Ahad lepas , ruangan 'Artis Jawab' Pancaindera - Utusan Mingguan beri Linda peluang untuk menjawab beberapa soalan daripada peminat.
Terima kasih akhbar UTUSAN !
So,kalau u all terlepas baca , ni Linda masukkan soalan dan jawapannya ye..
Linda suka masak jamu kawan
Assalamualaikum Kak Linda. Saya amat meminati bakat serta personaliti Kak Linda. Di sini saya ada beberapa soalan yang ingin ditanya kepada Kak Linda.
1. Selain berbakat dalam pengacaraan, Kak Linda juga berbakat dalam masakan. Jadi apakah masakan yang menjadi kepakaran Kak Linda selain nasi ayam dan asam pedas?
2. Di manakah destinasi percutian Kak Linda yang selalu Kak Linda kunjungi?
3. Pernah tak Kak Linda mengalami peristiwa yang hampir-hampir meragut nyawa Kak Linda?
Semoga Kak Linda terus sukses dan tabah menjalani hidup sebagai selebriti. Saya di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Kak Linda.
- Nabila Zulkifli
Linda:
1. Waalaikumussalam. Kalau di rumah, Linda suka menjamu kawan-kawan dengan memasak masakan seperti tomyam, asam rebus, pindang serani dan ikan sambal. Kalau masakan barat pula, Linda suka masak beef steak, buat pizza dan salad dengan dressing citarasa Linda Onn.
2. Selalunya kalau Linda berhajat nak bercuti, tempat pertama yang terlintas di fikiran ialah Mekah dan Madinah. Itulah tempat yang paling tenang bagi jiwa Linda.
3. Pernah! Kepala Linda pernah dihentak ke dinding oleh kawan rapat dulu. Semalaman Linda menangis kesakitan. Fikir Linda, Linda akan mati kerana terlalu sakit dan risaukan pendarahan dalaman di kepala. Alhamdulillah beberapa minggu selepas itu, kepala Linda dah OK.
Dah ada teman mesra
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya beberapa soalan.
1. Berapa lama Linda menceburi bidang industri seni ini?
2. Sebagaimana yang kita tahu, Linda telah ditukar ke stesen radio sinar FM, bagi Linda bertugas di stesen radio mana lebih selesa?
3. Adakah Linda sudah mendapat pengganti Fahrin Ahmad?
Saya mendoakan kejayaan serta kebahagiaan Linda dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.
- Nurul Husna,
Simpang, Perak.
Linda:
1. Waalaikumusalam. Sejak umur 19 tahun. Maknanya dah 12 tahun Linda dalam bidang seni ni. Dari Best 104 fm, TV3, ERA, Astro RIA dan kini di Sinar fm. Diselang-selikan dengan lakonan.
2. Linda lebih selesa bertugas di stesen radio yang boleh memainkan lagu-lagu yang sejiwa dengan Linda tetapi sebagai penyampai radio, Linda bersikap terbuka untuk menerima apa saja arahan yang diberikan.
3. Alhamdulillah buat masa ini, Linda sudah pun mempunyai beberapa teman mesra untuk berkongsi cerita.
Malu dan rendah diri
Hai Linda. Saya ingin menanyakan beberapa soalan.
1. Apakah yang menghalang Linda daripada mendekati seseorang yang amat Linda minati?
2. Apakah lagu yang menjadi kegemaran Linda sekarang ini?
3. Ringkaskan diri Kak Linda dalam satu perkataan.
n Norliza Abu Bakar,
Puchong, Selangor.
Linda:
1. Hai Norliza. Pastinya perasaan malu dan rendah diri.
2. If I Were A Boy - Beyonce dan I Wanna Make Love Right Now (Na Na) - AKON . Senarai lagu-lagu kegemaran Linda ada dalam blog Linda.
3. Positif.
Cerewet dalam dunia professional
Salam Linda. Saya ada tiga soalan yang perlu dijawab.
1. Adakah Linda seorang yang amat cerewet terutama dalam soal pakaian dan pemakaian mekap?
2. Benarkah kes Linda yang gagal muncul di hamparan permaidani merah Anugerah Academy ke-79 pada 26 Februari 2007 itu disebabkan Linda tidak fasih berbahasa Inggeris?
3. Sebagai pengacara, apa rahsia Linda boleh sesuaikan diri dengan hadirin yang datang dalam pelbagai kategori dalam satu majlis? Bukankah itu bukan kerja mudah?
Linda:
1. Salam. Linda hanya cerewet tentang penampilan Linda dalam dunia professional sahaja. Tidak pada kehidupan seharian. Kes di L.A dulu, Linda dipaksa saat akhir untuk memakai baju yang tidak menjalani proses fitting, sedangkan 30 juta penonton seluruh Asia akan menyaksikan Linda mengacara. Oleh kerana itu, Linda menolak dari mengenakan sesuatu pakaian yang tidak selesa bagi Linda , apatah lagi dipaksa. Mekap juga penting kerana ia mengubah penampilan wajah.
2. Tidak benar. (jawapan ada di atas) Ia hanya satu isu politik, isu baju, paksaan, kuasa dan muslihat. Linda sangat sedih kerana ia adalah 100 peratus isu pakaian tetapi ada pihak yang memfitnah dan menjadikannya pelbagai isu lain yang tidak benar.
3. Linda tidak mempunyai apa-apa rahsia kerana sememangnya bidang pengacaraan adalah jiwa Linda. Kalau dah minat, semua kerja boleh jadi mudah.
Si dia memahami dan penyayang
Hai Linda. Boleh saya bertanyakan soalan berkaitan kenyataan awak mahu tamatkan zaman bujang hujung tahun lalu atau awal tahun 2009?
1. Benarkah awak sudah temui Mr. Right iaitu Mr. James Gibbs? Saya tahu awak sedang berkawan dengan dia melalui media massa.
2. Boleh jelaskan, mengapa awak memilih dia? Adakah kerana dia ahli perniagaan dan begitu juga dengan awak?
3. Nyatakan siapa kawan baik awak selain Mr. Hans Isaac sebab saya baru perasan yang kebanyakan daripada kawan lelaki awak semua berbangsa asing?
4. Bila hendak settle down? Semoga awak maju jaya.
- Abang Pemandu Lori,
Kulim, Kedah.
Linda:
1. Hai Abang Lori ! Benar.
2. Dia seorang yang sangat memahami, lembut dan penyayang. Kebetulan juga dia seorang ahli perniagaan.
3. Hah? Saya tak ramai kawan lelaki berbangsa asing. Saya hanya ada empat kawan baik. Di antaranya tiga perempuan dan berbangsa melayu iaitu Nomma, Mona dan Gee. Kawan lelaki pula, hanya Hans sahaja.
4. Dengan izin Allah, secepat mungkin.
Kongsi cerita dengan si dia
Salam Linda.
1. Macam mana awak boleh kuruskan badan sedangkan awak mempunyai dua restoran iaitu My Moms Chicken Rice (MMCR) dan My Asam Pedas Shop?
2. Bila nak buka cawangan di Pantai Timur pula?
3. Bagaimana cara awak lepaskan tekanan sedangkan awak ada banyak tanggungjawab?
n Kamala, Machang, Terengganu.
Linda:
1. Salam Kamala. Banyak faktor lain yang menyumbang kepada kegemukan. Makanan bukanlah satu-satunya punca seseorang menjadi gemuk tetapi apa yang Linda amalkan adalah makanan seimbang dan mengikut masa.
2. Linda sedang dalam proses memfrancaiskan My Mom's Chicken Rice (MMCR) ke seluruh negara secepat mungkin. Mungkin juga ke luar negara. Insya Allah.
3. Manjakan diri di spa, karaoke, bercuti, bersolat dan berkongsi cerita dengan si dia.
Salam.. Hye Kak Linda! ;)
ReplyDeleteAzwan dah baca paper ni ahad lepas.. banyak gak info yg Azwan tahu tentang diri akak.
Azwan dah jd followers Kak Linda.. All the best yer & take care kak! ;)
ive been waiting ages, and ages to ask this important questions.
ReplyDeletefirst and foremost, god! i envy you.yes, i do.
youre YOUNG, beautiful, smart, and RICH.
so, what really puts you together?
and....about mr gibbs, How are you coping with the long distance relationship..?
thanks linda.
youre my inspiration.
samekum, linda. Akak ada baca kt paper mggu lps. Akak tak kisah siapa pun pilihan linda, yg penting u all bahagia gitu gak family linda merestuinya. Apa pun linda tetap sumber inspirasi kami. Apa jua org kata, kami tetap setia dgn linda. Teruskan menjadi idola kami serta maju jaya dlm karier serta bisnes. Syg linda.
ReplyDeletealert betol akak artikel yg kuar pasal akak eh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum linda....meh la jadi pengikut...linda bila nak kawin??? hehehe..
ReplyDeleteWah byk info pasal kak linda kan dalam artikel tuh...
ReplyDeleteThe Best Part is : Kak Linda Jujur dalam menjawabnyew...=)
Anyway,semoga berbahgia yeh kak linda..=)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKak Linda..
Saya Adli, graduan USM. Dulu saya pernah praktikal kat Saz Design, kenal dgn Abg Razali dan Kakak tu, (lupa nama dia). baru-baru ni saya ada terbaca dalam akhbar, Kak Linda nak percepatkan francais MMCR ke seluruh negara.
saya berminat untuk merebut peluang tu. Kalo boleh ingin membuka cawangan di Pulau Pinang. untuk pengetahuan Kak Linda, saya sekarang tgh mengikuti program keusahawanan under Uitm, selama 1 thn. selepas itu akan membuka perniagaan sendiri.
jika tidak keberatan, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Kak Linda boleh hubungi saya di adli_1152@yahoo.com. thanks :)
sorry, pembetulan.. my Ex-Boss is Sazali daa...
ReplyDeleteProgram yg saya ikuti.
http://www2.uitm.edu.my/hep/ppusa/
Hai Linda...proven yang you bukan mcm yang disangka org kat luar sana tu! Kalau betul serius tak slah ngaku kan. Mmg npk baik Mr Gibbs tu..semoga you berbahagia selamanya semoga pilihan kali ni pilihan yang tepat. Ketepikan aje org2 yang cuba nk menjatuhkan u tu tak ke mananya de..all de best key.
ReplyDeleteHi Malaywood..
ReplyDeleteThank you for the compliment.
Alhamdulillah,everything that I've achieved today is god's gift. Hardwork,confident and good guidance from my beloved family. :-)
About Mr. Gibbs, he's here in Malaysia. So,it is a 'short' distance relationship.. hehe.. :-p
yeahhh kak linda onn trus berusaha dan trus lagi ye.
ReplyDeletebuka lah cawangan di epoh
hari itu turun kl makan di kedai
kak linda sangat best ;)
salam linda..perjuangan kita sama,bisnes n kerjaya seimbang..famly comes 1st..apapun yg dilakukan restu dan doa asas kejayaan..btl tak linda..hope teruskan apa yg ada sekarang..saya sentiasa mgikuti perkembangan linda..u are my inspiration..harap akan jd partnership satu hari nt..insyaallah...aminnnn.....k.mie.
ReplyDeletehai linda nak jemput tgk penafian Nikki mengenai dia x pakai coli .klik kat nick
ReplyDeletejahat betul mereka tuduh saya x pakai coli
ReplyDeletekalau saya anti Utusan cemane..huhu
ReplyDelete