Thursday, September 30, 2010

Thank u Utusan!

Artikel dari akhbar Utusan M'sia hari ni...

Hallooo!! Pagi ni,Linda dapat 'wake up call' daripada seorang ahli One Nation Event (kelab marshall motor berkuasa tinggi).... "Hey Linda! Beli Utusan!"...

Oh! Cerita di ruangan HITS hari ini ialah tentang charity ride yg Linda sertai beberapa hari lepas. Kalau u all baca blog Linda sebelum ni, mesti u all perasan blog ttg ride amal ni...

So, happy reading! Terima kasih Utusan Malaysia! :-)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 29, 2010

Linda Synergy Deal

Linda di Synergy Deal...

Pagi-pagi Linda dah bangun untuk ke Holiday Inn, Subang menjayakan program Synergy Deal 2011.

Apa tu Synergy Deal? Aaaa...part ni yg best nak explain ni. Kalau u all ada company dan nak masukkan iklan tentang perniagaan u all kat radio, Synergy Deal ni beri special offer dan boleh jimat kos dgn diskaun harga iklan. Sepanjang minggu ni tengah harga promosi. Lepas ni, harga biasa.

So,tugas Linda ke Synergy Deal ni adalah utk memperkenalkan SuriaFM dan rancangan Linda. That's all folks!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 28, 2010

Ride amal..

Baru-baru ni, Linda bersama dengan group One Nation Event dan Lady Bikers mengadakan 'ride' amal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Yaakob Latiff di Jalan Peel, Cheras utk menyambut Aidilfitri bersama pelajar2 seklah, guru2 dan kanak2 istimewa. Antara yang hadir ialah Fauziah Latiff dan ramai jugaklah penunggang2 wanita.. u go girl !! ~

Acara pada hari tu memang meriah.. Rasa sedih dan gembira bercampur bila tengok kanak2 istimewa menerima duit raya daripada penyumbang..

Bawah: Gambar2 yang sempat dirakamkan ( klik di gambar utk imej yg lebih besar )


Bawah: Sesi foto dengan Jee...


Terima kasih kepada semua yg memberi kerjasama.. inshaAllah kita jumpa lagi..

Sunday, September 26, 2010

Breakfast RM1 di MMCR!

Seringgit je.... :-)

Mulai esok (Isnin 27 Sep), restoran My Mom's Chicken Rice - Citarasa Linda Onn di cawangan Ampang Point akan mula jual sarapan pagi dengan harga
RM1 setiap satu makanan/minuman. Sarapan pagi bermula dari 7 pagi - 11 pagi.

Lepas tu...kalau u all terasa nak makan Kuey Tiaw Goreng dengan harga RM 2 sahaja, make sure datang ke MMCR cawangan yang sama antara pukul 3 ptg-7 mlm. Yummm yummm !!

Semua ini hanya di My Mom's Chicken Rice - AMPANG POINT.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 25, 2010

Lepak2 dgn Harley bikers...

Topi ajaib milik Fauziah Latif..

Hehe...ni helmet kak Jee. Linda baru je lepas habis lepak2 dgn group Harley Davidson kat Bangsar. Macam2 pelajaran yg Linda dpt mengenai motor Harley ni. Makin ku jatuh cinta dgn HD. Huhu!

Perghhh... Hari yg cukup panjaaaang hari ni. Dari mengacara,ke open house Umie pastu lepak2....now baru sampai umah. Home Sweet Home. Bantalku sudah menanti...hehe. Nite nite!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Open House Umie Aida

Bersama Umie dan Datuk K...

Di open house Aidilfitri Umie and beloved husband. Thanks for inviting! Great food! Dan layanan yg sgt mesra!

Balik je dari open house Umie, Linda lepak dgn group bikers Harley... Jap gi Linda update lagi k.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 23, 2010

Happy Birthday Hard Rock Penang !

Happy 1st Anniversary, Hard Rock Hotel, Penang !

Setiap kali Linda ke luar negara, antara destinasi yang mesti Linda pergi ialah ke butik Hard Rock Cafe. Linda suka beli barangan HRC antaranya drum stick, baju, sweater, cap dan lain2 untuk dijadikan koleksi sendiri atau souvenir utk kawan2 di M'sia. Sampaikan bantal tidur Linda sekarang ni pun...guna sarung HRC tau...hehe.. Bali mari ! Nanti, blog Linda akan datang, Linda tunjukkan koleksi barangan Hard Rock Linda ok..

Siapa sangka.. Hard Rock Cafe yang selama ni menjadi kegemaran Linda...baru-baru ni, masuk dalam senarai 'kerja' Linda. Pada hujung minggu lepas, Linda menjadi pengacara sempena sambutan ulang tahun pertama Hard Rock Hotel, Penang. Peluang yang takkan Linda lepaskan.

Perghhh...I tell u...HRC Penang memang fantastika d'amour u... Happening!...dan lokasinya sangat strategik iaitu di tepi pantai di Batu Feringhi. Pendek kata, hotel HRC ni, memang rock ah !! Ada kelasnya tersendiri... Pengunjung terdiri daripada pelancong dan org tempatan..

Seronok sangat! Linda nak share keseronokan dgn u all, k... Jom tengok gambar! (Klik di gambar utk IMEJ yg lebih BESAR)

Bawah: Time mengacara...

Bawah: Sesi potong kek... err... bukan kek.. tapi giant BURGER ! Bukan potong dengan pisau tapi dengan mesin gergaji !! Dilakukan oleh Tan Sri Syed Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Tan Sri Jojo...


Bawah: Sesi 'berehat sekejap'.. Linda buat neck & shoulder massage sewaktu artis sedang mengadakan persembahan & sesi foto bersama tetamu juga 'birthday BURGER'....

Bawah: Antara baju HRC yang dihadiahkan kepada Linda (thank u!) & bergambar di dalam hotel..

Sori kalau kualiti gambar di bawah ni kurang memuaskan. Linda snap foto ni guna handphone je.. Nak tau tak? Dulu Linda tak suka Hummer. Sekarang, Linda bercita-cita nak beli kereta Hummer! Rasa mcm gagah gitu atas jalan raya...smart! Tapi kena kumpul duit dulu eh.. :-)

Kalau Linda beli Hummer pun, tak sepanjang ni kot..

Bawah: Sempat bergambar dengan Hummer Tan Sri yang panjaaaaaaaang ni ! Kelazz!

Persembahan malam tu diserikan oleh Bongga-Bongga, tarian, artis jemputan Louis Bertignac (dari France) dan mcm2 lagi.. pendek kata, malam tu memang happening!

Thanks Hard Rock for having me! Terima kasih Tan Sri Syed Yusof kerana sudi menjemput Linda sebagai pengacara majlis hebat ni...

Kepada semua yang minat Hard Rock, pegilah singgah ke Hard Rock Penang ok !

& have a rockin' goooooood time !! Ciao !

Wednesday, September 22, 2010

Now dgn Jee-Charity Ride

Cehhhh!! Mentang2 lah dah pandai update blog guna handphone...hehe...nak update je selalu.. Latest news!! Nenong!! Nenong!!

Linda sekarang bersama dgn One Nation Event, baru lepas buat charity ride di SMK Yaakob Latif di Lorong Peel,Cheras. Ride ni adalah utk meraikan kanak2 istimewa sempena Aidilfitri..

Nanti Linda update lebih banyak gambar k...

Dengan Kak Jee...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 21, 2010

Testing blog dari handphone!

Halooo!!!

Linda tengah on air ni. Saja je nak testing upload gambar dan story dalam blog guna handphone! Hehe... Teknologi yg Linda baru tau...keke...

So, testing...testing... No gosip. Just working!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LO di malam raya..

Halloooo...

Biasanya, malam raya, Linda dan keluarga akan berkumpul dan sama-sama menikmati takbir sambil menyiapkan juadah untuk menyambut 1 Syawal.... lepas tu, duduk depan tv menonton program menarik yang disediakan.. tapi malam raya Linda kali ni berbeza sikit..sebab Linda kena kerja.. hehe.. orang lain pulak yg duk depan TV tengok Linda kat dalam TV... :-p

Ini bukan kali pertama Linda bekerja pada malam raya.. sebelum ni, Linda pernah keudara secara live untuk rancangan Sampaikan Aidilfitri bersama hos sampingan Norman KRU di TV3. Kali ni, Linda berkhidmat untuk TV2 bagi menjayakan program malam raya iaitu RAYA SAMA SAMA yang keudara jam 11 mlm - 1.30 pagi..

Kalau u all ada menyaksikan program ni, sure u all tau yang Nabil, Apek juga Hanie merupakan hos bersama pada malam itu..

aaaa... nak tau tak? program ni telah berjaya memecah 'ketakutan' Linda selama ni.. iaitu menyanyi live di depan orang ramai.. Linda dan hos lain dikehendaki menyanyi lagu Seloka Hari Raya (yg dipopularkan oleh Hail Amir & Uji Rashid) di awal rancangan. Perghhh!! I tell u!! Berpeluhlah jugak nak menyanyi live...live kat TV plak tu....almaklumlah.. kita ni bukan penyanyi.. hehe.. so, hantam sajalah labuuuu... Linda pun nyanyi... nasib baik lirik tak salah.. utk pengetahuan u all.. Linda ni memang terer bab-bab hafal lirik ni.. terer rosakkan lirik.. hehe..

Kpd u all yg ter'miss' tengok program ni, boleh tengok kemeriahan program ni dari gambar2 di bawah ni ye.. (klik di gambar utk imej yg lebih besar)

Bawah: Sewaktu menyanyi dan mengacara...

Buat julung kalinya juga, TV2 bergabung dengan TV3 secara live yang mana rancangan TV3 waktu tu dihoskan oleh Faizal Ismail dan Ally Iskandar.. Thanks guys!

Bawah: Take 5 !

Bawah: Selepas habis rancangan ... sesi foto ...

Ramai jugalah artis2 yang menjayakan show ni. Antaranya Tomok, Alyah, Adibah Nor, Aizat, Datuk Ahmad Jais dan banyak lagi...

Terima kasih TV2 kerana sudi menjemput Linda menjadi pengacara program ni.. Seronok sangat! Terima kasih juga kepada tenaga kerja TV2 yang profesional dan berdedikasi ! InshaAllah lain kali kita bekerjasama lagi ye..

Terima kasih kepada u all yg menonton ! Selamat Hari Raya !!!

Raya di rumah Siti..

Halooo !! Waaa...good mood betullah Linda hari ni.. hehe.. rasa macam nak update banyak2 je blog ni.. keke..

Linda nak share ni.. aaa...kalau u all beli Berita Harian pada hari raya ke-3 hari tu, mesti u all ada terbaca tentang artis2 yang beraya di rumah Tok Ti , kan ?

Tu versi suratkhabar.. ni versi belakang tabir.. hehe.. Versi 'lensa kamera LO'....

Takde banyak yang nak Linda ceritakan.. cuma apa yang boleh Linda kongsi ialah..ermmm...rumah Dato Siti memang besau..tersergam indah..cantik.. Tok Ti and Tok K baik.. hmm..semua perfect! Cuma bila story raya ni keluar paper, ada plak kat page sebelah tu story nak satukan Linda bergambar bersama 'saudara' tersebut.. hmm...bukan ngada2 taknak amik gambar.. tapi udah-udah lerrr.. mengapa masih mahu dikaitkan lagi Linda dengannya? Yang berlalu biarlah berlalu.. itu semua sejarah! Yahaaaaauww.... Got it ? :-p ... Move on bebehhh !

Ishh... apa punya mood Linda hari ni? Tengah rajin menaip.. hehe.. inilah jadinya.. adehhh...

OK laaa.. taknak taip banyak2.. u all tengok je lah gambar2 ni eh.. Klik kat gambar kalau nak tengok besar nyer..

Bawah: Linda, Lisa Surihani, Nabil, Siti dan Aizat... then... Fara & Faizal..


Bawah: Tok K.. Tok L... Tok T... keke.. & sewaktu sesi fotografi.. :-)


Thank u Zubir Berita Harian for having me! Best sesi foto hari tu.. walaupun Linda terpaksa bergegas ke studio untuk on air kat SuriaFM.. tapi Linda enjoy.. Lain kali buat lagi eh..

OK..OK.. I'll stop now.. Chalo !

Wednesday, September 8, 2010

Melodi Raya TV3

Bila sebut je TV3, Linda pasti teringat zaman Linda bersama TV3 dulu. Bangunan TV3 di Damansara tu dulu seperti 'rumah' kedua Linda. Disitulah Linda 'berkampung' siang malam untuk mengacara pelbagai rancangan. Dari rancangan Sinaran Passport Kegemilangan ke Salam, Videoskop (hos gantian), Salam 24 jam TV3, Maggi bersama Bintang, Rejoice dan rancangan malam raya Sampaikan. Itu antara rancangan yang Linda ingat..

So, bila TV3 menjemput Linda untuk menghadiri rakaman rancangan Melodi Raya, Linda rasa seperti 'balik kampung' bila dapat berjumpa dan melihat tenaga kerja TV3.

Rakaman diadakan di PWTC bersama hos utama Melodi iaitu Fara dan Wahid. Jangan lepaskan peluang menonton Melodi Raya pada hari Ahad nanti ye. Linda juga ada bersama Fara & Wahid membicarakan soal artis/lagu dulu dan sekarang...

Bawah : Linda 'dikerah' oleh Fara utk jadi 'patung cendana'. Michelle pulak bertindak sebagai miss direktor!



Bawah: Linda tengah menjawab soalan panas dari wartawan 'laser' Galaksi TV9 dan sesi foto bersama Iqram Dinzly bersama pelakon2 cun filem RATU.



Bawah: Linda bersama hos Melodi , bersama Nurul (sama2 pakai Jalabiah) dan Pak Hamid Gurkha.



Bawah: Bergambar bersama artis jemputan Melodi Raya...



Apa yang boleh Linda katakan ialah.... U all mesti tengok persembahan NICO dalam Melodi Raya ni. Gilerrrr happening !! Check it out y'all !! Hampir semua penonton kat meja makan berdiri terhibur dengan persembahan NICO. U guys r really cool NICO !! Still rocks! Bagi Linda, Linda akan selalu suka muzik hip hop, rap dan R&B... will never die.. :-p

Terima kasih kepada warga TV3 dan kepada krew Melodi Raya yang sudi menjemput Linda. All the best ! Rindu nak hos kat TV3 lagi... :-)

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua warga TV3 especially Datuk Farid. Chalo !