Monday, November 1, 2010

MYFREN Forum 2010

Minggu lepas, Linda dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel bagi forum MYFREN iaitu Malaysia Young Female Entrepreneur (Forum Usahawan Wanita Muda Malaysia) di Berjaya Times Square Hotel, KL.


Forum ini adalah untuk membentuk lebih ramai lagi usahawan terutama kaum wanita di Malaysia. Ramai yang hadir antaranya golongan usahawan dan ada juga yang baru nak menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

Linda dan ahli-ahli panel yang lain membicarakan pengalaman memulakan perniagaan dan cabaran yang kami lalui sepanjang menjalani perusahaan.


MYFREN merupakan satu platform yang baik agar lebih ramai lagi wanita muda tampil ke depan untuk menjadi wanita yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Banyak ruang dan peluang francais yang disediakan di sekitar forum ini.

MYFREN dirasmikan oleh isteri YAB Perdana Menteri iaitu YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Sepertimana yang dinyatakan oleh Datin Paduka, MYFREN akan mewujudkan satu platform utk mengumpul pemikiran dan idea para usahawan untuk menggalakan rakyat Malaysia terutama wanita muda ke bidang perniagaan.

Bawah: Linda bersama Pengerusi MYFREN Dato' Noraini Ahmad dan YB Dato' Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan)


Linda bersyukur kerana ketika Linda sedang belajar untuk memfrancaiskan restoran Linda, MY MOM'S CHICKEN RICE, ketika ini jugalah Linda dipertemukan dengan YB Dato' Tan Lian Hoe dan Dato' Noraini Ahmad. Pelbagai isu francais yang telah Linda pelajari daripada mereka berdua.

InshaAllah, Linda akan mula membuka ruang kepada semua yang berminat membeli konsep perniagaan MY MOM'S CHICKEN RICE - Citarasa Linda Onn kepada sesiapa yang berminat.

Bawah : Linda bersama YBhg Dato' Maznah Hamid. Seorang lagi usahawan wanita yang menjadi idola Linda. Beliau digelar 'wanita besi'. Gambar2 di sekitar MYFREN..



Tahniah kepada MYFREN dan semoga segala usaha serta niat murni melahirkan ramai lagi usahawan-usahawan baru serta bermanfaat untuk negara akan tercapai. Ameen.

Nantikan program-program MYFREN yang akan datang !

6 comments:

  1. Bagusnya...linda...muda lg dh bjaya! tahniah trskan ya...

    ReplyDelete
  2. bagusnya program camni..
    hope dapat bagi banyak ag info terutamanya tuk graduan =)
    mana tau habis blajar lei wat bisnes trus =)

    ReplyDelete
  3. Hi Linda!!

    Thank you so much for being our panellist for the forum :) I'm sure you have inspired many young females out there to open up their own biz.. Nanti i email to you more pics when it's ready ok :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Linda.. kita tidak sempat berbual untuk kongsi pendapat.. Apa-apa pun saya ucap terima kasih sebab kak sudi kongsi rahsia kejayaan kak

    ReplyDelete