Monday, March 29, 2010

...hujungmingguku....

Hujung minggu adalah hari yg Linda paling nanti-nantikan kerana setiap hari Sabtu mahupun hari Ahad, pasti ada aktiviti2 yg tersedia utk Linda mengisi kekosongan masa...

Pada hari Ahad lepas, Linda dijemput ke majlis persandingan Datuk Paduka Khairuddin dan Datin Paduka Umie Aida...atau lebih mesra dengan panggilan K.U

...tapi sebelum Linda ke majlis kedua-dua mempelai ini, Linda penuhkan dulu aktiviti pagi Linda ke kelas motor di Metro Driving Academy... dan selepas tu, Linda berkejar ke restoran Linda - My Mom's Chicken Rice di Ampang Point utk menyambut tetamu yg datang dari jauh..iaitu bintang terkenal Indonesia, Intan Nuraini.

Kebetulan Linda temubual Intan di radio Suria fm dan Intan cakap yg dia suka nasi ayam.. So, Linda jemput Intan makan nasi ayam sebelum dia berangkat ke Jakarta. Cantik Intan ni..baik dan ceria orangnya.. Kalau u all rajin tengok sinetron Indonesia spt Karena Cinta & Cinta Sinderella, sure u all kenal siapa Intan Nuraini. Dia datang ke KL utk mempromosikan album terbarunya - Seperti Coklat.

Linda dan Intan di MMCR..




Terima kasih ya Intan! Nanti saya ke Jakarta, saya bbm kamu ya!

Selepas Maghrib, Linda bersiap untuk ke persandingan K.U di One World Hotel, Damansara. Entah kenapa,waktu Linda nak keluar rumah, hujan turun selebat2nya, kilat berdentum2, penglihatan pun jadi kurang jelas dan trafik perlahan sebab jalan licin.. Hujan rahmat agaknya.. So, Linda akhirnya sampai ke dewan lewat 5 minit. Acara baru saja bermula dengan bacaan doa.

Bawah ni, Linda tengah mengaminkan doa ustaz utk kesejahteraan Tun Mahathir yg merupakan tetamu khas majlis ini...


(thank u Sam Kassim kasi gambar ni!)

Ameen..Ameen.. Moga Tun dan isteri sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah swt selalu.. Di akhir majlis, Linda tak berkesempatan bersalam dengan Tun sebab ditahan peminat untuk bergambar.. Aduhhh sayangnya.. Tau tak? Tun adalah idola Linda selama ni.. Linda nak sangat berjumpa, berbual dengan Tun..kerana bagi Linda, perspektif dan pandangan Tun adalah lain daripada yg lain.. He's a great leader!

Bawah: Inilah dia.. Bila hati berkata 'ya'...Bila minda menjawab 'inilah orangnya'...Maka,dialah yg dipilih utk duduk bersama di atas pelamin.. Kedua-dua mempelai di atas pelamin yg sangat gah..


Nanti Linda kahwin esok, taklah buat grand macam ni.. Linda buat ala kadar je.. :-) Cehhh! Dah plan nih !! :-p Pasangan pun belum ada! Adey cittt!


Ramai kenalan artis yg hadir malam tu tapi Linda tertarik utk bergambar dgn Ziana Zain.. Rasanya Ziana nampak cantik sangat malam tu... Hmm...artis lain pun cantik jugak.. cuma, 'aura' itu perlu utk kelihatan 'extra' cantik.. dan Ziana Zain ada 'aura' itu. I like!


(thank u Sam Kassim lagi..hehe..kasi gambar ni!)

Ziana juga membuat persembahan di majlis tu...

Akhir sekali, bila tetamu melangkah keluar dari dewan, yang menanti di muka pintu adalah pengantin untuk mengucap terima kasih.


Thanks Mr Red for the picture!

Linda pun sempat jugak ucapkan tahniah kepada Umie.. "Moga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat...Ameen". Yes Umie, I'm so happy for you. Doakan temanmu ini ye.. :-)

OK, ini ada cerita disebalik cerita. Sebelum Linda terima undangan drpd Umie, Linda sebenarnya dah confirmkan satu aktiviti pada hari Ahad tu. Aktiviti tu ialah Linda join lebih kurang 50 bikers berkumpul untuk berkonvoi pergi makan di tepi laut...tapi apa nak buat...jemputan perkahwinan harus didahulukan.. So,Linda ter'miss' lah konvoi dgn teman bikers ku...

Hmmm...sebut2 tentang bikers... Minggu sebelum ni, Linda sempat test ride motor kenalan Linda. Model BMW. Woooo... I tell u.. Motor ni best gilerrr...



Dah jadi confuse dah Linda.. nak minat superbike ke atau easy rider.. pastu mcm2 pulak jenis motor yg ada.. naked bike lah..sportster lah...Pening Mummy!

Cehhh....Padahal, lesen pun belum dapat.. hehe..

Posing jap...





Kalau u all dengar Halim Othman dan Zizi waktu pagi kat Suria fm , mesti u all perasan yg Zizi ada cabar Linda.. Dia kata, Linda takkan lulus amik lesen motor B full minggu depan.. Hishhh Zizi ni... Dah ku kata, aku ini jangan dicabar.. takut kamu (lelaki) menangis nanti...

OK, kita tengok je minggu depan macamana eh.. Nantikan pengumuman oleh abang JPJ kepada Halim dan Zizi nanti .. Kalau lulus, yeayyyyy!! Kalau tak lulus, apa ada hal...repeat test lerrr! hehe.. but this is a new challenge for me.. InshaAllah I can make it happen!

Chalo! :-)

Friday, March 26, 2010

Sepetang bersama Linda..

Memang tidak dinafikan.. LOOK (Linda Onn's Orange Klub) sekarang tersangat aktif. Hampir semua jadual 'free' Linda dipenuhi dengan aktiviti LOOK. Sampai nak 'dating' pun tak sempat..semata-mata nak beraktiviti dengan peminat... hehe..

Beberapa hari lepas, satu lagi aktiviti kesukaan Linda dapat dikongsi sama dengan ahli-ahli LOOK. Secara tak langsung, tahulah ahli-ahli LOOK bahawa inilah Linda Onn yang sebenar..apa yang Linda minat,apa yang Linda cenderung..itu yang Linda ajak peminat sama-sama rasakan. Dengan cara ini...barulah boleh kenal siapa Linda yang sebenar. Tak kenal maka tak cinta. Kalau belum kenal, jangan nak mengata... :-)

Atas ihsan REDPHOTOGRAPHY, gambar-gambar sewaktu aktiviti ATV bersama ahli LOOK di Kemensah pada hari Sabtu lepas dimuatkan dalam blog Linda kali ini.. Jom tengok gambar! Nama pun professional photogapher...gambar pun cunnnnn! Thank u Mr. Red! Appreciate it!

Bersiap-siap sebelum meredah hutan...


Mas Faizel (baju oren) sedang memberi tunjuk ajar kepada orang2 baru..


The camera is everywhere!!


Sesi latihan sebelum mulakan pengembaraan..


All set!


Ready? Set...GO!!



Kemuncaknya ialah... air terjun 7 tiers ! Panjat jangan tak panjat...


Siapa sangka.. dari mula mereka mengenali Linda yang keudara dari studio yg serba kering...akhirnya bermesra dengan Linda dalam keadaan basah !


Memang best! Kitorang tak habis2 bergurau..


OK..OK...stop gurau kejap... posing semua!!


OK.. badan pun dah kembang kena air... Semua ahli LOOK balik ke 'base'...


Semua dah mandi dah... wangi !


Akhir sekali... bergambar kenangan dengan semua ahli LOOK dan ajk LOOK...



Once again, terima kasih kepada Mr. Red dari REDPHOTOGRAPHY ... Cantikkan gambar2nya? Sebelum ada yang bertanya nanti sebab berminat, biar Linda yg beritau dulu k... Mr. Red can be contacted via handphone - 0129419251 .
Kalau nak ride ATV pulak.. U guys can call Mas Faizel ATV- 0123775005.
Last but not least.. Gambar bawah ni diambil oleh seorang ahli LOOK, Janet! Me acih Janet! Waktu ni,motor Linda tergelincir mendaki bukit dan terpaksa dibantu oleh abang2 macho ni untuk tolak naik ke atas... Thank u Abang!

Kepada u all yg nak join LOOK, boleh daftarkan diri di mana-mana cawangan My Mom's Chicken Rice atau boleh daftar online di Facebook search Linda Onn Orange Klub...link FB ada di sebelah ni --->
Atau call Yatie 0149333306 atau Shaza 0123078475 untuk maklumat lanjut.

Thursday, March 25, 2010

Berita Panasssss !!

Shhh...Ni ada berita panassss yang Linda nak share dgn u all.. mengenai Hot Air Balloon... hehe.. Bukan berita yg panas.. tapi sebenarnya Linda yg berpanas dibawah terik matahari dan pastinya berpanas di dalam bakul yg kadang kala belonnya disembur dengan api yg teramatlah panasnya...

Minggu lepas, Linda ke Putrajaya sempena 2nd International Hot Air Balloon Fiesta dan Suria fm adalah rakan media bagi acara ini. Ramai sungguh pengunjung di acara ni.. Linda pasti acara ini memberi kesan yg positif kepada negara kita dari sudut ekonomi kerana 'orang-orang belon' ini datang dari segenap pelusuk dunia....dan dalam masa yg sama dapat mendekatkan orang kita dengan belon panas ini juga secara tak langsung mengeratkan hubungan famili yg datang di hujung minggu...

Pada mulanya , Linda memang taknak naik benda alah ni..maklumlah Linda ni gayat orangnya tapi setelah dicabar banyak kali oleh Zizi dalam Suria Breakfast bersama Halim Othman...Hmmmm....silap oranglah..nak main cabar2 plaks.. Apa lagi , Linda sahut cabaran Zizi ! Yeayyyyy! Jangan dicabar aku ini...

So...Linda pun naiklah belon panas ni...



....tapi bertali laaaa.... :-)

Dalam jadual, hanya Halim, Zizi dan Kak Vee je yg naik belon takde tali... So, what to do..?! Hehe..

Ini dia belon Halim,Zizi dan Kak Vee dari jauh... Mereka dibawa sang bayu...



Bawah : Linda naik belon dari Holland.. Tah tak ingat pulak nama mat salleh ni... But hey! Thank u !



Kecik je sebenarnya bakul ni.. muat lebih kurang 4 orang je...



Tau tak? Belon panas ni hanya boleh dikawal turun naiknya saja... kemana hala tujunya,hanya angin saja yang menentukan.. hmmm....part tu yg seriauuu sikit dengar tu... tapi Alhamdulillah..hero-hero Armageddon ku pulang dengan selamat ke darat... Pergi naik belon, balik naik lori...hahaha.. thank u abang lori !


Sempat kami naik belon bertiga...



Bawah : Linda tengah buat lintas langsung ke studio Suria fm...



Bawah : Bersama pemenang2 bertuah Suria...



Krew dan pemenang Suria semua dah balik...tapi Linda masih lepak lagi kat situ...lagipun,ramai yang 'offer' Linda untuk naik belon-belon yang lain...Seronok !! Ada tu belon yg takde bakul..kaki tergantung gitu je.. hehe.. yg tu, i ngeri u...

Setelah habis acara , beginilah belon-belon ini dikuncupkan...





"Linda! Masuk aaa dalam belon !" , jerit sorang abang tu... Apa lagi ! Linda masuk aaa!!!



Yeayyyyy!!!! Bawah: penerangan daripada kru hot air balloon...



Bergambar kenangan dengan bos, krew Suria dan orang2 kuat acara ni..



Pada petang tu, Suria mengadakan mini showcase di situ...



Linda sibuk dok kasi car sticker Suria kepada pengunjung... :-) Tampal kat kereta ek...



...dengan peminat cilik... comeyyy...



Bawah : Hishhhh Tuah ni.. dia sorang je pakai baju hitam... Nasib baik dia sayang Linda.. kalau tak, cubit baru tau! " ye sayang...." :-)



Chalo babuji !

Monday, March 22, 2010

Kluang Rocks !

Minggu lepas , kami mengembara lagi... Kali ni, kami ke Kluang Johor.. Jumpa dengan orang-orang kampungku.. haha.. sempena SURIA fm Rancak Tour.

So, seperti biasa.. ada game..ada persembahan artis..dan yang paling menyeksakan ialah..persembahan nyanyian daripada 'artis jadian' petang tu.. Hehe.. Kami dipaksa oleh bos untuk menyanyi... Aduh stresss...

Lagu duet HO,LO dan Zizi.. "Derita Mendengar" ... Versi asal ialah Derita Merindu - Ahli Fiqir...





OK... Seksa ku dah lepas... Legaaaaaaa!!!

Bawah: Sesi memperkenalkan barisan penyampai Suria fm..



Bersama pendengar cilik... Katanya,berat badannya sama dengan Mila ! 39 kg.. wowww!!



Tengok bawah! Sporting,kan orang2 Johor?



Mummy nak work !!! Linda jadi juri untuk game 'tunang,kahwin,cerai...' ..



Selepas tamat acara.. bergambar kenangan dgn artis2 yg turut hadir..



Thank u orang-orang Kluang ! Lapppp uuuuu !!!!



Bawah: Dari kira.. Kak Vee yg vogue de vass! , Naim,Linda, Myra, Bob dan Zizi... bergambar dengan pendengar2 Suria di Kluang...



Smile !!



Akhir kata... KLUANG ROCKS !!



Terima kasih orang2 Kluang yg sudi meluangkan masa bertemu kami.. InshaAllah lain kali kami datang lagi k.. :-)

Friday, March 12, 2010

Maulidur Rasul...

Minggu lepas, Linda mengadakan sambutan Maulidur Rasul di rumah Linda. Dulu kat Johor,sambutan maulud nabi selalu diadakan di taman perumahan Linda...dari satu rumah ke satu rumah marhaban atau berzanji diadakan tapi di KL ni, agak 'sepi'...

So,sebagai menyambut satu tarikh yang besar dalam sejarah islam, Linda telah mengadakan berzanji di rumah dengan dihadiri beberapa kenalan, ahli masjid serta jiran tetangga dan pastinya ahli keluarga Linda sendiri..

Terasa sayup hati mendengar mereka berzanji... bergema suara mereka kedengaran seluruh pelusuk rumah... Rasa rumah Linda seperti bercahaya...


setelah selesai berzanji, marhaban...selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, tetamu dihidangkan dengan makan malam...



Terima kasih kepada saudara...Yang Berusaha Roy... Moga tuhan membalas jasamu.. OK Roy, jeling kat kamera sikit pleaseeee...

Nasi Briyani masakan ibu...



Antara tetamu yang hadir...



Linda bersama kawan baik Linda.. Mona. Thanks dear friend..


Thank u guys for reading !