Saturday, October 30, 2010

Lepak2 di MMCR

Halloooo!!

Happy weekend! Linda sekarang di restoran Linda- My Mom's Chicken Rice (MMCR) kat Ampang Point.

Sambil berdiskusi tentang franchise MMCR dgn ibu ayah, sambil pekena Mee Kicap Ayam. Perghhh... Tak cukup makan Mee Kicap Ayam, Linda order Sup Tulang Merah (ala tulang merah di Singapore)...

Fuhhh! Kenyang betul perut Linda...Alhamdulillah. Lepas ni Linda nak ke My Asam Pedas Shop pulak. Hujung minggu ni adalah hujung minggu 'melawat tapak'.....hehe...

Thanks kepada semua pelanggan yang sudi menjamu selera di kedua-dua cawangan restoran Linda. Kepada yang belum sampai, tengok kiri blog ni ok...ada alamatnya. Selamat menjamu selera! :-)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 25, 2010

Adey cittt !

Hehe.. Adey citt! Apa daaa Linda ni.. Nasib baik belum sampai raya tahun depan...cerita raya lepas, baru sekarang nak upload? Keke..

Bukan sengaja tapi terlupa.. sebab tu rasa macam ada benda je yang tak selesai.. Rupa-rupanya, Linda belum share dgn u all tentang open house Aidilfitri SuriaFM yang diadakan pada penghujung Syawal lepas..

Open House ni sangat meriah dan diadakan di sebuah hotel terkemuka di KL. Antara tetamu yang hadir ialah pendengar SuriaFM yang bertuah dan kerabat Suria serta RedFM.. Artis pun ramai gaks yang meriahkan...

Takde banyak yang dapat Linda kongsi.. Petang tu, ada persembahan dan Linda pun ada gak nyanyi suka2 berkaraoke dengan Abang Tuah.. Ahauuw... my sayang.. :-) Gambar dibawah, Linda bersama penyampai2 Suria dan Red...

(klik di gambar utk imej yg lebih besar)

Pada masa yang sama jugak, Suria adakan surprise birthday party untuk Halim Othman.. birthday yang ke berapa? err...aaa...OMG! I lost count !!! hehe..


Sekian saja.. See u next raya bebeh !

Tuesday, October 19, 2010

LO's Collagen Drink...

Sebelum Linda terangkan mengenai gambar2 di bawah, Linda nak bercerita dulu tentang sejarah Linda dan pengambilan kolagen...

Sejak beberapa tahun lepas, Linda memang tak pernah 'miss' makan pil kolagen dari satu jenama popular. Pada satu hari, waktu Linda sedang membeli pil kolagen tu, seorang kawan menegur Linda. Katanya, tunggu minuman kolagen terbaru tak lama lagi di pasaran, ada 5000mg kandungan kolagen. Beberapa bulan selepas tu, Linda diberi beberapa sampel minuman kolagen ni. Kali ni supplement kolagen Linda bukan lagi berbentuk pil tetapi minuman. So, Linda pun try minum kolagen ni. Sejak dari awal tahun 2010, hingga sekarang, Linda masih mengamalkan minuman kolagen ni. Disebabkan nak nampak kesan, Linda begitu berdisplin meminum kolagen ni.

Sekarang, Linda adalah jurucakap NH Colla Plus. Seperti biasa, sejak dulu lagi, sebelum Linda menjadi jurucakap mana-mana produk, Linda perlu cuba dulu, kalau berkesan dan bagus untuk Linda, barulah Linda terima tawaran menjadi duta. Linda tidak sebarangan menerima tawaran tanpa mengkaji.

Ternyata, NH Colla Plus memberi kesan yang baik utk Linda. Kulit jadi semakin cerah, anjal, tegang, tak berkedut, lembut dan kulit sentiasa rasa lembap. Mungkin u all pun patut cuba jugak! Almaklumlah, semakin usia kita meningkat, kolagen dalam badan semakin terhapus dan dari situlah penuaan wajah semakin ketara...sebab tu lah kolagen sangat penting untuk Linda.

Baru-baru ni, Linda menjalani penggambaran utk produk ni.




NH Colla Plus boleh didapati di Guardian Pharmacy dan pasaraya2 lain. Baca arahan pengambilan dengan betul. Amalkan dan jangan 'skip'. Cuba dulu k! Chalo !

:-)

Monday, October 18, 2010

Me acih BH!

Bukan...bukan.....bukan....hehe...

Thanks Berita Harian! Artikel hari Ahad, 17Oct '10.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 15, 2010

Maher Zain di KL



Sempat bergambar dengan Maher Zain selepas persembahannya..

Salam.. Linda pasti ramai yang kenal Maher Zain. Penyanyi yang berasal daripada Lubnan dan menetap di Sweden ni datang ke Malaysia untuk mempromosikan albumnya Thank You Allah.

Macamana Linda boleh minat Maher? Ceritanya macamana ni... Pada satu petang yang indah (cehhh)...waktu tu Linda kat ofis Suria. Tetiba Linda terdengar kawan Linda,Julia namanya..alaa...Julia Shapie tu yang pernah gak on air sebagai penyampai radio dulu. Ok ceritanya, di pasang lagu 'inshaAllah' dari dalam biliknya... Linda terdengar sayup2 je dari luar. Disebabkan tertarik dengan vokal dan lirik lagu tu, Linda pun menuju masuk ke biliknya Julia dan tanya "lagu apa u main ni? Siapa nyanyi? Very catchy.."

Maka Julia pun bercerita panjang lebar mengenai Maher Zain. Yeap! Dari situ Linda kenal Maher Zain... Esoknya, Linda beli CD Maher Zain. MasyaAllah! Lagu2nya sedap didengar, liriknya menyentuh hati dan islamik serta straight forward. Setelah memujuk JJ berjaya, akhirnya lagu Maher Zain dimainkan di SuriaFM.

Pada hari Khamis 14 okt, Linda menonton showcase Maher di MBSA.


Pada hari Jumaat pula, Maher datang ke studio SuriaFM untuk ditemubual dalam rancangan Carta Suria20 bersama Halim Othman dan Linda sendiri. So, inshaAllah, u all akan dengarkan temubual MZ bersama HO & LO pada hari Sabtu 23 Okt jam 10 pagi-12 tgh dan ulangan Ahad 24 Okt jam 4 ptg- 6 ptg di SuriaFM.

Thank u Maher! U inspire me!

Race LO race!

Cun kan? Complete tuned up car...

Perghhh! I tell u... Semakin 'ganas' hidupku...hehe...dari motor sekarang Linda mula minat dan nak belajar lebih banyak tentang kereta...especially kereta racing!
Suka tengok macamana orang boleh ubah sebuah kereta menjadi hebat luaran & dalaman! Nampaknya hidup Linda sekarang ni banyak dikelilingi oleh mesin2 ganas...hehe..jangan mesin tebu sudah!

U all suka tak tengok race car? Atau mungkin suka ubahsuai kereta...ekzos, enjin dsb...?

Baru-baru ni, kawan Linda suruh tengok website m7. Wooo! Macam2 nampaknya Linda kena belajar tentang dunia automotif ni... Pelan-pelan kayuh... :-)

Ok... Kalau u all minat atau baru mula nak minat, apa kata jenguk website www.m7japan.com .

Seeing is believing... Kalau yg minat sama ngan Linda, share story k.. Jgn malu2 tinggalkan komen!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kawasaki ride ke MOTO GP

Salam! Dalam blog Linda sebelum ni, Linda dah masukkan beberapa gambar dan sedikit cerita. Blog kali ni, cerita full version ok!

Hujung minggu lepas, Linda bersama 300 penunggang motor Kawasaki pergi ke Sepang International Circuit (SIC) untuk menyaksikan dan memeriahkan MotoGP. Errr...antara sebab lain ialah untuk Linda tengok Rossi dan Lorenzo dengan lebih dekat lagi... :-p

So, perjalanan bermula dari Tasik Titiwangsa. Seawal jam 8 pagi, 300 buah motor Kawasaki dah berkumpul untuk taklimat perjalanan konvoi. Konvoi kami dikawal oleh beberapa polis trafik bermotosikal.. Thank u abang polis !! :-)

Jom! Tengok gambar!

Bawah: Gambar2 sewaktu taklimat sebelum memulakan perjalanan...dan setelah tiba. Linda bawak er6f..

Bawah: Gambar2 di litar.. Errr...nampak tak tu? Rossi ke Lorenzo yang angkat tangan lambai kat Linda tu ek? hehe.. :-)

Bawah: Linda dengan bikers Kawasaki, orang2 kuat Kawasaki (gambar tengah) dan bergambar dengan Z750 Kawasaki... cun wooooo !!

Bawah: Balik dari MotoGP, jumpa Fauziah Latiff. Waktu berjalan kaki nak ke motor, Linda jumpa Jaclyn Victor yang sekarang ni pun dah suka motor... Linda bergambar berlatar belakangkan tempat duduk penonton (ramai kan?)

Tahniah Rossi yang menduduki tempat pertama di MotoGP Sepang.. Berdesing jugaklah telinga Linda dengan bunyi deruman enjin motor berkuasa tinggi kat litar ni.. Nasib baik ada kapas..Eh dia bunyi lagiiiii... hehe..

Terima kasih Kawasaki utk peluang dan ride yang sempoi ni.. Next time nak join lagi k.. :-)

Thursday, October 14, 2010

Diva dan LO..

Linda bersama Anita Sarawak..




Baru-baru ni, Linda bersama Kak Nita berbincang mengenai sebuah program yg bakal dihoskan oleh Kak Nita yang akan ditayangkan di Astro dan menampilkan Linda sebagai tetamu..

Bukan sekadar berbincang mengenai program tu... Macam2 yg kami bualkan. Seronok jugak berborak dgn Kak Nita. Linda masih ingat lagi waktu Linda di LA dulu...waktu disuruh 'pack your things', :-) ... Linda tak tahu kemana hala tuju Linda, so, Linda telefon Kak Nita sebab Linda tahu kak Nita memang selalu ke Los Angeles dan Las Vegas. Sayangnya, waktu tu Kak Nita berselisih dgn Linda. Dia baru aje meninggalkan LA. So, tak dapatlah Linda jumpa dia. Tapi ironiknya, sampai sekarang kak Nita masih ingat peristiwa 'Linda call kak Nita di LA'... Walaupun tak sampai berapa minit Linda berbual di telefon waktu tu, ia menjadi antara sejarah 'Kes LA' yang tak dpt Linda lupakan... :-)

Thanks kak Nita! Rakaman program ni akan diadakan pada bukan November,inshaAllah. So, u all semua tunggu k !!

Sunday, October 10, 2010

Konvoi Kawasaki ke MotoGP

Antara gambar yg sempat dirakam...

Disaat ini, telinga Linda terpaksa disumbat utk mengelak bunyi motor yg terlalu kuat sambil update blog guna hp (sementara tunggu Rossi bersiap utk start race!) :-)

Sekarang Linda berada di Sepang International Circuit sempena MotoGP. Linda ke sini bersama konvoi Kawasaki sebanyak 300 buah motor bermula dari Tasik Titiwangsa.
Syokkk wooo....perjalanan konvoi Kawasaki dikawal oleh polis trafik dan Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Best!

Beginilah cara Linda meluangkan masa di hari yg cukup bersejarah 10.10.10 !! Errrr....eh..ok..ok... Race mcm dah nak start je ni.. Go Lorenzo go!! <-sokong Lorenzo sebab Linda ada helmet dia...keke.... Chalo!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 9, 2010

Ride to Rabecca's !

Beraya di rumah terbuka Rabecca Nur Al-Islam...

Tadi Linda dan kawan2 bikers ke rumah Rabecca utk rumah terbukanya sempena penghujung Aidilfitri..

Thanks Becca for inviting!! Famili baik2 and layanan mesra...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 8, 2010

Open house Azwan Ali

Ni gambar kenangan Linda bersama Azwan, Datin Noniswara dan Ziela Jalil di ruang yang dinamakan oleh Azwan sebagai 'sudut gosip' dirumahnya hehe...

Linda baru balik dari rumah terbuka Aidilfitri Azwan Ali...

Seronok! Makanan pun sedap, lebih sedap bila dapat tau semuanya dimasak sendiri oleh Azwan...waaaa...boleh jadi menantu mithali tau Azwan! Pandai masak! Senang nak pikat hati mentua... Hehe...

Di rumah Azwan, Linda jumpa ramai kawan2 artis antaranya Rabecca Nur Al Islam, A. Galak, Betty Banafe...Datuk Yusof Haslam pun ada...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 7, 2010

LO & Lady Harley riders

Weeekend lepas, Linda join penunggang2 Harley Davidson....perempuan saja aaaa...pergi ke Goldcoast Morib, Sepang utk sesi manjakan diri di spa.

Nanti Linda update story penuh k...

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Aidilfitri LO..

Pada hari Ahad lepas, Linda adakan jamuan Aidilfitri sempena menyambut ulangtahun ke-6 restoran Linda iaitu My Mom's Chicken Rice dan meraikan anak2 yatim dari rumah Baitus Sakinah, Salak Tinggi. Antara tetamu yang hadir adalah kenalan Linda, jiran tetangga, kawan2 Suria dan radio2 lama, sedara mara dan ahli aktif L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub).

Bermula jam 4 petang hingga 11 malam, tetamu pertama yang hadir ialah Azwan Ali.. Tahun lepas pun Azwan adalah orang pertama yang sampai.. Diikuti Datuk Maznah (Iron Lady) dan suami. Betty Banafe datang bawa teman2 di sebelah malam.

Jom! Tengok gambar! (Klik di imej utk gambar yg lebih besar)

















Antara jamuan yang dihidangkan.. sate, spaghetti seafood dan macam2 lagi. Tetamu juga dijamu dengan iringan lagu2 Maher Zain, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan lagu2 hit Arab.. Bikin ana goyang lahhhh !


Bawah: Clock wise (CW) - Bos ATV iaitu Mas bersama keluarga, kawan2 motor Linda baru sampai di depan rumah, bersama ahli2 LOOK dan lady bikers..


Bawah: CW: Rabecca Nur Al-Islam bersama anaknya Adam dan Linda bersama anakku (hehe..anak kakak) Fifiq, Fara Fauzana, Along Raja Lawak & Zila dan Datuk K, Umie Aida serta Erma Fatima...



Bawah : CW: Geng2 SURIAfm, Naim (pembaca berita di Suria), Hawa (bos Suria), bergambar kenangan dengan geng Suria dan Abang Subi bersama famili..


"Kumpulan Tona Warna datang jauh dari Perak semata2 mahu meriahkan majlis Linda", kata Bob (penyampai Suria). Terima kasih kepada Tona Warna kerana u all hiburkan tetamu Linda dengan lagu2 best ! Ibu Linda pun terhibur dan suka sangat live band u all.. Thanks again! :-)

Bawah: CW: Tona Warna sedang mengadakan persembahan, LO bersama Nila Kurnia dan Fara (bahu ke bahu...eh mana Nana? Nana tak dpt dtg.) , Bob & member dan LO bersama Tona Warna bergambar setelah selesai show..


Bawah: CW: LO bersama wartawan2 vogue Jaydee, Nurul & Farihad, LO bersama Ajieb MURAI.com, LO bersama JR & Azian (ASTRO) dan LO bersama Chef Zaida & teman.

Bawah: CW: LO & HO, LO bersama Tuah & Kak Vee, LO bersama sayangku Tuah dan geng SuriaFM.


Bawah: CW: Anak2 yatim menjamu selera dan sempat membuat persembahan sufi..


Bawah: Scha dan Awal juga datang.. Cute couple !


Sekian saja yang dapat Linda kongsi sama dengan u all.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin. InshaAllah kalau ada rezeki lagi di Syawal tahun depan, Linda akan buat jamuan lagi. Terima kasih kepada semua tenaga kerja, kepada semua tetamu yg hadir dan pihak media.
Salaam..

Friday, October 1, 2010

We love u !! Muah !!

Yes! We love u semua pendengar SURIA fm ! Muahhhhh!!

Beberapa hari lepas, SURIA fm menerima khabar gembira mengenai keputusan dari kaji selidik yg dilakukan oleh AC Nielson.

SURIA fm mendahului dan menjadi nombor 1 dalam banyak kategori antaranya ;

1) No.1 dalam peratusan peningkatan jumlah pendengar

2) No.1 dalam kepantasan peningkatan pendengar tahun ke tahun

3) No.1 dalam peningkatan pendengar waktu pagi dan petang bagi stesen radio melayu

4) No.1 dalam peningkatan jumlah masa mendengar stesen radio melayu

5) No.1 dalam peningkatan pendengar setia stesen radio melayu

So, disini, Linda ucapkan jutaan terima kasih kepada anda yg sudi dengar SURIA dan setia.

Linda bersyukur kerana di awal kemasukan Linda di SURIA, pendengarnya berjumlah 690,000 orang..... Kini, SURIA mempunyai 1,881,000 pendengar ....peningkatan yg baik sejak Januari hingga September.

Diharap, selepas ini, semakin ramai yang menyukai SURIA... InshaAllah kami akan berikan yg terbaik utk u all...

Dengar show Linda ok!
Isnin-Jumaat : 4pm-8pm
Sabtu : Suria20 10am-12tgh
Ahad : ulangan Suria20 4pm-8pm

Shukran ya habibi!

Salam,
LO

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone