Monday, August 9, 2010

Taknak jadi penyanyi!

Uwaaaaa!!! Susahnya nak jadi penyanyi !! Taknak jadi penyanyi !!

Baru-baru ni, Linda ke studio rakaman untuk merakamkan lagu raya. Almaklumlah, kita ni bukan penyanyi...so,bila disuruh menyanyi, ada rasa janggal sikit...tapi kalau nyanyi karaoke, haha...no problem !! Menyanyi di dalam studio ni, kalau salah sikit, kena ulang balik line yang sama tu, sampailah jadi ok. Tu yang leceh tu.. Kalau karaoke, salah nyanyi pun main bantai je..janji lagu habis.. hehe...

Linda diarahkan untuk menyanyi dalam album raya SURIAfm.. hehe.. sumbang tak sumbanglah..dengar aje lah nanti. Ampun maaf ye kalau pitching lari.. Kalau tak silap Linda, album kompilasi hari raya ni akan berada di dalam pasaraya Tesco saja. Pembelian melebihi berapa ringgit akan dapat album ni percuma.

Ada dua lagu baru yang dinyanyikan oleh semua penyampai2 SURIA.

Lagu yang pertama ialah ..


Lagu yang kedua ialah...


Siapa yang mencipta lagu ni? Bawah ni - Raja Faizal ...


Thanks Raja Faizal kerana sudi mencipta dua buah lagu baru untuk di'sumbang'kan oleh penyampai2 SURIA... Sedap lagu u.. Lirik pun best ! Sorry kalau kitorang yg nyanyi tak best.. hehe...

Bawah: Seperti yang kukatakan tadi... rekod lagi dan lagi dan lagi..

"Err...Linda! Tinggikan sikit suara u tu..." Adehhh...

Aduh! Menyanyi dalam studio ni kira macam amik exam aaa... Peluh satu badan.. Cuba kalau suruh Linda bercakap.. ON aje!


Baru Linda tau betapa susahnya penyanyi merakamkan lagu utk album mereka. Tabik kat u guys! Well, Linda akan kekal sebagai penyampai radio sepenuh masa ye...jadi penyanyi rakaman? oh tidak sama sekali!! Susah woo...

Anyway, album ni dirakam untuk hiburan pendengar setia SURIAfm....dan Linda pun bersetuju nak rakam lagu ni sebagai tanda Linda mahu akrab dengan u all semua.. So, it's for fun! Hope u guys enjoy listening to it! Sorry kalau suara sumbang ek... "saya dah buat yg terbaik..uhuk..uhuk.." (sambil mengusung beg keluar..)

Dengarkan SURIA kalau nak selalu dengar lagu ni k.. Nak dekat2 raya nanti kitorang pasang aaa lagu ni... :-) Kalau nak album ni, dapatkan kat Tesco k...

Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog Linda. Marhaba Ya Ramadhan Al Mubarak !!

7 comments:

  1. Salam Linda..
    Susah ke nak nyanyi..? Hantam jer linda..hehe
    Ape pun kak Sue doakan Linda berjaya dlm hidup d dunia n akhirat.. (Suka tgok Linda mengenakan tudung, maniiis sgt,Superb!)

    SELAMAT BERPUASA... wsslm.

    ReplyDelete
  2. salam,hai linda! i'm one of ur fans.. suare linda yg serak2 basah tu selalu menjadi peneman setia sy di suria fm..good luck ya linda...n slamat berpuasa..sudi2 lah usha blog sy juga ya..
    http://coretancintagengmuslimah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. baca..baca..baca...apa yang kak linda ngomelkan..
    sepetah bila berkata kata lah...

    mesti nak dengar kak linda nyanyi lagu raya..
    :)
    always support on what you are doing..

    ReplyDelete
  4. wahhh bestnya...tak sabar nak dgr linda nyanyi lagu raya...huhu...

    ReplyDelete
  5. ala..tp suara linda kan..mmg sedap..hehe..sesuai tau jd penyanyi

    ReplyDelete
  6. Hi LO,erm x yah ler nyanyi kalau x bleh,btw you always good as you are,so be that well.Selamat Berpuasa dan makan date..hehehehe :-)

    ReplyDelete
  7. Salaam kak Linda... Walaupun akak bagitaw yang jadi penyanyi rakaman ni susah, tapi fatin rasa akak boleh jdi penyanyi rakaman la sebab suara akak best.. Macam lagu "derita merindu" yang akak nyanyi dengan abg Halim and abg Zizi... Apa2 pon, Fatin tetap sokong akak.. Selamat berpuasa buat akak sekeluarga.. :)

    ReplyDelete