Tuesday, March 3, 2009

Linda Cari Famili Baru di Shah Alam..

Shukur Alhamdulillah...diam tak diam,Linda dah buka 3 cawangan MY MOM'S CHICKEN RICE. InshaAllah,kalau ada rezeki dari Allah , Linda nak francaiskan MMCR secepat mungkin.

Sekarang ni,kepala Linda macam nak pecah dok fikir macam2.


Kat Sinar fm,Linda nak buat yang terbaik untuk pendengar dan kat restoran pulak, Linda meeting siang malam untuk mempertingkatkan sistem dan mutu MMCR.

Bawah ni,peta ke MMCR dan MAPS (My Asam Pedas Shop) di Ampang .

Linda sebenarnya tengah cari famili baru untuk MMCR bagi menjaga cawangan Shah Alam. Kejap lagi,Linda cerita k...

Bawah ni,peta MMCR cawangan Shah Alam..



Kepada yang teringin nak jadi sebahagian famili Linda di MMCR,jom tengok macamana rupa MMCR cawangan Shah Alam, Seksyen 7.



Hujung minggu lepas,kedua-dua hari Sabtu dan Ahad,Linda luangkan banyak masa di cawangan MMCR Seksyen 7 , Shah Alam...

Dah nama pun kedai makan...kalau datang,asyik nak makannnnnn je...ni dgn ibu ayah..



Hari Ahad pulak,Linda datang sendiri...



Tengah lepak-lepak kat branch Shah Alam ni,Linda ternampak sesuatu...

Cuba baca bawah ni...




Rupa-rupanya kak Ogy Ahmad Daud sudah tinggalkan 'autograph' pada salah seorang staf Linda kat Shah Alam.. Thank you Kak Ogy sebab sudi menjamu selera di restoran Linda... Love u lah!

OK,back to work now. Kepada anda yang berminat untuk menjadi famili baru di MY MOM'S CHICKEN RICE , sila baca di bawah ;

Kritiria yang diperlukan;

JAWATAN : Pengurus

UMUR : 20 tahun ke atas

WARGANEGARA : Malaysia

KELULUSAN :
SPM ke atas

KEUTAMAAN ;
1. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan
2. Boleh bekerja tanpa pengawasan
3. Boleh bekerja lebih masa
4. Rajin
5. Cekap

Sesiapa yang berminat,sila hubungi Yatie 017 375 8003 untuk menetapkan hari temuduga. C u!

48 comments:

  1. wah maju sgguh your MMCR shop, tak pernah lagi berkesempatan nak makan2 kat your shop.

    best of luck with your franchising effort :)

    ReplyDelete
  2. wah... tahniah kak linda, berjaya membuka cawangan lagi...

    semoga kak linda dapat buka cawangan ke seluruh malaysia...

    p/s- dah penah mkn kat MMCR... sedappppp... ;-)

    ReplyDelete
  3. lah.. kak linda kt sek 7 ker... huhuhu ari sabtu lepas gi makan kt Asam pedas.. sedap gilerlah.. ingat dpt jumpa kak linda.. len kali nak dtg lagi arr. makan asam pedas..my favourite....

    ReplyDelete
  4. Linda oh Linda... Best r jd cam awak... Apa rahsia kejayaan...ahakksss.... Bila nak bukak cawangan kat tmpt kiter...?? Tak sabar nak tggu awak bukak cawangan kat sini.... Musti best !!

    Adios !!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Kak Linda Onn...!! semOga teRus beRJaya dan BerJaya.!! AMIN... bila nak buka cawangan di CHeras?? :) Leh saya jadi pengurus di situ plak.. HeheHe.. ALL THE BEST LINDA ONN...!!!

    ReplyDelete
  6. Go go Linda Onn!!! hehe...
    Will try it one day n hopefully will meet u there... ;)

    ReplyDelete
  7. owh kak linda nak carik pengurus restoran ke.. gud luck ye kak.. harap dpt pengurus yg bertanggungjawab.. :)

    ReplyDelete
  8. sukses2 selale ye kak linda, bile nak buka cawangan kt penang?huhu..

    ReplyDelete
  9. confirm i akan try mkn kat MY ASAM PEDAS SHOP... aritu, lalu je x sempat singgah... anywy, gud luck ye kak linda

    ReplyDelete
  10. kak linda, i murni blaja di cyberjaya uni college of medical sciences..

    14hb ni kteorg ada event purposely utk kanak2 mngsa HIV di rumah solehah..and program ni under Young Mercy Malaysia.

    so, nk jemput linda ke event kiteorg tu..kalau xboleh, tolong advertise kiteorg punya event ni pun dh ckup, dgn apa cara sekali pun lahh (blog, buletin, etc)..please2!

    linda hanya ajak je peminat2 linda utk dtg ke sana..

    14hb march, tapak A tasik titiwangsa..

    linda copy the details from http://dodgehiv.blogspot.com

    harap sgt linda dpt tolong..

    ReplyDelete
  11. pssstt kak nak toray mohon leh....kekekekeke..gurau jek..

    ala lau tau akak kat shah alam leh lepak sesama...tyme tu shaza kat shah alam jugak i mean hari ahad jumpe 'gengstar' kat sana..:)

    ReplyDelete
  12. samekum. Wah!! dah bertambah lg rezeki linda skrg ni. Akak percaya setiap dugaan yg linda lalui pasti ada ganjarannya. Akak dh rasa asam pedas tp lum rasa lg nasi ayam. Akak sentiasa doakan segala yg terbaik wat linda. Biar apa pun cabaran atau rintangan, linda hadapi je dgn POSITIVE THINKING, linda kan rasa kenikmatannya. Sayang linda

    ReplyDelete
  13. Hi Linda,

    Really admire you....though x penah jumpe u personally. hmmm...baca entry u nie buat I kecur air liur.....makin rindu kat mesia....tak sabar nak balik....why not open one here, in Perth?...Sini x banyak halal restaurant....kalau u bukak sure laku punye!!!! I will be u regular customer....wish u all the best girl!

    ReplyDelete
  14. Pakcik Onn bergaya lah kak linda ;)

    ReplyDelete
  15. salam kak linda-ari2 mesti nak tgk akak update tak blog-suka tgk pompuan yg rajin cm kak linda-berjaya sgh ek my mom chicken rice,,,bile la nk rase--kita kat JB ni--buka le kat JB...sian org JB...in law kiter org slgor..ngk ler cuti blk kg i try sgh...jgn lupa idea mngembangkan ke JB..saya ada gak terlibat projek iskandar...4ur info...jb naik mbangun walaupun ekonomi slow...area danga bay-nusajaya-puteri harbour,,, http://irmaputri-cupcake.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. kak nasi ayam stu.. anta kt johor ek?? hehe lawak je..

    ReplyDelete
  17. dah pernah mkn kat mmcr & my asam pedas...paling suka kat asam pedas sedap giler....tp satu je nasi dia sikit sgt la..i suggest bg dlm plate sorang satu...kalo anta dlm bekas nasi mcm x cukup je...

    ReplyDelete
  18. Salam.kak linda... bila nk buka cawangan kat kuching sarawak? Org sarawak suka makan2 bersama keluarga dan kawan2 di restoran@kedai makan mcm ni. Hobi org sarawak mkn di luar kut.

    ReplyDelete
  19. kak linda..bila nk bkak cwngan kt kelate....blh sy try mntk jwtan pngurus 2...hehehe

    ReplyDelete
  20. alhamdulh...murah btol rezeki kak linda nie..
    along doakan smoga kak linda berjaya francaiskan MMCr & MAPs...gud luck 2 u...

    ReplyDelete
  21. wow!kat shah alam ?..besh2...
    penah makan kat BB je...

    sedaaappp!!!

    ReplyDelete
  22. nak pi ari sabtu ni... bawak satu keluarga... kat sek. 7 shah alam.

    ReplyDelete
  23. Linda, boleh consider utk buka cwangan kat Kuching ye... Cos Kch needs new eating outlet... Dijamin dapat sambutan nanti...

    ReplyDelete
  24. lorrr!!! saya study d shah alam tak tahu lak ada MMCR di situ. selama ni gi d ampang je

    huhu...lepas ni kena gi cari. tp saya tak brape tau sgt seksyen 7 ni, tgk peta tak paham pula. takpela, cuba cari dulu.

    ReplyDelete
  25. waaa mau jugak aku g MMCR ne ta p apa kan daya duit tak cukup utk diterbangkan ke sana..bah besalah jauh bah tueee dari sabah p sana...

    ReplyDelete
  26. Salam Linda,

    Saya mmg ikut semua cerita Linda. I adore your work, commitment and how you handle your personal life. Mmg u bagi inspiration kepada byk wanita.

    Keep up the good work! Will singgah to MMCR bila sampai KL nnt.

    Dari: Izan, Negeri Di Bawah Bayu

    ReplyDelete
  27. kak linda.. saya pie ari ahad dalam area 3.45ptg ++ ke atas akak takder pon.. 1st time pergi kat shah alam tuh
    tringin sgt nak merasa nasi ayam kak linda nie.. hehehe akhir nyer jumpa.. memaksa hubby jugak utk cari restoran akak nie sebab kebetulan kitaorg g tesco ....
    nak komen sket boleh tak kak..
    huhuh kenapa ayam sikit sangat... huhuh tak puas makan... kicap kat ayam tuh sedap.. saya suker..
    apa pun semoga bizz berjaya
    muaahhh

    ReplyDelete
  28. kak linda, saya pernah mkn di MMCR Shah Alam..xnak buka branch kat Putrajaya lak ke?? hu huu..kalo ada satu branch kat sini senang sket..leh pi mkn selalu..

    ReplyDelete
  29. selalu dengar org kata best jer tapi tak pernah try... kalau balik malaysia sy bawak satu family pegi makan MMCR:)~

    ReplyDelete
  30. dkt dgn kompleks belia & kebudayaan selangor ek...spatutnye tis weekend ada wat event motorsports kat sana..sekali postpone da...klu tak..harus weols bwk krew beramai2 serang mmcr!

    ReplyDelete
  31. Samekom Linda.Bestlah dah ada dekat Shah Alam.Lehlah lea g. Dekat sikit ngan puchong. Tahiniah Linda.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum linda,

    Ada menu asam pedas ikan MAYONG tak? Pleaseeeee..my wife mengidam lah nak makan menu itu...:(

    ReplyDelete
  33. congrats ya. u go girl!

    ReplyDelete
  34. hye Linda!!

    I just found out abt ur blog, and I find u r very inspiring!!!! currently im stuck working in the office(9-5 job) which is boringggg, and i think u have a great life with all the food businesses.. very very inspiring... girl power!! u love what u're doing.. Love reading ur blog, keep it updated ok? :-)

    ReplyDelete
  35. tahniah..suka tengok org melayu berjaya....

    ReplyDelete
  36. salam kak linda..
    first time baca blog kak linda seems like u are really entertaining & educating people..!

    kak linda saya nampak banyak cita-cita..
    kak linda bukan sebarang wanita melayu..!

    doa ikhlas dari saya,
    anak ibu

    ReplyDelete
  37. kak linda...
    xsempat g mkn kt tmpat kak linda tu...
    xthu nk g mcm mn..
    yg dkt ngan midvalley ade x?
    nnti leh mkn ngan kak linda skali

    ReplyDelete
  38. akak x mau bukak kt area kelana jaya ker??

    ReplyDelete
  39. nak sangat makan kat kedai kak linda.tapi tak berkesempatan.lagipun saya duduk kat batu pahat.datang kL pun jarang-jarang..kalau turun kL pun, macam lah tahu jalan..hurmmm...bila lah dapat makan kat kedai kak linda.. :-(

    ReplyDelete
  40. kak linda tak mau bukak kt area Kepong atau Segambut ker?saya pernah makan mmcr ampang point beberapa kali cuma jauh sikit dari rumah.saya harap kak Linda leh bukak kt area kepong atau segambut ya.

    lynn
    Kepong

    ReplyDelete
  41. Thanks guys !

    Kalau Linda dah francais nanti , jangan cakap Kepong,Mid Valley,Kelana Jaya je Linda bukak , malah Linda bercita-cita nak buka di Australia,London,Singapore,Brunei,Sarawak,Sabah dan banyakkkk lagi !

    InshaAllah...InshaAllah...InshaAllah....

    ReplyDelete
  42. agak2 bl plak linda nk buka branch MMCR kt melaka?

    ReplyDelete
  43. ~Tahniah kak linda... kak linda dah berjaya bukak banyak francais..
    ~bila la eila nak dapat mkn kat MMCR ni ekk...sebab kak linda tak bukak pon francais MMCR ni untuk orang2 JB... sedih tau...

    ReplyDelete
  44. Oklah saya ni peminat makanan2 kat MMCR...mmms sedap best dgn layanan, walaupun saya pernah kecoh2 sikit2 dulu sebab kerabu mangga dah habis hehehe, tapi layanan diaorang tetap gah kat Ampang point. makanan jangan cakap lah sedap!!! ni nak pi lagi sebab ada lagi dalam menu belum cuba, asyik nak makan nasi ayam je, hari tu makan mee rebus tapi kawan punya nasi ayam jugak ku tibai, tapi ayam roasted, next time nak ayam yang lagi satu. Linda, i suka minum air blended asam boi, tapi hari tu i minum takut air tu pekerja guna air tak masak atau ais tu tak bersih la, i balik esoknya tonsil i bengkak, i memang sensitive sikit pasal air, Linda tolongnya bagitau diaorang pasal air blended tu, takut supplier ais tu guna air tak masak, hati2 ok, i suka sangat2 air tu. plus tv kat situ rosak la dear, tolong tengok kan ye. takda tv cepat i makan, kalau tak lama sikit boleh try macam2. I nak serang asam pedas pulak!!!! lepas makan nasi ayam you, nasi ayam tempat lain kirim salam je la, lagipun your place boleh makan tanpa WAS WAS, orang islam kita.

    ReplyDelete
  45. Hi!! Rudy..sy yatie selaku manager diMMCR, terima kasih diatas sokongan beterusan anda kepada MMCR, bagi menjawab comment anda berkenaan dengan air sour plum yang menyebabkan tonsil rudy bengkak .Kami diMMCR sentiasa menjaga kebersihan kedai dan cara penyediaan makanan & minuman kami juga sentiasa kami titikberatkan.Kami tidak pernah menggunakan air mentah bagi menyediakan minuman kepada pelanggan, kami hanya menggunakan air suam yang telah dimasak terlebih dahulu bagi proses membuat air dan ice kami adalah dari pembekal yang terjamin kebersihannya dan telah bertahun2 bersama kami, tong penyimpanan ice kami pun setiap malam akan disiram dengan air panas, bagi membunuh bakteria.Bekenaan dengan tonsil Rudy pula sememangnya penghidap tonsil tidak boleh mengambil air yang berais atau makan makanan yang pedas2,jadi saya rasa penyakit tonsil rudy bukan datang dari air minuman itu.Disini saya berikan sedikit panduan untuk Rudy kecutkan tonsil itu dengan mencuba makan betik atau scott emulsion, insyallah tonsil itu akan cepat sembuh, terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan kepada MMCR.

    ReplyDelete
  46. name je org johor linda nih..tapi kedai kat jb tak de... tu nnt ade jawatan kosong tuh..bg tahu sket... hehehehe

    ReplyDelete
  47. ble plak nk bkak cawangan kat tampin ataupon mlake???memg tringin gle nk mkn nsik ayam n asam pdas kak linda...

    ReplyDelete