Friday, January 14, 2011

LO di Media Hiburan Masquerade Party !

Salam..

Terima kasih kepada majalah Media Hiburan atas jemputan ke Masquerade Party MH sebagai menyambut kedatangan tahun baru 2011. Majlis meriah dan 'fun' dihadiri oleh ramai artis yang berpakaian mengikut tema. Ianya diadakan di Menara KL. Huh..sebut pasal Menara KL, Linda masih rasa fobia sikit. Dah beberapa kali Linda tersangkut dalam lif kat Menara KL ni. Kali terakhir Linda tersangkut adalah beberapa tahun lepas. Ingatkan kali ni tak kena, tapi kena jugak... Selepas tamat parti MH, lif yang Linda naiki tersangkut dua kali. Kali pertama tersangkut, ingatkan dah ok, keluar lif kejap, tarik nafas, masuk lif semula....tersangkut lagi !!!! Aduhhhh... Terus Linda keluar daripada lif tu dan naik lif yang satu lagi...nasib baik tak tersangkut lagi.

Sebenarnya Linda ni ada masalah 'claustrophobia' yang mana Linda tak boleh berada dalam tempat yang kecil dan tertutup serta kekurangan udara. Ia bertambah buruk jika tempat itu gelap. Fobia Linda jika berada di lif yang tersangkut, bilik yang terkunci, kereta yang terkunci, terowong, subway trains, gua, kapal terbang dan di tempat yang terlalu ramai orang. Kalau Linda berada di tempat2 yang Linda sebutkan tu, Linda mudah diserang 'panic attack'.

So, sekarang u all dah tau kelemahan Linda huh? :-p

Linda juga nak minta maaf kepada Rabecca Nur Al Islam..kerana sepatutnya Linda mengacara di kedua-dua majlis perkahwinannya. Tapi disebabkan Rabecca adakan majlis malam kedua di Menara KL, dan kebetulan, Linda baru terkena insiden tersangkut lif disitu, Linda terpaksa membatalkan tugas Linda di malam kedua persandingannya. InshaAllah dah lamaaaaaaa nanti, baru Linda berani semula untuk naik Menara KL. Not for the time being! Sorry again Rabecca... :-( anyway, Linda akan tetap hos di malam pertama ok. Selamat Pengantin baru !!

Ok.. Panjang lebar pulak entri Linda kali ni... Gambar yang Linda selitkan ni adalah gambar ketika di Masquerade Party MH ... Chalo !!

12 comments:

  1. sampai fobia L.O

    terkeluar tajuk kat atas..nak tanya..bila LO nak buka cawangan MMCR kat Putrajaya plak...

    ReplyDelete
  2. lorrr....rupanya.....

    errmmm..tapi yelah....sekarang tahu satu lagi perkara mengenai kak linda...
    hehehe... tak sangka juga lasak2 kak linda nih ada part lemah gemalai juger...

    hehe...

    ReplyDelete
  3. Wow panjang lebarnya cerita ni.....pasal fobia LInda .Aduhhhh kesiannnnya sampai tersangkut kat lift banyak kali....tulah lain kali nk naik mesti ada bertemannn kann,ni gara2 tersangkut punya pasal Linda jadi begini ...Apadahh sampai bila nk hilang fobia??Be strong LInda,:p

    ReplyDelete
  4. Baru tahu mengenai ini. Take care Kak Linda.

    ReplyDelete
  5. Hi Kak Linda!!

    Suke Kak Linda, sejak dari ERA smpai la skrg..
    Anything happened in the past, take it as experience je:) Chayok Kak Linda!!

    Eh, taw x sorang pelakon Korea tu, yg berlakon My Sassy Girl tu, sebijik cam kak Linda, sumpah!! Nama die :Jun Ji Hyun. Hehe

    Take care kak Linda.

    p/s : xsempat lagi nak g MMCR ataw Asam Pedas wuwu

    ReplyDelete
  6. ciannnyerr linda...kalau fobia nie memang xder ubatnya kann....blehhh sesakk dada tuu

    ReplyDelete
  7. dalam berani ganas LO ada jugak takutnya ye

    ReplyDelete
  8. roje linda... len kali, klu nak buli linda, blh letak linda di dlm slh 1 situasi yg tlh pown disenaraikan linda spt di atas... heeeee :-P... anyway, bila dipikio2, syukur bebeno krn eden join look (linda onn's orange klub)... krn via a series of non stop activities saban bln, eden able to know how lo is actually like... true, ramai yg sangka linda nih lasak org nyer... infact, tuh yg eden rasa sblm mengenali linda dgn lbh dekat... justeru, moh ler reramai join look & turut serta dlm aktiviti2 yg bakal t'hidang di sepj thn 2011... to b fair to everybody, especially those yg bakal m'jd muka2 baru dlm look, won't really elaborate on the true lo... let each of u guys experience & amik maklum on yr own... aci ek? ;-) as for me, i bet myk lg ttg lo yg blh diexplore... smoga platform yg b'sesuaian akan trus menerus t'sedia for me & the rest yg b'minat & sudi... bottom line is, lo spt juga insan2 len di muka bumi nih, ada masa suka, sedih, energetic, tired & last but not least, just simply want to b left alone... pepon, utk eden, she's a damn cool + brilliant radio presenter, hands down!!! sgt b'untung suria fm memiliki lo :-)

    ReplyDelete
  9. hai linda bdan mantap je ade apew2 ke hehehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..cik linda.tahniah la sya ucapkan di atas kejayaan demi kejayaan yg linda impikan selamani..cuma sya nk tanya,leh x pinjam motor..heheheee..wah!!! ke situ lak ek...hehee..bila nk main badminton dgn linda neh..ari tu..dah plan baik,last2 kena panggil bos soh masuk keje mlm,huhuhu..xde rezeki lagi le..inshaAllah kita akan bertemu utk merialisasikan impian sya nk bermain badminton dgn linda n geng look yg lain..ok linda,jaga diri baik2 jaga kesihatan ek..papai..

    ReplyDelete