Kepada u all yang tak sempat baca BH semalam , tengok bawah ni ye..
Penyampai radio popular yang juga seorang usahawan gigih ini tidak lagi mempermudahkan kehadiran insan bernama pereka fesyen TAHUN kedua berlangsung, Anugerah Pereka Popular beriringan kerlipan majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 terus menjadi aspirasi dan inspirasi menaikkan nama pereka fesyen tempatan yang masih hijau.
Idea menghasilkannya tahun lalu serentak dengan ABPBH 2007 dilihat mampu menjana serta menyerlahkan potensi insan kreatif ini. Buktinya, tahun ini lebih 25 orang pereka fesyen akan mengambil bahagian dan ini sekali gus menunjukkan graf peningkatan mendadak berbanding tahun lalu 18 orang.
Anugerah yang diwujud serta dicerna publisis popular, Bill Bora bersama sekretariat ABPBH ini bertujuan memberi penghargaan kepada pereka yang baru bertapak atau dianggap baru. Kerjasama pereka fesyen dan selebriti pantas terjalin, malahan peluang yang dibuka ini membuktikan dua entiti ini sebenarnya saling memerlukan.
“Acara permaidani merah dan apa sekali yang digayakan selebriti pasti dinanti-nantikan penggemar fesyen dan peminat yang sering menjadikan golongan ini sebagai perintis gaya. Melalui landasan ini juga membuktikan, dunia glamor yang menerjah ruang seni ini menggambarkan betapa kerjasama erat antara pereka fesyen dan selebriti begitu diperlukan,” kata Bill Bora lewat pertemuan dengannya selepas menjadi orang penting kepada projek ini.
Lalu, istimewa kehadiran penyampai radio Sinar FM tinggi lampai persis peragawati tersohor, Linda Onn dengan gaun labuh rona merah menjerit rekaan Bill Keith dipadankan dengan kain songket dijadikan aksesori tali pinggang seakan meraikan pereka fesyen yang terbabit untuk Pereka Fesyen Popular. Menyerlah personanya ditambah dengan pemakaian cincin, anting-anting dan gelang tangan tajaan Rafflesia The Pearl Centre, koleksi mutiara South Sea Pearls.
Mereka yang dimaksudkan dan hadir ketika sesi fotografi ini berlangsung ialah Hatta Dolmat, Razman Din, Azura Mazarudin, Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Faizal Azraf, Kent Khalil, Nurita Harith, Nik Erwan Roseli, Erwan Arsbo, Michael Shu, Hazwani, Nazreen Idris, Zery Zamry, Zack Ismail, Sya Shaharani, Khairy Sufi termasuk penyertaan pasangan kembar Puteri Azalea dan Puteri Yasmin yang memiliki butik PU3 di The Curve, Damansara.
Lagak dan pose mereka semua diibaratkan seperti model baru di dalam pencarian program American Next Top Model. Posisi Linda pula seperti Tyra Banks yang menjadi perintis program ikutan ramai itu. Bertema merah dan hitam, terserlah semangat membara mewakili warna merah dan hitam itu pula perlambangan menawan.
Ungkap Linda yang pernah mencipta kontroversi beberapa tahun dulu kerana gagal muncul di hamparan permaidani merah di Anugerah Academy ke 79 pada 26 Februari 2007, perkataan ‘pereka fesyen’ itu cukup sinonim dengan dirinya.
“Sebelum melandanya kes Linda di Los Angeles pada tahun itu, Linda sendiri tak sedar dan perasan sangat kepentingan pereka fesyen. Lagipun, Linda bukan seperti penyanyi yang perlu menukar busana setiap kali membuat persembahan. Kini persepsi Linda sudah berubah dan peranan pereka fesyen membuka mata ramai pihak.
“Linda puji usaha Berita Harian mengadakan pertandingan ini dan boleh dikatakan kehadiran pereka fesyen baru seperti cendawan tumbuh waktu pagi. Cuma, apabila persaingan semakin sengit, setiap pereka fesyen pula tampil kreatif dan tak dinafikan kerjasama mereka dengan selebriti sekali gus menaikkan nama mereka,” kata Linda yang ketika artikel ini ditulis sedang berbincang untuk menggunakan khidmat Nazreen Idris pada malam kemuncak ABPBH 2008 12 April depan.
'Sebati dengan dunia radio'
NAMA Linda masih utuh lagi dan buktinya usahawan premis makanan My Moms Chicken Rice (MMCR) dan My Asam Pedas ini dicalonkan lagi dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH 2008. Ironinya, dia yang kini sedang merencana untuk membuka francais MMCR ke seluruh negeri bahkan ke luar negara, sudah lapan kali dicalonkan dalam kategori itu sejak 2001.
Enam kali mengekalkan kejuaraan untuk kategori itu sebelum dipintas pesaing terdekatnya, Fara Fauzana selama dua tahun, Linda melihat saingannya baik Fara, Nana, Leya dan Abby Fana hebat-hebat belaka. Linda yang sudah tiga bulan berhijrah ke Sinar FM ini turut memberikan contoh situasi sokongan yang diterima Fara daripada majikannya begitu jitu berbanding dirinya.
“Tidak bagi saya yang harus balik kepada asas iaitu harus bekerja keras untuk mengukuhkan label nama Linda Onn itu sendiri,” katanya ringkas sambil meninggalkan tanda tanya.
Tambahnya lagi, apa terjadi, biar ribut taufan datang melanda sekalipun, kecintaannya terhadap dunia radio masih belum terhakis.
“Dunia radio sudah cukup sebati sejak saya di bangku sekolah lagi. Ia sukar dipisahkan, malah saya tak boleh katakan, yang saya mungkin akan tinggalkan dunia ini biarpun sudah mempunyai jaminan kerja sebagai ahli perniagaan,” katanya tulus.
Mengintai kisah peribadinya, wanita kelahiran Johor Bahru ini dapat ditafsir sedang melalui fasa yang cukup membahagiakan. Selepas berakhirnya episod ‘teman tapi mesra’ bersama Fahrin Ahmad, dia dikatakan belum bertemu pengganti.
Namun, sehingga Januari lalu sewaktu dia membawa teman, seorang lelaki mat salih ketika menghadiri majlis resepsi Mawi dan Ekin di Hotel Palace Of The Golden Horses, mulalah anda yang memberi andaian lelaki itulah yang dicintainya sekarang.
“Namanya James Gibbs dan dia kawan lama yang Linda kenali sejak 10 tahun dulu. Kami berkenalan di Kuala Lumpur dan dia pernah mempunyai restoran suatu ketika dulu di sini. Dia seorang ahli perniagaan dan apa yang saya boleh katakan hubungan kami di peringkat serius sejak dua bulan lalu.
“Mengenalinya, Linda dapati, dia seorang yang lemah-lembut. Dia juga menghormati golongan wanita, setia dan benak fikirannya selalu pandang ke depan. Linda tahu ada pihak yang mempersoalkan motif tiba-tiba Linda membawanya ke majlis resepsi itu.
“Apa yang boleh Linda katakan, diri ini juga macam perempuan lain yang ada hati nak berkawan. Lagipun, tiada benda yang Linda nak selindungkan. Ada jodoh Linda dengan sesiapa sekalipun, biarlah lelaki itu baik. Insya-Allah, Linda minta jodoh dengan sesiapapun nanti berpanjangan,” katanya yang pernah merencana untuk menamatkan zaman bujang sekitar hujung tahun lalu atau awal tahun ini.
Lalu, persoalan di sini, siapa pula Hans Isaac di dalam hidup Linda. Kesempatan ini diambil Linda untuk merungkaikan gosip yang pernah timbul mengandaikan ada hubungan istimewa di antaranya dengan aktor kacak itu. “Dia seorang kawan yang baik, malah tak keterlaluan Linda katakan dia seorang pendengar yang baik. Sewaktu berdepan dengan masalah dan perlukan teman untuk meluahkan perasaan, Linda akan bercerita dengannya.
“Kami boleh rapat dan serasi sebab bergelumang dalam bidang seni yang sama. Jika Linda menangis, dialah yang menggembirakan hati. Jangan risau, hubungan kami tak lebih daripada kawan. Linda akui pernah keluar dengannya bersama rakan-rakan lain. Tapi biasalah apabila Linda dan dia saja yang dikenali, maka diandaikan orang kami keluar berdua,” katanya yang mungkin akan mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 di Klang. Blog Linda boleh dilayari di http://www.linda-onn.blogspot.com/
Sekian. U all boleh klik di bawah untuk baca di Berita Harian online.. :-)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20090311073640/Article/
SAHUT CABARAN...Antara pereka fesyen yang memeriahkan Anugerah Pereka Popular ABPBH 2008 di sisi Linda Onn, finalis bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular.
So, kepada semua pereka fesyen ABP BH , buat baju lawa-lawa eh ! Mari kita tengok siapa yang kenaaaaaa !! InshaAllah Linda akan mengenakan pakaian rekaan NAZREEN IDRIS .
cantik !!
ReplyDeletepersis princess..
=)
waahhh.... ala-ala kimono pun ada fesyen baju kak Linda pakai nih...
ReplyDeletelawalah time ni. :D
ReplyDeleteSalam Linda... Dah bc BH... u look prettier n adorable...!!
ReplyDeleteAdios Linda !!
chanteeeqqqq...!
ReplyDeleteSis you look so gorgeousssssss arr..!!1
ReplyDeleteamboi...comeinya kak linda
ReplyDelete