Saturday, January 31, 2009
Linda Jual Barang Untuk GAZA
ABP-BH 08 UNTUK GAZA. So,setelah fikir berkali-kali,Linda pun pilih barang kesayangan Linda ni untuk dijual.
Sebenarnya , telekung & sejadah ni ada sentimental value bagi Linda. Ia dibeli di Makkah beberapa tahun dulu. Orang kata ,barang yang kita sayang,kita berikan kepada orang yang kita sayang. So, barang yang Linda sayang ni,Linda jadikan barang lelongan dan hasilnya digunakan untuk mengisi tabung Gaza-Palestin. Begitulah perasaan sayang Linda pada orang2 Palestin .
Telekung ni special sikit.. ada disiapkan beg dan sejadah sekali..
Linda akan buka harga sebanyak RM200 . Pembida dengan harga yang paling tinggi akan bawa pulang barang Linda dan secara tak langsung mengisi Tabung NSTP untuk Gaza.
Linda harap orang dapat beri sokongan untuk beli barang jualan Linda dan artis2 lain. Bukan kerana harganya tetapi nilainya yang begitu besar iaitu untuk membantu saudara kita di Palestin.
Selain tu,Linda juga akan jual jubah yang dibeli di Makkah. Jubah ni sangat bermakna untuk Linda. Cantik. Warnanya menarik. Selesa. Linda pakai jubah ni untuk kenduri & acara tertentu. Ada sentimental value..
Gambar terakhir Linda dan jubah kesayangan..
Selain tu,Linda juga akan lelong jam GUESS yang pertama Linda beli dulu.. My first GUESS watch !
dan beberapa aksesori yang pernah Linda pakai di acara Anugerah *** dulu..
So,jumpa Linda di Amcorp Mall,3.30pm (sabtu 31Jan) utk acara amal ni ye..
Harap u all dapat beri sokongan kepada Linda dan artis2 lain..
Linda ucapkan tahniah kepada Berita Harian kerana begitu prihatin terhadap isu Palestin dan secara tak langsung,BH mengajak artis2 kita untuk beramal...
Friday, January 30, 2009
Linda..Linda..Linda..
Busy sangat. Dok melayan sedara mara dari JB & Singapore yang datang bertandang ke rumah Linda beberapa hari. Linda pun jadi tourist guide lah. Tapi tourist guide tak boleh harap! Dah duk KL 11 tahun pun Linda masih sesat jalan lagi..hehe. Almaklumlah,tak rajin merayap. Hehe..
So,soalan yang sampai ke telinga Linda dari tourist ialah "Club mana yang best kat KL ni?". Hahaha...gelak guling2 Linda. Manalah Linda tau nama2 club kat KL ni. Yang famous Hard Rock Cafe je. Tu pun sebab popular. Tapi sebab taknak hampakan tetamu.. Linda cari dan bertanya pada kawan2. Oh,at last...dapat..happening gak eh..ermm naughty!
Sekarang,diorang semua dah balik. Linda pun 'back to my normal everyday life'..
I am such a boring girl,u know.. :-)
Dalam boring2 tu , banyak jugaklah acara yang Linda perlu hadiri..
Sabtu ni (31 Jan '09),lebih kurang pukul 3.30 ptg,Linda ada di Amcorp Mall,Petaling Jaya untuk ABP-BH GAZA. Linda akan lelong barang peribadi Linda untuk tabung Gaza yang dianjurkan oleh Berita Harian. So,datang dan beli barang Linda ye.
Ahad & Isnin (1 & 2 Feb '09) ni pulak,Linda ada buka gerai My Mom's Chicken Rice (gerai no. 25) kat Istana Budaya sempena tabung Palestin jugak. Acara ni bermula 10pagi-10mlm. Ada gerai artis,persembahan dan banyak lagi semuanya untuk mengisi tabung Gaza. Solat hajat juga akan diadakan. So,u allz! Datang bawak telekung ye. Kita solat sama-sama untuk saudara kita di Palestin..
Hmm...apa lagi ye.. Oh ya..Linda nak share lagu2 yang Linda tengah dengar dalam kereta sekarang ni..
Beyonce – If I Were A Boy
Fergie – Big Girls Don’t Cry
Rihanna – Unfaithful
Jordin Sparks – Tattoo
Leona Lewis – Bleeding Love
Beyonce – Listen
Kelly Clarkson – Because Of You
Colby Caillat – Realize
Natasha Beddingfield / Sean Kingston – Love Like This
Cranberries – Zombie (LIVE)
Christina Aguilera – Beautiful
Destiny’s Child – Emotion
4 Non Blondes – What’s Up
Dido - Thank you
Katy Perry - Hot & Cold
Duffy - Mercy
Hope we have the same taste of songs... :-)
Saturday, January 24, 2009
Linda & pelajar2 UKM ..
Jumaat lepas , Linda sekali lagi dijemput untuk bercakap tentang etika penyampaian untuk pelajar2 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Anjuran Biro Perhubungan Awam & Protokol KPZ 2009 .
So,lepas habis kerja jam 6ptg kat Sinar fm,Linda pun terus ke Hotel Seri Costa ,Melaka.
Pengalaman Linda selama 11 tahun dalam bidang penyiaran sedikit sebanyak dapat Linda kongsi dengan pelajar2 tentang etika penyampaian. Supaya adik2 kita ni tak gugup,gagap,gelisah,gigil...dan pelbagai 'G' lagi lah bila mereka diminta untuk membuat ucapan atau 'presentation' apabila dah melangkah ke alam bekerja nanti.
Macam2 yang Linda kongsikan. Seronok jugak dapat bergaul mesra dengan adik2 dari UKM ni.. Sharing is caring... :-)
Jom tengok gambar !
..pelajar2 UKM ni memang 'sporting'lah...
..Sempat jugak Linda 'interview' adik dari UKM ni...
Selepas selelsai , Linda ditemubual oleh crew rancangan REMAJA TV3.
Ini dia ...gambar2 Linda dengan adik2 dari UKM...dan AJK acara ni..
Wednesday, January 21, 2009
Linda,PGLM,Rihanna & Gaza..
This is Rihanna...
Dan... dalam masa yang sama.. Linda turut mengendali Karnival Doa Buatmu Palestin yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 1 & 2 Februari ni.
Linda akan buka gerai makanan MY MOM'S CHICKEN RICE untuk menjual Nasi Ayam dan sebahagian hasil jualan itu akan didermakan ke dana Gaza.
Ini semua adalah hasil usaha keras Erma Fatima, pengasas Yayasan Seni Karya Prihatin dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Istana Budaya (IB). Juga Umie Aida jawatankuasa penganjur yang mengendalikan publisiti dan promosi.
U all boleh baca tentang acara ni . Klik bawah ni..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm
Acara 1 & 2 Februari ni bermula dari pukul 10 pagi hingga 11 malam di perkarangan Istana Budaya. Solat hajat juga akan diadakan untuk kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin.
So, see u guys at ISTANA BUDAYA !! Datang ramai-ramai ye!! Jumpa Linda tegur jangan tak tegur ye.. :-)
Tuesday, January 20, 2009
Linda panel Fenomena Seni RTM...
Monday, January 19, 2009
Linda di Hujung Minggu..
Begitulah hujung minggu Linda...
Tuesday, January 13, 2009
Ya Habibi..Ya Maulana !!
Hehehe... Bila diberitahu yang majlis persandingan Mawi-Ekin kat Palace Of The Golden Horses ni temanya ialah Arab, aduhh...Linda dah start pening. Pakaian orang arab ni ada macam2.
Ada Arab yang ala penari Belly Dance yg pakaiannya nampak pusat (ishh..takkanlah Linda nak pakai mcm tu kan?)
Ada yang berlitup semua nampak mata je (kang orang tak kenal Linda plak)
Ada arab yang mcm Genie in the bottle tu...hehe...
Tapi Linda pilih arab Makkah je lah eh. Linda memang kumpul banyak jubah yang Linda beli kat Makkah dan Madinah waktu kerjakan umrah.
Kebetulan kawan-kawan Linda dari U.K datang ke KL untuk bercuti sambil bekerja. So,Linda ajak salah seorang untuk teman Linda malam tu. Masalahnya,dia takde baju ala Arab. So,misi Linda ialah carikan dia baju arab. Petang tu,Linda bawa dia shopping...
Saja je posing..hehe.. Ni otw nak ke Masjid India.. Kan ke best kalau ada Masjid Arab? Senang sikit nak cari baju ala Arab...
OK..Chup! Chup! Sebenarnya,berat betul kaki Linda nak melangkah keluar dari rumah sebab kat rumah,ada si comel ni. Keluaran terbaru abang Linda. Hehe...
Tapi,budak kenit ni jugak yang nak ikut Mummy dia ke hulu ke hilir... Dengan Mat Salleh pun dia cakap bahasa Melayu....Hantam sajalahhh Fifiq....
Gambar bawah : Fifiq tunjukkan protes dengan makan di atas lantai. Hehe.. Takde mood lah tu.
Paling comel bila Fifiq panggil kawan Linda "Uncle! Uncle! Sini lah! Sini!"... Kawan Linda pun buat-buat faham je lah bahasa melayu.. :-)
Baju pun dah dapat dan perut pun dah lapar. Sempat pekena 5 (sahaja) oyster di Carlos,Pavillion pada malam tu. Dengan kakak,abang ipar dan kawan Linda. Mak & Ayah Linda pun join jugak. Lepas tu,kami berenam tengok midnite filem THEY WAIT. Huh! Filem ni memang seram,memang best,memang ngeri! Pergi tengok k...!
Bersama abang ipar,kakak dan kawan Linda. Ibu & ayah ada duduk tepi (tak enter frame).
Harinya pun tiba,Linda pun pergi ke majlis resepsi Mawi-Ekin dengan pakaian hitam emas pilihan.
Linda pilih warna yang lebih kurang sama gaks untuk kawan Linda...
Ini yang sempat Linda rakamkan ... gambar blur sikit..
Sempat bergambar dengan bapak pengantin perempuan dan kembar Ekin - Ain. Rupa-rupanya,ayah Ekin ni ada kembar. Kembarnya ialah auntie di sebelah tu. Peramah betul keluarga Ekin. Baik. Thank you uncle !
Thank you guys for reading! ...dan kepada Mawi-Ekin,thank you for inviting! Syok tengok Mawi-Ekin naik kuda. Tapi kuda tu macam takde mood sangat malam tu. Agaknya dia takut bunyi bunga api tu kot? Anyway,semuanya lancar... and Linda pun kembali ke kehidupan normal Linda.......