Sunday, January 11, 2009

Rakaman Trek Selebriti LO

Jumaat lepas,Linda luangkan masa sehari suntuk untuk rakaman Trek Selebriti Sehati Berdansa bersama Jimmy Shanley...Yezzzzaaaaaa !!

Mula-mula rakaman kat Sunway Lagoon. Huh! Dah lama betul tak ke Sunway Lagoon.

....dan rakaman pun bermula....


Ini adalah foto yang berjaya dirakamkan oleh Papparazzi.. Mereka cuba mengelak tetapi tidak berjaya.. (hehehe...)

Kitorang shooting kat SCREAM PARK... Belum pun masuk,Linda dah jerit...hehe...Nama pun Screeaaaaaam Park ! :-)

Kat bawah ni,dengan penuh berlagaknya,Linda berkata "Elehh...tadi kat dalam tu,Linda jerit bukan takut,tapi saja je..." Walauuupuunnnnnnn.....!!!

Ya Allah! Tau tak?! Ikan Koi kat situ besar-besar sehhhhh !! Macam size paha Linda..


....dan pasangan ini kelihatan bertengkar kerana aktor lelaki itu meninggalkan dia dengan popcorn nya... - ikhsan: Papparazzi.

Kitorang main tembak2 sambil Jimmy interview Linda..

Kat bawah ni kira 'mini extreme' jer....release semua tension sehhhhh !!!

Sempat jugak interview...


Pastu,Jimmy ajak yang terlaluuuu extreme... Namanya G Force! Huh! No way man! Pujuklah macamana pun Jimmy...Sorry,Linda taknak sain !!


Tak jemu-jemu Jimmy pujuk Linda... Siap nak pakaikan seat belt.. Tidakkkkk!!
Haaa...yang kat bawah ni,action je jerit.. Muka Jimmy boring je... hehe...

Tengok ni. Setinggi ni dia 'pergi'. Gila ke Linda nak naik benda ni? Mati hidup balik,Linda taknak naik benda ni.... Ohhhh Nooooo.... Linda gayat!
Jimmy...My hero....Where are uuuuu....?? Hehe..tengah berlakon filem hindustan - babak tepi pantai....
Sambung interview...
OK,rakaman kat Sunway Lagoon dah habis. Bergambar dengan crew Trek Selebriti kat pintu masuk Sunway Lagoon.


Sempat gaks Linda bergambar dengan peminat.. Tak sangka ada peminat.. :-)


Kat bawah ni,peminat Linda yang tak tau satu benda pun pasal Linda... Tapi takpe... I tetap peluk u... Muahhhh... Hehehe...


Pastu sambung shooting kat rumah Linda. Dah malam dah....


Tak cukup tanya Linda..,tanya plaks Mak Linda... Soalan cepumas... Huh ! Stress....


Tak cukup tanya Mak.. Tanya plak bapak Linda... :-)


Jimmy ni banyak jugak buat homework tentang Linda eh. Macam dia tau je semua jalan cerita hidup Linda ni.


Naik berpeluh jugak lah Linda nak menjawabnya. Dari soalan sejuk,ke suam-suam kuku...ke soalan panasssss menggelegak... Bawah ni,muka tengah berfikir "Apa nak jawab ek?"


Linda sempat jamu crew Trek Selebriti makanan dari restoran Linda (My Asam Pedas Shop). Layannnnn.....!!


Foto kenang-kenangan Linda dan Jimmy... Thanks bro... :-)

Kepada Trek Selebriti. Thank you guys for having me ! Jangan serik ye. Lain kali datanglah rumah Linda lagi.. :-)
Jangan lupa tonton Trek Selebriti Sehati Berdansa bersama LINDA ONN , Khamis (15 Januari 2009) , jam 10.00 malam di ASTRO RIA !

24 comments:

  1. Betul kata Linda, mati hidup balik, aku tak mau ikut benda tu,,,,,,melayang rasa roh aku, hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha kelakar la akak linda ni. G force tu la paling best! tp ok la akak linda dah merasa naik, at least dah mencuba kan.

    ReplyDelete
  3. best tul tgk life kak linda-leh berjaya dalam usia yg muda--akak kejar jer impian2 akak especially tuk mengfrancais kan kedai makan akak tu---senang sket nak carik lagi2 letak 1 kat johor--pasai teman hidup usah dicari==kadang2 kite tak perasaan yang terbaik tu ader jer kat sekeliling kiter=doa mintak ditunjukkan orang nye

    ReplyDelete
  4. hi have a nice day, kak linda.. looking for wallpapers for your house? nak buat utk kedai MMCR or your office pun boleh.. :) or your friends/relative interested, visit my blog!

    ReplyDelete
  5. Cantik Linda kat Palace (1001 mlm mawi-ekin) semalam...:-)

    ReplyDelete
  6. huhuhu..G-Force tuh syok kak linda...tapi saya pun takut...hehehe.. takat nih yang benda alah kat genting tuh pun kira tahap paling kronik lah saya pernah naik...apa nama yer..space shot?? betul lah kot...

    ReplyDelete
  7. nk ty tips linda .. apa rahsia slimmm * maintain cantik ... giler seh slimmmmmmm ;-)

    ReplyDelete
  8. Bertambah ayu dan sopan kak linda semlm di majlis mawi-ekin 1001 mlm...

    ReplyDelete
  9. to linda
    jangan mudah give up
    you go girl

    kita org johor kan gerek sehhh

    ReplyDelete
  10. Hehehe...Gerek Sehhhh...
    Semalam seronok ke wedding Mawi. Tapi rasa macam tgk konsert pulak sebab teruja dengan persembahan Kak Nita dan the girls from AF. Idayu is fantastic! Hey,thanks guys sbb sudi baca blog Linda.. nanti Linda update lagi..

    ReplyDelete
  11. wah gitu!trek selebriti ngn LO..
    abes la kene belasah soalan2 yg Panas2 eeh..hehe

    anyway,
    Sama2 la kite Bangkit menuju kejayaan
    Lupekan 2008!Mulakan 2009 dengan semangat baru!=)

    we will always support you,linda..=)

    ReplyDelete
  12. haluuuuu kak linda onn!!! i minat sgt kat u!! pls view my blog..i follow ur blog too..keep it touch!! i love u! heheehe

    ReplyDelete
  13. hye kak linda..

    it was my 1st time ere... btw, like it!!!

    u r very sincere... i can know it thru ur writing... keep up, sis!!!!

    cepat2 la kahwin...

    ReplyDelete
  14. kak linda....aiyakkkk....
    awat tak naik yg g-force tuh...
    kompom buntang2 mate kak linda dah turun bawah....
    hiksss

    ReplyDelete
  15. nnt nak tgk trek selebriti ni plak!! saya xpnah miss tgk trek jimmy ni taw..
    wish u a very good luck 4 ur life.. cepat2 la kawin..huhu!!

    ReplyDelete
  16. kak Linda,tak berminat ke nak buka restaurant kat luar negara?try la bukak franchise kat Japan kak Linda.Org2 sini kuat makan walaupun body sexy and kecil2 belaka...hehehe...

    faizly@tokyo

    ReplyDelete
  17. wah.. best nye.. sure kne tgk trek selebriti ni
    :)

    btw kak linda nmpk cantik sgt mase 1001 malam mawi & ekin tu..

    sopan & ayu.. && james tu sape?
    jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  18. Thank you guys sbb sudi baca blog Linda.. :-)
    Bukak cawangan kat Jepun? Well,perancangan awal Linda,biarlah ke seluruh Malaysia dulu ye. Bila dah on,baru Linda war-warkan..

    James tu kenalan lama... 10 tahun dah..

    ReplyDelete
  19. huhuhu..x penah lagi pegi sunway lagoon!

    ReplyDelete
  20. Hai linda. bestlah tengok trek selebriti semalam. Yang pasti linda tetap maintain....K.take care k.

    ReplyDelete
  21. Thank you 'Just me..Lea..' . Linda pun tengok semalam.. hehe.. malu aa... :-)

    ReplyDelete
  22. cantik dah besau sungguh la rumah linda tu

    asam pedas tu nampak best sgt tau, terliur acik menengoknya :p

    ReplyDelete
  23. hey...best la trek selebriti with kak linda.. now i know kak ni gayat ek..hehehe.. Stay cool..

    ReplyDelete