Thursday, July 29, 2010

Puluhan ribu penonton Konsert Kemuncak SuriaFM!

Linda tak tau macamana nak beritahu kpd u all betapa ramainya pendengar Suria yang datang membanjiri Konsert Kemuncak SuriaFM pada hari Sabtu lepas di Putrajaya.

Linda harap, dengan adanya gambar di bawah ni, u all dapat gambarkan suasana di konsert tersebut.. Happening!!

Lihatlah lautan manusia di sini... betapa kecilnya pentas.. cuba kira berapa ramai agaknya yang datang?

(Klik di gambar untuk lihat lebih besar)


Menurut beberapa pihak, ini adalah sebagai satu sejarah juga bagi Putrajaya kerana ini adalah acara yang hanya menggunakan promosi radio dan tidak menggunakan promosi TV tetapi memecah rekod kehadiran teramai pada satu acara.

Terima kasih kepada berpuluh-puluh ribu penonton yang hadir.. :-) Terima kasih atas sokongan anda terhadap SURIAfm !!

Konsert Kemuncak Suria- The Video

Hi y'all !


Ini adalah video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang kru Suria di acara pembukaan Konsert Kemuncak Suria fm... Persembahan daripada semua penyampai2 Suria...


Sori kalau gambar kurang jelas.. Nanti kalau ada video yang lebih baik, Linda masukkan lagi dalam blog ok.. .


Enjoy watching!


Tuesday, July 27, 2010

Konsert Kemuncak Suria- The Intro...

Konsert Kemuncak SURIAfm berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Putrajaya, Precint 3 pada hari Sabtu 24 Julai 2010. Ianya merupakan satu sejarah bagi SURIAfm dan Putrajaya kerana berjaya mengumpul dengan anggaran lebih 35,000 penonton dalam satu masa.

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan konsert ni.

Secara peribadi, Linda bersyukur dan gembira kerana ini merupakan acara besar pertama bagi Linda sepanjang 7 bulan bekerja dengan SURIAfm....dan pastinya acara besar ini merupakan acara yang sangat berjaya! Sukses!

Dari sudut lain, Linda rasa lega dan bangga bila usaha dan idea Linda juga 'menjadi'. Antaranya membuat video 'telemovie' lakonan penyampai Suria (arahan Linda) yang ditayangkan di awal konsert, mengumpul teman2 'bikers' dan persediaan bagi lagu-lagu di acara pembukaan yang didendangkan oleh penyampai2 Suria. Sukses! Terima kasih kepada pihak Suria yg menerima 'suara' & kreativiti Linda..

Yok! Tengok gambar!

Zizi & marshall ONE NATION EVENT...

Penyampai Suria Cinta - Lin dan producer Breakfast@Suria- Kak Vee bersama Spyder..

Selepas turun dari motor, semua penyampai Suria naik ke pentas untuk menari. Lagu intro kami - Michael Jackson & C+C Music Factory. Nanti Linda masukkan video & lagu2 yang kitorang nyanyi k...

Ready? 5..6...7...8 !

Lagu-lagu yang kami dendangkan ialah Awas (KRU) , Hanya Kau Yg Mampu (AIZAT) , Pakai Buang (STACY) & Yang (WALIBAND) ...


Selepas tu... dah udah-udah lerrr menyanyi... Back to your day job, guys!!

Penyampai2 SuriaFM pastinya adalah pengacara2 pada malam itu...

Halim, Linda & Zizi...

Thank u guys for reading!!

Tunggu OK! Linda akan masukkan video lakonan penyampai & lagu nyanyian kitorang di Facebook & blog ni k... Check it out!

Monday, July 26, 2010

Konsert Kemuncak Suria- The Show..

Terlalu banyak gambar dan terlalu banyak yang nak diceritakan tapi apakan daya.. Ini saja yang mampu Linda lakukan utk kongsi dengan u all betapa meriahnya Konsert Kemuncak Suria FM, Sabtu lepas di Putrajaya...

Kepada yang terlepas ..tak dapat datang ke konsert, Linda harap u all ada mendengarkan siaran langsung konsert ini di Suria.. Kalau siaran langsung ni pun u all terlepas jugak...well, no komen!

Beginilah aksi artis2 yang mengadakan persembahan...

Ini pula sebahagian dari puluhan ribu penonton ...


XPDC kasi GEGARRRR!!
XPDC menutup tirai konsert dengan persembahan bertenaha mereka diiringi backing vocal daripada penyampai Suria <-- 6 perkataan yang akhir ini adalah palsu

Hmmm...sure cair peminat2 wanita Anuar Zain bila Anuar turun pentas untuk bersalam...

Inilah dia pemenang bertuah gitar peribadi Joey BPR... Tak sia-sia jadi pendengar Suria, tak sia-sia datang ke konsert dan tak sia-sia nyanyi sekali dengan abang Joey! Kan dah menang!

Nanti Linda update lagi pasal Konsert Kemuncak OK!!

Konsert Kemuncak Suria- The Interviews..

Kehangatan Konsert Kemuncak SuriaFM di Putrajaya terus dirasai oleh penyampai2 Suria dan pastinya Linda juga mahu pendengar yang tak berkesempatan membayangkan betapa 'happening'nya konsert yang dihadiri berpuluh ribu penonton ni...

Gambar2 yang Linda masukkan dalam blog kali ini ialah...gambar2 sewaktu sesi 'interview' Linda bersama artis. Walaupun konsert tengah berlangsung, muzik kuat, peminat ramai dan semua orang sangat sibuk, Linda tetap taknak lepas peluang untuk 'interview' artis2 untuk dimuatkan dalam rancangan Linda. Berkejar-kejar Linda ke belakang pentas untuk dapatkan 'suara' mereka...

So, jangan ter'miss' dengar temubual bersama artis2 di Konsert Kemuncak SuriaFM dalam Suria Drive (Isnin 26 Julai) bersama Linda OK !! Opppps...lupa...time nya ialah 4pm-8pm.

Bawah: Belum start interview.. cuma borak2 kosong dengan Abang Nuar.. Ahauuuww... Lama tak jumpa.. winduuuu !!! Dulu waktu Linda dan Anuar sama-sama jadi jurucakap produk, kita berbual sampai pukul 3 pagi.. cerita tak habis-habis! ...tapi ni kat konsert..so,just a short conversation, k !


OK.. Interview dah start.. Sejurus selepas Jamal Abdillah membuat persembahan, Linda 'kejar' abang Jamal utk di intv... Tengok tu, suara abang Jamal terlalu merdu sampai Linda terlelap... "Tidurlahhhhh wahai permaisuriiii....lalala"

Apa kata Anuar Zain, Zamani, Alyah, Joey BPR dan One Nation Emcees tentang Konsert Kemuncak Suria fm ??


Adeh dehhh... tengah dok 'kejar' artis utk dapatkan 'bahan' bagi show Linda, Linda pulak yang di interview.. Thanks Aziz (Utusan) ...

See u in my next blog !!

Konsert Kemuncak SURIA- Strike a pose!

Blog kali ni, Linda nak berkongsi gambar-gambar yang diambil sewaktu Konsert Kemuncak SURIAfm berlangsung.. .

So, ladies and gentlemen...Strike a pose !!

Bersama Alyah, Anuar Zain :-) dan Dayang Nurfaizah...


...Linda bersama dgn beberapa penonton di mosh pit..

...bersama One Nation Emcees (u guys are COOL) , Jamal Abdillah, Zamani & XPDC (U guys ROCK !!!)

Kalau takde diorang, takdelah gimik pembukaan Konsert Kemuncak Suria ni...bersama team WBC Spyder... Make sure u all selalu pakai baju 'I Love Suria' tu ok !!

...bersama bintang-bintang ternama yang menjayakan konsert.. Hattan, Joey BPR & Kak Gee..

Group kami.. ONE NATION EVENT... Ahli tetap dalam group ni - LO dan Fauziah Latif (hot mama!)

Chalo ! :-)

Sunday, July 25, 2010

Konsert Kemuncak happenings..

Dataran Putrajaya bergegar pada 24 Julai (Sabtu) kerana Konsert Kemuncak SURIAfm dihadiri berpuluh ribu penonton dan pastinya mereka adalah pendengar setia Suria..

Sebelum Linda upload gambar & cerita mengenai konsert, Linda nak kongsi dengan u all keseronokan kami di siang hari (sebelum konsert) dan sewaktu latihan penyampai2 Suria utk acara pembukaan konsert di waktu malam...

Bawah: Penyampai2 Suria yang begitu komited bersama di atas pentas . Persembahan di waktu siang diserikan oleh Vince, Black, Jinbara, First Step & The 5.


Bawah : Linda di booth T-shirt 'I LOVE SURIA'... Perghhh! Laku T-shirt ni!

Bawah: Merupakan gabungan gambar2 sewaktu Linda dan penyampai2 SURIAfm membuat latihan...

Bukan sekadar tarian... Kami kena menyanyi...menari.. Huh! Macam2 nak ingat..lirik..step..

Malam sebelum acara kemuncak, kami buat rehearsal dengan bikers. Terima kasih kepada WBC Spyder & One Nation Event...

Fauziah Latif, walaupun datang untuk rehearsal...tapi kak G tetap nak merempit gaks..

Bawah: Pak Aji cinonet ni tak tenteram duduk bila tengok motor banyak.. Dia suka betul dengan motor.. Orait aaa Fifiq!

Bawah: Kru Suria yang berdebar menunggu acara Konsert Kemuncak Suria.. Giat berlatih & mahukan yang terbaik.. That's SURIA !!


OK. Tunggu blog Linda yang satu lagi k.. Linda akan update pasal Konsert Kemuncak Suria fm..

Apa yang boleh Linda katakan dulu disini ialah....rata-rata kami berpuas hati dengan kehadiran penonton yang mencecah 50,000 dan yang paling Linda happy ialah 'plan' Linda untuk acara pembukaan konsert menjadi! The Video... The Bikes... The Songs... dan tak dilupakan acara tarian bimbingan Zaff...The Dance... I love it all! I LOVE SURIA !!

Friday, July 23, 2010

Sabah bahhhhh !!

Beberapa minggu lepas, Linda dan Othoe ke Sabah untuk mengacarakan 7K Sunset Charity Run di Sutera Harbour. Pendengar SuriaFM di Sabah pasti tahu siapa Othoe, kan? Di waktu pagi, orang Sabah tak dapat dengar Halim Othman & Zizi tapi dapat dengar Othoe berceloteh. HO & ZZ hanya dapat didengari di semenanjung dan online sahaja.


OK,so... Othoe ni rupa-rupanya tersangatlah famous kat Sabah.. Sana-sini orang menyapa Othoe. Pada hari tu, tugas Linda & Othoe ialah untuk menghiburkan penderma yang membuat larian amal utk mengisi tabung pesakit Talassemia.


Acara baru bermula..


My cool bosses! Belum ada kejadian COO tembak Deputy COO... Cool Mr Azrul.. Sabar En. Yusri...



Beginilah sebahagian daripada peserta yang membuat larian amal.. Orang Sabah memang best! Waktu ni, Linda suruh diorang tengok kamera.. sporting kan?





Waktu ni pulak , diorang yang suruh Linda tengok kamera...



Acara dirasmikan oleh Datuk Peter Pang.. (tengah berbaju oren)



Flag off ...



Sambil mengacara, sempat bergambar...






SuriaFM memang meletup di Sabah! Sekejap je barangan Suria ni terjual di booth kami di sana..



Acara ni dari siang ke malam.. Tengok tu, mata Linda pun dah tak boleh bukak..



...tapi orang Sabah memang best! Diorang sanggup tunggu sampai malam!!





Antara artis Sabah yang buat persembahan.. Stacy, Jimmy Palikat, Terry Peter, Rida & Chaq



...semoga cepat sembuh. Linda bersama pesakit2 Talassemia...



Setelah acara tamat Linda diberi layanan cukup istimewa oleh pihak pengurusan Sutera Harbour. Linda tinggal di Magellan Hotel.. Pergghhhh! Cantik betul hotel ni.. Di luar hotel pulak, Linda menikmati pemandangan yang begitu indah...



Keesokan harinya, atas permintaan Linda, pihak pengurusan Sutera Harbour Resort sudi membawa Linda dan krew SuriaFM ke Pulau Manukan yang berada lebih kurang 7 minit dari hotel kami. Almaklumlah.. Linda ni tak boleh tengok laut. Nak terjun je rasa!


Masalahnya, satu kelengkapan bermandi-manda pun kami tak bawa. Mana ada plan nak pegi pulau? Hmm...jangan putus asa...boleh,boleh! So, setelah puas Linda pujuk bos-bos Linda, akhirnya Linda berjaya jugak.


Here I am !



...dengan krew SuriaFM..



...Linda dengan krew ikan...



Famy (PR Suria) ... Tiap-tiap hari jumpa. tapi ini kali pertama kami bergambar...dan kali pertama ini adalah di dalam air..



Beginilah keindahan Pulau Manukan.. Hmmmm....nyamannyaaa... taknak balik !!




Terima kasih Ivy dan Scarlet atas layanan yang sempurna... Nanti Linda ke Sabah lagi. Best !!



Baju baru. Topi baru. Last minute punya barang daaaa....




Balik KL, kulit sun burn lagi !! Arghhh !!!


Terima kasih kepada semua yang menjayakan Sutera Harbour 7K Sunset Charity Run...dan kepada semua orang Sabah... Love u lah!! Ciao !