Wednesday, May 26, 2010

LOOK's Bowling Tournament

Hi ! Sori sangat! Lama betul Linda tak update blog.. Terlalu busy dan bermacam-macam aktiviti sejak kebelakangan ni.. tapi Linda tetap tak lupa u all, pembaca setia blog Linda.. dari hari ke hari Linda nak update blog tak dapat.. Akhirnya, sekarang ni, jam 3 pagi, Linda ada masa! Yeayyyy!! ...dan inilah blog Linda yang sepatutnya Linda update berkurun lama dulu..

Pada 16 May lalu, ajk Linda Onn's Orange Klub (LOOK) telah menganjurkan dengan jayanya perlawanan bowling persahabatan antara kelab peminat artis. Yang menariknya, bukan saja kelab FC artis yang turut serta tapi kelab lain pun join gaks.. Wow!

Jom! Kita tengok gambar2 di sepanjang acara...

Let's begin !!!!


Bawah: Ye.. ini baju bowling LOOK...


Bawah: Dah nama pun penyampai radio... mesti taknak terlepas dari buat kerja2 teknikal ni..


Ahli2 LOOK dengan gaya masing2 sewaktu perlawanan... Cool guys!


Walaupun tak menang tempat pertama, kita tetap kool... bukankah LOOK itu perkataan KOOL yang terbalik...? So...kool...kool... ok LOOKers!


Bawah: AJK LOOK yang bertungkus lumus memeriahkan acara...


Bawah: Aaaa...gambar bawah ni...bukan gaya pemain bowling professional...tapi tetap bergaya...Linda buat balingan pembukaan..


Antara artis yang hadir memberi sokongan kepada ahli kelab FC masing2.. Thank u Saida dan Amy Mastura... Mama-mama kool... :-)


Bawah: Orang sibuk main bowling, Linda sibuk posing... Takleh main pun...sebab bahu masih sakit time tu...


Dah habis acara, Linda sampaikan hadiah kepada pemenang... kepada yang tak menang, kita cuba lain kali ok...


Selain sibuk posing, Linda juga sibuk diajar FBooking... Hehe..maklumlah, Linda ni tak berapa nak terrer bab-bab Facebook ni..


Eizlan Yusof bukan saja menghantar pasukan utk berlawan tetapi Eizlan sendiri turun padang main bowling! Thanks Bro !


Tahniah! Tahniah!


Gimme five yo LOOKer !!


Medals menanti pemenang...


"Ye kak..Linda tak sangka akak pandai main bowling..."


Sementara menunggu keputusan siapa yang dapat markah tertinggi, Saida menghiburkan peminat2nya....



...dan Linda takde keje...posing je.. Ni hah... trofinya..



Bawah: Comelkan?


Bawah: Tengok logo LOOK tu, rasa macam olimpik pulak...


...ye...memang olimpik...untuk Fifiq dan Mifdhal.. Siapa boleh angkat bola ni,menang!!


Hehe... OK guys! Sepertimana Linda enjoy di hari tournament tu, Linda harap, u all pun enjoy tengok gambar ni semua.. InshaAllah, lain kali, LOOK buat aktiviti lagi ok.. Nanti kami akan umumkan...

Terima kasih kepada RED Photography (gambar yg ada logo RED tu,RED punya aaa..) atas kesudian merakam detik2 indah hari tu.. terima kasih kepada semua FC artis dan artis yang turut serta. Terima kasih kepada penaja-penaja... Terima kasih ajk LOOK... terima kasih semuaaaaaa!!!! Muahhhh! See ya!

Monday, May 24, 2010

Bikers & ATViers Weekend!

Hallooo !! Yep! Yep! Yep! Ahad lepas merupakan hari yang penuh dengan deruman enjin motor buat Linda..

Pagi - Linda & group marshall bikers pergi ke Port Dickson.. Yang seronoknya, Fauziah Latif pun ikut.. My idol ! Hehe.. Kak Gee pun tau Linda minat dia dari zaman sekolah dulu.. Sebelum Linda jadi DJ pun dia memang dah tau yg Linda ni peminat no.1 dia.. Linda pun tak sangka jugak..bila jadi DJ dapat jumpa Kak Gee.. Makin tak sangka bila dapat spend time dengannya... Kak Gee, ur so cool, sis... :-)


Menambahkan 'coolness' Fauziah Latif ni ialah...she can ride...wooo...she can really ride.. Memang Linda respek tengok orang perempuan (yg sering dikaitkan kaum yg lemah) boleh bawak motor berkuasa tinggi.. tabik spring aaa!! "jangan pandangku sebelah mata...",kata Anita Sarawak.


Group bikers kami berhenti di Blue Lagoon dan Eagle Ranch, Port Dickson..


Jom! Kita tengok gambar di Port Dickson sebelum Linda cerita apa yg terjadi di petang hari..






Yep! Walaupun cuaca panas sepanjang perjalanan.. tapi cool bro... cool...

Pada mulanya agak susah jugak utk Linda meyakinkan group 'tayar dua' ni utk bermain ATV dgn Linda... Maklumlah..diorang biasa merempit guna dua tayar je.. ATV ni lain sikit.. merempit dalam hutan dengan tayar empat! Kalau guna tayar tiga, sure diorang bantai gelak.. Tak gitu Kak Gee ?

So... disinilah bermulanya aktiviti ATV kami... entah kali ke berapa agaknya Linda main ATV ni... tapi yang pastinya ia merupakan kali yang pertama bagi sesetengah kawan bikers ku... :-p

Kak Gee memang seorang yg lasak.. So, I guess, ATV ni kira kacang aaa untuk dia..



Yang penting ATV ni bagus untuk menjadikan kita lebih fokus...sebab bila kita ride ATV, hanya kita yang 'control' diri kita dan ATV tu... Kalau kita silap langkah, ke gaung lah jawabnya.. Selain fokus, ia juga salah satu aktiviti lasak yg bagus untuk kecergasan badan...sebab hampir keseluruhan badan bertindak mengawal pergerakan ATV ni.
Peace y'all !



Merentasi tanah lumpur yang bertakung air selepas hujan bukan satu perkara yg mudah.. Kalau silap percaturan, tayar boleh 'stuck' !

Come on Linda!!



...dan...kalau dah lepas dari lumpur, beginilah caranya ye tuan-tuan dan puan-puan...

Bawah: Cara Fauziah Latif menyambut kemenangan.. Yepppaaaaa!! keke..



Yang pastinya, bila sampai ke penghujung jalan, kita akan menemui air terjun di dalam hutan...

Bawah: Jap... sebelum basah, amik gambar dulu eh...


Bawah: Nampak tak seluar Linda dan ATV kitorang? Penangan lumpur!


Bawah: OK..OK.. takyah tarik.. memang dah basah pun... hehe.. Sejuk tuuuuu...



OK! Dah basah kuyup dah semua.. Sebelum balik , one last pose, guys!


Kalau u all pun nak rasa gak betapa enjoy nya main ATV ni, tak jauh pun dari kota KL (utk org KL lah)..Kat Kemensah belakang Zoo Negara je. U all boleh call bossnya bro Mas 0123775005 ...hehe.. free promotion ni.. Mas! 25 percentttt! :-)

Balik dari ATV, kitorang makan2 kat MY ASAM PEDAS SHOP (ehem..Citarasa Linda Onn) di sebelah Tesco Ampang MRR2 Hiway.. Pekena ikan tangkap hidup2..

Bawah: Balik dari PD ride ... Sebelum pi ATV pun kita makan2 kat MAPS gak...


ALL rite ! Terima kasih kpd semua kawan2 bikers utk ride yg cukup seronok ke PD.. Thanks to Kak Gee sebab sudi makan kat restoran Linda... & thanks jugak kepada marshall2 utk kedua-dua motor tayar 2 dan tayar 4.. :-) Lepas ni, kita plan camping plak eh...So,get ready guys!
Pack your things! <-- eh macam pernah dengar je ayat ni kat LA dulu..(yg faham..faham aaa..) haha!!

Chalo babuji !

Thursday, May 13, 2010

What? What? What?

What's happening? Macam-macam adaaaaa !!

OK... What? yang pertama ialah.... Linda nak ajak u all datang ramai2 untuk memeriahkan Bowling Tournament yang dianjurkan oleh L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) pada Ahad 16 Mei 2010. Bermula dari jam 9.30am sampai ke petang kita akan tengok beberapa pasukan berentap antaranya Saida FC, Amy Mastura FC, Fauziah Laiff FC, Nadia (AF) FC, Syawal (AF) FC, Karangkraf FC, Akma (AF) FC, Eizlan Yusof FC, Zed Zaidi FC dan lain-lain...

Semuanya 38 pasukan yang akan merebut gelaran juara.. LOOK pun main gaks.. hehe.. kita tengok siapa yang menang ok! Jom! Jumpa Linda dan kawan2 di Mid Valley Cosmic Bowl. Temujanji kita hari Ahad ni OK !



What? yang kedua ialah... hahaha... Linda masuk wad! What?? OK..begini ceritanya.. Bahu Linda sakit.. tu je ok. MC utk berehat satu minggu. So, tak on air di SuriaFM lah sekejap ye.. Hmm...macamana nak main bowling nih? Adehhh... jadi tukang tengok je laaa...


What? yang ketiga ialah... Ni saja je nak share dgn u all.. Maklumlah, bercuti MC..dok rumah...takde benda lain nak buat...So, ngadap internet dan membaca.. Inilah majalah2 yang menjadi kegemaran Linda sekarang...

What? yang ke empat ialah... OK.. Yang ni serius ye.. Linda nak ajak peminat2, penggemar2, kawan2 Linda untuk kita sama-sama menunaikan umrah & ziarah bersama Linda..
Dah beberapa kali Linda ke kota suci...dan kali ni, agak berbeza sikit kerana Linda ajak peminat Linda sekali ke Makkah dan Madinah...untuk berziarah dan mengerjakan umrah.
Bawah: Di depan Kaabah dalam Masjidil Haram, Makkah... 4 tahun lepas...


Bawah: Di luar Masjid Nabawi, Madinah...


Jadi, kalau u all sudi untuk kita sama-sama menunaikan umrah, hubungi GEMILANG TRAVEL & TOURS di 03 - 4256 4133 atau Hajjah Affidah di 019 - 348 3900 dan dapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan dan harga pakej. InshaAllah kita akan berangkat pada 15 Jun 2010 dan pulang pada 26 Jun 2010.
Di sana nanti, jemaah akan dibimbing oleh Ustaz Dato' Haji Kamal . So, call sekarang ok! Tempat duduk terhad..
InshaAllah, bolehlah nanti kita melawat sejarah Rasul serta peninggalan Islam di Makkah dan Madinah bersama. Ya Allah! Tak sabarnya Linda nak menikmati air zamzam sepuasnya dan datang hampir dengan kiblat seluruh umat Islam. Moga segala doa dimakbulkan..Ameen..

Rrrrrrrakaman...

Kerja sebagai penyampai radio memang tak lepas dari proses rakaman... Samada rakaman utk rancangan radio, iklan atau temubual...

Suria 20 Bersama Linda dan Halim Othman (atau HOLO) dah masuk minggu ke-3.. Kalau u all dengar, pasti u all tau yg Aliff Aziz adalah artis pertama utk program ni.. and Aliff rocks!


Thanks Aliff! Fresh from the oven! Dari Singapore, sampai je airport KLIA, terus ke SuriaFM.. Cool..
OK... ada satu lagi rakaman yang Linda tak sebutkan.. Iaitu rakaman nyanyian.. Bukan bidang Linda.. tapi khas utk rancangan hari raya di RTM, Linda menyanyi.. hehehe..Berduet dengan Azwan Ali..
Bawah: Bergambar dgn pelakon2 drama komedi Aidilfitri RTM.. Kenchana dan Azwan..



Kalau u all nak tau Linda nyanyi lagu apa.. Errmmm...sumbang kot..hehe.. tunggu drama komedi ni kat RTM nanti ye.. Linda akan update masa dan hari keudara... Linda berlakon jadi cikgu... Ahauww!!

Tuesday, May 11, 2010

Ride to Cherating!

Hello !! Sabtu dan Ahad lepas, Linda menghabiskan hujung minggu bersama sekumpulan bikers ke Cherating, Pahang..

Lebih kurang 130 Kawasaki bikers ikut ride siap dengan marshall dan police traffic ! Itu jalan, ana yang punya lahhh! hehe.. Panjang betul deretan motor Kawasaki di sepanjang lebuhraya.. Macam2 jenis motor Kawasaki ada..dari cc rendah hingga cc tertinggi..

Utk pengetahuan u all, ini kali pertama Linda join ride motor sejauh ni... Satu pengalaman yang paling seronok walaupun pada mulanya rasa tak berani...

Jom! Ikut Linda naik motor ke Cherating !!

Persiapan sebelum mulakan perjalanan..



Inilah sebahagian penunggang2 Kawasaki di kawasan rehat & rawat Gambang. Oh! BTW, Linda ucapkan ribuan terima kasih kepada stesen minyak Petronas di R&R Gambang yang mendengar Suria FM. Me acih !!





....dah tiba di Cherating...







Cherating mesti ada laut,kan? Linda pulak memang tak boleh tengok laut,kan? So, here I am... Walaupun airnya color kelabu... tapi demi utk nak 'recharge' body, Linda terjun gaks !



Di malam hari, Linda habiskan masa bermain pool di hotel.. Teringat zaman2 masuk tournament dulu... Ni dah lama tak main pool, dah tak sharp lagi...


Sebelum balik ke KL pada hari Ahad, semua bikers singgah di stesen Petronas Cherating ...


...kat sini jugalah Linda berpeluh-peluh bergambar dengan semua bikers.. Seronok !
Inilah dia...semua Kawasaki bikers berkumpul untuk bergambar beramai-ramai...


...bersama bro Halim...Marshall kami !

Linda 'try' Kawasaki Z1000... cun kan?
Linda dapat tahu yang banyak stesen Petronas dengar Suria FM! Wow..kalau macam ni, Linda mesti support Petronas jugak... Tiada stesen minyak lain selain Petronas !! Muahh..
Alhamdulillah... Kami selamat tiba di KL... dan aktiviti terakhir kami ialah MAMAM!!
Marshall2 yang penat menjalankan tugas mengawal 130 bikers Kawasaki bersantap untuk mengisi perut yang kosong di restoran Linda MY ASAM PEDAS SHOP.

Comel kan anak sedara Linda? Mifdhal pun nak jadi biker gaks Mummy..!

OK... Bergambar bersama Mista Marshall !


OK! Itu saja.. Pendek kata Linda memang enjoy ride ke Cherating bersama dengan Kawasaki Group.. Terima kasih kepada semua Marshall dan police traffic yang escort kami ! ...dan lain kali, InshaAllah Linda akan join lagi ride bersama ONE NATION EVENT ! U guys rock !! :-)