Tuesday, June 15, 2010

Kursus Umrah Gemilang...

Alhamdulillah, Linda dah berjaya menjejakkan kaki beberapa kali ke kota Madinah dan Makkah.. Setiap kali Linda ke sana, Linda sering berdoa agar Allah memanggil Linda lagi untuk ke sana.. Syukur, kali ni, Linda dijemput lagi menjadi tetamu Allah..

Terima kasih kepada GEMILANG TRAVEL & TOURS yang sudi membawa Linda menunaikan umrah. InshaAllah lain kali, diharap dapatlah Linda pergi mengerjakan umrah dengan peminat2 Linda pula di bawah pengurusan GEMILANG TRAVEL... Lain kali, kami atur jadual lebih awal ye.. jadi ramai kawan2 dan peminat yg boleh ikut serta...

Sebelum pergi umrah, kena kursus dulu... Kursus ni dianjurkan oleh GEMILANG TRAVEL dan gurunya ialah Datuk Hj Kamal..



InshaAllah kali ni, Linda ke umrah bersama ibu ayah dan keluarga.. Disaat Linda tengah menaip blog ni, Linda sedang menantikan detik 10 pagi untuk pergi ke KLIA. Kami akan berangkat ke Madinah dari KL pada jam 3 ptg nanti. Selepas beberapa hari di Madinah, kami akan ke Makkah al Mukarramah.. InshaAllah.

So, suara Linda tak kedengaran di SuriaFM selama 2 minggu. Kalau u all rindu, datang makan kat MMCR dan MAPS ok.. hehe..

Kepada semua, Linda mohon ampun dan maaf jika ada kesalahan samada yg sengaja atau tidak disengajakan...yang nampak atau yg tidak...yg halus atau yg kasar.. dan semoga jalinan persaudaraan antara kita sesama Islam akan terus terikat. Ameen...

Assalamualaikum...dan selamat tinggal semua...
Labbaikallahumma labbaik..Labbaikalaa syarikalakalabbaik....

Shooting dgn Mawi...

Bangga Linda tengok Mawi.. Walaupun dugaan demi dugaan diterimanya, dia tetap kuat berusaha dan ketepikan perihal orang lain yang sibuk nak menjatuhkan dia.. U go Mawi! Yeay!

Bermula sebagai bintang 'segera' dan kemudian penyanyi top, lepas tu berlakon...sekarang ni Mawi berjinak2 dalam dunia drama. U all tengok tak drama Jiwa Kacau yg baru ditayangkan di TV? Haaa...tu Mawi punya lah...Baguskan? kebetulan Linda tertengok drama tu. Memang 'touching'.

Sekarang ni, Mawi tengah sibuk menyiapkan drama berjudul "Pak Nil,Ibu Kirim Salam" dan dalam drama ini, Mawi menggunakan lebih kurang 30 selebriti tanahair untuk melakonkan watak 'cameo'...

Ini kali pertama Mawi mengarah dan ini juga kali pertama Linda berlakon dibawah arahan Mawi... Dalam drama ni, watak Linda sekejap je.. iaitu sebagai Ustazah Rahmah... Apa yang cuba ditonjolkan oleh Mawi ialah kelainan utk Linda.. Seorang wanita muslimah bertudung litup tetapi dalam masa yang sama, ada komedinya.. short one but fun!

Jom tengok Mawi direct !

OK Linda.. I nak u lain k... Ready eh? Kita shoot sekarang...

Penggambaran drama ni di depan Sogo... punyalah ramai orang tengok kami.. Malu i.. Ahauww..

...tengok! Mawi punya serius jadi pengarah... Ekin tetap setia menemani suami tercinta.. Apa yang boleh Linda cakap ialah, Mawi ada taste nya tersendiri bila mengarah.. Dia mahu apa yang DIA MAHU...and he knows what he wants.. Very good! So, pelakon pun rasa 'terbimbing' dengan arahannya..

Along adalah pelakon utama drama ni...

Bersama kru dan pelakon2...


Tahniah Mawi! U maju setapak lagi! Moga berjaya! So,guys,tunggu tayangan drama ni k.. Ciao!

Harley Girl..

Siang tadi, Linda ke Harley Davidson di PJ..

Saja je ke sana, teman kawan tengok motor.. Alang2 teman, Linda beli satu baju HD dan sempat posing atas Sportster...

Cintaku sudah pada Mr. Harley Davidson.. Grrrr....


Sorry kalau kualiti gambar kurang elok. Gambar2 ni Linda snap guna handphone je.. :-)

Mak Aji terbang!!

Baru-baru ni, SuriaFM mengadakan photoshoot utk semua penyampai2 Suria... Kalau u all nak tengok gambar2 terbaru wajah penyampai2 SuriaFM, jenguk laman web www.suriafm.com.my


Istimewanya photoshoot ni, Linda kena pakai tudung untuk billboard yang diletakkan di kawasan pantai timur dan utara...


Pakai tudung takde masalah... tapi utk mendapatkan efek yang menarik pada billboard tersebut, photographer suruh Linda 'terbang'... Katanya, nak nampak Linda macam terapung di udara lah gitu.. hehe..


.....dan Linda namakan ini.. 'Mak Aji Terbang' !!


Bayangkanlah.. dengan jubahnya... dengan tudungnya.. dengan springnya (tak nampak-kat bawah)... pastu bila dah terbang, Linda kena senyum dan buat 'pose' macam seolah-olah takde apa yang nak dirisaukan.. hehe.. padahal Linda punyalah risau.. takut tudung tersenget,takut kain terselak, takut terjatuh dan mcm2 lagi! Well, kena belajar lagi supaya dapat kasi perfect pose.. Kena banyak tengok America's Top Model ni... :-)

....OK, yang ni takyah terbang... rilek k... hmm...lega...


Kalau Linda 'terbang' lagi, nanti Linda post gambar k.. hehe..

Assalamualaikum Pak Aji & Mak Aji semua!

Game show 1 VS 0 ...

Beberapa hari lepas, Linda dijemput oleh Didie Alias untuk turut serta dalam 'game show' yang dihoskan oleh Didie sendiri dan Enot...

Bila dengar je dua nama tu, Linda pun apa lagi, terus 'on' lah.. nama pun Linda Onn, kan? :-)

Mula-mula, bila Linda tanya game show ni macamana? Kena buat apa? Sorang pun tak jawab. Kru produksi cuma suruh Linda datang pakai baju hijau je.. Hmm.. ni yang buat cuak ni..

Bila dah sampai set rakaman, baru Linda tau yang game ni ada main 'kotor'...hehe... Baling tepung, pancit air, makan krim, makan wasabi... Adehhh deh... Waktu tu, Linda cuma berharap satu je... "Janganlah aku kalah..." Nama game show ni ialah 1 vs 0... Wakil 1 ialah Didie, wakil 0 ialah Enot... Comelkan ?

Linda kalah atau tidak ? Hmmm...jawapannya...kena tunggu tayangannya lah ye... Bila? Nanti Linda update kat Facebook bila dah dapat tahu... Jom tengok gambar!

Bawah: Rancangan baru bermula.. Waktu ni Linda dengan Johan bertikam lidah.. Nasib baik takde gelas.. hehe... Jangan marah eh Johan.. U rock bro!!


Linda dan Angah (Raja Lawak) satu team.. Ni kami tengah angkat team member sorang lagi..

...sampai tergolek...

....sebelum ke acara seterusnya, Didie & Enot cakap-cakap dulu...

...game yang ni mencabar sikit.. kena guna lastik and lastikkan tepung masak ke dalam mulut team..

....sesi soal jawab...kalau kalah, kena 'tepung tawar' !

....akhir sekali, tak kiralah siapa menang, siapa kalah, yang penting kitorang enjoy rakaman ni dan merapatkan hubungan sesama kawan... dari kiri: Johan dan isteri, LO & Angah...


So, tunggu game show 1 vs 0 ni keluar kat TV k.. Will inform u soon... Cehhhh... Chalo !

Monday, June 14, 2010

Demam Bola @ My Asam Pedas Shop

Sana sini orang sibuk bercerita pasal bola.. bola... bola...

Piala Dunia FIFA 2010 - Negara mana yang Linda sokong? Hmm..nak je Linda sebut Malaysia tapi Malaysia tak masuk World Cup. Dengar cerita, referee Malaysia aje dapat ke sana. Takpe, InshaAllah satu hari nanti, kita akan ke World Cup ok.. So, buat masa sekarang ni, Linda tak pilih mana2 negara... Linda cuma sokong Christiano Ronaldo je...err...sebab dia comel..hehe.. C.Ronaldo adalah captain Portugal. So, GO PORTUGAL GO !! Yeeehaaa!

Beberapa tahun lepas, Linda bercadang nak ke Afrika untuk tengok World Cup secara 'live'. Hmm...tak menjadi. Walaubagaimanapun, Linda ambil kesempatan ni untuk sama2 menyambut World Cup yang sekarang ni berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan. Di restoran Linda, staf disarungkan dgn jersi dan restoran Linda juga 'diwarnai' dengan dunia bola !!

Jom! Tengok apa yang Linda sajikan di MY ASAM PEDAS SHOP yang terletak di sebelah Tesco, Ampang (MRR2 highway).

Bawah: Diluar restoran, ada skrin besar utk pelanggan menyaksikan perlawanan bola...



Suasana dalam restoran... bola dan bendera... Habis World Cup nanti, bola bawak pi picnic, bendera pulak, buat baju eh.. hehe..


Kepada yang minat shisha....ada shisha...rambu ramba gitu!

Otak-otak pun ada...


Kalau u all suka ikan fresh, di bahagian depan restoran Linda, ada pelbagai jenis ikan untuk dipilih. Talapia merah, ikan baung dan macam2 lagi... Semua ni sedap dimasak dengan asam pedas atau minta dibakar (sambal atau kosong pekena dgn sambal asam/kicap).

Oh yeah! Ada satu tip untuk u all ! Kalau datang makan di sini, tanya kat waiter "Chef ada tak?" Kalau waiter kata "chef ada" , u all boleh request ikan ni dimasak apa. InshaAllah kalau bahan-bahannya ada, chef akan masak on the spot selepas order! So, enjoy k!

....tapi kalau u all suka ikan yang sudah pengsan, pun ada jugak... :-)

Selain tu, ada ketam...

Haaa...ni ada story sikit. Ketam kat bawah ni, kira 'gangster' tau.. setakat ni, belum ada yang pilih dia...sebab dia nampak brutal. Dia tak duduk sekali dengan ketam-ketam lain sebab dia ni kaki belasah kawan2 lain...Habis semua ketam dia kepit... So, kalau u all berani, order aaa dia.. Dia di tingkat atas sekali, duk sorang-sorang... eh salah.. duk sekor-sekor... :-p

hehe...

So, sempena World Cup ni, MAPS juga ada menyediakan menu istimewa FIFA... tengok bawah ni... Ada Set RONALDO, Set MESSI, Set KAKA dan Set ROONEY... Siapa agaknya yg dapat kasut emas nanti ek?

Selain tu, di MAPS ni, bukan sekadar Asam Pedas... Macam2 lagi ada.. Mee Bandung, Rojak Petis, Ikan Bakar, Nasi Ayam Penyet dll. Sila lihat bawah ye tuan-tuan & puan-puan..


Kalau Linda pulak, Linda memang suka makan Molten Lava Choc Cake..perghh!! Yang ni best! Bawah ada kek coklat, atas kek tu ada aiskrim, dalam kek tu ada coklat cair yang panas (gabungan panas & sejuk). Yumm Yumm !! Apa lagi yg Linda suka? Tentulah Ice blended White Coffee plus Almond...u all boleh try k!

OK, hmm...cerita kat u all je dah buat Linda terliur... OK, ni cerita lain pulak... beberapa hari lepas, Linda berada di MAPS dan kebetulan Linda terlihat keindahan pelangi ni.. Indahnya ciptaan tuhan.. Subhanallah... Inilah pandangan pelangi dari restoran Linda...


Selamat mencuba masakan di MY ASAM PEDAS SHOP (MAPS) ! ...dan kepada u all yang dah pernah cuba, datang lagi ye..

Terima kasih !! :-)

BOLAFEVER !

Sebelum Linda mula, Linda ucapkan terima kasih kepada akhbar Utusan Malaysia (Ahad 13 Jun '10) untuk artikel di bawah yang dipetik dari Pancaindera.


OK... Sekarang baru Linda boleh cakap Hellooooo!!

Pada hari Khamis, 10 Jun 2010, Suria FM telah mengadakan BOLAFEVER Bersama Media di Hotel Pacific Regency.. Acara ni diadakan untuk meraikan media sekaligus menyambut kehadiran World Cup dan memperkenalkan tagline baru Suria fm iaitu Muzik 90an Terbaik dan Terbaru.

OK. Semua OK.. cuma masalahnya... bos suruh kami menari... Adehhh... Ni yang lemah ni.. Kami penyampai kena menari selama 7 minit dengan hampir 10 lagu medley! Perghhh...Penyeksaan sungguh! Tapi FUN !! :-)

So, praktis pun bermula...


Bawah ni...Bukan rehearsal lagi dah....bukan cubaan lagi... ini yang benarrrr!! Show time!


Atas: Disebabkan tarian kami tersangat menarik perhatian Ezlynn, dia pun terus masuk join group kami ikut menari.. Sporting lah Ezlynn !! We love u !! Muahhh!!

Bawah : Bos dan penyampai bermesra bersama wakil media..

Waktu interview, kena rileks.. so, jawapan pun teratur.. Minum teh eh.. OK, apa soalannya kak?

Linda digandingkan bersama budak nakal dari Red fm, Terry utk hos beberapa segmen dalam acara ni.. Waktu ni, cabutan bertuah sedang diadakan...

Tahniah!!

Akhir sekali, famili kami dari satu bumbung yang sama, bergambar kenangan...

Terima kasih kepada pihak media yang hadir dan terima kasih juga kerana sering memberi publisiti kepada kami juga stesen radio kami... Tahniah kepada wartawan / jurugambar yang menang hadiah cabutan bertuah! Bestnyerrr... Diharap terus menyokong SuriaFM dan kami akan berikan yang terbaik! InshaAllah! :-)

Kepada pendengar....u guys know we love u...kan?

Monday, June 7, 2010

Suria di Kajang & Setiawangsa..

Sori sebab lewat update blog.. tapi bila dah dapat masa yang sesuai untuk update blog, sampai dua sekali update! First blog (bawah) Bowling Tournament LOOK dan ini blog kedua Linda dan jam menunjukkan hampir 4 pagi sekarang ni.. Takpe, nanti bila Linda tido, u all bangun, baca blog ni k..

Siri penjelajahan Suria fm diteruskan lagi. Ahad dan Sabtu (6 & 5 Jun), kami penyampai2 Suria fm ke Metropoint Kajang dan AEON AU2 Setiawangsa untuk Suria fm Rancak Tour. Ramai juga artis yang kami bawa utk menghiburkan peminat2... Antaranya Mila, Nubhan, Shamrin Fotograf, Sixth Sense, Rini AF dan Dayang Nurfaizah...

OK..Kalau u all tak dapat join Rancak Tour ni, takpe k.. inshaAllah hujung bulan Jun nanti kami akan jumpa pendengar2 sekali lagi di Ipoh dan Negeri Sembilan.. Tunggu jang..tunggu!!

Kpd yg miss persembahan Suria fm di Kajang dan Setiawangsa, rasakanlah kemeriahannya dengan melihat gambar2 ni ok.. :-)

Bawah: Kat Kajang... Peminat memang 'sporting' habis.. Tanya apa saja soalan mengenai Suria fm, mereka boleh jawab!



Bawah: Peminat cilik Suria fm.. Niya dan Chacha.. Thanks darlings! Hadiah yang sangat berguna untuk 'new biker'.... Apa hadiahnya? Satu di tangan Linda.. Satu lagi sudah di kepalaku...


OK.. Jangan confuse k.. Gambar2 ni memang Linda tak susun ikut lokasi show.. U all ikut baju Linda je lah eh.. Kalau baju Linda oren, maknanya itu gambar Rancak Tour di Kajang. Kalau baju Linda hitam, tu gambar kat Setiawangsa...


Di belakang pentas bersama Dayang Nurfaizah...


Atas pentas dengan HO...


....tu HO & LO..HOLO. Bawah ni plak, Zizi dan LO... ZILO !!


Di akhir acara, semua penyampai di atas pentas... yang paling vogue tak boleh dikalahkan..dari kiri, Kak Vee, Lin Suria Cinta, LO dan Zizi bersama anak barunya Fifiq... keke..


Bawah: Waktu ni, Linda tengah nak kasi pendengar tshirt Suria dan beg goodies Suria.. Siapa dapat jawab, dia punya!


Bawah: Gambar kenangan di Kajang ...


Bawah: Haaa..waktu ni, kita tengah main game Patung Cendana... Siapa menang dapat Ipod Shuffle.. Joget k...


Bawah: Gambar2 penyampai Suria fm...

Sewaktu show...


...hampir selesai show...


...confirm dah habis show! ...



So, Linda ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Suria fm Rancak Tour di Kajang dan Setiawangsa!! Terima kasih kerana mendengar Suria fm dan diharap terus mendengar... Muahhhh!!

Chalo !