Monday, March 30, 2009

Linda Sokong EARTH HOUR..

Halloooooo !! Haaa....u all padam tak lampu satu jam Sabtu lepas? 8.30 mlm - 9.30 mlm?

Earth Hour ialah kempen tahunan anjuran WWF (World Wildlife Fund) dengan memadam lampu selama 1 jam. Alaaa...bukan lama pun. Ni lah masanya nak rasa macamana nenek moyang kita hidup tanpa 'elektrik' dulu...

Kempen Earth Hour ni bukan kat Malaysia je... kempen ni mendapat sokongan dari pelbagai negara di serata dunia,antaranya USA,Denmark,Australia,Filipina,France dan banyak lagi...

Kempen ni mengharap pada tahun 2009,penyertaan akan mencecah 1 billion bermakna 16% dari seluruh penduduk dunia membantah gas CO2 berleluasa.

Ini dilakukan untuk menyedarkan kita akan perubahan cuaca (climate change) yang sedang berlaku. Tentang penggunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan yang secara tak langsung menyumbang kepada kenaikan suhu dunia.

Linda pun turut sama menyokong kempen ni. So, restoran Linda pun ikut ‘bergelap’ selama 1 jam .

Jom tengok gambar... Ni baru nak nyalakan lilin...


Linda habiskan masa sehari suntuk di My Mom's Chicken Rice , Seksyen 7 Shah Alam pada Sabtu lepas. So,Linda dapat snap photo kat Shah Alam je.

Ready untuk bergelap ? Ni gambar depan restoran..


Ni couple yang tengah makan kat restoran Linda.. Romantik plak rasa,kan ?


Staf buat kerja pun dalam keadaan gelap ..


Siapa kata dalam gelap pun tak boleh posing ? Hehehe... Tetappppp....


Tengok ni... bahagian dapur... hehe.. macam filem Nightmare on Elm Street plaks..

Nasib baik customer Linda pun 'aware' tentang kempen ni. So,diorang pun tak kisah makan dalam gelap... Thank you..


Tengah gelap pun meeting jugak.. I like !!


Tengah gelap pun sain autograph jugak.. Terharu Linda dengan sokongan peminat... Tq!



Tapi yang penting.... tengah gelap pun cashier 'on' jugak... Jangan salah key in sudahhh...


Selain My Mom's Chicken Rice , satu lagi restoran Linda , My Asam Pedas Shop pun turut bergelap..



OK guys ! Terima kasih kerana sama-sama menyokong Earth Hour... Hanya 60 minit untuk perubahan...

Wednesday, March 25, 2009

Soal Jawab LO di Pancaindera-Utusan

Ahad lepas , ruangan 'Artis Jawab' Pancaindera - Utusan Mingguan beri Linda peluang untuk menjawab beberapa soalan daripada peminat.

Terima kasih akhbar UTUSAN !




So,kalau u all terlepas baca , ni Linda masukkan soalan dan jawapannya ye..

Linda suka masak jamu kawan
Assalamualaikum Kak Linda. Saya amat meminati bakat serta personaliti Kak Linda. Di sini saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya kepada Kak Linda.
1. Selain berbakat dalam pengacaraan, Kak Linda juga berbakat dalam masakan. Jadi apakah masakan yang menjadi kepakaran Kak Linda selain nasi ayam dan asam pedas?
2. Di manakah destinasi percutian Kak Linda yang selalu Kak Linda kunjungi?
3. Pernah tak Kak Linda mengalami peristiwa yang hampir-hampir meragut nyawa Kak Linda?
Semoga Kak Linda terus sukses dan tabah menjalani hidup sebagai selebriti. Saya di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kak Linda.
- Nabila Zulkifli


Linda:
1. Waalaikumussalam. Kalau di rumah, Linda suka menjamu kawan-kawan dengan memasak masakan seperti tomyam, asam rebus, pindang serani dan ikan sambal. Kalau masakan barat pula, Linda suka masak beef steak, buat pizza dan salad dengan dressing citarasa Linda Onn.
2. Selalunya kalau Linda berhajat nak bercuti, tempat pertama yang terlintas di fikiran ialah Mekah dan Madinah. Itulah tempat yang paling tenang bagi jiwa Linda.
3. Pernah! Kepala Linda pernah dihentak ke dinding oleh kawan rapat dulu. Semalaman Linda menangis kesakitan. Fikir Linda, Linda akan mati kerana terlalu sakit dan risaukan pendarahan dalaman di kepala. Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, kepala Linda dah OK.


Dah ada teman mesra
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya beberapa soalan.
1. Berapa lama Linda menceburi bidang industri seni ini?
2. Sebagaimana yang kita tahu, Linda telah ditukar ke stesen radio sinar FM, bagi Linda bertugas di stesen radio mana lebih selesa?
3. Adakah Linda sudah mendapat pengganti Fahrin Ahmad?
Saya mendoakan kejayaan serta kebahagiaan Linda dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.
- Nurul Husna,
Simpang, Perak.


Linda:
1. Waalaikumusalam. Sejak umur 19 tahun. Maknanya dah 12 tahun Linda dalam bidang seni ni. Dari Best 104 fm, TV3, ERA, Astro RIA dan kini di Sinar fm. Diselang-selikan dengan lakonan.
2. Linda lebih selesa bertugas di stesen radio yang boleh memainkan lagu-lagu yang sejiwa dengan Linda tetapi sebagai penyampai radio, Linda bersikap terbuka untuk menerima apa saja arahan yang diberikan.
3. Alhamdulillah buat masa ini, Linda sudah pun mempunyai beberapa teman mesra untuk berkongsi cerita.



Malu dan rendah diri
Hai Linda. Saya ingin menanyakan beberapa soalan.
1. Apakah yang menghalang Linda daripada mendekati seseorang yang amat Linda minati?
2. Apakah lagu yang menjadi kegemaran Linda sekarang ini?
3. Ringkaskan diri Kak Linda dalam satu perkataan.
n Norliza Abu Bakar,
Puchong, Selangor.


Linda:
1. Hai Norliza. Pastinya perasaan malu dan rendah diri.
2. If I Were A Boy - Beyonce dan I Wanna Make Love Right Now (Na Na) - AKON . Senarai lagu-lagu kegemaran Linda ada dalam blog Linda.
3. Positif.

Cerewet dalam dunia professional
Salam Linda. Saya ada tiga soalan yang perlu dijawab.
1. Adakah Linda seorang yang amat cerewet terutama dalam soal pakaian dan pemakaian mekap?
2. Benarkah kes Linda yang gagal muncul di hamparan permaidani merah Anugerah Academy ke-79 pada 26 Februari 2007 itu disebabkan Linda tidak fasih berbahasa Inggeris?
3. Sebagai pengacara, apa rahsia Linda boleh sesuaikan diri dengan hadirin yang datang dalam pelbagai kategori dalam satu majlis? Bukankah itu bukan kerja mudah?


Linda:
1. Salam. Linda hanya cerewet tentang penampilan Linda dalam dunia professional sahaja. Tidak pada kehidupan seharian. Kes di L.A dulu, Linda dipaksa saat akhir untuk memakai baju yang tidak menjalani proses fitting, sedangkan 30 juta penonton seluruh Asia akan menyaksikan Linda mengacara. Oleh kerana itu, Linda menolak dari mengenakan sesuatu pakaian yang tidak selesa bagi Linda , apatah lagi dipaksa. Mekap juga penting kerana ia mengubah penampilan wajah.
2. Tidak benar. (jawapan ada di atas) Ia hanya satu isu politik, isu baju, paksaan, kuasa dan muslihat. Linda sangat sedih kerana ia adalah 100 peratus isu pakaian tetapi ada pihak yang memfitnah dan menjadikannya pelbagai isu lain yang tidak benar.
3. Linda tidak mempunyai apa-apa rahsia kerana sememangnya bidang pengacaraan adalah jiwa Linda. Kalau dah minat, semua kerja boleh jadi mudah.



Si dia memahami dan penyayang
Hai Linda. Boleh saya bertanyakan soalan berkaitan kenyataan awak mahu tamatkan zaman bujang hujung tahun lalu atau awal tahun 2009?
1. Benarkah awak sudah temui Mr. Right iaitu Mr. James Gibbs? Saya tahu awak sedang berkawan dengan dia melalui media massa.
2. Boleh jelaskan, mengapa awak memilih dia? Adakah kerana dia ahli perniagaan dan begitu juga dengan awak?
3. Nyatakan siapa kawan baik awak selain Mr. Hans Isaac sebab saya baru perasan yang kebanyakan daripada kawan lelaki awak semua berbangsa asing?
4. Bila hendak settle down? Semoga awak maju jaya.
- Abang Pemandu Lori,
Kulim, Kedah.


Linda:
1. Hai Abang Lori ! Benar.
2. Dia seorang yang sangat memahami, lembut dan penyayang. Kebetulan juga dia seorang ahli perniagaan.
3. Hah? Saya tak ramai kawan lelaki berbangsa asing. Saya hanya ada empat kawan baik. Di antaranya tiga perempuan dan berbangsa melayu iaitu Nomma, Mona dan Gee. Kawan lelaki pula, hanya Hans sahaja.
4. Dengan izin Allah, secepat mungkin.



Kongsi cerita dengan si dia
Salam Linda.
1. Macam mana awak boleh kuruskan badan sedangkan awak mempunyai dua restoran iaitu My Moms Chicken Rice (MMCR) dan My Asam Pedas Shop?
2. Bila nak buka cawangan di Pantai Timur pula?
3. Bagaimana cara awak lepaskan tekanan sedangkan awak ada banyak tanggungjawab?
n Kamala, Machang, Terengganu.


Linda:
1. Salam Kamala. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada kegemukan. Makanan bukanlah satu-satunya punca seseorang menjadi gemuk tetapi apa yang Linda amalkan adalah makanan seimbang dan mengikut masa.
2. Linda sedang dalam proses memfrancaiskan My Mom's Chicken Rice (MMCR) ke seluruh negara secepat mungkin. Mungkin juga ke luar negara. Insya Allah.
3. Manjakan diri di spa, karaoke, bercuti, bersolat dan berkongsi cerita dengan si dia.

Monday, March 23, 2009

Hari Famili LO ..

Kadang2,bila kita dah terlalu sibuk dengan kerja dan kehidupan masing2,kita tak dapat luangkan banyak masa dengan keluarga. Walhal keluargalah yang paling penting dalam hidup kita. Bagi Linda,family comes first!

Separuh ahli keluarga di selatan,separuh di ibu kota. Sesekali je jumpa. Hari raya jumpa jugak, cuma tak lengkap. Maklumlah,pagi raya,diorang kena ikut giliran balik rumah mentua masing2.

So,kalau nak lengkap...masa paling sesuai ialah cuti sekolah. Hujung minggu lepas,Linda dan seluruh famili Linda adakan 'family day' di Port Dickson. Inilah masanya Linda dapat bergaul mesra dengan anak-anak sedara yang selama ni duduk jauh di JB. Tak dapat tengok diorang membesar depan mata. Tau-tau je,jumpa anak2 buah dah jadi bujang dan dara.. dah besau dah.

Linda pergi ke Tiara Beach Resort,PD. Nak book kat Eagle Ranch penuh !

Kat PD , Linda sempat berlumba Go Cart dengan kakak2 dan anak2 buah... Jom tengok gambar!

Baiknya auntie indaaaaa.....

Ready semua ?

Posing dengan crew Go Cart...


Lagak sang juara...

Kan dah kata... Linda juara k....

Bawah ni posing je.. Maybe next time , Linda ride redah hutan naik quad ni eh..

Ni dah kali ke berapa tah Linda memanah...


Archery


Dah lama sehhh tak naik basikal...



Seronok...rasa macam iklan Cornetto laks..


Ni Linda tumpang bangga dengan motor Harley Davidson kawan...

Motor ni berat giler..kalau motor ni Linda punya,andaikata tengah bawak jatuh,confirm Linda tinggalkan sebab tak larat nak angkat!


Posing sebelum main Paintball..


Kat Extreme Park,Linda jumpa kawan.. Namanya CICI.... Mr Monkey !
Kata tuan punya monyet ni,monyet ni hanya akan mesra dengan orang yang tidak menganiaya binatang sebab monyet ni ada 'sense'. The picture says it all...
Cici ni baby lagi.. manja sangat...

....dan nakal....


OK... Linda rasa seronok sangat walaupun dalam masa yang singkat di PD.

Ini gambar kenang2an Linda dan famili ....

Bawah ni anak-anak sedara Linda ....Lengkap !
Yang ni paling kecik kat JB...


Yang ni paling kecik kat KL...



OK... Harap u all pun dapat luangkan banyak masa dengan famili... Kasih dan sayang seseorang datang dari sebuah keluarga yang bahagia... :-) CIAO !

Linda Komen Artikel KOSMO!

Salam..

Semalam , kakak Linda sampaikan pada Linda tentang satu artikel yang keluar dalam akhbar KOSMO! . Artikel ni adalah surat dari pembaca.

Bawah ni adalah keratan artikel KOSMO.



Begini tulisannya..

HAI Diva. Gua nak tegur sikitlah tentang penyampai baru radio Sinar, Linda Onn. Gua bukannya tak suka dia. Gua suka dia beb, sudahlah cun, suara pun sedap. Yang penting, dia masih solo.

Tapi yang buat gua 'potong' dengan minah ini ialah dia asyik buka topik tentang diri dia saja. Sudah beberapa kali gua dengar dia buka topik yang semuanya terarah kepada dia.
Paling baru kalau tak silap gua bila dia buka topik lebih kurang begini: 'Kalaulah Linda duduk di sebelah rumah saya'. Lepas itu, ramai pula pendengar yang melayan dan cakap kalau Linda duduk sebelah rumah dia, mereka nak itu dan ini.

Linda, lu jangan salah faham. Gua sikit pun tak cemburu. Tapi gua rasa tak syoklah, bila lu asyik buka topik diri sendiri. Selama gua jadi pendengar setia Sinar FM, tak pernah pula gua dengar deejay-deejay yang lain seperti Najman atau Shubi yang buka topik tentang diri sendiri. Bukan tak boleh, tapi sebab terlalu kerap, gua rasa lu sudah macam syok sendiri.
Gua tegur lu sebab gua suka lu. Jadi gua harap Linda ambil teguran ini secara positif.


OK , mari Linda jelaskan.

Pertama , Linda tak pernah bukak topik seperti 'Kalaulah Linda duduk di sebelah rumah saya'.
Kedua , Linda tak pernah bukak topik tentang diri sendiri .
Ketiga , Linda rasa Zul tak dengar betul2 show Linda tu.

Selasa lepas , Linda mintak pendengar hantar sms dan sambung ayat ini "Kalaulah...."
Jadi,pendengar pun hantar sms macam2... Kalaulah itu...Kalaulah ini...

...dan lagu tema pada hari itu ialah Kalau Berkalau dari Anita Sarawak.

Pendek kata topiknya ialah "KALAULAH...."

dan bukan "Kalaulah Linda duduk sebelah rumah saya.."

So, mungkin Zul kurang jelas mendengar topik tu atau Zul tersalah anggap. Zul boleh bertanya kepada pendengar yang betul2 'mendengar' apakah topik sebenar. Anyway,terima kasih Zul atas keprihatinan anda.

Linda harap pendengar dengar betul-betul sebelum membuat andaian yang menyentuh soal professionalisme Linda.

Sebagai bukti , Linda menerima lebih 1000 kiriman sms pada hari tersebut. Di bawah adalah beberapa kiriman sms daripada pendengar (ada yang Linda keudarakan,ada yang tidak).
Selamat membaca !

SMS FROM LISTENERS
kalaulah nak menghalau ikan haruan mesti pakai umpan katak .kalau mengalau berani tumbuk sambal mesti dapat punya .man jerantut phg
17/03/2009 18:07:29

kalaulah la sye jmpe teko ajaib mcm yg dlm cite aladdin tu, msti sye srh jin 2 kuruskn badan sye yg gemuk ni biar jd mcm jennifer lopez. biar t'beliak sume mata2 llaki yg slalu m'ngejek sye.. dari liyana penang
17/03/2009 18:06:57

kalaulah dpt ingin ku undurkn putaran masa..rasa x puas brsama arwah ibu.nuar
17/03/2009 18:00:43

kalaulah saya power yg hebat,sya akn pindhkn smua keturunan isreal ke kutub utara hehe.drp halim kulai
17/03/2009 17:57:56

kalaulah boleh,aku mahu jambatan terus dari tempat kerja ke rumah,tak perlu lagi tempuh jem hari2 pergi dan balik - fendi menjalara kl
17/03/2009 17:49:33

kalau lah gua blh fly gua akan tarok ekor kat bontot gua lu tau. jibon
17/03/2009 17:48:23

kalau lh sy lum khawin sudah tentu sy pinang ....
17/03/2009 17:45:30

kalaulah sya millionair sya akan beli club mu
17/03/2009 17:45:22

kalaulah dpt putarkan lagu data-pemaisuri tolonglah ewan handsome
17/03/2009 17:43:32

kalau lah boleh,aku mahu jalan highway terus dari tempat kerja ke rumah,tak perlu lagi tempuh jem hari2 pergi dan balik - fendi menjalara kl
17/03/2009 17:42:19

klulh sy dpt keje kt jheoa daerh tmpat sy tgal,kan best xdalh sy nk berulg pergi blk 1 jam hari2,myk kete pn jimat.dari azie bahau n9
17/03/2009 17:40:58

kalaulah dunia ni x m'gunakn duit..apakn jd ye?
17/03/2009 17:40:18

klulh sy dpt keje kt jheoa daerh tmpat sy tgal,kan best xdalh sy nk berulg pergi blk 1 jam hari2,myk kete pn jimat.dari azie bahau n9
17/03/2009 17:39:12

rozie klau la sya tau btapa dia mderita krana sya...sudah pasti sya tidak akan ssekali mninggalkannya....
17/03/2009 17:38:19

kalaulah otak sy boleh bace ape org tu fikir sy akan ckp kuat-kuat ape yg dia fikir,hahaha dari muhd asyraf bkit permai cheras baru.
17/03/2009 17:35:38

kalaulah sy kahwin dgn linda.linda nk x..
17/03/2009 17:35:22

kalaulah zaman yg brlalu boleh dkembalikan,tentu tak ingin saya ceburkan diri dlm prniagaan. penat. bosan. waktu riadah bsama keluarga dn sanak saudara amat terhad. bosan tapi tak boleh brundur krna dh jadi darah daging selama 18 tahun
17/03/2009 17:34:41

kalaulah di beri peluang lg,sy tak nk jd pemusnah rmh tangga org.sb sy rs mcm suami sy pun dah brubh.ima prt jw
17/03/2009 17:33:48

kalau lah ibu saya masih ada saya dapat balas jasa ibu .datuk chiw melaka
17/03/2009 17:32:35

kalau boleh ulang 28 tahun yang lalu semula saya akan uruskan kewangan saya sebaik mungkin dan pasti sekarang saya dah kaya raya
17/03/2009 17:32:29

klau lah d tkdirkan linda mnjdi tman hdup saya,snggup kah linda menemani saya hingga ke hjung dunia?klau d tkdirkan lah!!...megat
17/03/2009 17:31:27

kalaulah sy ada modal,sy nk besarkn bisnes sy ni..biar mak trsenyum lebar n bangga sy ni anak mak..i love u mak..zaman terengganu.
17/03/2009 17:31:20

kalaulah saya mengurat linda dulu kat airport senai thn 2000 dah tentu buka cawangan kt j.b. saifulbahri
17/03/2009 17:31:14

(jarak) klulah duit yg bnyak2 tu. dr teka suara artis. saya yg menang 50.000 tu. saya bwk linda gi gaji pondok
17/03/2009 17:31:13

kalau lah hari2 hidup ni gembira x de masalah kan best.wan port klang
17/03/2009 17:29:45

zumel,kalau la sy ultraman atau superman sy akan tlg wanita2 yg dlm ksusahan...kalau la sy kuat sy nak lamar kak linda
17/03/2009 17:29:29

kalaulah aku kayee..xyah la sush2 aku jdi guard cmni..dala b0s kdkt ..cukup2 bln je msti gj sh0rt..meyirp je kak!hafizi serembn n9
17/03/2009 17:29:21

kalau lah keluarga saya tahu yang saya da pun berjumpa dengan kak l0ng zaquan adha pasti dia orang tak percaya 100%.dr haliza,cheras
17/03/2009 17:29:18

- lina, cheras. linda, klu la saya mnang 11 ribu dlm bunyi gtar aritu, saya nak sdekahkn sdikit dr wang itu kpd msjd d rmh saya. apa daya, nsib tak menyebelahi saya.
17/03/2009 17:29:16

kalau lah mak sy seorang ibu yg tidak memandang wang ringgit dah tentu sy blh jaga dia skrng ina puchong
17/03/2009 17:28:19

kalaular sy dapat keluar makan dgn linda akan sy hebohkan 1 ofis syuk utem melaka
17/03/2009 17:28:19

kalaulah saya dn suami ada anak,tentu hidup kami lebih brmakna
17/03/2009 17:28:09

kalau lah dpt diundr masa sya ta mau tmbah kontrak lagi sharusnya 2008 balik indo. skarng bru tau rasa sngat rindu ka suami & takut suami diambil orang
17/03/2009 17:28:06

kalau kerana kalau banyak orang mati
17/03/2009 17:27:42

kalau lah linda xbc sms aku ni esok aku xkn lyn sinar.syukri
17/03/2009 17:27:35

kalaulah hari2 dpt mkn msakan linda,mesti sy bley gmuk..dri chia
17/03/2009 17:26:39

kalau sy tak fikir isteri tersayang dah tentu sy jd macam abg saleh tambah cawangan maklum le kan wanita skang minat jejaka yg pandai gurau senda
17/03/2009 17:26:23

kalaulah saya x jmpa dgn cik kaudu 10thn lalu dah tentu saya dah kahwin & anak2 pun mgkn dah sekolah dah...cik kubab
17/03/2009 17:26:22

kalaulah saya saorang jutawan saya akan bantu orang miskin dan orang yang memerlukan dinegara kita
17/03/2009 17:26:15

Total Records : 1051 Total Pages : 22 [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 Next>>

Thursday, March 12, 2009

Aduh! Sakit Pinggangku!

Hi Guys ! Salam..

Sibuknya Linda minggu ni.

Professional life , Linda sibuk dengan photoshoot , on air , interview dan macam2 lagi.

Personal life , Linda dok sibuk nak pindah rumah.

Business life pulak , Linda sibuk mengatur sistem restoran supaya jadi 100% sistematik.

So,memang berserabut sikit bulan March tahun ni.

Tapi dalam pada sibuk-sibuk tu,beberapa hari ni,Linda tak sihat sikit sebab sakit belakang. Sebenarnya sakit belakang ni dah mula sejak beberapa tahun dulu. Kali ni , dia 'attack' lagi.

Ada beberapa punca Linda sakit pinggang . Mungkin sebab Linda pernah terjatuh di sekolah dulu dalam acara lompat tinggi. Mungkin sebab Linda pernah terpelecok di tangga. Efeknya pada muscle area pinggang.

7 tahun lepas,Linda dah jalani fisioterapi di sebuah hospital pakar. Nampaknya kali ni,Linda perlu jalani lagi.

Haaa...Kalau nak tahu kenapa Linda jarang ikut mana-mana tour menaiki bas . Inilah sebabnya.

Dulu,waktu Linda di ERA, diadakan JELAJAH ERA ke seluruh negara menaiki bas. Linda memilih untuk menaiki kereta sendiri untuk mengelakkan sakit pinggang dalam perjalanan jauh berjam-jam. Bukan menyombong atau takde 'teamwork' atau ngada-ngada tak nak naik bas tapi maklumlah,tempat duduk di bas tak selesa boleh menyebabkan sakit pinggang. I'm not a DIVA , boss! Hehe..

Tapi apakan daya...Aku ini sering disalah ertikan... :-(

Begitu juga dengan road tour ABP , sebolehnya Linda naik kereta sendiri .

Kalau Linda naik kereta sendiri , anytime , Linda boleh berhentikan kereta dan berjalan untuk meregangkan otot.

Kalau naik bas,kang Linda mintak driver bas kejap2 berhenti kang kena tengking plak ! Hehe.. Driver bas marah takpe...penumpang sure stres ...kejap2 stop..kejap2 stop... :-)

Kalau road tour atau mengacara majlis di luar KL , Linda lebih selesa balik ke KL dari tidur di hotel. Sebab kat rumah ada tilam khas untuk melegakan sakit belakang Linda. Tapi kalau dah penat sangat , Linda terpaksa jugaklah lepak kat hotel.

Kalau perjalanan panjang dalam kapal terbang,Linda makan pil tidur atau muscle relaxer (pil ni mengantuk) untuk lenyapkan semua sakit. Kalau boleh , Linda nak ada jet peribadi dengan seat yang empuk untuk terbang kemana-mana.. hehe.. cita-cita besar tuuuu...

Ehhh.. berapa banyak 'kalau' daaaa... hehe..

OK. I need a rest now. Duk lama-lama mengadap laptop pun sakit gaks.. Tengah sakit ni. Nite ! Love u guys...

Linda di Kelab Pop - Astro RIA

Selasa lepas , Linda ke Wisma Ali Bawal ,PJ untuk rakaman Kelab POP bersama pengacaranya Reza.

Seronok tak terkata !

Group Linda terdiri daripada Abby Abadi dan Zarina.. Nama group ialah SURVIVORS !



Dengan tagline... "Sorry ! Kami bukan perampas !!" Auchhhh...



Team lawan ialah wartawan Elly , Ayie dan Ajieb dari laman web gosip terkini iaiatu www.murai.com.my yang menamakan group mereka MURAI dengan tagline....."Eiiiiiii propalah Murai!!"

So,macam biasa ... Dalam Kelab Pop , peserta dikehendaki menyanyi dengan lirik yang berkaitan dengan prop yang diberikan..

Ajieb tengah syok menyanyi ..


Wakil untuk group SURVIVORS pulak ialah Abby...

Tiba-tiba Abby hilang idea....
Dia pas mic kat Linda.. Demi untuk menyelamatkan group SURVIVORS , Linda meneruskan nyanyian..

Lagu ni lagu rap... So,Linda pun rap lah ! Lirik pun entah apa-apa tah ! Hantam sajalahhh labuuuu !!


Syooookkkk gilerrr rancangan ni. Enjoy sangat !!
Kat bawah ni , tengah rekod promo ..


Posing untuk my friendly blog viewers..



Linda dan Abby . Simpati buat Abby dengan kisah rumahtangganya.. Be tough ok Abby ! Perempuan mesti kuat !!!



So,guys , tunggu Kelab Pop kat Astro Ria ye. Linda tak tau bila tayangannya.. Kalau Linda tau,Linda beritau.. Ciao !!

Terima kasih Berita Harian !

Semalam , Linda menghiasi muka depan ruangan HIP akhbar Berita Harian bersama dengan pereka2 fesyen untuk Anugerah Bintang Popular - Berita Harian 2008.

Kepada u all yang tak sempat baca BH semalam , tengok bawah ni ye..



Penyampai radio popular yang juga seorang usahawan gigih ini tidak lagi mempermudahkan kehadiran insan bernama pereka fesyen TAHUN kedua berlangsung, Anugerah Pereka Popular beriringan kerlipan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 terus menjadi aspirasi dan inspirasi menaikkan nama pereka fesyen tempatan yang masih hijau.
Idea menghasilkannya tahun lalu serentak dengan ABPBH 2007 dilihat mampu menjana serta menyerlahkan potensi insan kreatif ini. Buktinya, tahun ini lebih 25 orang pereka fesyen akan mengambil bahagian dan ini sekali gus menunjukkan graf peningkatan mendadak berbanding tahun lalu 18 orang.

Anugerah yang diwujud serta dicerna publisis popular, Bill Bora bersama sekretariat ABPBH ini bertujuan memberi penghargaan kepada pereka yang baru bertapak atau dianggap baru. Kerjasama pereka fesyen dan selebriti pantas terjalin, malahan peluang yang dibuka ini membuktikan dua entiti ini sebenarnya saling memerlukan.
“Acara permaidani merah dan apa sekali yang digayakan selebriti pasti dinanti-nantikan penggemar fesyen dan peminat yang sering menjadikan golongan ini sebagai perintis gaya. Melalui landasan ini juga membuktikan, dunia glamor yang menerjah ruang seni ini menggambarkan betapa kerjasama erat antara pereka fesyen dan selebriti begitu diperlukan,” kata Bill Bora lewat pertemuan dengannya selepas menjadi orang penting kepada projek ini.
Lalu, istimewa kehadiran penyampai radio Sinar FM tinggi lampai persis peragawati tersohor, Linda Onn dengan gaun labuh rona merah menjerit rekaan Bill Keith dipadankan dengan kain songket dijadikan aksesori tali pinggang seakan meraikan pereka fesyen yang terbabit untuk Pereka Fesyen Popular. Menyerlah personanya ditambah dengan pemakaian cincin, anting-anting dan gelang tangan tajaan Rafflesia The Pearl Centre, koleksi mutiara South Sea Pearls.



Mereka yang dimaksudkan dan hadir ketika sesi fotografi ini berlangsung ialah Hatta Dolmat, Razman Din, Azura Mazarudin, Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Faizal Azraf, Kent Khalil, Nurita Harith, Nik Erwan Roseli, Erwan Arsbo, Michael Shu, Hazwani, Nazreen Idris, Zery Zamry, Zack Ismail, Sya Shaharani, Khairy Sufi termasuk penyertaan pasangan kembar Puteri Azalea dan Puteri Yasmin yang memiliki butik PU3 di The Curve, Damansara.

Lagak dan pose mereka semua diibaratkan seperti model baru di dalam pencarian program American Next Top Model. Posisi Linda pula seperti Tyra Banks yang menjadi perintis program ikutan ramai itu. Bertema merah dan hitam, terserlah semangat membara mewakili warna merah dan hitam itu pula perlambangan menawan.

Ungkap Linda yang pernah mencipta kontroversi beberapa tahun dulu kerana gagal muncul di hamparan permaidani merah di Anugerah Academy ke 79 pada 26 Februari 2007, perkataan ‘pereka fesyen’ itu cukup sinonim dengan dirinya.

“Sebelum melandanya kes Linda di Los Angeles pada tahun itu, Linda sendiri tak sedar dan perasan sangat kepentingan pereka fesyen. Lagipun, Linda bukan seperti penyanyi yang perlu menukar busana setiap kali membuat persembahan. Kini persepsi Linda sudah berubah dan peranan pereka fesyen membuka mata ramai pihak.

“Linda puji usaha Berita Harian mengadakan pertandingan ini dan boleh dikatakan kehadiran pereka fesyen baru seperti cendawan tumbuh waktu pagi. Cuma, apabila persaingan semakin sengit, setiap pereka fesyen pula tampil kreatif dan tak dinafikan kerjasama mereka dengan selebriti sekali gus menaikkan nama mereka,” kata Linda yang ketika artikel ini ditulis sedang berbincang untuk menggunakan khidmat Nazreen Idris pada malam kemuncak ABPBH 2008 12 April depan.

'Sebati dengan dunia radio'

NAMA Linda masih utuh lagi dan buktinya usahawan premis makanan My Moms Chicken Rice (MMCR) dan My Asam Pedas ini dicalonkan lagi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2008. Ironinya, dia yang kini sedang merencana untuk membuka francais MMCR ke seluruh negeri bahkan ke luar negara, sudah lapan kali dicalonkan dalam kategori itu sejak 2001.

Enam kali mengekalkan kejuaraan untuk kategori itu sebelum dipintas pesaing terdekatnya, Fara Fauzana selama dua tahun, Linda melihat saingannya baik Fara, Nana, Leya dan Abby Fana hebat-hebat belaka. Linda yang sudah tiga bulan berhijrah ke Sinar FM ini turut memberikan contoh situasi sokongan yang diterima Fara daripada majikannya begitu jitu berbanding dirinya.

“Tidak bagi saya yang harus balik kepada asas iaitu harus bekerja keras untuk mengukuhkan label nama Linda Onn itu sendiri,” katanya ringkas sambil meninggalkan tanda tanya.

Tambahnya lagi, apa terjadi, biar ribut taufan datang melanda sekalipun, kecintaannya terhadap dunia radio masih belum terhakis.

“Dunia radio sudah cukup sebati sejak saya di bangku sekolah lagi. Ia sukar dipisahkan, malah saya tak boleh katakan, yang saya mungkin akan tinggalkan dunia ini biarpun sudah mempunyai jaminan kerja sebagai ahli perniagaan,” katanya tulus.

Mengintai kisah peribadinya, wanita kelahiran Johor Bahru ini dapat ditafsir sedang melalui fasa yang cukup membahagiakan. Selepas berakhirnya episod ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin Ahmad, dia dikatakan belum bertemu pengganti.

Namun, sehingga Januari lalu sewaktu dia membawa teman, seorang lelaki mat salih ketika menghadiri majlis resepsi Mawi dan Ekin di Hotel Palace Of The Golden Horses, mulalah anda yang memberi andaian lelaki itulah yang dicintainya sekarang.

“Namanya James Gibbs dan dia kawan lama yang Linda kenali sejak 10 tahun dulu. Kami berkenalan di Kuala Lumpur dan dia pernah mempunyai restoran suatu ketika dulu di sini. Dia seorang ahli perniagaan dan apa yang saya boleh katakan hubungan kami di peringkat serius sejak dua bulan lalu.

“Mengenalinya, Linda dapati, dia seorang yang lemah-lembut. Dia juga menghormati golongan wanita, setia dan benak fikirannya selalu pandang ke depan. Linda tahu ada pihak yang mempersoalkan motif tiba-tiba Linda membawanya ke majlis resepsi itu.

“Apa yang boleh Linda katakan, diri ini juga macam perempuan lain yang ada hati nak berkawan. Lagipun, tiada benda yang Linda nak selindungkan. Ada jodoh Linda dengan sesiapa sekalipun, biarlah lelaki itu baik. Insya-Allah, Linda minta jodoh dengan sesiapapun nanti berpanjangan,” katanya yang pernah merencana untuk menamatkan zaman bujang sekitar hujung tahun lalu atau awal tahun ini.

Lalu, persoalan di sini, siapa pula Hans Isaac di dalam hidup Linda. Kesempatan ini diambil Linda untuk merungkaikan gosip yang pernah timbul mengandaikan ada hubungan istimewa di antaranya dengan aktor kacak itu. “Dia seorang kawan yang baik, malah tak keterlaluan Linda katakan dia seorang pendengar yang baik. Sewaktu berdepan dengan masalah dan perlukan teman untuk meluahkan perasaan, Linda akan bercerita dengannya.

“Kami boleh rapat dan serasi sebab bergelumang dalam bidang seni yang sama. Jika Linda menangis, dialah yang menggembirakan hati. Jangan risau, hubungan kami tak lebih daripada kawan. Linda akui pernah keluar dengannya bersama rakan-rakan lain. Tapi biasalah apabila Linda dan dia saja yang dikenali, maka diandaikan orang kami keluar berdua,” katanya yang mungkin akan mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 di Klang. Blog Linda boleh dilayari di http://www.linda-onn.blogspot.com/

Sekian. U all boleh klik di bawah untuk baca di Berita Harian online.. :-)

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20090311073640/Article/


SAHUT CABARAN...Antara pereka fesyen yang memeriahkan Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008 di sisi Linda Onn, finalis bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.

So, kepada semua pereka fesyen ABP BH , buat baju lawa-lawa eh ! Mari kita tengok siapa yang kenaaaaaa !! InshaAllah Linda akan mengenakan pakaian rekaan NAZREEN IDRIS .

Sunday, March 8, 2009

Hujung minggu yg membosankan..hehe..

Sorrylah..lambat update blog. Bukan apa.. sebenarnya , takde cerita yang menarik yang Linda nak kongsi.

Hujung minggu ni sangat membosankan. Hehe... Sabtu,Linda on air 12 tgh - 6ptg. Dulu,hari Sabtu tak payah kerja, sekarang ni, disuruh kita kerja pulak. Hmmm...terima ajelah Linda..

Petang Sabtu,Linda ke Hotel Istana untuk photoshoot Berita Harian . Photoshoot ni , Linda bersama dengan 15 pereka fesyen untuk Anugerah Bintang Popular - Berita Harian.

Ni tengah disolek oleh Najeeb... Kelaasss...



Nanti tunggu gambar dan cerita kat akhbar Berita Harian ye..

Linda juga ucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang mengundi Linda untuk ke TOP 5 kategori Penyampai Radio Wanita Popular (ABP-BH)...Alhamdulillah...

OK..apa lagi eh Linda buat hujung minggu ni? Hmmm...oh ya.. dah takde benda nak buat,Linda melangok kat bilik tengok uncle ni pasang wallpaper.. seronok tengok dia pasang. Macam senang je...



Rumah tengah tunggang langgang sebab Linda dah nak pindah ke rumah baru...

Hmmm....lepas tu,Linda dan kawan2 keluar makan... Kat Lecka Lecka , Bukit Bintang. Ramai betul Pak Arab kat tempat ni.

Yang peliknya,Pak Arab tu datang dengan isteri yang bertudung litup tapi dia syok tegok air arak... Apa punya Islam daaahhhhh...Ya sheikhhhh???!

Kita ni perhatikan je lah...yg baik jadikan teladan,yg tak baik jadikan sempadan.

French Fries terpanjang pernah Linda lihat...



Oh ya... lupa pulak nak cerita pasal konsert Jason Mraz...

Konsertnya di Stadium Negara. Linda pergi dengan kawan dan anak2 sedara..

Enjoy gilerrr...



Kalau tak silap,pemain saksofon Jason Mraz pakai baju pasukan bolasepak Malaysia eh? Tengok ni...



Minat betul dengan lagu I'm Yours dan You And I... Love u Jason !
OK...Selasa ni,Linda ada rakaman Kelab Pop. Nanti tunggu Linda kat Astro Ria k..?
I gotta rest now. Baru lepas franchise meeting (again) ... Nak relax kan fikiran jap...
Selamat menyambut Maulidur Rasul...