Disebabkan ramai yang bertanya dan hantar sms di studio Sinar fm , Linda mengambil keputusan untuk menjawab gosip ini melalui blog Linda..
Harian Metro - 12 Februari 2009 : Ruangan Soseh-Soseh
"SELEPAS isu tidak puas hati kerana dipindahkan ke stesen radio Sinar FM reda, nama Linda Onn sekali lagi menjadi hangat dalam kalangan teman media.
Kali ini bukan membabitkan hal kerjaya Linda yang juga popular sebagai pengacara menerusi program Sehati Berdansa itu sebaliknya kisah cintanya yang turut menjadi perhatian umum.Ia juga bukan perkara baru kerana kisah cintanya bersama pelakon Fahrin Ahmad sebelum ini juga jadi perhatian walaupun pasangan ini menafikan mereka bercinta sebaliknya lebih kepada teman tapi mesra.
Sejak berpisah dengan Fahrin, Linda juga dikaitkan dengan beberapa lelaki hingga disebut-sebut sebagai pengganti Fahrin. Menurut cerita teman yang terserempak dengan Linda di majlis persandingan Mawi di Palace Of Golden Horses Januari lalu, bekas penyampai radio Era itu kembali menjalin hubungan dengan aktor Hans Isaac.
Mendengarkan cerita teman ini membuatkan SS terkejut 'badak' kerana sebelum ini apa yang SS nampak, kemesraan Linda dan Hans tidak lebih hubungan rakan sesama artis.Bukan itu saja, Linda juga dikatakan mempunyai ramai rakan lelaki yang rapat dengannya sekarang ini. Antara yang pernah dikaitkan termasuk seorang jurutera dan lelaki Inggeris malah gambar mereka pernah disiarkan media.Kata seorang teman, apa yang berlaku antara Linda dan Hans ibarat cinta lama bertaut kembali. Cerita teman itu, sebenarnya sebelum Hans menjalin hubungan dengan Erra Fazira, aktor itu sebenarnya terlebih dulu bercinta dengan Linda.Tapi tidak ramai yang tahu hubungan akrab Linda dan Hans kecuali teman rapat.
Begitupun, SS musykil dengan cerita yang disampaikan ini kerana kalau hendak diikutkan dari sudut kronologi hubungan cinta Linda, bukankah waktu itu dia sudah berkenalan rapat dengan Fahrin?Perkara ini sebenarnya hanya Linda sendiri yang boleh menjawab bagi mengesahkan kedudukan sebenar mengenai hubungannya dengan Hans. Namun, jika benar mereka bercinta, pada SS ia tidak salah kerana masing-masing masih bujang dan sudah tiba masanya untuk memikirkan soal teman hidup."
So,jawapan Linda ialah.....
Tidak. Linda dan Hans Isaac tidak bercinta. Sebelum ni pun kami tidak pernah bercinta.
Hans adalah kawan baik. Tak termasuk kategori kekasih. Sekali-sekala kami berbual bertanya khabar melalui telefon. He’s a good listener. Kalau jumpa pun samada terserempak kat mana-mana majlis. Kalau ada masa lapang,kita jumpa, dok lepak2 dengan kawan2. Tu pun sekali sekala,boleh hitung dengan jari... Takde babitkan feeling2 k..
So,to all the girls..jangan risau ye.. Linda bukan dengan Hans.. :-)
Tak salahkan kalau perempuan berkawan baik dengan lelaki ? Sekadar berkawan... Tak babitkan hati dan perasaan. Sangat berbeza antara kawan baik dan kekasih. Kadang2 Linda heran..kenapa bila seorang perempuan berkawan baik dengan lelaki...ia dianggap bercinta? Berkawan biar beribu..Berkasih biar satu... tetapi kekasihku bukan Hans.. hehe..
Hans pun terkejut dengar berita ni. Siap tanya Linda "Bila masa kita bercinta beb?"... Linda jawab "Entah!".
Linda sebenarnya teringat satu surat yang dihantar peminat ke akhbar harian tahun lepas. Tajuknya ‘Sudah sudahlah Linda’. Kalau u all lupa , u all baca kat blog lama Linda ye. www.lindaonn77.blogspot.com . Kakak tu cakap sudah-sudahlah Linda sebab banyak sangat kisah 'cinta' Linda ditulis di media.. walaupun diluar kemahuan Linda..
Kali ni , Linda yang mintak kepada semua.. sudah sudahlah bercerita tentang hal peribadi Linda ye. Dengan siapa Linda keluar,dgn siapa Linda bercinta,putus ke apa ke...semua tu adalah hal peribadi Linda. Taknak lah nanti orang lain yang kecohkan hal Linda , datang satu lagi surat dari kak Temah tajuknya - ‘Sudah sudahlah Linda oii’... Linda jugak yang kena... :-p
p/s : Cinta adalah yg tersirat di dalam hati kecil kita. Tak perlu diluahkan dengan kata-kata. Satu hari nanti,dua hati pasti bersatu. Yang penting hanya tuhan yang tahu... :-)
erm..huhuhuhu..gud advice and gud answer sis...huhuhuhu
ReplyDeletebetul tu kak linda... cinta x semestinya perlu diluahkan..
ReplyDeletesome things are better left unsaid.
chayok kak linda!!
;)
betul2!!!
ReplyDeletebercinta biar 1...
Susah juga jadi orang glamer ni yer Linda.. Jalan dng siapa, kluar dng siapa semua org nak ambil tahu... Pasal gosip2 tu, biarkan saja spt angin yg berlalu. Bila dia org dah penat, senyaplah.
ReplyDeleteHi Linda,
ReplyDeleteIyalah Linda...I doakan u jumpa adam u satu hari nanti ya. Nak tanya skit bila nak buka branch kat London pulak nie....I dah rindu nasi ayam Linda nie..pas tu my frenz citer your asam pedas superb.....bila lah boleh rasa nie...
Nor@ Uxbridge
salam..
ReplyDeletekak linda..
xpe single is better..
sy doakan kak linda jumpa mr right =)
xsabar nk tgk kak linda kawen =)
salam linda..apa salahnyer berkawan kan..takkan pompuan hanya boleh kawan dengan pompuan!! .. Go SiNaR Fm !! terus menyokong linda selamanya !!
ReplyDeleteXpe ah kak, janji kita tau ape yang sebeno biar ape org kata usah dipeduli
ReplyDeleteSudah sudahlah Linda oii... tulah dinamakan selebriti. Tak abis-abis kena gossip. Sabar je.
ReplyDeletebiar jer la gosip tu linda klu ta betul..nanti lama kelamaan penat gak dorang nak mengosip..hehe..yakin pada diri kay!
ReplyDeleteitulah fitrah artis popular seperti linda.. sabar ya
ReplyDeletewhatever la dis people!! im so sorry to say but Malays typical thinking...when u see a woman wz another man!!! den dey start to speculate....
ReplyDeleteso narrow minded!!! anyway, d tuth shall prevail!!
linda, u as a celebrity mmg mcm tu le! org akan buat assumption walaupun assumption yg salah...just jaga diri k!
ReplyDeletedear, i like ur answer! :)
ReplyDeleteppl kn ske je bzbody..lg2 u celebrity..
wat bodo je..
i sometimes pelik n nyamph dgn org2 yg akn je ckp kte bercinta dgn dat guy pdhal we r just fren!uhu..
normal la tuh!xyh heran..
tp i understnd ur feeling! even thought i not a celebrity.. :)
do tke cre syg!
dulu saya rasa linda ni sombong..tp bile dah baca blog linda dr era.fm lg..saya rasa linda ni seorang yg jujur & baik hati..saya suke blog linda...saya jugak suka asam pedas linda sedappp gilerr...
ReplyDeleteSALAM KAK LINDA..
ReplyDeleteApa yang leh leen kata ialah..kak linda sabar yer..hishh..takyah lah pk apa yg org kata pasal kak linda ok..kak linda kuat kan..sayang kak lindaaaaa
samekum, linda. Laa tah abis lg ke meke dgn cite linda dgn seseorg? Udah2lah meke tu. Apapun linda jgn susah hati, akak tau kalo linda dh jumpa org yg dpt membuka kunci hati linda nanti, PASTI linda kan umumkan. tak perlu wat spekulasi tuk linda. Akak hrp linda tabah dan jgn ambil hati atas apa meke gemba gemborkan. Hidup linda utk merealitikan segala impian linda. Cyg linda.
ReplyDeleteJodoh adalah rahsia Allah..tapi tak salah kalau kita mencari..insya Allah si dia, jodohmu akan hadir, pasti..
ReplyDeletesalam kenal kak....cantiklah akak...chinese look gitu.
ReplyDeleteseronok baca blog akak...
ada masa layarilah blog sy juga k... hehehe
x kenal maka x cinta!!!
http://koleksisufi.blogspot.com/
hait kak linda..
ReplyDeletesbr yek..beselaa tuh..
mulut tmpayan leh laa kte tutp..
mulut manusia, sndri maw ingtlaa..
hopefully kak linda sukses yekk..
erkk..teringin nk p my asam pedas tuh..
=) nnt harap2 dpt laa jmpe kak linda kt sn yek.. =)
betul tu kak linda..orang lain terlalu nak tahu hal kita.suka hati kita la nak keluar dengan siapa.nak duduk dalam almari pun, suka hati kita lah.kadang2 geram juga tengok diorang ni..
ReplyDeletebila kakakKu mau kawen nie !!! :(
ReplyDelete