Tuesday, January 19, 2010

Linda jadi pengantin...

Dulu Linda takut nak amik gambar pakai baju pengantin... takut seri pengantin hilang! Tapi bila fikir2 balik...aaaahhh...think positive ! So,demi memenuhi kehendak majalah PENGANTIN keluaran FEBRUARI 2010, Linda bergaya ala pengantin...

Sure ramai yg akan tanya.."dah pakai baju pengantin,Linda bila nak kahwin?"... Jawapanku ialah.. Linda bukan tuhan yang tahu setiap jawapan dalam kehidupan. Itu rahsia Allah. :-)

Terima kasih majalah PENGANTIN ! Seronok sangat waktu jalani photoshoot..fun !! Semua best!

Cover PENGANTIN keluaran Februari 2010 ...



Jom ! Kita tengok di sebalik tabir penggambaran cover PENGANTIN !

Bawah: Peace ! Promise I won't be a runaway bride !



Cehhhh...ada ramai dayang... macam ni agaknya rasa jadi ratu sehari... :-) ..mana pengantin lelaki ni..? hmm...



Aaaaahhhhh !!! Pengantin lelaki sampai dahhhh !! hehe..



OK. Terima kasih kepada team PENGANTIN yang sudi melayan kerenah Linda.. walaupun waktu tu Linda kena siap cepat kerana nak on air di radio...
So, guys, get your copy today ! :-)

Monday, January 18, 2010

Demam Suria..

Demam Suria !!

Setelah diumumkan sebagai penyampai baru di Suria fm dan memulakan tugas pertama Linda keudara di Suria pada 18 Januari, pekerja-pekerja Linda juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memberi sokongan kepada bos mereka...ehemm...yang keudara setiap Isnin - Jumaat dari jam 4pm - 8pm...dalam segmen SURIA DRIVE .
Sejak Sabtu 16 Jan 2010, pekerja2 Linda mengenakan 'uniform' baru iaitu T-shirt SURIA fm..

Kebetulan restoran MY MOM'S CHICKEN RICE Linda pun berkonsep oren...just nice!

Bawah : Di MMCR dalam TESCO , Ampang (MRR2 Hiway)


Bawah : Di MMCR Seksyen 7, Shah Alam..


Bawah : Di MMCR Ampang Point, Ampang.



Walaupun MY ASAM PEDAS SHOP berkonsep merah tapi demi Suria fm, staf Linda sarungkan jua T shirt ni..


So,selama seminggu ni , waiters di MMCR dan MAPS akan pakai baju Suria fm untuk memperkenalkan stesen ini kepada pelanggan2 ... dan semua rangkaian restoran Linda telah beralih siaran ke Suria. Apa frekuensi ? (tengok sebelah kanan blog ---> )

So,u all yang datang menjamu selera di restoran Linda.. u all akan nampak situasi seperti di bawah ini... :-)









Sambil buat kerja di restoran, sambil dengar Suria fm..

Sambil pelanggan menjamu selera,sambil terhibur bersama Suria fm..


Kalau u all pun nak T shirt Suria fm , dengarkan Suria ok.. Muzik Terbaik Tanpa Henti..

Selamat menjamu selera !! Nasi ayam atau Asam Pedas ?!

Sunday, January 17, 2010

PC SURIA fm...

Rabu lepas , secara rasminya Linda diumumkan sebagai penyampai radio Suria fm di sebuah sidang akhbar yang diadakan di Jalan Tun Razak.

Terjawab sudah teka teki tentang desas desus Linda ke Suria.. Bukan sengaja menimbulkan teka teki tetapi Linda diminta untuk merahsiakan berita ini sebelum tiba waktu pengumuman.. :-)

Dengan bangganya Linda menyarungkan t-shirt Suria fm yang tertera nama Linda... Bermula disini...



Majlis yang ringkas tetapi cukup meriah... Alhamdulillah selepas Linda membuat keputusan untuk meninggalkan AMPRadio, rezeki Linda beralih ke Suria fm. Linda terpikat untuk memberi khidmat kepada Suria fm kerana melihat kesungguhan dan semangat berkobar-kobar Suria yang ingin meletakkan stesen ini setaraf dengan stesen gah yang lain.

Sebagai memulakan langkah, Linda dan Halim diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen masing2 di Suria fm bermula 18 Januari 2010 (Isnin) .

Linda akan keudara dlm segmen SURIA DRIVE dari hari Isnin - Jumaat (4pm - 8pm) .


OK.. Kalau u all nak tahu apa frekuensi Suria fm, sila lihat di sebelah kanan blog Linda ni.. Linda dah senaraikan frekuensi2 nya... ------->

Jom ! Kita tengok gambar2 yang sempat dirakamkan sekitar sidang akhbar...

Bawah : Sebelum PC bermula... Snap! Snap!



My new boss... Encik Yusry... Yeay! Let's rock the station !!



Barisan penyampai Suria fm... Famili baru Linda.. Harapan Linda agar hubungan baik ini berkekalan... Ameen. U guys r cool !



Linda masih ingat lagi... Kira-kira 11 tahun lalu, buat pertama kalinya, Linda digandingkan bersama Halim Othman untuk pelbagai sesi fotografi..

Tak sangka, setelah lama terpisah...akhirnya sekarang kami sekali lagi bergandingan bersama tetapi untuk stesen radio yang lain pula.. Terasa semangat dan aura 11 tahun lalu kembali lagi untuk sama-sama menjayakan stesen baru kami ni.

Secara peribadi, Linda menganggap Halim Othman sebagai penyampai radio lelaki terbaik walaupun penyampai baru silih berganti.. Halim is a genuine radio announcer. Dia punya cara tersendiri pikat pendengar. Cara berfikir dan percakapannya smart. Kehilangan Halim selama 2 tahun dalam industri penyiaran adalah sesuatu yang besar. Kini Halim kembali.. Moga berterusan... U go Bro !



Yeaaahhhh !! Halim Othman dan Zizi keudara dalam SURIA BREAKFAST (6am-10am) .

OK. Selepas sesi foto, kita ke sesi soal jawab.. Akakkk nervous lahhhh...

"...betul bang... tak tipu... " . Hehe...





"OK Halim.. I dah jawab.. U punya turn plak.."



Oooooo...my new baby...



Interview lagi... "..kan i dah kata... i tak tipu tadi..betul..."



Laaaaa...baru nak terlelap jumpa bantal...



OK.. inilah team sebenar Suria fm.. Ada bos.. Ada program director... Ada penyampai2...



Alhamdulillah.. Linda ketemu keluarga baru.. Payung baru... Kawan2 baru.. Linda harap semua pendengar2 dan pengikut2 setia Linda mendengar Suria fm dan jadikan stesen pilihan k!
InshaAllah Linda akan buat yang terbaik dengan sokongan team Suria , management dan pendengar2... Moga Linda lebih dihargai disini..
So guys ! Have fun and listen to SURIA FM !!
SURIA fm... MUZIK TERBAIK TANPA HENTI...
Ciao !

Friday, January 15, 2010

ATV with SchAwal

Sepanjang Linda bercuti sebelum mula menjalankn tugas di Suria fm , Linda habiskan masa terluang Linda dengan pelbagai aktiviti...

Antaranya ATV...

Kalau sebelum ni Linda pergi bersama keluarga , kali ni , Linda bersama dengan kawan-kawan baru.. Pasti u all kenal Scha & Awal , kan ? Linda dah lama kenal Awal.. in fact,baru-baru ni Linda buat open house pun Awal ada datang sebagai tetamu. Pasti u all juga kenal Scha, kan ? Mesti ramai yang ingat Linda asa 'masalah' dengan Scha.. hahaha... apalah pemikiran orang2 kita ni.. serong memanjang.

OK biar Linda cerita ye. Memang betul Linda taknak bergambar dengan Scha di media kerana pada waktu itu , Scha sedang keluar dengan seseorang yang 'ada kaitan' dengan Linda. So,Linda taknak dikaitkan lagi dengan dia sebab tu Linda elak bergambar dengan Scha. Terus terang Linda katakan , Scha dan Linda tidak ada masalah langsung. Kenapa perlu ada? So,lepas Scha bebas dari dia, barulah kami berpeluang berkawan. Setelah Scha diperkenalkan kepada Linda oleh Awal, Linda dapati Scha seorang yang baik dan seronok diajak berkawan. Tapi kesian.. orang salah tafsir tentang Scha. Rata-rata pengalaman Scha dan Linda sama saja. Kadang2 nak ketawa pun ada bila 'story' kami seperti bersambung2 dari satu babak ke satu babak bila berkongsi cerita. Sama! Apa yang boleh Linda katakan pada Scha ialah...bersabarlah. Dulu pun Linda dihentam teruk oleh orang ramai yang tidak tahu kisah sebenar. Sekarang Scha kena.. Kebetulan pula kecoh kes kena tahan polis di tempat tak berlesen. Huhu... Takpe Scha , lepas ni pergi mana-mana..kena tanya dulu "errr, excuse me, tempat ni ada lesen ke tak ?" ... hahaha... So kepada u all semua.. Tolonglah... Berhenti memfitnah selagi belum tahu kebenaran. Kami cuma tidak mahu bersuara kerana menjaga keaiban orang. Kalau kami bersuara , mungkin saja kamu tidak mahu percaya. Terpulang..
So Scha , don't worry... Kebenaran akan terbukti.. kan? Tunggu je... Percaya pada kekuasaan Allah..

OK.. sekian.. eh belum habis lagi.. Ni hah.. Jom join kita ATV !

Ready ?



Bersama dengan Scha , Awal , Asfar dan Muz... Yeayyyyy!! Kami berjaya meredah hutan dan dah sampai air terjun !!



Tak sah kalau tak bergambar... back to nature..



Cehhh... sampai terduduk-duduk Awal amik gambar.. you're a nice & good man Awal... teruskan..



Dah sampai air terjun ....Apa lagi.. mandi laaaaa.... Sejuk!



Floating skill .. hehe..




Scha + Awal + Linda = Schawalinda ... Love it !!



OK .. sekian saja journey kami melalui semak samun hutan belantara yang banyak buluh untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan... We had a real good time ! Lain kali, kata Awal, dia nak ATV lagi..tapi ke tempat yang lebih jauh dan lebih mencabar.
Beberapa hari sebelum tu , Linda main ATV bersama kelab peminat Linda iaitu L.O.O.K ( Linda Onn's Orang Klub ) ... Hadir sama Ibu Silvana dari Silvana Cosmetics...


OK guys ! Kalau u all pun berminat main ATV ni , scroll down blog ni , ada contact number company ATV ni kat salah satu gambar atau kalau u all dah jadi ahli kelab LOOK , tunggu jemputan dari Linda untuk aktiviti seterusnya ok! Memang enjoy dan kembali ke alam semula jadi gitu !
Ciao for now !!

Bye Bye Sinar fm..

Pada 31 Disember 2009 , Linda secara rasminya telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai penyampai di AMP Radio. Selama 10 tahun di ERA dan 1 tahun di SINAR , Linda rasakan sudah tiba masanya untuk Linda mengorak langkah keluar dari AMP untuk mengubah haluan dan mencari 'angin baru' dalam kerjaya sebagai penyampai radio.

11 tahun..terlalu banyak pengalaman pahit manis Linda lalui bersama AMP. Bagaikan keluarga.. Sayang memang terlalu sayang tapi apakan daya...



Suatu ketika dulu, Linda begitu menyayangi Era tetapi setelah Linda dipindahkan ke Sinar ,dari situ Linda telah pelajari bahawa sesuatu yang kita sayangi , belum tentu dapat kita miliki dan selepas setahun bersama Sinar , Linda mula menyayangi dan menganggap mereka sebagai keluarga tetapi setelah fikir semasak-masaknya , sudah tiba masanya untuk Linda sayangkan diri Linda sendiri dan mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar sekaligus AMP Radio. Terlalu banyak tawaran yang datang sebelum ni yang telah Linda tolak dek kerana sayangkan Era. Kali ini , Linda takkan lakukan kesilapan dalam hidup lagi. Kata orang, rezeki jangan di tolak.. :-)

Terima kasih kepada AMP Radio dan kepada semua yang telah bekerjasama dengan Linda sepanjang Linda berada di AMP. Pastinya semua kenangan takkan Linda lupakan.

Alhamdulillah, ketika Linda sedang mencari , ada rezeki datang di depan mata. Linda telah menerima tawaran sebagai penyampai radio SURIA fm dan mula menjalankan tugas pada 18 Januari 2010 , Isnin - Jumaat, 4pm-8pm Suria Drive . Di blog akan datang , Linda akan ceritakan tentang Suria fm k..

Pada 9 Jan , Linda dijemput oleh Sinar fm untuk menghadiri makan malam bersama pemenang kuiz Sinar di Cruise Tasik Putrajaya. Walaupun tiada 'farewell party' yang dilakukan oleh AMP , namun majlis ini dikira sebagai majlis pertemuan kali terakhir Linda bersama keluarga Sinar.

Jom ! Tengok gambar !

Bersama barisan penyampai Sinar...



Then... disuruh Linda nyanyi.. Aduh...sumbang suaraku... Lagu apa? Hmm..tetap lagu favourite ! 'Ku Pendam Sebuah Duka' - Dato Khaty. Aku pendam sebuah duka ke? ye...



Ada sedikit ucapan bye bye dari bos, Pak Tam... (ohhh I will miss u..) siap suruh potong kek dengan pedang ! :-)




Thank u Pak Tam.. You're a great boss..



Dapat kad besarrrrr !!



Inilah kad yang dihadiahkan kepada Linda oleh kru Sinar..


Buat pertama kalinya Linda rasa dihargai .. :-)



Sandarkan pada kenangan... Semuanya kini hanya tinggal kenangan... Selamat tinggal Sinar fm.. Selamat tinggal kakak2 dan abang2 ku....dan abang-abang lori !! Follow me...



Baruku tahu ERA sudah berubah sekarang...
Rupa-rupanya sang SURIA yang memberi SINAR... Lalu menjadi PANAS...
Begitulah panahan cahaya sang SURIA...


Sebab tu lah Linda suka lagu Matahariku (Agnes Monica) dulu , rupa-rupanya Linda akan masuk ke SURIA... (matahari gaks tu...hehe)

It's time to move on ! Yeahhhhhh !!! Here I come SURIA ! Yeaaaaaaaaahhhh !!