Friday, July 23, 2010

Kursus Marshall..

Hallo ! Sebelum Linda start... cuba teka gambar siapakah di bawah ni..


Hehe.. Itu adalah gambar Linda dan Fauziah Latiff sewaktu kami menghadiri kursus pengendalian motosikal berkuasa tinggi di Bangi beberapa minggu lepas.. Ahli kursus yang lain semua lelaki..


Di kursus ni, kami mempelajari teknik2 yang betul untuk mengawal motosikal sewaktu konvoi, membuat pusingan kecil dan cara yang betul menunggang motor di atas jalan raya serta banyak lagi perkara2 penting dari sudut keselamatan.

Bawah: ...tengah belajar...

Sebelum bermula, exercise sikit!

Prittttt!!! Kesalahan pertama.. takda helmet. Errr...Linda belum nak start lagi.. tengah cari helmet lah ni.. Ishh.. buat terkejut je...

Konvoi berhenti rehat sekejat di Morib Goldcoast .. Nice place !

Linda try motor kawan.. Kawasaki GTR... Best woooo...

Kami diajar oleh anggota PDRM tentang cara2 yang betul utk menjadi marshall sewaktu konvoi.

Untuk pengetahuan u all, orang biasa dan polis ambil lesen B Full - tak sama! Polis punya 'test' lagi susah woooo... Corner sana, corner sini... mesti perfect! Baru boleh dapat lesen B Full ! Pada kedua-dua hari tersebut, semua yang mengikuti kursus ni kena jalani 'test' ala polis jugak..

Selepas dua hari duduk di kursus ni, kami diberi sijil.. Terima kasih kepada tenaga pengajar Che Din.. :-)

Kak Gee pun dapat sijil gaks..

Bergambar beramai-ramai sebagai kenangan...

Linda bergambar dengan tenaga pengajar...

Marshall Gee...


Hmmm...nak tau cerita menarik tak? Selepas konvoi, salah seorang daripada ahli kursus ni terjumpa seekor burung yang dah mati di dalam fairing motor dia..kesian burung ni.. :-( Agaknya waktu motor ni bergerak, burung ni pun terbang depan motor, tu yang tersangkut kat motor pastu mati...

Hmmm...

Sebelum Linda balik , Linda sempat bergambar atas motor abang polis.. Terasa macam Serina Redzuan plak dalam drama Roda-roda KL tu...

Eh eh ada lagi... Nak sainnn... Kak Gee tengah sain autograf di sebuah motor atas permintaan owner nya...

Linda pung....

OK. Gambar bawah ni pulak, Linda & Fauziah Latiff bergambar atas dua motor merah... Nampak garang tak ? Hehehe...

Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kursus ni dan kepada abang2 polis yang tak jemu mengajar kami... InshaAllah akan kami praktikkan segala yang diajar di atas jalanraya.. Keselamatan yang paling utama!

OK Chalo babuji !!

9 comments:

  1. saya baru tau training naik motor dengan polis susah main corner sana corner sini..

    ReplyDelete
  2. Linda suka motor ya? well..cool
    but ingat ya. motor agak bahaya..if u silap sikit..jatuh,yadayadayada and so on.
    so promise, be careful ok? :)

    ReplyDelete
  3. waaa.. kursus nih sume org leh amik ke kak linda? and bangi kat mane?? menarik..!!! btw, motor merah tuh mcm sesuai jerk ngan kak linda.. garang gitu!

    ReplyDelete
  4. waaahhh... dah jd miss marshall rupa2nya linda kita nih ek... very the fast one... pejam celik, pejam celik, linda dah ada sijil marshalling kat tgn... baguih no...

    yup, sgt btol... atas jlnraya kalu, keselamatan adalah plg utama... regardless atas machine beroda 1, 2, 3, 4 & seterusnya... btol, ajal maut smuanya adalah ketentuan Allah SWT jua... namun, kita insan perlu sentiasa b'usaha utk b'ada dlm keadaan slamat... klu ikut statistik, naik motor adalah jauh lbh risky drpd naik krete & ia adalah fakta yg x blh kita deny...

    justeru, all the riders out there umumnya & miss linda khususnya, sambil2 menikmati angin yg menerpa diri dgn kuat, pls do not hesitate to always be focus & extra cautious while riding... Moga2 p'jlnan idup kita smua atas muka bumi yg fana nih (tanpa mengira kenderaan yg dinaiki + on foot may b) senantiasa m'p'oleh keberkatan & p'lindungan Tuhan Yg Maha Esa, insyaAllah, ameeen :-)

    ReplyDelete
  5. hi linda..my husband was there too...geng SYM.got few pics of you on the session..stylo..

    ReplyDelete
  6. wow weii....tabik kak,u ngan kak gee mmg sempoi!....dua org jer pompuan belajr teknik MARSHALL tu?...fuiyoooo...rasa tercabar ni:)..kekeke..apapun kak, i like ur BLOG..keep it uP!...

    ReplyDelete
  7. caya la sis...dua roda kita bersaudara!!!!

    ReplyDelete
  8. Wah, best la tengok Kak Linda ngan Kak Jee ngan motor besa. Cayalah.

    ReplyDelete