.. Ameen...

Saturday, August 21, 2010

Berbuka bersama gua !

Semalam, portal hiburan dan gosip sensasi iaitu GUA.COM.MY berkunjung ke restoran Linda (My Asam Pedas Shop) untuk rakaman segmen TV online mereka iaitu Berbuka Bersama Gua.

Bawah: Antara gambar yang sempat dirakam.. Linda bersama pengacara Faiz dan pengarah Aidilfitri


Thank u Gua.com ! Kalau u all nak tengok rancangan ni, layari www.gua.com.my ok ! Selamat menonton ! :-)

Thursday, August 19, 2010

Linda dalam "Cinta Lemang & Raya"

Hari raya ni, ada beberapa rancangan TV yang Linda jayakan...

Antaranya ialah drama arahan Mawi iaitu 'Pak Nil Mak Kirim Salam' - Linda berlakon sikit je dalam drama ni.. Watak ustazah kena ragut. :-) Kalau u all perasan , gambar sewaktu rakaman drama ni dah Linda masukkan dalam blog sebelum ni..

Baru-baru ni, Linda jalani satu lagi rakaman utk tayangan Aidilfitri iaitu drama muzikal raya arahan Azwan Ali bertajuk "Cinta Lemang & Raya" . Drama muzikal raya ni akan ditayangkan di TV 2 pada 10 September jam 10.30 pagi - 12 tghari. So, jangan miss tengok k!

Bawah: Linda sebagai Cikgu Suci & Tuan Haji Baulu bersama kru muzikal raya ...


Dalam drama ni, Linda dikehendaki memakai baju over dan make up pun kena over.. watak pun over !! Haha!


Linda merupakan tenaga pengajar bagi Akademi Sedih. Dalam akademi ni ada pelajar2 yang bermacam perangai lakonan Along , Mila, Zila, Nubhan , Tomok dan ramai lagi...


Angah pun ada..


...yang Linda tak boleh tahan ialah bila Linda disuruh menyanyi berduet dengan Azwan Ali iaitu lagu Nilai Cinta..dah nama pun drama muzikal,so kena nyanyi laa...siap suruh joget tu... adehhh... malu ah! Part ni, kalau u all tengok kat TV nanti, tutup mata k..

So, jangan lupa! Tayangan pada hari raya pertama jam 10.30 pagi di TV 2 ...." Cinta Lemang & Raya" ...

Monday, August 16, 2010

Linda buka puasa bersama LOOKers

Pada 15 Ogos 2010 , LOOK (Linda Onn's Orange Klub) telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Linda dan ahli-ahli LOOK (dipanggil LOOKers) di restoran Linda yang terletak di Ampang iaitu My Asam Pedas Shop.

Alhamdulillah, cita-cita Linda untuk bersama dengan LOOKers di bulan mulia ni tercapai. Melalui pemberitahuan dalam Facebook, LOOK berjaya mengumpulkan kami di satu majlis yang cukup bermakna ni...

Jom tengok gambar betapa meriahnya majlis berbuka ni... :-)

Nak mamam? Antara juadah buffet yang terhidang disediakan oleh chef ialah spaghetti seafood.

Beginilah meriahnya LOOKers selepas berbuka puasa... perut pun dah kenyang.. happy lah !!

Aaaaa....kat belakang tu, sesi kenal mesra... jangan sesi menganyam ketupat dah lah eh... u know what i mean...

Bawah: Sebahagian foto yang dirakam...



Kebetulan, pada hari yang sama,group bikers pun datang jugak ke MAPS utk berbuka. Tahniah kpd Metal Butt yang berjaya menamatkan misi 1000km dalam masa 24 jam. Vroooom!

Inilah dia AJK LOOK yang bertungkus lumus merancang,mengurus dan pastinya menjayakan majlis berbuka puasa bersama LOOKers ni. Good job guys! Thank u ... :-)


Terima kasih juga kpd yang sudi join Linda. Tahniah kepada yang menang kuiz,nanti LOOK akan umumkan aktiviti seterusnya ok. InshaAllah kita jumpa lagi. Selamat berpuasa dan salam Ramadhan...

Wednesday, August 11, 2010

Rakaman Raya HIP TV

Bila bercerita tentang kesibukan.... Ya, Linda adalah antara orang tersibuk sejak kebelakangan ni. Sibuk dengan SuriaFM, sibuk dengan bisnes Nasi Ayam & Asam Pedas dan macam2 lagi...

Dalam kesibukan Linda, Linda tetap menerima undangan sebagai tetamu bagi rancangan TV. Baru-baru ni, rancangan sensasi hiburan, HIP TV ( TV 9) menemubual Linda untuk segmen istimewa Hari Raya mereka.

Hmm... Bukan sekadar temubual... tapi kena masak! Untuk pengetahuan u all, kalau bab-bab makanan di pagi raya, Linda memang serahkan pada ibu untuk masak sebab ibu masak sedap! So, tak sangka Linda...disebabkan HIP TV minta Linda untuk masak juadah raya, Linda pun kena masak lah !! Ana masak kuah kacang laaaa...


Kuah kacang ni antara 'favourite' Linda di pagi raya. Paling sedap dimakan dengan kuah lontong, rendang, serunding, ayam sambal dan ketupat!

Pergghhhh... sedapnya!

Bawah: Hidangan di meja dan beberapa aksi ketika di temubual... (nampak tak kuah kacang kat gambar tengah tu? - tu Linda masak tau.. cehhh..)



OK lulus! Dah boleh ka... Dah boleh ka...si makan daaaa!!!

So, nantikan dan saksikan ancangan HIP TV (TV 9) pada Hari Raya nanti ye. Linda akan beritau di Facebook bila tarikh keudara & pukul berapa. Tungguuuu ! :-) Selamat berpuasa!

Tuesday, August 10, 2010

Photoshoot Album Raya Suria

Di blog Linda sebelum ni, Linda dah bercerita tentang pembikinan album raya SURIAfm. So, kalau dah ada album, mestilah ada kulit album, kan ? :-) Beberapa hari lepas, Linda dan kawan2 SURIAfm yang lain ke sesi fotografi untuk cover album raya ni....

Ini yang sempat Linda rakamkan dari lensa kamera Linda...


Aksi-aksi Linda bersama Halim Othman & Zizi (Breakfast @ Suria)

So, check out album kompilasi yang memuatkan 2 lagu baru oleh penyampai2 Suria dan selebihnya lagu-lagu hari raya yang hit ! Salam Ramadhan...

Monday, August 9, 2010

Taknak jadi penyanyi!

Uwaaaaa!!! Susahnya nak jadi penyanyi !! Taknak jadi penyanyi !!

Baru-baru ni, Linda ke studio rakaman untuk merakamkan lagu raya. Almaklumlah, kita ni bukan penyanyi...so,bila disuruh menyanyi, ada rasa janggal sikit...tapi kalau nyanyi karaoke, haha...no problem !! Menyanyi di dalam studio ni, kalau salah sikit, kena ulang balik line yang sama tu, sampailah jadi ok. Tu yang leceh tu.. Kalau karaoke, salah nyanyi pun main bantai je..janji lagu habis.. hehe...

Linda diarahkan untuk menyanyi dalam album raya SURIAfm.. hehe.. sumbang tak sumbanglah..dengar aje lah nanti. Ampun maaf ye kalau pitching lari.. Kalau tak silap Linda, album kompilasi hari raya ni akan berada di dalam pasaraya Tesco saja. Pembelian melebihi berapa ringgit akan dapat album ni percuma.

Ada dua lagu baru yang dinyanyikan oleh semua penyampai2 SURIA.

Lagu yang pertama ialah ..


Lagu yang kedua ialah...


Siapa yang mencipta lagu ni? Bawah ni - Raja Faizal ...


Thanks Raja Faizal kerana sudi mencipta dua buah lagu baru untuk di'sumbang'kan oleh penyampai2 SURIA... Sedap lagu u.. Lirik pun best ! Sorry kalau kitorang yg nyanyi tak best.. hehe...

Bawah: Seperti yang kukatakan tadi... rekod lagi dan lagi dan lagi..

"Err...Linda! Tinggikan sikit suara u tu..." Adehhh...

Aduh! Menyanyi dalam studio ni kira macam amik exam aaa... Peluh satu badan.. Cuba kalau suruh Linda bercakap.. ON aje!


Baru Linda tau betapa susahnya penyanyi merakamkan lagu utk album mereka. Tabik kat u guys! Well, Linda akan kekal sebagai penyampai radio sepenuh masa ye...jadi penyanyi rakaman? oh tidak sama sekali!! Susah woo...

Anyway, album ni dirakam untuk hiburan pendengar setia SURIAfm....dan Linda pun bersetuju nak rakam lagu ni sebagai tanda Linda mahu akrab dengan u all semua.. So, it's for fun! Hope u guys enjoy listening to it! Sorry kalau suara sumbang ek... "saya dah buat yg terbaik..uhuk..uhuk.." (sambil mengusung beg keluar..)

Dengarkan SURIA kalau nak selalu dengar lagu ni k.. Nak dekat2 raya nanti kitorang pasang aaa lagu ni... :-) Kalau nak album ni, dapatkan kat Tesco k...

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Linda. Marhaba Ya Ramadhan Al Mubarak !!

Tuesday, August 3, 2010

'GARAM' & LOOK !

Pada hari Khamis lepas, Linda sempat meluangkan masa bersama ahli2 kelab Linda iaitu LOOK (Linda Onn's Orange Klub) untuk pergi menonton filem SALT lakonan Angelina Jolie di hari pertama tayangan.

Linda mengambil keputusan utk tengok wayang bersama LOOKers kerana Linda rasa sudah terlalu lama Linda tak ber 'aktiviti' bersama LOOK dek kerana kesibukan yang melampau! Busy is good! :-)

Kitorang pi tengok kat Pavilion. Linda nak share dgn u all gambar2 yang sempat kami rakam di luar panggung wayang.



Thank u LOOKers! Next event is 'Berbuka Puasa dgn LO' pada 15 Ogos , ok ? Check out my Facebook!

SALT best ke tak? Filem ni terbaikkkkkk !!! The best! Angelina Jolie is the best!

Kepada LOOKers sekalian yang sempat pi makan malam bersama Linda lepas tengok wayang, semoga impian u all tercapai utk melihat Linda berlakon dalam sekuel filem SALT ini iaitu 'SALTED FISH'...hahahaha!! That was really a joke of the day lah guys! :-)