Thursday, July 30, 2009

Jamming session Sinar fm!

Hi all..

Sepanjang Linda bergelar penyampai radio di AMP, inilah pengalaman yg lain daripada yg lain yg pernah Linda lakukan utk stesen radio yg Linda kerja.

Sebelum ni , sepanjang 10 tahun dengan ERA , macam2 Linda dah buat untuk ERA... Pernah jadi penjaga gol di dalam stadium, pemain ragbi disaksikan international players, penyanyi pelbagai lagu, rapper, pelumba basikal, penembak di pusat latihan polis dan banyak lagi...

Sekarang, bila Sinar fm dah jadi famili baru Linda, terasa macam mula2 Linda bekerja di Era dulu. Seperti dapat semangat baru bila bekerja dgn penyampai2 yg relax tapi pro dan bersungguh2. Dapat bos yg cool & steady..kerja pun tak stres. Dapat pulak sokongan padu dari pendengar...makin bergelora jiwa ni...

Dengan semangat baru ni...Linda mencuba sesuatu yg baru.. iaitu mengadakan persembahan di konsert bersama penyampai2 Sinar dgn bermain alat muzik.. Kerja gila nih!

Cakap terus terang, Linda tak terrer main drum. Dulu (14 tahun nan lalu) Linda belajar basic drum je. Pindah ke KL, langsung tak sentuh drum set. Now , Linda terima cabaran Khairil (ketua penyamun) utk perform di Konsert R&R.. Demi melakukan kelainan utk pendengar ....demi Sinar fm.. Linda lakukan jua.. Ada gak lah terpelanting dua tiga kali drum stick tu.. hehe.. Maafkan je lah eh.. amatur lah katakan.. :-) Bukan pro..

Hope kami dapat buat yg terbaik pada mlm konsert nanti.. yang penting enjoy k!!!

Bawah ni adalah video 'jamming session' penyampai Sinar fm.

Video ni dirakam dari handphone Najman. Sorry audio kurang baik.

Dalam Video : Khairil (Sinar Pagi) - Lead Guitar , Paktam (bos gue) - Bassist , Zaidi (Seleksi Sinar) - Penyanyi dan Linda (diriku) - Drummer...hehe..

Nanti pada hari persembahan , Jamal Jamaludin akan main rhythm guitar, Najman (Seleksi Sinar) main Tamborine. Nila, Abby Fana dan Abg Jem kita -Saleh Yacob lerr...jadi penyanyi... I follow! :-)

So,see u orang2 Penang!!! Jangan datang lambat tau. Konsert start kul 8.30mlm.. Sabtu 1 Aug, Tapak Ekspo Seberang Jaya. Sinar fm buat persembahan pembukaan..

Muahhhh .... Ciao..

Tuesday, July 28, 2009

MU,Ewah2 & Santai...

Salam... Hi semua.. At last..dapat gaks capai laptop ni nak update blog.. Kalau tak..sampai bila2 tak dapat nak update blog ni..

Lately dok sibuk pegang drum stick je...jamming..jamming..jamming.. Dah rasa diri ni macam minah rocker plak.. hehe.. Sinar fm sekarang dah ada band..:-p ... Nanti tengok show penyampai Sinar fm kat Tapak Ekspo Seberang Jaya , Pulau Pinang ok? Konsert R&R (Rock &Retro) Sabtu 1 Ogos , 8.30 malam.. Datang awal sikit, sebab kitorang buat persembahan pembukaan .

Linda main drum,Khairil lead guitar , Jamal Jamaluddin rhythm guitar , Paktam bassist ...Najman,Abby Fana,Nila,Saleh Yacob semua menyanyi.. Tapi kalau ada terseliuh ke..tersumbang sikit ke.. harap maafkan ye.. almaklumlah.. amatur...dah 14 tahun tak main drum.... C u in Penang!

Now, Linda nak share dgn u all apa aktiviti terkini Linda.. Semalam kru drama arahan Rashid Sibir shooting kat rumah Linda.. Seronok tengok org berlakon.. Tah bila Linda nak dpt tawaran lagi.. :-p ...Timing kerja asyik tak kena je dgn tawaran... Bawah ni gambar kenangan dgn pelakon2 drama ni.. Erra Fazira , Kak Mon dan abang kesayanganku Datuk Jalaluddin Hassan..



Sebelum tu , kalau u all tertengok rancangan Santai Menara KL , minggu lepas , 18 Julai , sure terperasan Linda ditemubual .. sekejap je show ni.. Hosnya ialah Jehan Miskin.. Makin lama makin comel tengok Jehan ni.. :-)


Dan pastinya...Linda pergi tengok perlawanan Manchester United vs Malaysia.. Pada hari tu , Linda terpakai baju merah plaks.. Tapi merah tak bermakna Linda sokong MU.. Linda sokong Malaysia k... Kalau kita tak sokong Malaysia , mahu ke org kat England tu sokong negara kita?

Nampak tak apa yg terbelit kat leher tu.. ? hehe..


Walaupun dah dapat mimpi yg Malaysia akan kalah tapi sekurang2nya kita kalah bermaruah.
Bawah: Tengah pakat2 lepas game nak makan Nasi Ayam Linda Onn.. keke..
2-0 kira ok lah tu.. taklah sampai kena belasah teruk. Penat jugaklah Linda jerit bila bola kat kaki pemain kita.. Tak tau Amri Yahya dengar ke tak ? hehehe...
Bawah: Amri dari lensa kamera Linda..
Yang pastinya penonton kat depan Linda sure sakit telinga.. dah lah depa semua dok sokong MU,tetiba Linda dtg sokong Msia.. Sorry bro... :-p ... Semangat kebangsaan ku menebal.. Tapi kalau Christiano Ronaldo ada,Linda sokong dia je dlm team MU ni.. Nape lah bf i ni keluar MU.. :-(
Bawah : Sebak Linda bila group penyokong Harimau Malaya ni bergendang dan nyanyi lagu 'Inilah Barisan Kita'... I pun nyanyi u... ahauww..
Linda sempat rakamkan aksi Owen.. dia ni memang terrer aaa.. orgnya rendah tapi laju!

Di saat2 akhir , Malaysia banyak try.. tapi sayang finishing tak kemas.. (pendapat Linda ni sama mcm pendapat Ferguson) . Asyik bawak bola je sampai depan gol,shootnya tidak.. Bila tengok diorang main bola , Linda rasa macam nak tekan je button R1 dan button bulat utk shootkan bola tu.. (Playstation... hehe..)


OK aaa ni.. Syabas Malaysia.. Malaysia boleh.. lepas ni praktis lebih lagi ye... I followwww...
Sebelum tu , Linda ke rakaman game show Ewah Ewah kat TV3.. dihoskan oleh Wahid dan Kak Engku.. Kecoh betul rancangan ni..
Ni team member Linda.. namanya Chun... Ah cunnya...



Acara tiup bola ping pong keluar glass.. banyak gaks Linda termakan kertas suratkhabar tu... sedap ek?


MMmmmm....Aahhhhhh....Camni lahhhh..... (tgh buat tagline)



Damian Mikael in the house yo...



Haaa... part ni kira dah habis tension tak dapat teka jawapan laaa.. sampai tangan Kak Engku pun Linda peluk...



Kita menang dalam show yg pertama... (tayangan Isnin lepas) ... Then kita kalah dalam show yg kedua (tayangan Ahad lepas) ... We had a lot of fun... Thanks TV3... :-)
Nanti next entry , Linda masukkan video rehearsal/jamming band Sinar fm k...
Ciao for now.. Muahhh...

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad pergi buat selamanya..

Belum habis Linda terkejut dan bersedih tentang pemergian Aniff (editor Media Hiburan) & Khairil Khamis (penyanyi senior) , Linda sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi insan seni tanahair.

Pengarah filem dan iklan , Yasmin Ahmad meninggal dunia pada Sabtu malam. Linda terima berita kematiannya daripada Jaclyn Victor yg juga merupakan pelakon filem Talentime arahan Yasmin...

Sebenarnya,pada hari Khamis lepas , Linda dapat tahu yg Yasmin tiba2 rebah ketika berbincang tentang kerja di depan Datuk Siti dan Datuk K. Linda yg sedang keudara di radio waktu tu terkejut dan terus berhubung dengan kakak Siti , iaitu Rozi untuk dapatkan pengesahan cerita tu.

Waktu tu ,khabar angin kencang mengatakan Yasmin sudah tiada ...tapi setelah beberapa jam kemudian , Linda diberitahu Yasmin dibawa ke hospital utk bantuan seterusnya. Linda baca dalam paper yg Yasmin kena strok dan dibedah di kepalanya akibat pendarahan di bahagian otak.



Linda terus berdoa dan berharap agar dia sembuh seperti sedia kala... tapi..Masanya telah tiba buat Yasmin...Tuhan lebih menyayanginya...

Beliau selamat dikebumikan sebelum Zohor semalam.. (Ahad)...



Linda tak pernah bekerja dengan Yasmin tapi Linda kagum dengan usaha beliau yg sentiasa mempamerkan kepelbagaian kaum di Malaysia dalam hasil karya beliau... Dia berani dan bersifat terbuka.

Linda cuma pernah menemubual Yasmin di radio dulu sempena tayangan filem Sepet. Berkali-kali Linda tengok Sepet... tak pernah jemu.. Yang lebih membanggakan bila panggung wayang bukan saja dipenuhi orang melayu tapi bangsa cina juga ramai yg menonton filem ni..Bukan senang nak tarik crowd bangsa lain utk tengok filem Malaysia kita ni..



Isu pembotakan kepala Sharifah Amani juga menjadi hangat gara-gara menjayakan watak dalam filem arahan Yasmin iaitu Muallaf...



I will definitely go and watch this movie.. Thank you Yasmin...

Yasmin , rest in peace...



Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Ameen..

Monday, July 20, 2009

Takziah...

Salam..
Sabtu lepas , Linda dikejutkan dengan pemergian editor Media Hiburan - Aniff Ghani. Waktu Linda terima kiriman sms tu , Linda sedang berada di rumah . Aniff meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar , Seremban .

Walaupun Aniff tidaklah terlalu rapat dengan Linda tetapi Linda rasa seperti dah lama mengenali Aniff. Sejak Linda sampai ke KL , kira2 11 tahun lalu , nama Aniff memang tak asing lagi. Dialah wartawan yang pernah menemubual Linda dan dialah juga editor popular majalah Media Hiburan .

Linda akan sentiasa ingat acara sukaneka di tepi pantai bersama dengan team ERA dulu di Port Dickson yg disertai Aniff... Bagi Linda , Aniff ni sebenarnya seorang yang pendiam... tapi dalam diam , Aniff suka menyanyi. Baru-baru ni , Aniff turut bertanding karaoke di majlis Media Hepi2 Nite di restoran MY ASAM PEDAS SHOP Linda... (tengok blog terdahulu) ...

Linda dan Abg Saleh Yakob sempat berjenaka dengan Aniff... "Aniff nyanyi ke marah?"...sebab Aniff nyanyi lagu Rem waktu tu... Rem kan suka meneran waktu menyanyi , so , Aniff ikut style Rem... Which was fun ! Aniff senyum je ...Aniff menceriakan suasana ...

Hmm... Selepas terima berita tu , Linda terus ke hospital Seremban untuk melawat Aniff buat kali terakhir... Jenazah baru lepas dimandikan...dan akan dikebumikan di Melaka...
Melihat wajah Aniff yang telah dikafankan persis orang yang sedang tidur dan seolah-olah ada hajat tertentu yang mahu diluahkan tidak kesampaian , Linda jadi sebak... Namun Al-Fateha sahaja yang dapat Linda sedekahkan... mengiringi pemergian Aniff.. He will be missed....

Tuhan lebih menyayanginya...



Aniff , moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

Peminat majalah Media Hiburan pasti akan merindui tulisanmu...

Kami juga akan merindui gelak tawamu...

R.I.P.... Al-Fateha...

p/s : Takziah kepada keluarga Aniff...

Wednesday, July 15, 2009

Linda's new Fan Page on Facebook..

Hi... Dulu, bila orang bercakap tentang Facebook Linda sengih je... I thought.."So..ok..Facebook..what's the big deal..apa yang best naaaa FB ni?". Semua orang bercakap tentang Facebook. Macam satu kemestian plak ada FB ni... hehe..
Atas nasihat kawan , Linda sign in Facebook. Lepas sign in , Linda tinggal-tinggalkan FB ni.. Malas nak jenguk.. Setakat ada daftar cukup laaa..

Apa taknya , setiap kali bukak 'home' kat FB , sure computer hang.. sebab terlalu banyak requests... Kali terakhir Linda tengok , ada lebih 5000 friends requests...dan beribu-ribu lagi requests yang lain...

Entah macamana tetiba sejak kebelakangan ni , Linda rajin pulak masuk Facebook... Rasa macam berjumpa dengan kawan2...dapat luahkan perasaan... dapat berinteraksi...walaupun tak kenal tapi seronok dapat kawan baru ..

So, sekarang , Linda dah 'add' semua friends requests di FB . Sekarang Linda ada 5000 kawan di FB. Linda tak boleh nak 'add' lagi sebab FB ada had.. limit hingga 5000 friends saja..

Jadi , atas nasihat kawan juga , Linda buka fan page di Facebook... haaaa...yang ni NO LIMIT !
So,kepada yang tak sempat tersenarai dalam 5000 friends Linda tu , Linda harap dapat join fan page Linda di FB... k?

Dua-dua profile FB akan Linda update dari masa ke masa... aktiviti..luahan perasaan...rindu kawan.. So,join me k..

Just search 'Linda Onn' di Facebook...

Bawah: Ini gambar profile Fan Page Facebook



Bawah : Ini gambar profile Normal Page



Jangan tersalah join FB Linda Onn yg lain plaks.. hehe...

Tuesday, July 14, 2009

Jawapannya...

Halllluuuuuuu....

Lately , Linda interview ramai artis dalam show Linda di Sinar fm. Siti Nurhaliza , Ayu OIAM , Faizal Tahir , Aizat , M Nasir & Nubhan...temubual tu semua sempena Anugerah Planet Muzik 2009 dan Sinar fm adalah radio rasmi APM.

Hmmm... tapi tu semua artis sekarang... ni dia story artis2 retro... Almaklumlah,Linda dah masuk radio retro... layannnnn je laaaa... enjoy gaks.. hehe..

Dalam blog sebelum ni , Linda mintak pembaca teka dengan siapa Linda bergambar... Hehe..ada yang teka betul.. ada yang tak tau langsung....dan akhirnya... ada yang teka dengan tepat !

Gambar bawah : Bersama Othman Hamzah dan Endang S Taurina...



Othman Hamzah adalah penyanyi yg mempopularkan lagu Gadis Melayu di Singapura dan Malaysia... yang mana kini lagu Gadis Melayu juga dinyanyikan oleh Mawi dan Jamal Abdillah... Cayalah bang... suara merdu bak bulu perindu...

Endang S Taurina pulak memang popular laaa...Antara lagu2 hitnya ialah Sangkar Emas, Apa yang Ku Cari etc.... Suara Endang mantap beb... persembahan markah penuh!!

Gambar bawah : Bersama Tommy J Pisa dan Ria Resty Fauzy ...



Sebenarnya Linda ni minat sangat dengan Tommy J Pisa. Walaupun pada waktu lagu dia popular pada sekitar tahun 80-an,Linda baru berumur 8-10 tahun. Lagu Suratan dan Biarkan Aku Menangis memang memukau... Linda pun tak tau macamana muka Tommy J Pisa diwaktu zaman kegemilangannya. Tak sangka..hampir 30 tahun kemudian , Linda dapat bertemu dengan dia dan menemubual di radio...


Ria Resty Fauzy ... "jangankan gunung Fujiyama..ke Ethiopia ku ikut kamu..." ... Hehe... Lagu2 Ria memang jadi siulan dulu... Cintaku Sedalam Lautan Atlantik , Sepatu Dari Kulit Rusa dan Cintaku Sampai Ke Ethiopia.... Rasanya time lagu tu popular , Linda masih berulang alik dari Singapore - JB... kecik lagi time tu...

Disebabkan Linda suka dengar radio waktu kecik , jadi sedikit sebanyak , lagu2 mereka terngiang-ngiang di telinga Linda... Lagu zaman kakak Linda...hehe..

Temubual dengan keempat2 artis ni adalah sempena Konsert Xtravaganza Semalam di Malaysia yg berlangsung di Life Centre KL . Interview dgn orang lama memang berbeza. Cara artis lama berkomunikasi memang profesional. Tak lembab,tak leweh...very energetic,jawapan pun bagus.

Show malam tu dihiburkan oleh Ernie Djohan , Vivi Sumanti , Tetty Kadi , Endang S Taurina , Ria Resty Fauzy & Tommy J Pisa (semua artis senior dari Indonesia) . Dari Malaysia plak , Dato' Malek Ridzuan , Othman Hamzah , Zaleha Hamis & Halil Chik.

Habis je konsert , artis2 senior ini telah sain autograf untuk Linda... tengok bawah ni...



Persembahan yang sangat fantastik malam tu... I really enjoyed it...walaupun Nila penat menjawab soalan Linda... "Tu siapa tu Nila..?" "Ni lagu apa ni Nila..?"... Hehe.. terima kasih Nila kerana sudi menjawab soalan2 Linda... almaklumlah... semua lagu retro.,.. bukan semua lagu lama Linda tau...

Ciao !

Monday, July 13, 2009

Cuba teka Linda bergambar dgn siapa...

Anak-anak... cuba teka Linda amik gambar dengan siapa di bawah ini...

Gambar pertama...



Gambar kedua...



Kalau betul , Linda cerita... kalau tak betul , Linda tak mau cerita... hehe.. :-p

Tuesday, July 7, 2009

Blog..

Sorry ye.. lma sangat tak dapat update blog. Nanti linda update blog ye. Sekarang ni tengah terlalu busy dgn projek baru. Kepada semua pembaca...jangan berhenti mengunjungi blog Linda ye..

Sementara Linda tengah cari bahan untuk update blog , kalau u all nak tinggalkan apa-apa soalan buat Linda , sila lakukan di ruangan komen ye.. InshaAllah Linda jawab. Love ya! Muahhh...