Thursday, January 8, 2009

Miracles Do Happen !

Selalunya,kalau kita cakap pasal 'miracle' atau keajaiban,pasti kita rasa itu mustahil untuk terjadi.

Kelmarin,Linda tercicir memory card kamera di sekitar Astro. Linda dah betul2 gelabah. Pertama,memory card ni mahal. Kedua,memory card ni ada beribu-ribu-ribuuuu gambar Linda. Semua gambar kenangan di pelbagai acara ada dalam memory card Linda ni. So,kalau card ni hilang,memang Linda stres sampai ke hujung tahun. :-) Kalau Linda hilang memory card ni,habislah semua detik-detik indah yang Linda rakamkan sepanjang tahun 2008,LENYAP begitu saja.

Habis semua sudut studio dan lobby Astro tu Linda 'geledah' untuk cari card ni. Tanya orang sana sini. Siap telefon ibu & ayah Linda yang ada kat JB untuk tanya doa apa patut baca kalau kehilangan barang. Akhirnya,tah macamana,terlintas pulak Linda untuk hantar email kepada semua staf di bangunan tu.

Balik je dari kerja,Linda fikir...tak logik untuk memory card sekecil ni untuk dijumpai...Mana mungkin benda sekecil ni dapat menarik perhatian orang?


Sambil selawat ke atas nabi...sambil baca Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin.. Sambil Linda pandu kereta pulang dengan perasaan hampa. Dalam hati dah terdetik 'Should I just buy a new memory card?'...Oh what a waste...

But...miracles do happen ! Esok pagi,dapat panggilan dari seorang staf yang memberitahu berita gembira. Katanya ' your memory card is here,Linda! Someone from the IT department found it!'. Reaksi pertama Linda ialah...."WHATTTTTTTTT???!!!"... Reaksi kedua ialah..."YA ALLAH,besarnya kuasamu ya Allah..".

Tahu kat mana memory card ni dijumpai? Kat atas tong sampah,luar bangunan Astro dan memory card ni dah berjemur kat luar sehari semalam. (Hehe..agaknya card ni bertapa kejap kot) . Ada lagi makhluk Allah yang berhati mulia,menjumpai benda ni dan ambil berat untuk pulangkannya. Shukran...

OK . Cerita seterusnya...

Linda memang berangan nak francaiskan restoran Linda tahun ni. Nak francais tapi tak tahu selok beloknya. Tiap-tiap hari Linda buka internet untuk mengetahui tentang Francais.

Pada satu pagi yang indah,Linda dapat panggilan telefon daripada seseorang yang memang mahir menguruskan hal-hal francais kat Malaysia ni. Reaksi pertama Linda ialah "WHATTTTTT???!!!" ... (again). Pucuk dicita,ulam mendatang. Reaksi kedua "Ya Allah,shukur ya Allah,seperti langkahku untuk francais makin hampir bila ada hambamu yang datang kepadaku untuk menghulurkan bantuan".

Linda terus bersemangat untuk memenuhi impian Linda. Rasa seronok sampai ingin berkongsi dengan u all. Di bawah ni pejabat baru Linda yang terletak di Ampang. Ofis ni akan jadi tempat untuk segala urusan MY MOM'S CHICKEN RICE S/B dan MY ASAM PEDAS SHOP S/B.

Perabot baru sampai...mesti posing. Hehe...


So,guys,miracles do happen. Kalau u kehilangan sesuatu,dengan izin Allah ia akan kembali dalam hidup u. Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat kelak. Kalau u inginkan sesuatu,dengan izin Allah u akan dapat. Mungkin bukan sekarang tetapi lambat laun,dengan berkat doa,u will get it! Doa adalah kunci utama... Sujud shukurlah pada setiap 'hadiah' yang Allah kurniakan.
Alhamdulillah...

21 comments:

  1. iye.. TEPAT SEKALI.. dengan HANYA DIALAH sahaja kite BERSUJUD DAN MENGHADAP.. KeagunganNYA TIADA TOLOK BANDING-NYA.. ALLAH HU AKBAR.. ALLAH HU AKBAR..

    ReplyDelete
  2. yesss babeh..

    i kno u can do it to face all of this..
    ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA BERKUASA..DARI DIA
    KITA DTG, KPD DIA KITA KEMBALI..

    semua yg berlaku pasti ada hikmah sebaliknya..

    u r such a gal power linda..

    ReplyDelete
  3. Linda, cool posting! motivating and pleasure to read it! Keep it up girl!

    btw, tell us more abt the franchaise thingy..someone reading your blog might be interested too!

    ReplyDelete
  4. K.Linda...

    Yup..Allah owez mendengar doa hambaNYA...teruskan berdoa dan berusaha.. usaha +doa+ tawakal= kejayaan...

    ReplyDelete
  5. Betul tu kak linda...
    Yang penting kita tak berputus asa bermohon denganNYA...

    ReplyDelete
  6. You're indeed a very lucky girl Linda....
    Mesti happy gila punya...
    Nice reading your blog, hope to read more interesting entries from you..bila nak turun Singapore lagi eh??

    ReplyDelete
  7. hai kak linda...

    memang kak linda nie bertuah betullah...susah nak dapat luck macam kak linda nie...

    kak linda anie nak tanya :-
    a)kak linda ader email personal tak?
    b) approve lah saya kat facebook kak linda
    c)kak linda macam best jer office baru kak linda tu... anie nak bagi resume boleh...hehehhe
    d) kalau dapat anie nak ym kak linda sekali itu pun kalau ader ler? plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

    anie tunggu email dari kak linda tau....
    ...::::aniey1982@yahoo.com.my:::......

    ReplyDelete
  8. Hi aniey ..

    OK Kak Linda jawab ye.
    a) Ada email. lindaonn77@gmail.com
    b) Nanti kak linda add adik kat facebook ye. Masalahnya ada lebih kurang 1200 friends requests,So,setiap kali nak add,sure FB jam!
    c) resume ? Hehe.. boleh.. Nanti kalau nak iklankan , Kak linda masukkan dalam blog ye.
    d) ym...? Takder laa...

    ReplyDelete
  9. wahhh best nya...nanti boleh la org jauh mcm saya ni makan di restoran akak linda. kalo tak every year kena gi my mom's chicken rice di ampang tu. semoga segalanya berjalan lancar ya.

    ReplyDelete
  10. salam. hi kak linda.

    im actually from uitm segamat. taking a program of diploma in investment analysis. currently on my third year. skrg ni group saya kene carik company SME (small and medium entrepreneur) company untuk ktorang kaji bagi kursus Business Development. So, if kak linda x keberatan, boleh x if ktorang jdkan my mom's chicken rice atau my asam pedas untuk dijadikan model? Kalau dibenarkan, nnt ktorang bole pegi ke branch kak linda dan interview manager kt situ or even kak linda sendiri (kalau free lah hehe). Di akhir semester ni ktorang kene present pada lecturer dan class ttg bagaimana kak linda bangunkan brand kak linda sendiri. Objektifnya untuk kami ialah belajar bagaimana untuk bangunkan business. Lebih2 lagi kak linda ialah bumiputera. Jadi, banyak manfaat yg ktorang boleh dapat. So, harap2 kak linda dapat approve. Nanti ktorang anta official request dari UiTM. tq.

    Arif Rusli
    daxvilo@rocketmail.com
    arifrusli.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. salam kak linda.. kan betul sya ckp dlm comment sy yg sblm ni ttg doa kak linda pasti cepat di tunaikan.. coz doa org2 teraniaya cepat makbulnya.. kan kt leh tgk, sume nyer balik pada ISLAM.. cara hidup ISLAM itu memudahkan dan menyenangkan umatNya.. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  12. good luck Linda with the franchise!!

    ReplyDelete
  13. Linda...please give me more info on the francais yeah. I'm interested la plak nak tau lebih2. Hehe.

    ReplyDelete
  14. hye kak linda....
    bru jumpe kak linda punya blog..
    slalu bce kat sinar.fm je...
    kak linda bkk la MMCR kat seremban...
    org seremban pun nak gak rasa nasi Ayam cita rasa Linda Onn...hehhee...
    ofis baru cam gempak je...cam best je...
    any vacancies???

    ReplyDelete
  15. So,guys,miracles do happen. Kalau u kehilangan sesuatu,dengan izin Allah ia akan kembali dalam hidup u. Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat kelak. Kalau u inginkan sesuatu,dengan izin Allah u akan dapat. Mungkin bukan sekarang tetapi lambat laun,dengan berkat doa,u will get it! Doa adalah kunci utama... Sujud shukurlah pada setiap 'hadiah' yang Allah kurniakan.

    Linda,sorry pinjam ayat-ayat u ni..
    yup..i bersetuju sgt dgn apa yg u sampaikan..inilah kehidupan..
    ada masa yang baik,ada yang tidak..tp semuanya ada hikmah dan cerita disebaliknya..kita sebagai manusia perlu berfikir sedalam2nya..
    kalau rajin linda drop by la kat blog i..just for discussion or sharing about life..KEHIDUPAN sesuatu yang kita perlu fahami dan mencari maksud yang sentiasa ada disebaliknya..

    ReplyDelete
  16. nasib baik jumpa kan..alhamdulillah..
    kalo kak linda ingat lagi..dulu kak linda pernah hilang id staff kt astro..u know what..saya yang jumpa dan bg kat guard..hehehe
    rasanya kak linda ni mmg murah rezeki sgt2 le..:)

    ReplyDelete
  17. cuba kak linda try baca pasal LAW OF ATTRACTION. kalau law of attraction kita kuat, apa sahaja kita minta pasti dapat~~
    search search ek kalau senang nanti.

    ps- i stay at seksyen 7. pengunjung kerap MMCR.hehe...

    ReplyDelete
  18. salam kak linda..alhmdlh la kak linda dah jumpa apa yg kak linda cari..bila kak linda nak bertudung lak...:)

    ReplyDelete