Monday, December 29, 2008

HERE COMES THE NEW 'LINDA ONN'...



Salam Awal Muharram dari Linda...

Di tahun baru ini,Linda ingin buka lembaran baru. Buang yang pahit pada tahun lepas. Linda ingin jadi insan yang paling...paling...paling bahagia pada tahun baru ni.

Linda dah penat menangis. Dah penat rasa sedih,kecewa. Dah puas diri dihina, dicaci, dimaki,dilukai,dimalukan,dikecewakan,dikasari,disakiti. Sampai Linda rasa hilang harga diri. Kini, Linda bangkit sempena tahun baru. Membina semula maruah diri ini.

InshaAllah , Linda akan buktikan pada orang yang pernah mengatakan Linda 'perempuan hina' ....bahawa 'perempuan hina' ini akan menjadi seorang perempuan yang kuat dan akan terus mengorak langkah mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup. Kini Linda lebih berhati-hati kerana tak mahu 'terkena' sekali lagi.

Bukan ego tetapi maruah perlu dijaga. Bukan meninggi diri tetapi tidak mahu dipijak serendah-rendahnya. Bukan hipokrit tetapi menjaga keaiban orang. Bukan sukar dikawal tetapi menjaga kepentingan diri. Bukan berasa diri hebat tetapi cuma merasa yakin. Bukan glamor yang dicari tetapi mencari sesuap makan. Bukan cerewet memilih kerja tetapi hanya mahukan kepuasan.

Lagu SURVIVOR dari DESTINY'S CHILD sangat bermakna untuk Linda. Lagu ini ada 2 makna dalam hidup Linda. Baik dari sudut peribadi mahupun kerjaya. Buanglah lagu Matahariku dari Agnes Monica,sedih tak sudah-sudah. Ayuh kawan-kawan! Menyanyi dengan Linda...

You thought that I'd be weak without ya,But I'm stronger

You thought that I'd be sad without ya,I laugh harder

You thought I wouldn't grow without ya,Now I'm wiser

You thought that I'd be helpless without ya,But I'm smarter

You thought that I'd be stressed without ya,But I'm chillin

Thought I couldn't breathe without you,I'm inhalin'

You thought I couldn't last without ya,But I'm lastin'

You thought that I would die without ya,But I'm livin'

Thought that I would fail without ya,But I'm on top,

You thought that I would self-destruct,But I'm still here,

Even in my years to come,I'm still gon' be here.

I'm a survivor ! I'm not gonna give up! I'm not gon' stop! I'm gonna work harder!

Yes...here comes the new me. Masa depan yang cerah sedang menanti Linda. Linda tak akan hiraukan 'cakap-cakap' orang. Biasalah..orang lebih suka melihat kita hancur dari menaikkan kita. Haa...ni Linda teringat lagu Elyana pulak - Tak Tercapai Akalmu.

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa , yang kau sangka mudah rebah

santun bukan yang ku lemah , mudahnya rosakkan dari membina

mencemarkan dari memulia , tak menghirau dari mengendah

Mungkin sukar untuk difahami , kerna tak tercapai akalmu...

Jadi,kawan-kawanku yang sedang membaca ni. Mari kita siapkan azam tahun baru ini. Bagi Linda , azam tahun baru ini ialah ...

-Mahu francaiskan restoran MY MOM'S CHICKEN RICE SDN. BHD. (MMCR). Sekarang ni Linda tengah mengkaji selok belok francais. Setakat ni MMCR ada 3 cawangan iaitu di Ampang Point,Tesco Ampang dan Seksyen 7 Shah Alam. So,kalau dah francais,nanti Linda iklankan ye. Linda sedang melengkapkan pejabat baru Linda di Ampang. Selepas ini,ada training center pulak untuk MMCR. Dalam masa yang sama Linda mahu majukan MY ASAM PEDAS SHOP SDN. BHD. (restoran di sebelah Tesco,Ampang) , sedang mencari kilang baru untuk penyediaan stok makanan dan menambah pengangkutan untuk penghantaran stok ke setiap cawangan restoran.

-Mahu kahwin dengan lelaki yang jujur,setia,baik hati,hormat wanita,tak mengongkong,tak kasari wanita,sentiasa sokong Linda untuk berjaya (bukan berlumba dengan Linda),percaya mempercayai,tidak mungkir sumpah dan janji,tidak cemburu buta,open minded,sentiasa menyayangi Linda seikhlasnya tanpa ada niat lain,tidak mendabik dada dan menghormati ibu ayah Linda. Kalau lelaki itu seorang yang alim,biarlah perangai dan tingkah lakunya seiring dengan ke'alim'annya... Tidak mudah melatah dengan tulisan di media (maklumlah Linda public figure) dan tidak mendengar cakap-cakap orang lain mengenai Linda. Cintai Linda seadanya,cintai Rozlindah Onn bukan LINDA ONN. Bukan harta kekayaan yang Linda cari tetapi lelaki sejati. :-)



-Mahu hidup bahagia di rumah baru (tgh tgu CF) bersama keluarga dan suami tersayang (InshaALLAH) . Mahu ketenangan,kesenangan,kebahagiaan yang berkekalan. Mahu anak 4 orang (nama anak2 dah ada dah..hehe..). Mahu beli kereta baru (sekarang ni tengah mengidam BMW X6),manalah tau tetiba duit jatuh dari langit..hehe..InshaALLAH kalau ada rezeki dari Allah swt. Mahu kesihatan yang baik,rezeki yang bertambah dan dipanjangkan umur Linda dan keluarga. Jauh dari segala fitnah dan perbuatan jahat manusia...Nauzubillahi min zalik.

Ameen...Ameen...Ameen....Ya Rabbal Alamin....

Sekian ... Once again ...Salam Awal Muharram dan Selamat Tahun Baru 2009 !!Have a GREAT year !!

23 comments:

  1. Sayang kamu, Kak Linda! Moga Hijrah ini membawa kebahagiaan yang dicari selama ini :)

    =Azie=

    ReplyDelete
  2. Hellu hellu ~ Ceh ceh, dia daa ada blog sendiri sehz.. feewitt !! =D It's all da latest stories abt you finally, after blog sinar. Slamat tahun baru to u too ~

    ReplyDelete
  3. hehehe.. I will link this blog to Sinar too. But this blog is my priority...

    Happy new year !

    ReplyDelete
  4. hello there L.O... Happy New Year.... may 2009 will b filled with many NEW exciting things to discover...and a year filled with joy n happiness....

    ReplyDelete
  5. hi kak linda.semoga ur wish come true...
    saya jgak akn doakan akak berjaya.
    harap hepy kat tmpat keje baru :)
    and lastly i will support u.chayok2!!

    ReplyDelete
  6. tahun 2008 mcm banyak pahit tentang kak linda
    semoga 2009, banyak mencipta sesuatu yang manis
    hmmm... doa yg terbaik untuk semua

    ReplyDelete
  7. u go girl!!!

    always been ur big supporter since sinaran.

    girl power

    ReplyDelete
  8. ye bgs linda truskn usaha untk kumpol duit bebanyak.....beli keta idaman....sy tumpang gmbra lau linda dpt beli keta ni....

    ReplyDelete
  9. mmg cun r kete bmw tu... harap t'capai eh..
    Sye pon hrp sye leh amik kak linda pye smgt tu. hehe...salu keje keras nk capai something.
    Thn nie sye hrp dpt pointer tinggi. Doakan yerk, sye pon doakan kak..

    ReplyDelete
  10. omg. bmw x6 !

    my uncle's gettin one .... fr himself lah of course.

    i wish i had the money to but x6.

    hrmmm.

    ReplyDelete
  11. Syazsy..maybe sekarang kita takde duit nak beli kereta tu..tapi kita kena tanam angan2,dari angan2 jadi cita2,lepas tu jadi usaha dan akhirnya jadi kenyataan. Ada seorang lelaki yang sangat kaya di KL ni,dulu dia hanya pemandu teksi. Sekarang,dia ada Ferrari sendiri.. So,tanamkan angan2 ye. Jgn putus asa sebelum berjaya.

    ReplyDelete
  12. i like ngan cara u... i akan jdkan u sbg contoh utk berjaya.. so smg ketemu jodoh yg sesuai yg dh ditentukan oleh ALLAH S.W.T
    smg berjaya ye kak linda... ;-)

    ReplyDelete
  13. kenapa make up over over sekarang ni?? nampak macam tak original.... tak tulen nyah!!
    oooopsss sorry

    ReplyDelete
  14. salam linda..

    jus nak tau camne u manage ur time? Sbuk sgt..sempat ke tido... then i nak semangat u tu..very positive...how?!
    Mesti u financial prob..kan..
    last thing klau nak bukak MMCR di Ipoh please contact i...nak joint business ngan u..leh ke?

    ReplyDelete
  15. hi linda...can u says something to my email plezzzzzzz....cheesemarz4493@yahoo.com...i like...imran hadi...

    ReplyDelete
  16. hi kak linda..
    i'm a big fan of u since u worked with era.
    i adore your courage n determination in achieving something in life plus with the positive attitude whenever u face personal challenges. i hope i can be just like u one day---in a way of being a smart, stylish and strong woman! go kak linda!
    i love u!

    p/s: a true love comes with a package--it leads us to be sum1 better n discovers the side in ourselves that we never know we have it!

    ReplyDelete
  17. Kak Linda...wah! moga dapat X6 tu cepat2..saya penah naik X5..memang syok...nanti bole bwk saya jejalan naik X6 tu ye..all the best!

    ReplyDelete
  18. Hai kak linda...

    Ari ni saya n kawan-kawan pegi mkn kat Asam Pedas Linda Onn...Best 2...Tapi yang xtahan 2 pedas sgt smpi kat otak rase..Coz saye mkn pedas sgt..Tp sedap punyer pasal blasah jer...

    YUm...Yum...YUm......

    ReplyDelete
  19. Kak Linda jom test kat sini plak !!!
    Menjelang Ramadhan 1430H:
    www.rumahamal.org/tabung_bas.htm

    E-novel berilustrasi: www.rumahamal.org/novel.pdf

    ReplyDelete
  20. linda, kat mana spa linda pegi ea? untuk dptkan kulit yg putih bersih mcm linda..?

    ReplyDelete
  21. kak linda yg cntik..sy trigt mase thn 1998 dgr era fm g skolah.kak linda sorg je dj pmpuan kt era time 2..hehe..da lama da brlalu,sy akan jdkan kak linda idola dimasa dpn..cayookk!!

    ReplyDelete