Monday, December 29, 2008

SEHATI BERDANSA AND ME...

Alhamdulillah..

Sehati Berdansa musim kedua berakhir dengan jayanya.

Ni gambar Linda lepas mengacara Kemuncak Sehati Berdansa. Cantikkan pemandangan Putrajaya ?



Selama 10 minggu, Linda disediakan dengan pakaian yang cantik-cantik dari penaja untuk MALAM SEHATI BERDANSA dan DEBARAN SEHATI BERDANSA.

Terima kasih Linda ucapkan kepada semua penaja-penaja pakaian sepanjang Michael Shu, Melinda Looi, Betrice Looi, Carven Ong, Azura Couture, Eclipse, Zery Zamri dan Zhang Toi. Terima kasih juga kepada Fara (dari bahagian Wardrobe ASTRO) kerana bekerja keras untuk siapkan pakaian,kasut dan aksesori Linda untuk Sehati Berdansa.

Bawah ni baju-baju untuk MALAM SEHATI BERDANSA setiap Sabtu.







Bawah ni pulak , baju-baju untuk DEBARAN SEHATI BERDANSA setiap Ahad.










I love all the outfits ! Gracias !!

HERE COMES THE NEW 'LINDA ONN'...



Salam Awal Muharram dari Linda...

Di tahun baru ini,Linda ingin buka lembaran baru. Buang yang pahit pada tahun lepas. Linda ingin jadi insan yang paling...paling...paling bahagia pada tahun baru ni.

Linda dah penat menangis. Dah penat rasa sedih,kecewa. Dah puas diri dihina, dicaci, dimaki,dilukai,dimalukan,dikecewakan,dikasari,disakiti. Sampai Linda rasa hilang harga diri. Kini, Linda bangkit sempena tahun baru. Membina semula maruah diri ini.

InshaAllah , Linda akan buktikan pada orang yang pernah mengatakan Linda 'perempuan hina' ....bahawa 'perempuan hina' ini akan menjadi seorang perempuan yang kuat dan akan terus mengorak langkah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup. Kini Linda lebih berhati-hati kerana tak mahu 'terkena' sekali lagi.

Bukan ego tetapi maruah perlu dijaga. Bukan meninggi diri tetapi tidak mahu dipijak serendah-rendahnya. Bukan hipokrit tetapi menjaga keaiban orang. Bukan sukar dikawal tetapi menjaga kepentingan diri. Bukan berasa diri hebat tetapi cuma merasa yakin. Bukan glamor yang dicari tetapi mencari sesuap makan. Bukan cerewet memilih kerja tetapi hanya mahukan kepuasan.

Lagu SURVIVOR dari DESTINY'S CHILD sangat bermakna untuk Linda. Lagu ini ada 2 makna dalam hidup Linda. Baik dari sudut peribadi mahupun kerjaya. Buanglah lagu Matahariku dari Agnes Monica,sedih tak sudah-sudah. Ayuh kawan-kawan! Menyanyi dengan Linda...

You thought that I'd be weak without ya,But I'm stronger

You thought that I'd be sad without ya,I laugh harder

You thought I wouldn't grow without ya,Now I'm wiser

You thought that I'd be helpless without ya,But I'm smarter

You thought that I'd be stressed without ya,But I'm chillin

Thought I couldn't breathe without you,I'm inhalin'

You thought I couldn't last without ya,But I'm lastin'

You thought that I would die without ya,But I'm livin'

Thought that I would fail without ya,But I'm on top,

You thought that I would self-destruct,But I'm still here,

Even in my years to come,I'm still gon' be here.

I'm a survivor ! I'm not gonna give up! I'm not gon' stop! I'm gonna work harder!

Yes...here comes the new me. Masa depan yang cerah sedang menanti Linda. Linda tak akan hiraukan 'cakap-cakap' orang. Biasalah..orang lebih suka melihat kita hancur dari menaikkan kita. Haa...ni Linda teringat lagu Elyana pulak - Tak Tercapai Akalmu.

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa , yang kau sangka mudah rebah

santun bukan yang ku lemah , mudahnya rosakkan dari membina

mencemarkan dari memulia , tak menghirau dari mengendah

Mungkin sukar untuk difahami , kerna tak tercapai akalmu...

Jadi,kawan-kawanku yang sedang membaca ni. Mari kita siapkan azam tahun baru ini. Bagi Linda , azam tahun baru ini ialah ...

-Mahu francaiskan restoran MY MOM'S CHICKEN RICE SDN. BHD. (MMCR). Sekarang ni Linda tengah mengkaji selok belok francais. Setakat ni MMCR ada 3 cawangan iaitu di Ampang Point,Tesco Ampang dan Seksyen 7 Shah Alam. So,kalau dah francais,nanti Linda iklankan ye. Linda sedang melengkapkan pejabat baru Linda di Ampang. Selepas ini,ada training center pulak untuk MMCR. Dalam masa yang sama Linda mahu majukan MY ASAM PEDAS SHOP SDN. BHD. (restoran di sebelah Tesco,Ampang) , sedang mencari kilang baru untuk penyediaan stok makanan dan menambah pengangkutan untuk penghantaran stok ke setiap cawangan restoran.

-Mahu kahwin dengan lelaki yang jujur,setia,baik hati,hormat wanita,tak mengongkong,tak kasari wanita,sentiasa sokong Linda untuk berjaya (bukan berlumba dengan Linda),percaya mempercayai,tidak mungkir sumpah dan janji,tidak cemburu buta,open minded,sentiasa menyayangi Linda seikhlasnya tanpa ada niat lain,tidak mendabik dada dan menghormati ibu ayah Linda. Kalau lelaki itu seorang yang alim,biarlah perangai dan tingkah lakunya seiring dengan ke'alim'annya... Tidak mudah melatah dengan tulisan di media (maklumlah Linda public figure) dan tidak mendengar cakap-cakap orang lain mengenai Linda. Cintai Linda seadanya,cintai Rozlindah Onn bukan LINDA ONN. Bukan harta kekayaan yang Linda cari tetapi lelaki sejati. :-)



-Mahu hidup bahagia di rumah baru (tgh tgu CF) bersama keluarga dan suami tersayang (InshaALLAH) . Mahu ketenangan,kesenangan,kebahagiaan yang berkekalan. Mahu anak 4 orang (nama anak2 dah ada dah..hehe..). Mahu beli kereta baru (sekarang ni tengah mengidam BMW X6),manalah tau tetiba duit jatuh dari langit..hehe..InshaALLAH kalau ada rezeki dari Allah swt. Mahu kesihatan yang baik,rezeki yang bertambah dan dipanjangkan umur Linda dan keluarga. Jauh dari segala fitnah dan perbuatan jahat manusia...Nauzubillahi min zalik.

Ameen...Ameen...Ameen....Ya Rabbal Alamin....

Sekian ... Once again ...Salam Awal Muharram dan Selamat Tahun Baru 2009 !!Have a GREAT year !!