Monday, November 29, 2010

Artega is coming to town !

Linda terlalu teruja untuk kongsi cerita ni dengan u all. Baru-baru ni, ada penemuan baru sebuah kereta sports yang bakal berada di pasaran Malaysia tahun depan. Linda beri info ni istimewa untuk pembaca blog Linda. :-)

Kereta yang Linda maksudkan ialah ARTEGA GT..



Perghhhh... Kereta ni memang cun ! Linda diberitahu ianya adalah buatan tangan dari Germany. Designer Aston Martin adalah designer untuk kereta ni.

Mutiara Motors Sdn Bhd memegang francais Artega bagi seluruh negara Asean dan mula menjual kereta ni di Jepun. Tahun 2011, kereta ini akan berada di pasaran Malaysia. So, kepada yang minat kereta terutama kereta sports, tunggu kehadiran ARTEGA GT tahun 2011 ok !

Nanti Linda akan masukkan lagi gambar2 & cerita2 Artega yang terkini untuk y'all ok!

Check out website www.mutiaramotors.com dan disitu ada link ke website ARTEGA GT. Vroooommmmmmmmm !!!

3 hari 3 malam sambut birthday !!

Hi guys! Teringin sangat nak bercerita tentang birthday party Linda tapi jam sekarang dah pukul 2.30 pagi. Mata pun dah ngantuk sangat. So, teruskan klik di blog Linda ni ye. InshaAllah, nanti ada story pasal birthday party Linda yang diadakan 3 hari 3 malam !! Fuyoooo!! Pertama kali dalam hidup celebrate habis-habisan macam ni. BTW, Linda ucapkan terima kasih kepada semua yang sampaikan ucapan kepada Linda melalui SuriaFM, Facebook, Twitter, email dan tak lupa juga yang kirim kad serta hadiah. Linda sangat hargai semua tu. God bless y'all ! Tungguuuuu ok!

Thursday, November 25, 2010

Happy Birthday SuriaFM !!

Pada 24 November 2011, genap usia Suria FM 3 tahun. Alhamdulillah. Walaupun ini tahun pertama Linda dengan Suria tapi Linda rasa macam hubungan antara kami 'dah lama'. Rasa macam satu famili. Linda rasa sangat happy di SuriaFM & bersyukur kerana pendengar Suria meningkat dalam masa setahun dari 690,000 ke 1.9 juta pendengar. Terima kasih kepada yang tak henti2 beri sokongan. Terima kasih juga kepada pengikut Linda yang kini beralih ke Suria FM. InshaAllah Linda akan bekerja lebih keras lagi agar Suria FM jadi No.1 di Malaysia ! Diharap Suria FM semakin maju & memperbaiki kualiti dari masa ke masa. Ameen.

Ulangtahun Suria FM disambut meriah di Studio V, One Utama dengan kehadiran ramai artis2 serta pendengar2 setia.

Seawal jam 4 petang, Linda ditugaskan keudara bagi siaran luar Suria. Kalau u all dengar Suria petang tu, pasti u all ada dengar banyak temubual Linda bersama dengan artis2 yang hadir.


...dan di dalam rancangan Linda, semua penyampai berkumpul untuk mengucapkan 'Happy Birthday' kepada radio tercinta kami selepas kek dipotong.. We love Suria!


Acara potong kek. Bersama dengan penyampai2, bos2 dan sebahagian artis..



Happy birthday Suria!

Semoga panjang usia SuriaFM, semoga menjadi radio terbaik negara & semoga menjaga kami (penyampai2) dengan baik.. :-)

My Mom's Chicken Rice !!




Sunday, November 21, 2010

Hollywood baby!

Hari Ahad yg slow buat Linda tapi diceriakan dgn hadiah daripada kakak ipar dan kawan Linda dari Jepun yang baru pulang dari Los Angeles!

Rasa seronok sangat bila dapat souvenir topi Hard Rock LA dan mug Walk Of Fame yang ada nama LINDA... Thank u guys! Satu hari nanti, Linda akan ke LA lagi....rindu kenangan lama. :-)

Hv a great weekend y'all !!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, November 13, 2010

Ride Gembira!

Hallooo! Updated via bb.

Sekarang Linda bersama ahli One Nation Event membuat 'ride' ke karnival Sekolah Kebangsaan Taman Gembira, Klang.

Sebentar tadi acara dirasmikan oleh Dato' Hj. Faizal, Pengerusi Belia 4B Negeri Selangor.

Tahniah kepada guru2, pelajar2 dan ibu bapa atas kejayaan dalam keputusan UPSR baru2 ni dan juga dalam sukan hoki. All the best!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 7, 2010

Alahai CAK...


Gosh! I just hate doing this! ....tapi apakan daya, masih ada lagi wartawan yang menulis tanpa membuat homework. Kali ni, ketidaktepatan fakta perlu diperbetulkan.

Dalam artikel di atas jelas menggambarkan ini LINDA ONN. I'm sorry dear reporter, selebriti sekarang ada banyak medium untuk menegakkan keadaan sebenar. So, Linda gunakan medium blog ini agar namaku yang telah kamu aibkan dalam akhbar harian (7 Nov 2010) dapat dibersihkan, InshaAllah.

Alahai CAK, untuk pengetahuanmu, motorsikal berkuasa tinggi 1000cc yang Linda beli sejak Mac 2010 masih lagi ada dengan Linda. Cuma motor tu tak pernah Linda gunakan bagi sebarang sesi fotografi untuk tujuan keselamatan. Sepertimana kata CAK, motor Linda tidak sehebat mana...hmm...hebat atau tidak motor tu, apa kata u pergi check. :-)



Sejak kebelakangan ini, banyak 'event' yang dianjurkan oleh syarikat motor berkuasa tinggi yang menjemput Linda dan membenarkan Linda memilih apa-apa motor yang Linda ingin tunggang. Itulah kelebihan selebriti. Gambar2 yang Linda ambil diatas motor syarikat tersebut adalah tujuan untuk mempromosikan motor-motor mereka dan mempromosikan 'event' mereka....bukannya untuk Linda berlagak meminjam motor orang. Buat apalah nak berlagak? Kita ada motor kita sendiri..


Linda sangat bersyukur kerana menjadi selebriti yang terpilih untuk 'ride event' mereka. Jujur, Linda tak pernah pinjam motor orang pun tapi orang selalu 'offer' Linda untuk bawak motor mereka. Pelik tapi benar..
Hmmm...nak explain panjang2 pun tak perlulah kot. Yang penting Linda happy dengan hobby baru Linda ni. I'm enjoyin' it!


Kepada CAK
, apa kata bila free nanti, ikut Linda naik motor berkuasa tinggi yang DAH LAMA Linda beli, nak ? Or nak try motor baru Linda? Coming out soon ! :-)

Wednesday, November 3, 2010

Kejayaan sebutir Mutiara

Sebenarnya dah lama Linda nak kongsi cerita ni dengan u all tapi tak berkesempatan dek kesibukan Linda. Sekarang, tepat jam 2.30 pagi, baru Linda 'free' dan rasanya dah tiba masanya untuk kongsi cerita ni..:-)
Dulu, waktu Linda tinggal di JB dan masih remaja, setiap kali Linda lalu sekitar Jalan Tebrau, Linda selalu ternampak sebuah bangunan yang menjual kereta. Disebabkan Linda memang minat kereta, maka Linda jadi sangat tertarik dengan syarikat ni. Apa yang istimewanya company yg jual kereta ni? Bukankah banyak lagi syarikat kereta yang lain kat JB? Nak tau kenapa? Istimewanya bangunan ni,diatasnya ada sebuah kereta berwarna hijau. Linda selalu bertanya sendiri...Kenapa kereta tu kat atas bangunan ek? Biar betul? ..tapi itulah realitinya dan itulah tarikan serta keunikan syarikat Mutiara Motors yang memang gah di Johor Bahru.

Ia dimiliki oleh Datuk Ahmad Kemin.

Atas: Inilah dia bangunan yang ada kereta hijau diatasnya.. Showroom Mutiara Motors di Jalan Tebrau, JB

Untuk pengetahuan u all, Linda ni memang suka sangat bila tengok sesebuah syarikat yang maju dikendalikan oleh orang Melayu kita. Entah kenapa.. Linda rasa bangga sangat bila tengok orang Melayu maju. Pernah ada suara sumbang Linda dengar dulu..katanya, "Melayu kalau buat bisnes, takkan maju". Tapi Datuk Ahmad Kemin berjaya membuktikannya..
Baru-baru ni, Linda berkesempatan bertemu dengan Datuk dan beliau sendiri menghulurkan bukunya kepada Linda. Buku itu diilhamkan oleh Datuk JEJAK MUTIARA " ...Tak Jatuh...Tak Pandai...". Didalamnya menceritakan bagaimana beliau mula bertapak dalam bidang perniagaan kemudian pernah melalui saat2 getir dalam hidup, jatuh dan bangun, kini Datuk menjadi salah seorang usahawan yang sangat berjaya. Membaca buku tu cukup memberi semangat kepada Linda untuk mahu berjaya tanpa menoleh ke belakang. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Jangan mudah mengalah.



Kalau dulu Linda hanya tahu tentang bangunan yang ada kereta hijau diatasnya.. Sekarang Mutiara Motors sudah ada banyak cawangan perniagaan lain. U all boleh lawat laman web ni ok www.mutiaramotors.com


Atas: Showroom Mutiara Motors di Larkin, JB

Well.. Linda pegang kata-kata tu.. Tak jatuh.. Tak Pandai.. Thanks Datuk Ahmad Kemin atas kata-kata nasihat yang amat memberangsangkan dalam buku tu. Terima kasih juga sebab beri Linda buku tu. Linda mahu jadi Melayu yang berjaya macam beliau dan Linda harap lebih ramai Melayu kita yang mahu berjaya.
Biar nama kita me'layu'...jangan kita makin me-layu... Salam.

Monday, November 1, 2010

MYFREN Forum 2010

Minggu lepas, Linda dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel bagi forum MYFREN iaitu Malaysia Young Female Entrepreneur (Forum Usahawan Wanita Muda Malaysia) di Berjaya Times Square Hotel, KL.


Forum ini adalah untuk membentuk lebih ramai lagi usahawan terutama kaum wanita di Malaysia. Ramai yang hadir antaranya golongan usahawan dan ada juga yang baru nak menjinakkan diri dalam bidang perniagaan.

Linda dan ahli-ahli panel yang lain membicarakan pengalaman memulakan perniagaan dan cabaran yang kami lalui sepanjang menjalani perusahaan.


MYFREN merupakan satu platform yang baik agar lebih ramai lagi wanita muda tampil ke depan untuk menjadi wanita yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Banyak ruang dan peluang francais yang disediakan di sekitar forum ini.

MYFREN dirasmikan oleh isteri YAB Perdana Menteri iaitu YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Sepertimana yang dinyatakan oleh Datin Paduka, MYFREN akan mewujudkan satu platform utk mengumpul pemikiran dan idea para usahawan untuk menggalakan rakyat Malaysia terutama wanita muda ke bidang perniagaan.

Bawah: Linda bersama Pengerusi MYFREN Dato' Noraini Ahmad dan YB Dato' Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan)


Linda bersyukur kerana ketika Linda sedang belajar untuk memfrancaiskan restoran Linda, MY MOM'S CHICKEN RICE, ketika ini jugalah Linda dipertemukan dengan YB Dato' Tan Lian Hoe dan Dato' Noraini Ahmad. Pelbagai isu francais yang telah Linda pelajari daripada mereka berdua.

InshaAllah, Linda akan mula membuka ruang kepada semua yang berminat membeli konsep perniagaan MY MOM'S CHICKEN RICE - Citarasa Linda Onn kepada sesiapa yang berminat.

Bawah : Linda bersama YBhg Dato' Maznah Hamid. Seorang lagi usahawan wanita yang menjadi idola Linda. Beliau digelar 'wanita besi'. Gambar2 di sekitar MYFREN..



Tahniah kepada MYFREN dan semoga segala usaha serta niat murni melahirkan ramai lagi usahawan-usahawan baru serta bermanfaat untuk negara akan tercapai. Ameen.

Nantikan program-program MYFREN yang akan datang !