ABP-BH 08 UNTUK GAZA. So,setelah fikir berkali-kali,Linda pun pilih barang kesayangan Linda ni untuk dijual.

Sebenarnya , telekung & sejadah ni ada sentimental value bagi Linda. Ia dibeli di Makkah beberapa tahun dulu. Orang kata ,barang yang kita sayang,kita berikan kepada orang yang kita sayang. So, barang yang Linda sayang ni,Linda jadikan barang lelongan dan hasilnya digunakan untuk mengisi tabung Gaza-Palestin. Begitulah perasaan sayang Linda pada orang2 Palestin .
Telekung ni special sikit.. ada disiapkan beg dan sejadah sekali..
Linda akan buka harga sebanyak RM200 . Pembida dengan harga yang paling tinggi akan bawa pulang barang Linda dan secara tak langsung mengisi Tabung NSTP untuk Gaza.
Linda harap orang dapat beri sokongan untuk beli barang jualan Linda dan artis2 lain. Bukan kerana harganya tetapi nilainya yang begitu besar iaitu untuk membantu saudara kita di Palestin.
Selain tu,Linda juga akan jual jubah yang dibeli di Makkah. Jubah ni sangat bermakna untuk Linda. Cantik. Warnanya menarik. Selesa. Linda pakai jubah ni untuk kenduri & acara tertentu. Ada sentimental value..
Gambar terakhir Linda dan jubah kesayangan..

Selain tu,Linda juga akan lelong jam GUESS yang pertama Linda beli dulu.. My first GUESS watch !
dan beberapa aksesori yang pernah Linda pakai di acara Anugerah *** dulu..
So,jumpa Linda di Amcorp Mall,3.30pm (sabtu 31Jan) utk acara amal ni ye..
Harap u all dapat beri sokongan kepada Linda dan artis2 lain..
Linda ucapkan tahniah kepada Berita Harian kerana begitu prihatin terhadap isu Palestin dan secara tak langsung,BH mengajak artis2 kita untuk beramal...