Dulu, waktu Linda tinggal di JB dan masih remaja, setiap kali Linda lalu sekitar Jalan Tebrau, Linda selalu ternampak sebuah bangunan yang menjual kereta. Disebabkan Linda memang minat kereta, maka Linda jadi sangat tertarik dengan syarikat ni. Apa yang istimewanya company yg jual kereta ni? Bukankah banyak lagi syarikat kereta yang lain kat JB? Nak tau kenapa? Istimewanya bangunan ni,diatasnya ada sebuah kereta berwarna hijau. Linda selalu bertanya sendiri...Kenapa kereta tu kat atas bangunan ek? Biar betul? ..tapi itulah realitinya dan itulah tarikan serta keunikan syarikat Mutiara Motors yang memang gah di Johor Bahru.
Ia dimiliki oleh Datuk Ahmad Kemin.
Atas: Inilah dia bangunan yang ada kereta hijau diatasnya.. Showroom Mutiara Motors di Jalan Tebrau, JB
Untuk pengetahuan u all, Linda ni memang suka sangat bila tengok sesebuah syarikat yang maju dikendalikan oleh orang Melayu kita. Entah kenapa.. Linda rasa bangga sangat bila tengok orang Melayu maju. Pernah ada suara sumbang Linda dengar dulu..katanya, "Melayu kalau buat bisnes, takkan maju". Tapi Datuk Ahmad Kemin berjaya membuktikannya..
Baru-baru ni, Linda berkesempatan bertemu dengan Datuk dan beliau sendiri menghulurkan bukunya kepada Linda. Buku itu diilhamkan oleh Datuk JEJAK MUTIARA " ...Tak Jatuh...Tak Pandai...". Didalamnya menceritakan bagaimana beliau mula bertapak dalam bidang perniagaan kemudian pernah melalui saat2 getir dalam hidup, jatuh dan bangun, kini Datuk menjadi salah seorang usahawan yang sangat berjaya. Membaca buku tu cukup memberi semangat kepada Linda untuk mahu berjaya tanpa menoleh ke belakang. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Jangan mudah mengalah.
Kalau dulu Linda hanya tahu tentang bangunan yang ada kereta hijau diatasnya.. Sekarang Mutiara Motors sudah ada banyak cawangan perniagaan lain. U all boleh lawat laman web ni ok www.mutiaramotors.com
Atas: Showroom Mutiara Motors di Larkin, JB
Well.. Linda pegang kata-kata tu.. Tak jatuh.. Tak Pandai.. Thanks Datuk Ahmad Kemin atas kata-kata nasihat yang amat memberangsangkan dalam buku tu. Terima kasih juga sebab beri Linda buku tu. Linda mahu jadi Melayu yang berjaya macam beliau dan Linda harap lebih ramai Melayu kita yang mahu berjaya.
Biar nama kita me'layu'...jangan kita makin me-layu... Salam.
betul tu linda..saya juga bangga melihat melayu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..sy juga bangga dengan linda..seorang usahawan wanita melayu yang boleh dikatakan berjaya..bende2 mcm ni lah menjadi inspirasi kepada semua anak2 melayu supaya mereka berjaya suatu hari nanti..
ReplyDeleteape2 pun congrate Linda keatas pencapaian yang Linda capai sehingga kehari ini. ;)
Salam Linda...
ReplyDeleteTeruja kak sue baca tulisan Linda kali ni..
Walau tidak setanding bangsa Cina, ramai juga Melayu kita yg berjaya, to name few; keluarga Tan Sri SM Nasimuddin 'NAZA Motors', Tan Sri Shamsudin 'Sapura Holding', Syed Mokhtar Al-Bukhari, Datuk Maznah Hamid dan seorg jutawan yg sedang meningkat naik...LINDA ONN! Tahniah Linda... I'm proud for you..!
Bila lagi Linda nak tulis buku pengalaman pahit maung yg diharungi dlm meniti kejayaan Linda dlm 2 bidang yg begitu berbeza?
[p/s: Cuma nak pastikan sket, bukan ke Datuk Ahmad Kemin 'Mutiara Motors' ni bapa mertua artis/penyanyi Juliana Banos tu..?]
Semoga Linda terus berjaya dlm kehidupan di dunia n akhirat.
Terima kasih.
Betul Sueozana..
ReplyDeleteTerima kasih Sufi dan Sueozana.. :-) Alhamdulillah dan Linda bersyukur dgn apa yg Linda ada hari ini. Walaupun Linda belum berjaya seperti nama-nama besar yang lain tapi inshaAllah Linda akan bekerja keras untuk majukan diri.. Terima kasih atas sokongan.. :-)
Salam kak linda...
ReplyDeletesy bangga dengan semangat kak linda....
kak linda seorg melayu yg ingin mengubah diri sendiri...ingin mengecapi kejayaan,ingin berjaya di dalam hidup,terutama didalam bidang perniagaan,tidak ramai melayu kita yg mempunyai semangat mcm kak linda...
sy harap kak linda akan terus berjaya dan boleh memberi inspirasi kepada orang laen utk same2 berjaya seperti apa yang telah kak linda kecapi...Amin
Salam kak.. saya sendiri dulu kalau pikir pasal bisnes mesti cuak dan takut nak start sbb takut sangat rugi.. mungkin sbb kurang pendedahan pasal bisnes ni,kalau ada pun time uni dulu tengok member sibuk masuk MLM..
ReplyDeletetp bila dh makin dewasa ni baru sedar dan terbukak mata yg mcm akak kongsi, tak jatuh maka tak pandai.. ditambah pulak dgn example mereka yg berjaya dr bwh mcm akak dan lain lain...
thanks for sharing and the motivation kak..
Semoga sukses berterusan.. doa doakan lah saya pun dpt ikut jejak akak dan yg lain lain tu.. insya allah..
Well done, good luck & all the best Linda...
ReplyDeletebangga tengok orang melayu kte berjaya..
ReplyDeletekak linda, kat ne nk dpt kn buku datuk ahmad tu?
ReplyDeletehi kak linda...mana nak dapat kan buku tu ek?
ReplyDeleteLinda tak pasti samada buku tu masih berada di pasaran atau tidak. Nanti Linda cek ye..
ReplyDeletehai kak linda...
ReplyDeletei.m ur biggest fan tau...
sangat bangga dengan kejayaan akak..
i wanna be like u..
nak tanya...
kat mana leh dapat buku yang kak linda cakap tu?nak sgt baca..
klau ade info akak bagitau ehh..
kak linda...best la entri ni...hehehe...bangunan ni dr kecik kot sy minat...sbb pelik...mcm ne kete blh letak atas tu...hehehe...mutiara motors antara yg terhebat kot mcm naza...
ReplyDeletemutiara motors pun ada pusat peranginan sendiri kat teluk mahkota...
assalamualaikum...
riffzam.blogspot.com
benda ni dtg berpakej... usaha, doa , tawakal..
ReplyDeletekerja keras mcm mane pun.. kalau mendongak langit sagt tak kemana.. sekejap je nnt..
tuhan dah kata,
kau mintak Aku bagi.
salam,
ReplyDeletetak jatuh..tak pandai...sbb bila sudah jatuh kita belajar kenapa kita jatuh...banyak sebabnya..itulah kita semakin pandai kerana sentiasa berfikir dan mencari alternatif/jalan dan membuat keputusan supaya tidak jatuh lagi pada masa akan datang...Imah
Lps bace entry blog akk nih, rasa berkobar2 nk bukak tadika cepat2.. rasa x sabar nak abehkan study ni... huhuhu
ReplyDeleterumah dia dekat dgn saya.. ade lift kat dlm.. dasattttt
ReplyDeleteSalam Linda. Saya juga agak impressed dengan icon Mutiara Motors yg ada kereta hijau di atas dan selalu wonder...how on earth did they managed to stick the car atas bumbung tu and adakah ia stabil bila ribut...hahaha.
ReplyDeleteSaya percaya...making mistakes (jatuh) itu sesungguhnya ada hikmahnya dengan syarat kita mengambil ikhtibar atas kesilapan2 itu. Kalau dah tahu depan licin dan jatuh itu sakit, maka kita akan cari alternatif either we slow down and take our steps carefully or kita ikut safer route...(once bitten, twice shy) Bukan sahaja dlm bidang business, tetapi juga dalam perjalanan hidup seharian...
Tahniah pada Linda..kerana untuk berjaya, kita harus keep an open mind to explore and to learn from others and improvise which is exactly what you are doing now. Keep up the spirit...the final destiny is worth the efforts... :)
Semoga Kak Linda juga berjaya sepertinya. Amin.
ReplyDeletehalo sis linda...
ReplyDeletesmlm kite lepak sesme..
arini sy dah smp @ JB
so td mmg terpandang kedai kereta tu and terpkir adakah tu real kereta atau mainan..hehe..
pastu terbaca plak blog u sis..kn smlm tgh update..mlm td mmg xsmpt nk bc..
statement mmg kelasssssssss menjahit..hehe
hidup Linda Onn..hehe..peacee
kak linda .. aritu saya g kelas, tgk keta ijau tuh... tersentuh plak.. semangat nak g study!!
ReplyDeletehmm...
ReplyDelete:)
saya pun nak berjaya.
perlahan-lahan kumpul duit..
dan berjimat cermat...
tapi kan. kalo tgk betul2kete tu.. dlm dia kosong ar..... nnt sy round lagik....
ReplyDeletebagus linda..sekali sekala linda keluarkan cerita kat blog berkaitan keusahawanan..supaya org lain ada minat & keinginan utk bisnes. Terutama org muda!
ReplyDeletesaya masih ingat lagi dulu2...bile terpandang bangunan mutiara tu..kata dalam hati. Tak sayang ke kereta tu letak atas bangunan tu berhujan dan panas. Time tu..tu je la bangunan tinggi di jalan tebrau.
"....tak jatuh...tak pandai" pastikan " bile dah jatuh...pandai bangun & marakkan semangat" hee...
adik selalu tnye kete ijau to kete betul ke?knapa dy ltk atas tu?sebab dy nk berjaya smpai langit ea?budak kecik dengan perspektif sndiri..dalam diam mengagumi..
ReplyDeletekecikcinonet.blogspot.com
askum kak linda.....
ReplyDeleteermmm.....teringin sgt jd usahawan b'jaye cm kak linda....Insyaallah...dlu,kalo lalu bngunan ue....msti singgah tepi jln nk tgok lme2 kete ue.....mak kta nk b'jaye msti ade keunikan b'bnding owg len...........